Thursday, 11 August 2016

UMNO Bantah Nama Parti Baru Muhyiddin



Setiausaha BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak bersetuju dengan nama parti baru yang diterajui oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didaftarkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Selasa lalu.

Katanya, pihak berkuasa perlu menyemak semula nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang sepatutnya tidak boleh digunapakai.

Portal Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) memetik Tengku Adnan yang juga adalah setiausaha agung Umno sebagai berkata, BERSATU adalah perkataan sinonim yang sering digunakan sekaligus boleh mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat.

“Mereka tak boleh gunakan perkataan BERSATU kerana ia adalah perkataan yang biasa digunakan, saya pun sering gunakan Bersatu Malaysia Maju, jadi ini akan menimbulkan kekeliruan, ini saya merayu sangat.

“Nak lulus, luluslah tapi saya minta mereka jangan pakai BERSATU, sebab dulu saya pun tak faham kenapa ROS luluskan nama AMANAH,” katanya yang dipetik portal itu.

Walaupun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai bantahan itu, namun adalah dipercayai nama BERSATU dikaitkan dengan lagu rasmi Umno iaitu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’.

Lagu itu sering berkumandang setiap kali mesyuarat atau perhimpunan agung di televisyen dan juga radio.

Antara liriknya berbunyi:

Umno Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu
Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara
Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
Bersatu, Bersetia, Berkhidmat
Cogan Katanya
Umno Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia

Mengulas lanjut, Tengku Adnan bagaimanapun berkata Umno tidak gentar dengan kewujudan BERSATU pimpinan bekas ahli parti itu, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad selaku pengerusi.

Malah, menurutnya, beliau yakin akhirnya kemenangan tetap akan dicapai oleh Umno dan BN.

“Apa yang berlaku dalam Umno kita telah melalui, onak duri yang akhirnya kita akan capai kejayaan Umno, kita ada fokus dan kita parti yang inklusif yang bersama dengan bangsa lain, semua lihat pada Umno kerana Umno parti yang berjuang kepentingan hak dan semua bangsa sekali,” katanya yang dipetik akhbar itu.

Muhyiddin, selaku presiden pro-tem BERSATU, berkata penyerataan ahli parti hanya terbuka kepada bumiputera dan pribumi Sabah dan Sarawak kerana fokus mereka adalah untuk bertanding di kawasan Umno.

Bagaimanapun, kaum bukan bumiputera boleh menyertai BERSATU sebagai ahli bersekutu dan dilantik memegang jawatan tertentu dalam parti.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP