Thursday, 18 August 2016

Video: Ali Tinju 'Bergaduh' dengan Lori Najis ASW



KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Merah mahu syarikat ASW Tech-I Sdn Bhd (ASW) mengubah logo pada lori najis mereka supaya orang Melayu tidak terkeliru dan menyangka ia lori milik Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW).

Mohd Ali Baharom, yang lebih popular dengan gelaran Ali Tinju berkata beliau sendiri terkeliru dan menyangka lori najis itu salah satu produk Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Dengan semangat Melayu yang berkobar-kobar, Ali Tinju bersama 10 penyokongnya berhimpun di luar Menara PNB di Jalan Tun Razak petang tadi, bagi membantah logo yang disangka ASW 2020 itu, kerana mencemar institusi yang menjaga saham Bumiputera.

Keberangan aktivis Gerakan Merah itu bagaimanapun berjaya diredakan seorang pegawai PNB, yang menjelaskan lori najis itu sebenarnya milik syarikat swasta ASW Tech-I, dan tidak ada kaitan dengan PNB mahupun anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Berhad.

“Kita sudah berjumpa dengan pegawai PNB, mereka menyangkal logo yang berada di lori najis adalah kepunyaan anak syarikatnya PNB (ASW 2020). Mereka cakap logo yang kita bantah ini tidak ada kena-mengena dengan PNB,” jelasnya kepada pemberita sambil memegang kain rentang, selepas pertemuan dengan pihak PNB.

Selepas menyedari tersilap sasaran, Ali Tinju berikrar akan mencari pemilik sebenar lori najis itu dan akan mendesak mereka menukar logo berkenaan bagi mengelakkan orang Melayu terkeliru.

“Kita akan bongkar dan cari siapa pemilik syarikat lori najis tersebut. Kita Gerakan Merah mewakili NGO Malayu mendesak pihak bertanggungjawab menukar logo (ASW) di lori najis itu (bagi mengelakkan ia memberi) pandangan tidak baik kepada orang Melayu, memandangkan benda ini (najis) kotor.

“Kita minta syarikat berkenaan janganlah guna logo ASW di lori najis, kita takut pandangan rakyat kepada Amanah Saham Wawasan 2020 berada di lori najis itu tidak elok,” katanya.

Lebih 10 wartawan bergegas ke Menara PNB, selepas menerima jemputan Ali Tinju.




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP