Thursday 25 August 2016

Viral Cubaan Culik Dan Perkosa Murid Dalam Kawasan Sekolah


'Dia kata ada kawan terperangkap dalam stor tapi...'

Rakaman CCTV menunjukkan mangsa mengikut lelaki tidak dikenali selepas diumpan mengatakan rakannya terperangkap di dalam stor.


DUNGUN - "Ketika dia memeluk belakang leher dan mendukung, saya menjerit sekuat hati meminta tolong," itulah apa yang berlaku kepada murid tahun dua sebuah sekolah di sini yang menjadi mangsa cabul oleh lelaki tidak dikenali.

Kata mangsa yang enggan dikenali, dia menggigil ketakutan dan menangis sebaik sahaja berjaya melepaskan diri.

"Saya ikut sebab dia kata ada rakan yang terperangkap di dalam stor tetapi ketika berada di hadapan pintu stor saya dapati tiada sesiapa di sana.

"Saya enggan masuk ke dalam stor menyebabkan dia memeluk belakang leher dan mendukung tetapi melepaskan semula sebab saya menjerit kuat meminta tolong.

"Saya terus lari di tempat yang ada orang dan menceritakan kejadian itu sebelum mereka memaklumkan kepada guru. Saya tidak mengenali lelaki itu tetapi dapat mengecam wajahnya.

"Sejak kejadian itu saya tidak lagi ke kelas Fardu Ain dan hanya bersekolah pagi sahaja.

Memang masih takut dengan kejadian itu dan bimbang sekiranya berulang," luah kanak-kanak malang ini kepada Sinar Harian.

KELUARGA TERKILAN VIDEO JADI VIRAL

Sementara itu, ibu mangsa melahirkan rasa terkilan apabila rakaman CCTV mengenai kejadian menimpa anaknya diviralkan di laman sosial dan lebih menyedihkan apabila ada mendakwa video itu disebarkan oleh keluarga.

"Saya sendiri tidak dibenarkan melihat rakaman CCTV itu tetapi saya sangat tekejut apabila semalam video itu dihantar oleh ibu kepada rakan anak saya kepada kami.

"Saya dapati video itu juga sudah menjadi viral di laman sosial sedangkan kami ibu bapa tidak tahu menahu.

"Selepas membuat laporan polis, ibu kepada lelaki yang cuba mencabul anak saya datang merayu supaya tarik balik laporan. Saya katakan kepadanya bayangkan anak saya ini adalah anak dia, bagaimana perasaannya walaupun memang ada rasa kesian kepada ibunya itu.

"Sekarang saya serahkan kepada pihak polis dan undang-undang untuk mengambil tindakan serta kejadian ini menjadi satu pengajaran supaya kami lebih berwaspada mengawasi anak-anak walau di mana sahaja berada,"katanya.

- sharian



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP