Friday 30 September 2016

Gempar Apabila Skrin Iklan Gergasi Papar Filem Lucah

Video lucah yang terpapar pada skrin gergasi di Jalan Prapanca, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan, hari ini. - Twitter/@Fahrizal_Reza


Lalu lintas di Jalan Prapanca, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan, menjadi kelam kabut apabila papan iklan elektronik gergasi di situ menayangkan klip video lucah, hari ini.

Kejadian 2 petang (waktu tempatan) itu yang kini menjadi viral di media sosial, berlaku ketika lalu lintas sibuk dan ramai pemandu memperlahankan kenderaan masing-masing, sama ada untuk merakam atau menontonnya.

Menurut detik.com, seorang pegawai pihak berkuasa Kebayoran Baru, Bowo Sukindro, berkata pihaknya segera menghantar petugas ke tempat kejadian sebaik mendapat maklumat.

"Petugas kami memutuskan elektrik ke papan iklan berkenaan," katanya.

Seorang pengguna berkata, ramai pemandu memperlahankan kenderaan mereka untuk merakamkan gambar dan ramai juga berhenti untuk menonton video selama 20 minit berkenaan.

Sementara itu, jurucakap pihak berkuasa Jakarta Selatan, Lestari Ady Wiryono berkata, pihaknya segera memutuskan bekalan elektrik ke papan iklan elektronik berkenaan selepas menerima aduan orang ramai.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan bagaimana kejadian itu boleh berlaku kerana papan iklan berkenaan bukan milik pihak berkuasa tempatan sebaliknya di dikendalikan sebuah syarikat

Read More...

Nasi Lemak Anak Dara: MB Temui Gadis Beri Sokongan Dan Nasihat



SHAH ALAM, 30 SEPT: Perniagaan Nasi Lemak Anak Dara yang menjadi viral dan dikenakan kompaun RM2,000 oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima kunjungan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali di Seksyen 7, di sini, pagi tadi.

Kunjungan Mohamed Azmin sebagai tanda sokongan kepada pemilik gerai itu, Siti Hajjar Ahmad, 24, yang gigih menjalankan perniagaan bagi menampung kehidupan selepas tamat belajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam jurusan Kejuruteraan Elektronik.

Mohamed Azmin turut menyerahkan Borang Permohonan Lesen Penjaja MBSA sebagai langkah permulaan kepada anak muda itu  dan beberapa peniaga lain di lokasi sama untuk menjalankan perniagaan secara sah dan menasihatkannya mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Kerajaan Negeri sentiasa menghargai orang ramai yang berusaha mengubah nasib mereka dan mempertingkatkan pendapatan menerusi inisiatif keusahawanan.

“Saya menyerahkan Borang Permohonan Lesen Menjaja MBSA kepada beliau agar perniagaannya menepati prosedur dan peraturan keselamatan.

“Langkah ini selaras dengan dasar kerajaan mengecualikan bayaran fi lesen perniagaan penjaja kecil,” katanya menerusi laman Facebook.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin mewakili Kerajaan Negeri menyeru penjaja di tepi jalan memohon lesen sebelum menjalankan perniagaan.

Hal itu bagi memastikan faktor kesihatan, keselamatan dan kebajikan penjaja terpelihara.


- selangorkini -


Read More...

Mufti Pulau Pinang: RUU355 Bukan Hukum Tuhan



Mufti Pulau Pinang menyuarakan rasa sedihnya terhadap tindakan segelintir ahli agama yang mengafirkan orang Islam yang tidak bersetuju dengan rang undang-undang (RUU) bagi meminda akta Mahkamah Syariah.

Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata beliau tidak menafikan peri pentingnya memperkasa mahkamah syariah, tetapi RUU itu belum lagi dimuktamad dan dibentangkan.

“Biarlah ia dibincang terlebih dahulu dengan teliti dari pelbagai aspek oleh pihak legislatif dengan tujuan penambahbaikan.

“Moga-moga dengan perbahasan yang bebas akan menghasilkan satu undang-undang yang adil untuk dilaksanakan ke atas seluruh warganegara,” katanya dalam kenyataan yang antaranya diedarkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Kerajaan sebelum ini memberi laluan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkannya RUU persendirian itu untuk dibentangkan di Dewan Rakyat.

Hadi bagaimanapun memohon ditangguhkan untuk sidang bulan depan atas alasan tidak cukup masa untuk dibentangkan.

Baru-baru ini, tersebar meluas video seorang ustaz di Internet yang memberi amaran untuk menanam Presiden PKR Datuk Wan Azizah Ismail di kubur Cina jika tidak menyokong RUU itu.

Bagaimanapun, tidak pasti sama ada mufti Pulau Pinang itu merujuk langsung kepada kes tersebut.
355
Dalam kenyataan hari ini, Wan Salim juga berkata anggota parlimen tidak wajar dipaksa atau diugut menyokong RUU itu menggunakan alasan terjejas akidah jika menolaknya.

“Memang seorang Muslim wajib menerima hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT yang sakral.

“Tetapi RUU 355 bukan hukum Allah SWT. Ini hanya merupakan satu langkah ke arah memperkasa dan memartabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia yang akan dibentangkan nanti.

“Kemungkinan wujud kekurangan dan kelemahan tertentu di dalam RUU tersebut yang perlu diperbaiki sebelum dijadikan undang-undang,” katanya.

Katanya, sebaiknya pihak kerajaan membentangkannya supaya kelihatan lebih serius dan tidak dilihat sebagai gimik politik semata-mata.


Read More...

Dr M Dakwa Najib 'Sabotaj Demokrasi'



Tatkala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa lawannya cuba untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi, pengkritik utamanya Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata apa yang berlaku sekarang ialah Najib menolak demokrasi

"Najib mendakwa bahawa pemerintahannya adalah demokratik dan sebarang percubaan untuk menyingkirnya bermakna menolak demokrasi. Dakwaan ini tidak berasas sama sekali. Sebenarnya ia menjadi bahan ketawa.

"Satu dari amalan yang diterima demokrasi ialah penyingkiran pemimpin yang tidak berjaya atau melakukan sesuatu yang tidak baik atau salah terhadap negara," kata Mahathir dalam catatan di blognya semalam.

Bekas perdana menteri itu berkata ini dilihat berlaku di Australia, AS, UK dan Brazil di mana pemimpin disingkir sebelum pun tamat edahnya.

"Sebaliknya apa yang berlaku sekarang ialah Najib sebagai perdana menteri sudah pun menolak demokrasi. Buktinya jelas dan bertimbun-timbun," kata Mahathir.

Beliau mendakwa antara contohnya ialah ketiadaan pemisahan kuasa kerana Najib kini kuasai legislative (perundangan), eksekutif dan kehakiman (judiciary), manakala ahli Parlimen didakwanya terpaksa akur dengan kehendak perdana menteri.

Ini mengakibatkan ketidakupayaan untuk membawa undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen.

Beliau mendakwa bahawa pegawai eksekutif seperti pentadbir, polis dan tentera serta media tidak bebas menjalankan tugas mereka kerana Najib mengikat tangan mereka atau berdepan dengan akibatnya.

Mahathir juga berkata bahawa Akta Keselamatan Negara 2016 yang baru diperkenalkan, tidak membolehkan inkues diadakan sekiranya seorang warganegara atau seorang anggota pasukan keselamatan terbunuh.

"Semua ini adalah bukti jelas dan terang bahawa Najib sudah hapuskan demokrasi di Negara ini.

"Yang patut ditangkap dan dihadap ke mahkamah kerana mensabotaj demokrasi di Malaysia ialah Najib.

"Selagi Najib menjadi perdana menteri Malaysia selama itulah Malaysia tidak demokratik.

"Lebih dari itu Malaysia akan diperintah oleh pemerintahan kuku besi yang tidak pegang kepada undang-undang," katanya.

Najib telah menuduh Mahathir dan sekutunya cuba untuk menggulingkan kerajaannya untuk memberi laluan kepada anaknya, Datuk Seri Mukhriz untuk menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun, Mahathir mendakwa beliau mahu menyingkirkan Najib atas salah laku dalam skandal 1MDB, di mana berbilion ringgit didakwa telah hilang.

Najib telah berulang kali menafikan mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.


Read More...

Thursday 29 September 2016

"Dia Hanya Sebut Emak..."



mak... dan senyap beberapa ketika kerana sebak. Hati saya gembira tidak terkata selepas beberapa hari tidak mendengar suaranya... tadi saya dapat bercakap dengannya dan syukur Alhamdulillah."

Begitulah kata Nur Halizah Ahmad, 43, ibu kepada penuntut Malaysia, Nur Shakinah Naim, 19, yang dilapor hilang di Perancis sejak Ahad lalu.

Katanya, dia dan suami, Naim Awang,46, bersyukur dan begitu gembira apabila pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang tiba di rumah mereka di Tikam Batu, di sini memberitahu Nur Shakinah sudah pulang ke rumah sewanya awal pagi tadi (waktu Perancis) dengan selamat.

"Kelu lidah saya sebaik pegawai JPA yang tiba di hadapan rumah tadi beritahu Nur Shakinah sudah pulang ke rumah dan kini berada dalam keadaan selamat.

"Saya begitu gembira dan tiada apa yang mampu ucapkan sebaik mengetahui anak melainkan bersyukur kepada Allah," katanya ketika ditemui di rumahnya, petang tadi.

Nur Halizah yang berpeluang bercakap seketika dengan Nur Shakinah melalui telefon turut berpeluang melepaskan rindu walaupun suara Nur Shakinah ketika itu dikatakan agak sebak dan sukar untuk bercakap.

"Saya juga merasa lega kerana dapat bercakap dengannya melalui telefon walaupun hanya sebentar dan dia beritahu dalam keadaan selamat ketika itu suaranya agak sebak dan sukar untuk bercakap," katanya.

Katanya, dia tidak bertanya ke mana Nor Shakinah menghilang kerana tidak mahu dia bersedih.

Sementara itu, Naim pula berkata, anaknya Nur Shakinah kini di bawah jagaan pegawai kedutaan dan berada di balai polis dekat Perancis.

"Saya begitu bersyukur kerana Nur Shakinah selamat pulang ke rumah. Terima kasih kepada semua dan seluruh rakayat Malaysia yang mendoakan anak saya selamat ditemui," katanya.

Difahamkan, ibu bapa Nur Shakinah akan berlepas ke London, malam ini pada 2.10 pagi untuk menemui pelajar tahun pertama Institute University of Technology (IUT) Rouen, Perancis itu.

Akhbar ini sebelum ini melaporkan, Nur Shakinah hilang Ahad lalu selepas dikatakan gagal dikesan sejurus keluar dari rumah sewanya di Normandy, iaitu wilayah di bahagian utara Perancis, kira-kira 400 kilometer (km) atau dua jam perjalanan dari Paris.


Read More...

Samseng Pusat Judi Simbah Air Panas Kepada Pengadu



Pihak yang mengendalikan pusat judi haram dilihat tidak lagi gentar, malah dalam satu kejadian, individu yang menegurnya supaya menghentikan aktivitinya, telah disimbah dengan air panas.

Mangsa kejadian itu Budi Ardi Ramli berkata beliau disimbah air panas oleh pengunjung pusat judi di kawasan Taman Datuk Senu bulan lepas.

“Ia berlaku sebelum saya perg kerja dalam jam 10 hingga 10.30 pagi. Saya nampak beberapa orang yang datang ke pusat judi di bawah rumah yang saya sewa iaitu rumah kedai, mereka buat bising.

"Sebelum ini saya pernah juga tegur mereka, tetapi lama-kelamaan aktiviti itu semakin menjadi-jadi.

"Lepas saya tegur kegiatan mereka, mereka memaki-maki, melibatkan orang tua saya, dan kemudian dua orang datang dari kedai itu dan simbah air panas," katanya kepadaMalaysiakini.

Budi turut mengakui beliau masih trauma dengan kejadian itu meskipun individu yang menyimbah air panas kepadanya telah ditahan polis.

Lelaki berusia 33 tahun itu hari ini turut tampil dalam sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan menggesa supaya pihak berwajib bertindak dalam menangani aktiviti tersebut.

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Muhammad Yusuf Azmi menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya mengatasi isu aktiviti mesin judi secara proaktif.

"Kita mahu menyuarakan dan minta KPN dan Ketua Polis Selangor untuk melihat perkara ini dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang juga bertanggungjawab," katanya kepada pemberita dalam sidang media itu di pejabat PPIM.

Muhammad turut mendesak PBT dan Polis Diraj Malaysia (PRDM) supaya jangan saling tuding-menuding antara satu sama lain, tetapi sebaliknya ia perlu diselesaikan bersama.

Katanya, antara beberapa kawasan di Selangor yang didakwa merupakan lokasi tumpuan operasi judi haram adalah Ampang, Gombak dan Sepang.


Read More...

Wednesday 28 September 2016

Anak Zahid Tampil Pertahankan Ayah



PETALING JAYA : Anak timbalan perdana menteri, Datuk Nurulhidayah hari ini tampil mempertahankan ayahnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dikritik orang ramai kerana kesalahan bertutur ketika berucap kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

di sesi Perbahasan Umum ke-71 Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.

Nurulhidayah berkata, ayahnya tidak mempunyai ‘bahasa bergaya’ untuk menarik perhatian gaya ‘mat salleh Malaysia’.

“Tetapi bagi saya, dia adalah seorang lelaki bergaya yang berani bercakap dan mempertahankan apa yang dia percaya dan memberikan yang terbaik sebagai timbalan kepada perdana menterinya. Itu yang penting,” katanya menerusi Instagram miliknya.

Sebelum ini, Zahid dikritik kerana kesalahan bertutur ketika mewakili di sesi Perbahasan Umum ke-71 Perhimpunan PBB (UNGA) di New York, Amerika Syarikat.

Malah, Zahid turut tersilap menyebut Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden Malaysia.

Pemimpin muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuji keberanian Zahid selain memberi kata-kata dorongan.

“Saya pun dulu gagap dan tidak fasih dalam bahasa Inggeris, tetapi alhamdulillah sekarang saya diberikan mandat untuk mengajar di lebih 25 negara.

“Hadirlah ke kelas bahasa Inggeris dan mulakanlah diri untuk terlibat dalam suasana yang bertutur dalam bahasa Inggeris,” kata Syed Saddiq dalam status di Facebook semalam.

Selain Syed Saddiq, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Bung Moktar Radin turut mempertahankan Zahid dan menyatakan tidak ada apa hendak dimalukan jika tidak fasih berbahasa Inggeris, namun lebih memalukan sekiranya tinggal di Malaysia tetapi tidak fasih bertutur bahasa kebangsaan.


Read More...

Video bogel viral: Ketua Polis Kelantan minta individu terbabit tampil



KOTA BHARU: Ketua Polis Kelantan Datuk Ab Rahman Ismail meminta individu dalam video menunjukkan seorang wanita dipukul dalam keadaan bogel oleh seorang wanita di sebuah bilik hotel di Pekan Sungai Golok, Thailand, tampil bagi membantu siasatan.

Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dilakukan dan polis telah menerima dua laporan polis yang dibuat keluarga mangsa.

Dalam pada itu, Astro AWANI menghubungi keluarga mangsa bagi mengesahkan dakwaaa wanita yang dipukul itu merupakan isteri kedua lelaki berkenaan.

Menurut kakak mangsa, adiknya belum mendirikan rumah tangga dan surat nikah yang viral di media sosial adalah palsu.

Wanita yang dipukul dan yang memukul itu juga saling mengenali.

Dua video, masing-masing berdurasi 2 minit 8 saat dan 1 minit 15 saat memaparkan seorang wanita dibogel dan dipukul oleh seorang wanita lain dalam kejadian dipercayai Rabu lepas di Sungai Golok. 

Sementara itu, keluarga wanita berusia 26 tahun yang dipukul merayu orang ramai yang memiliki video yang dirakam ketika kejadian tersebut supaya memadamkannya bagi menjaga kehormatan wanita itu.

Ibu wanita terbabit yang dikenali sebagai Kak Ni, 49, berkata akibat penyebaran video itu keluarganya kini menanggung aib manakala anaknya pula trauma dan terpaksa berkurung di rumah.

Beliau juga melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan keluarganya berikutan ugutan yang diterima daripada individu yang tidak dikenali.


Read More...

Borang Dah Habis Berjuta Tapi Satu Bahagian 'Cap Bunga' Pun Tak Wujud



KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebelum ini mendakwa borang yang diedarkannya habis direbut bakal ahlinya kononnya tidak sabar untuk menyertai parti teraju Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu.

Mykmu.net dalam pada itu mempertikaikan mengapa tiada satu pun bahagian diumumkan PPBM jika benar sudah berjuta-juta ahli pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina, India dan Siam mendaftar sebagai ahli.

"Jangankan Pengerusi Penaja PPBM Negeri, malah di peringkat Bahagian dan Cawangan pun tidak ada yang diumumkan secara rasmi?

"Melihat pada penubuhan PPBM, kita semua tahu bahawa ia merupakan parti serpihan UMNO. Sedikit sebanyak, struktur parti berkenaan biasanya juga seperti UMNO dan parti-parti lain seperti PKR, DAP, PAS dan sebagainya bukan?

"Jika sudah ada ‘berjuta-juta ahli’, mengapa tidak ada satu pun PPBM Bahagian atau Negeri yang ditubuhkan?" soal blog berkenaan.

Mykmu melaporkan, jika dianggarkan sambutan luar biasa terhadap edaran borang-borang PPBM, ahli parti berkenaan sudah mencecah 5 juta orang yang berkemungkinan besar majoritinya di Johor dan Kedah - negeri diwakili Muhuiddin dan Mukhriz.

"Siapa Ketua PPBM Bahagian Jerlun, Kubang Pasu, Langkawi, Alor Setar, Padang Terap, Merbok, Sungai Petani, Kulim-Bandar Baharu, Baling, Sik dan Pendang? Adakah PPBM ‘meminjam’ Datuk Mahfuz Omar dari PAS untuk mengetuai parti baru itu di Bahagian Pokok Sena?

"Atau Muhyiddin sedang mencatur orang-orangnya supaya menjadi Ketua PPBM di Bahagian-Bahagian di negeri Kedah itu? Dan Pengerusi PPBM pula sedang mencongak catur mahu melantik Ketua-Ketua PPBM Bahagian dari kalangan mereka yang ‘taksub’ padanya dan keturunannnya?" tulis blog berkenaan.

Jelasnya, perkara ketara ketika ini adalah di media sosial dimana 'ramai' ahli PPBM menyebarkan agenda parti.

"Tapi ‘macai’ ramailah di Facebook. Seorang ada 10 ‘fake account’, sudah tentulah ‘ramai’, bukan?" katanya.

Tambahnya lagi, PPBM perlu berhenti berpura-pura kononnya laris dipasaran sedangkan hakikatnya parti berkenaan sukar mendapatkan keahlian.

"Apa pula maksud Pengerusi PPBM yang mengatakan sekiranya Presiden PPBM menjadi Perdana Menteri, maka dia tidak akan terlalu bebas mentadbir negara kerana parti itu bukan saja memiliki Presiden, tapi juga mempunyai Pengerusi?

"Adakah Pengerusi PPBM itu mahu membayangkan pada Presiden PPBM di Johor itu bahawa dia sebenarnya perlu ‘menurut perintah’ Pengerusi PPBM seperti dulu-dulu? Apa petandanya kata-kata seperti itu diluahkan seorang ‘Maverick versi Malaysia’? Ingin kembali menjadi ‘diktator’?" katanya lagi.

- Malaysian Digest


Read More...

Bung: Lebih Malu Kalau Tak Fasih BM



PETALING JAYA: Tidak ada apa hendak dimalukan jika tidak fasih berbahasa Inggeris, namun lebih memalukan sekiranya tinggal di Malaysia tetapi tidak fasih bertutur bahasa kebangsaan, kata Datuk Bung Moktar Radin.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu turut menyelar beberapa pemimpin terutama daripada kalangan DAP yang tidak fasih berbahasa Melayu walaupun lahir di Malaysia.

“Tidak ada yang perlu dimalukan apabila tidak lancar berbahasa Inggeris, sebab Inggeris bukan bahasa kita. Banyak lagi pemimpin hebat dalam dunia tidak tahu bahasa Inggeris tetapi mereka tetap disegani pemimpin lain.

“Yang kita malu ialah kalau duduk dalam negara ini tetapi tidak tahu bahasa Melayu seperti kebanyakan pemimpin DAP dan lain-lain. Nama saja rakyat Malaysia tapi tidak tahu berbahasa kebangsaan ,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian susulan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini dikritik kerana kesalahan bertutur ketika berucap di sesi Perbahasan Umum ke-71 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, Amerika Syarikat.

Malah, Zahid turut tersilap menyebut Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden Malaysia.

Bung yang juga ahli Parlimen Kinabantangan turut menyarankan agar mana-mana pemimpin dalam negara yang tidak fasih berbahasa Melayu mengikuti kursus khas bahasa itu.

“Saya syorkan pemimpin dalam negara ini yang tidak fasih berbahasa Melayu agar mengikuti kursus khas bahasa Melayu jika beranggapan mereka anak Malaysia,” katanya.

Kesilapan Zahid itu turut menarik perhatian Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memuji keberanian Zahid selain memberi kata-kata dorongan kepada Zahid supaya perbaiki diri.

“Saya pun dulu gagap dan tidak fasih dalam bahasa Inggeris, tetapi Alhamdulillah sekarang saya diberikan mandat untuk mengajar di lebih 25 negara. Buktikan kritikan itu salah.

“Hadirlah ke kelas bahasa Inggeris dan mulakanlah diri untuk terlibat dalam suasana yang bertutur dalam bahasa Inggeris,” kata Syed Saddiq dalam status di Facebook semalam.

- FMT

Read More...

Susah Nak Jumpa Pengundi Cina Sokong BN



SHAH ALAM - Rata-rata pengundi Cina yang ditemui sebagai responden dalam kajian Institut Darul Ehsan (IDE) pada 26 Ogos hingga 30 Ogos lalu meliputi 1,761 orang pengundi menyokong parti pembangkang.

Timbalan Pengerusinya, Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman berkata, perkara itu dapat dilihat susulan rata-rata pengundi Cina hari ini agak mudah untuk didekati berbanding sebelum tahun 2008.

“Selepas 2008, membuat kajian itu tidak susah sangat sebab masyarakat agak lebih terbuka. Sebelum ini agak sukar untuk mendekati pengundi Cina tetapi sekarang tidak begitu sukar terutama dalam kalangan yang berpendidikan.

“Kita tanya, mereka jawab terus terang siapa mereka undi. Kalau DAP, mereka cakap mereka sokong DAP. Tapi payah nak cari pengundi Cina yang menyokong BN. Memang kebanyakannya menyokong pembangkang,” katanya ketika sesi pembentangan penyelidikan survei IDE: Isu dan Persepsi Pengundi Selangor, semalam.

Katanya, sikap masyarakat yang lebih terbuka bukan sahaja kaum Cina memudahkan lagi pihaknya menjalankan kajian.

“Maknanya mereka terus terang. Tidak lagi sembunyi-sembunyi mereka sokong parti mana. Mereka secara terbuka menyatakan pendirian mereka.

“Sebelum ini kita tak boleh tanya parti apa mereka sokong tapi sekarang mereka boleh beritahu kita. Kalau sokong DAP, cakap DAP. Kalau sokong Pas cakap Pas. Kalau tidak sokong mana-mana parti, dia beritahu. Tak pasti dia cakap tak pasti,” katanya.

Dalam kajian tersebut, seramai 78 peratus pengundi menyatakan keterujaan menanti tarikh pilihan raya diumumkan sekali gus menepis dakwaan sebelum ini di mana rakyat dikatakan sudah tidak berminat dengan politik.


Read More...

Tuesday 27 September 2016

Zahid Diperli Gagal Barbahasa Inggeris Di UN

Syed Saddiq puji Zahid, tapi cadang ambil kelas Inggeris



Di sebalik kritikan diterima Datuk Seri Zahid Hamidi susulan ucapan dalam bahasa Inggeris di Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), timbalan perdana menteri menerima galakan musuh politiknya.

Pengasas bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan memperlekeh usaha Zahid itu.

Bekas pendebat terbaik Asia berkata walaupun terdapat kesalahan sebutan, mesej yang hendak disampaikan masih boleh difahami.

“Beliau (Zahid) ada pilihan untuk bertutur dalam bahasa Malaysia tetapi tetap pilih untuk mengambil jalan yang lebih sukar,” katanya.

Beliau berkata kini wujud keadaan tidak sihat apabila pihak yang bercakap dalam bahasa Inggeris secara tidak fasih diejek tetapi yang fasih pula dianggap “pengkhianat bangsa” atau “lidah penjajah”.

“Kita cepat memperlekehkan usaha sesetengah rakyat Malaysia yang ingin mencuba "dunia" yang baru,” katanya di Facebook.

Menceritakan pengalaman sendiri, Syed Saddiq berkata, beliau juga dulu gagap dan tidak fasih berbahasa Inggeris, tetapi kini sudah diberikan mandat untuk mengajar di lebih 25 negara.

Justeru beliau menasihatkan Zahid supaya jangan malu bertutur dalam bahasa itu lagi dan berdepan kritikan diterima.

“Buktikan bahasa pengkritik itu salah.

“Ambil kelas bahas Inggeris dan mula terlibat dalam suasana berbahasa Inggeris,” katanya.

'Masalahnya isu kandungan'

Beliau juga menasihatkan Zahid memulakan dengan ayat-ayat pendek dan mengelakkan perkataan yang susah disebut.

“Secara peribadi saya tiada masalah dengan cubaannya bercakap dalam bahasa Inggeris,” katanya.

“Saya lebih kecewa dengan isi kandungan ucapannya. Saya lebih kecewa dengan kegagalannya untuk lantang bersuara demi negara, agama dan bangsa.”

Zahid dalam ucapannya antaranya mengajak dunia bersatu bagi menentang keganasan, yang menurut beliau, merampas kestabilan dan keselamatan di banyak negara.

Beliau juga menyentuh usaha pembangunan kemahiran untuk menjadikan Malaysia sebagai modal permulaan bagi Asia.

Ahmad Zahid juga mengetengahkan inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan Malaysia (NBOS) yang membolehkan lebih 80 kementerian dan agensi bekerjasama bagi mewujudkan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih baik dan tersusun.

Bagaimanapun, beliau dilihat tidak fasih dan tersalah menyebut beberapa perkataan seperti “blue ocean” dan merujuk Datuk Seri Najib Razak sebagai “presiden”.

Sedutan Ucapan itu kemudian dikongsi meluas di Internet, yang menyaksikan kebanyakan warga maya memperlekehkannya.


- kinitv

Read More...

"Suamiku Abang Desptach," Bukan Penghalang Untuk Hidup Bahagia



Ramai lelaki diluar sana agak 'gerun' bila ingin mengorat wanita yang lebih besar pangkat daripada mereka, ini kerana banyak dimomokkan dengan wanita yang lebih besar pangkatnya lebih tinggi egonya terhadap suami.

Namun, itu adalah persepsi, kisah disebalik cerita pangkat isteri lebih besar ini sebenarnya macam-macam, rumah tangga ini kalau ada sifat hormat menghormati sudah pasti akan terbina dengan baik dan bahagia.

Ramai sebenarnya bahagia walaupun isteri lebih besar pangkat atau kaya, contohnya Fynn Jamal, dia adalah seorang yang berkerjaya tinggi tetapi berkahwin dengan suaminya yang ketika itu hanya seorang runner.

Apa yang menarik dengan kisah mereka ini? jom kita baca.


kali pertama aku tanya dia tentang kerjanya, dgn laju dia jawab "hantar makanan pergi rumah orang".
.
respon refleks aku: okay, asal kije.
.
dlm hati aku-- boleh ke abah terima aku, seorang lecturer, berkahwin dgn seorang mat despatch utk kedai keluarganya?
.
ketika itu kami belum lagi berjumpa. baru beberapa hari berkenal2, wajah dia pun aku tak tau macammana-- sempat je lagi utk batalkan segalanya. tapi entahlah. jodoh kuat, barangkali-- jadi.
.
bg aku, kalau pun ada alasan utk tidak meneruskan jumpa-- ia bukanlah kerana kerjanya.
.
aku tidak pernah ada masalah dgn jawatan. abah aku sendiri bawa bas sekolah. sambil bawa bas, dia jual2 jajan, aiskrim dan abc yg diparut sebelum memandu-- diletak dlm bekas tahan sejuk-- berniaga sambil memacu. itu biasa. aku sendiri berdiri di sebelah dia membantu transaksinya.
.
apa sahaja asal boleh tambah rezeki.
apa nak malu asalkan halal?
bukan kita mencuri.
.
itu abah selalu kata.
.
entahlah agaknya aku mmg suka lelaki kerja2 fizikal. aku suka melihat sabar dlm penat seorang manusia. mcm abg2 tukang kasut atau pakcik2 berkebun sayur. aku kagum dgn orang2 rajin atas dunia. sebab aku ini jenisnya perlahan, lekas penat dan kaki mencari jalan pintas.
.
aku tak ada ketetapan hati utk sabar.
aku perlukan lelaki yg mampu didik aku jd sabar.
.
aku tak tau kenapa aku menulis tentang suamiku yang mat delivery itu haha. mungkin kerana melihat dua, tiga menjak ini dia kembali bertenggek atas motor mengusung @susujuna ke sana ke mari buat aku rasa manis merindui dia yg aku setuju nikahi itu.
.
8 tahun sudah.
.

aku nikahi dia dlm aku seorg pensyarah, dia seorg abang delivery. aku yg berjaya, secara teori. tapi lihat bagaimana الله aturkan. aku hilang pekerjaan berbulan2. tidak bekerja, dan dgn apa adanya suamikulah aku makan. dari gaji ribu2 tiba2 ambil order di kedai makan. tak pernah langsung ketika aku buat assignment di universiti dulu aku bayangkan itu prospek kerjaya aku. haha.
.
begitulah ilusinya wang, harta dan kuasa. betapa pantas taqdir boleh flip.
.
but wallahi i was happy. maklumlah. tak bercinta terus kahwin. suami mat delivery, kita awek amik order. bercinta kat kedai aje le. kah!
.
drama betul.

suamiku abang desptach.

- Siakapkeli.my


Read More...

Video: "Mukhriz Nak Bertanding Di Kedah? You're Welcome" - Ahmad Bashah



ALOR SETAR - Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dialu-alukan untuk bertanding di mana-mana kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri di Kedah, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Ahmad Bashah menegaskan bahawa Mukhriz berhak menentukan di mana saja yang beliau suka untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti dan 

"You're welcome.. you're welcome... Dia nak bertanding di mana? Kalau dia nak bertanding di Parlimen Jerlun, you're welcome... nak bertanding Dun yang sekarang ni, dia nak jadi Menteri Besar, you're welcome.

"Kalau dia tak confident, dia nak pi dok dekat Kubang Pasu tempat pak dia dok 22 tahun, you're welcome to Kubang Pasu... no harm," katanya menegaskan pendirian beliau yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri di sini, petang tadi.

Ahmad Bashah berkata, bekas Menteri Besar itu berhak memilih mana-mana kerusi untuk ditandingi meskipun memilih untuk menentangnya di Dun Bakar Bata.

Pendirian tersebut turut disokong padu oleh Exco Kerajaan Negeri, Datuk Suraya Yaakob yang juga merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pendang yang menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak gentar dengan kelibat Mukhriz di Kedah.

"Betul.. betul.. mana-mana tempat yang dia suka, kita bukannya ada kuasa nak halang," kata Suraya menyokong penuh pendirian Ahmad Bashah yang hadir dalam program Bicara Santai Wanita Bersama Menteri Besar Kedah yang diadakan bersempena Sambutan Hari Wanita Kebangsaan @ Kedah dan Karnival Perwani di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di sini, hari ini. 

Mukhriz hari ini menafikan spekulasi yang mengatakan beliau akan bertanding di Putrajaya, sebaliknya mengatakan akan bertanding di kerusi Parlimen atau Dun di negeri Kedah, namun tidak mendedahkan kawasan mana yang bakal ditandingi pada PRU ke-14 nanti.

Spekulasi yang tercetus mengatakan Mukhriz berkemungkinan bakal bertanding di kerusi Parlimen Jerlun, Kubang Pasu atau Langkawi, dan akan cuba mengekalkan kedudukan Adun Ayer Hitam dengan bertanding di Dun tersebut. -Kedahnews.com



Read More...

Ibu Mangsa Pukul Artis Buat Laporan Polis



Kota Bharu: Keluarga seorang wanita, 26, mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang memukul dan membogelkan anak perempuannya dalam kejadian di sebuah hotel di pekan Sungai Golok, pagi Selasa lalu.

Dua video masing-masing berdurasi dua minit lapan saat dan satu minit 15 saat itu tersebar di Facebook sejak semalam, yang mendapat komen daripada netizen.

Dalam video berkenaan, mangsa dipukul menggunakan dua botol kaca minuman oleh seorang wanita warga Thailand, dipercayai diupah wanita dikenali sebagai Nadia yang membuat rakaman itu.

Difahamkan, kejadian berlaku akibat salah faham apabila mangsa dituduh menjalin hubungan cinta dengan suami Nadia.

Ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Ani, 50-an, berkata dia mengetahui kejadian menimpa anaknya Sabtu lalu, selepas dimaklumkan anak keduanya yang tinggal di Kuala Lumpur.

"Akibat kejadian itu anak saya cedera di badan, kepala dan menerima lapan jahitan di dahi. Sebagai ibu, saya sedih dengan kejadian itu kerana mengaibkan anak saya tanpa belas kasihan.

"Anak saya tidak pernah menjalin hubungan cinta dengan suami orang dan sudah membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian Sabtu lalu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Chicha Kubang Kerian, hari ini.

- hmetro


Read More...

Monday 26 September 2016

Tiada Pilihanraya Di Pulau Pinang Bantah Persempadanan SPR



GEORGE TOWN: Kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang tidak bercadang mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi membantah cadangan kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya di negeri itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri sebaliknya akan mengemukakan bantahan kepada SPR sebagai pihak berkuasa tempatan.

Beliau berkata, isu mengadakan PRN bagi membantah cadangan persempadanan itu di Pulau Pinang sebenarnya tidak berbangkit.

“Saya rasa kalau nak buat PRN sudah buat, tetapi…buat masa sekarang, perkara itu tidak berbangkit,” katanya kepada pemberita hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan Pakatan Harapan negeri akan bermesyuarat bagi mendapatkan pendirian bersama dalam membantah cadangan kajian persempadanan itu.

Bagaimanapun, Chow yang juga exco kerajaan tempatan, lalu lintas dan tebatan banjir negeri berkata, beliau tidak dapat menghadiri mesyuarat Pakatan Harapan yang diadakan semalam.

Katanya, beliau difahamkan kerajaan Pulau Pinang akan meneliti impak kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya itu sebelum menentukan tindakan yang akan diambil.

“Kajian mengenai perkara itu mungkin dapat dimuktamadkan dalam tempoh 2 minggu lagi,” katanya.

Menurutnya, kerajaan Pulau Pinang merancang menggunakan kuasa sebagai pihak berkuasa tempatan bagi mengemukakan bantahan berhubung proses persempadanan semula itu.

Pada 13 September lalu, Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.

Semua pihak diberi masa sebulan sehingga 14 Oktober ini untuk mengemukakan bantahan.


Read More...

VIDEO: ‘Mung Wat Nate Apo’, Artis Mengamuk Belasah Suami, Kekasih Bogel



Kurang dari 24 jam, nama Nadia Nordin secara tiba-tiba menjadi trending di laman sosial Twitter dan Facebook gara-gara rakaman memaparkan dia memukul seorang lelaki didakwa suaminya selepas kantoi sedang ‘bermadu kasih’ bersama wanita simpanan.

Insiden tersebut didakwa berlaku di sebuah bilik hotel di Kota Bharu, Kelantan selepas kelakuan curang suaminya itu diketahui Nadia.

Menerusi dua rakaman berasingan yang kini viral di media sosial menunjukkan wanita tersebut ‘naik hantu’ dengan bertindak memaki hamun, menumbuk serta menendang suaminya berkali-kali, selain memukul kekasih suaminya itu menggunakan botol kaca.

Berdasarkan rakaman video pertama berdurasi 30 saat, wanita simpanan tersebut yang berada dalam keadaan berbogel telah ditengking oleh Nadia, selain dia dibaling dengan sebiji botol kaca sehingga menyebabkan botol tersebut pecah berkecai.

Wanita berkenaan yang duduk di lantai kedengaran menangis dan merayu supaya tidak dipukul , namun tidak diendahkan oleh Nadia.

Sementara, video kedua berdurasi 1 minit 16 saat pula menunjukkan Nadia melepaskan amarahnya dengan bertindak memukul, menumbuk, menendang serta memaki hamun suaminya dalam dielek Kelantan.

Tidak cukup dengan itu, Nadia yang memakai seluar pendek dilihat turut menarik rambut suaminya sambil terus menghemburkan kata-kata kesat.

“Mung wat nate apo katku? (Kau buat apa),” jerit wanita tersebut dalam rakaman berkenaan.

Netizen mendakwa ketika kejadian, perempuan tersebut berada dalam keadaan bogel bersama suami Nadia. Akibat dipukul menggunakan botol kaca, mangsa dikatakan cedera dan menerima 15 jahitan.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang maklumat mengenai bila dan lokasi sebenar insiden tersebut. Difahamkan, video tersebut didakwa telah disebarkan sendiri oleh Nadia.

Rata-rata netizen memberi reaksi pelbagai terhadap insiden berkenaan, di mana ada yang berpendapat bahawa tindakan Nadia memukul suaminya dan wanita tersebut adalah terlalu kejam, selain ada yang menggesa supaya siasatan dilakukan berhubung insiden terbabit.



Read More...

Siti Kasim: Anwar Ibrahim Bawa Masuk Fahaman Islam Wahabi



JIKA ditanya siapa aktivis yang paling lantang bersuara ketika ini, jawapannya lain tak bukan adalah Siti Kasim!

Siti, peguam aktivis yang berusia 53 tahun mula mencuri perhatian ramai selepas tampil memperjuangkan hak orang Asli dan masyarakat pribumi. Malah, namanya lebih menjadi sebutan dalam kalangan masyarakat selepas insiden beliau menunjukkan jari tengah kepada hadirin dalam sebuah wacana, baru-baru ini.

Dengan sikap terbuka beliau itu, maka ‘kesakitan’ yang perlu ditanggungnya adalah kritikan dan cemuhan orang ramai yang melemparkan kata-kata kesat termasuk membabitkan penampilannya, tambahan pula dengan imej 'berambut perang'.

Semalam, Siti dalam satu temuramah bersama Malay Mail Online berkongsi bagaimana beliau berdepan dengan kritikan, memilih untuk tidak melayan segala kritikan tersebut dan menyuarakan perasaan ‘gembira’ beliau terhadap penahanan bekas timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apabila dia (Anwar Ibrahim) ditangkap, saya boleh beritahu anda bahawa saya adalah orang paling gembira di London. Saya tidak bergurau, pada waktu itu saya rasa Malaysia selamat. Malangnya, sudah tentu ramai orang yang sudah pun dipengaruhi olehnya ketika itu,” kata Siti yang pernah menetap selama 17 tahun di London sejak dari 1987 hingga 2004, dipetikMalay Mail Online, pada Ahad.

Siti yang juga graduan dalam jurusan Undang-Undang dari Queen Mary University of London berkata demikian kerana menurutnya, Anwar Ibrahim, yang merupakan bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) adalah individu yang didakwa bertanggungjawab membawa masuk Islamisasi ke dalam Malaysia.

“Dia yang bersalah, dia yang membawa Islamisasi ke Malaysia. Tidak salah untuk membawa masuk perkara yang baik, tetapi dia membawa masuk fahaman Islam Wahabi.

“Mengapa anda mahu untuk membawa tafsiran fahaman Wahabi dalam Islam? Mereka mencampur-aduk budaya Arab ke dalam Islam,” jelas Siti dalam artikel bertajuk “10 things about: Siti Kasim, lawyer and activist”.

Anwar, ialah bekas Presiden ABIM yang ketiga sebelum beliau menyertai UMNO pada tahun 1982.

Mengulas insiden menunjukkan jari tengah, Siti menyifatkan beliau tidak pernah menyesal melakukan perkara tersebut.

“Saya tak menyesal tunjuk jari. Bagi saya, Islamis jahat layak terima lebih daripada itu. Kasar? Biadab? Sejak bila seorang wanita tak boleh berlaku kasar dan biadab terhadap orang jahat dan si bodoh yang dicuci otak?” soalnya.

- mD

Read More...

UMNO, BN tidak terancam dengan parti baharu Shafie - Tengku Adnan



Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak terancam dengan tindakan bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal untuk menerajui satu parti baharu dengan mengambil alih parti politik sedia ada di Sabah.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata situasi bekas pemimpin berpaling tadah dan menubuhkan parti baharu bukan sesuatu yang asing bagi BN dan UMNO.

"Saya percaya selagi kita (UMNO dan BN) bersatu padu dan setia terhadap presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak), kita tidak perlu risau situasi begini.

"Dia (Shafie) mahu cuba, saya ucapkan 'good luck and best of luck'," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak, di sini hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Tengku Adnan berkata UMNO yang ditubuhkan pada 1946 merupakan sebuah parti yang mempunyai struktur yang kukuh.

"Sepanjang 70 tahun penubuhannya, UMNO berdepan dengan pelbagai dugaan dan rintangan akibat kealpaan dan perbezaan pendapat yang berlaku dalam kalangan anggota.

"Bukan sekali kita dikhianati, bukan sekali pemimpin kita berpaling tadah dan menubuhkan parti baharu, banyak kali. Malah, kita terpaksa memikul masalah legasi terdahulu," katanya.

Selain itu, Tengku Adnan berkata semua anggota parti perlu mengekalkan semangat BN yang merupakan tunjang utama kekuatan parti itu.

"Contohnya ketika UMNO lemah pada pilihan raya umum 1999, undi Cina dan India menjadi penyelamat. Itu sebab kita kena kekalkan semangat BN pada semua ... daripada pelbagai kaum," katanya. -- BERNAMA


Read More...

Saturday 24 September 2016

Datuk Curi Lamborghini..

Lip Eng (dua, kanan) meminta polis memberi penjelasan sebenar berhubung kes kecurian Lamborghini yang dilapor hilang 26 Julai lalu.


PUCHONG – Pihak polis diminta memberi penjelasan sebenar berhubung kes kecurian kenderaan mewah jenis Lamborghini yang dilapor dilarikan sekumpulan lelaki di Taman Wawasan, awal pagi 26 Julai lalu.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, pemilik kenderaan tersebut mendakwa tiada suspek yang ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang selepas dua bulan kejadian dilaporkan berlaku.

Menurutnya, sepupu kepada pemilik yang memandu kereta tersebut pada hari ia dilapor hilang turut kesal dengan kenyataan polis mengatakan dirinya membuat laporan palsu.

“Ini sidang media kali ketiga dibuat berhubung kes tersebut, sebelum ini saya dah buat aduan kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan selepas dapati ada sesuatu yang tidak kena mengenainya.

“Ia termasuk persoalan mengapa polis ambil masa lebih dua bulan untuk pulangkan kembali kereta kepada pemilik selain kenyataan yang mengatakan sepupu pemilik buat laporan palsu berhubung kecurian kereta mewah itu,” katanya.

Katanya, beliau kesal sehingga kini pihak suruhanjaya memaklumkan belum mendapat sebarang penjelasan daripada pihak polis berhubung aduan dibuat pihaknya.

“Saya juga hairan tiada suspek ditahan dan didakwa di mahkamah selepas polis kata sudah tahan dua suspek bergelar ‘Datuk’,” katanya pada sidang media di Kompleks Suria Kinrara, di sini semalam.

Justeru Lip Eng berkata, beliau memberi tempoh seminggu kepada polis dan suruhanjaya untuk memberi kenyataan berhubung kes itu dan akan membawa perkara itu ke Parlimen jika pihak itu gagal beri maklum balas.

Beliau katanya, turut membuat aduan di Jabatan Integriti Bukit Aman namun dimaklumkan ia masih dalam siasatan.

Terdahulu, beliau memberitahu sepupu kepada pemilik kenderaan itu membuat laporan polis mendakwa kereta mewah tersebut dilarikan ketika memandunya di Taman Wawasan, Puchong.

Dalam laporan dibuat, pengadu memberitahu ketika kejadian dia memandu kereta tersebut dan turut memaklumkan pemilik sebenar adalah kakak saudaranya.

Dua hari selepas kehilangannya, pihak polis mengeluarkan kenyataan kenderaan itu berjaya ditemui semula dan menahan dua lelaki bergelar Datuk.

Seminggu selepas itu, beliau berkata, polis mengeluarkan kenyataan mendakwa pengadu membuat laporan polis palsu dan memaklumkan pemilik kenderaan adalah orang lain.

Katanya, pemilik datang bertemunya apabila polis pada mulanya enggan memulangkan kenderaan tersebut.

Lip Eng berkata, beberapa hari selepas itu polis kemudian membuat kenyataan mengatakan suspek bergelar 'Datuk' tidak terlibat dengan kes kecurian kereta tersebut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah memberi penjelasan berhubung kes tersebut kepada pihak suruhanjaya.

Beliau berkata, kertas siasatan kes juga telah dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

- sharian

Read More...

Friday 23 September 2016

Nedim Nazri Aziz Kakitangan Awam Kementerian Pelancongan Pandu Kereta Lamborgini Aventador RM2.8 Juta?



Nedim Nazri Aziz Kakitangan Awam Kementerian Pelancongan Pandu Kereta Lamborgini Aventador RM2.8 Juta?

Mungkin inilah yang dikatakan “tuah di ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu” bertuah apabila melihatkan ada anak Melayu yang hanya merupakan kakitangan awam dan menjawat jawatan sebagai pegawai khas di Kementerian Pelancongan Malaysia (BUKTI LANTIKKAN DI SINI) memiliki banyak deretan kereta mewah & rumah mewah.

Bagaimana tugasannya Berita Semasa kurang periksa. Mungkin dalam kesibukan dan kemeriahan Tahun Melawat Malaysia 2014, kepakaran dan kemahiran yang ada pada individu bernama Nedim Datuk Seri Nazri Aziz ditagih bagi melancarkan kempen tersebut. Mungkin?

Rumah Nedim Nazri Aziz RM7.218 Juta?

Jikalau sebelum ini Nedim didakwa memiliki sebuah rumah yang bernilai RM7.218 juta (SEPERTI DAKWAAN DI SINI). Dan disebabkan Nedim Datuk Seri Nazri Aziz merupakan kumpulan bumiputera beliau telah mendapat diskaun sejumlah RM500,9444.08 (-7%). Tahniah.

Terbaru Nedim Datuk Seri Nazri Aziz dikesan memakai kereta sport super mewah, Lamborghini Aventador yang menjadi idaman ramai. Apabila bercakap kereta idaman ini, kebanyakan rakyat marhaen hanya boleh berangan dan mengidam sahaja. Setakat gaji kakitangan awam mahu memakai kereta Lamborgini Aventador seperti ini? Mampu? Kalau “mampu” mahu disoal siasat SPRM? Tetapi……

Tetapi Nedim Datuk Seri Nazri Aziz lebih daripada mampu. Belum cukup dengan kereta Porshe, Hummer “milik seseorang” dan terbaru Nedim Datuk Seri Nazri Aziz memandu kereta Lamborghini Aventador yang bernilai? Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap sebuah portal kereta di Malaysia, kereta mewah sport tersbeut bernilai RM2.8 juta. Sekali lagi RM2.8 juta!!! Tahniah……

Koleksi Kereta Mewah Nedim Nazri Aziz (Porshe, Hummer, Lamborghini)

Berapa gaji anda sebagai kakitangan awam? Nedim Nazri Aziz mampu bayar bayaran bulanan secara kasarnya sekitar RM26,704 sebulan bergantung kepada nilai downpayment yang diletakkan. Anda mampu?

Baca seterunya DI SINI


Read More...

Thursday 22 September 2016

Mahathir Pernah Kurung Agong Di Langkawi Pada 1999



KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad pernah membuat kenyataan mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak 'mengurung' Yang di-Pertuan Agong di Istana selepas bekas Perdana Menteri itu gagal bertemu Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, sebelum ini.

Blogger, Raja Petra Kamaruddin berkata, berbanding Najib yang hanya dituduh mengurung Agong, Dr Mahathir sebenarnya pernah meletakkan Agong dalam tahanan rumah di Langkawi pada November 1999.

"Ya, pada November 1999, Mahathir meletakkan Agong (Almarhum Sultan Selangor) dalam tahanan rumah. Jadi dia fikir Najib melakukan perkara sama kepada Agong kini (Sultan Kedah) dengan melarangnya bertemu Tuanku Agong," katanya dipetik Malaysia Today.

Menurut beliau, Mahathir melarang sesiapa sahaja yang ingin bertemu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Langkawi sehingga tamat Pilihan Raya Umum (PRU) tahun berkenaan.

Walaubagaimanapun, Dr Mahathir kata Raja Petra berjaya bertemu Agong pada 15 September lalu untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat yang hanya ditandatangani 45 individu.

"Mahathir katakan beliau ada sekitar 1.3 juta hingga 1.4 juta lagi tandatangan sungguhpu beliau tidak membawanya (ketika bertemu Agong).

"Agong kemudiannya bertanya Mahathir samaada beliau boleh memberi jaminan 1.3 juta hingga 1.4 juta tandatangan itu sah. Mahathir senyap selama beberapa minit dan akhirnya selepas membisu seketika beliau menjawab (tandatangan) itulah yang diserahkan kepadanya," ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, Tuanku Abdul Halim kemudiannya berceramah kepada Dr Mahathir mengenai konsep Raja Berperlembagaan yang perlu dipatuhi bekas Perdana Menteri itu dan menjelaskan mengapa Agong tidak boleh mencapuri hal ehwal politik.

"Sudah 30 tahun tetapi akhirnya muka Mahathir ditampar dengan hujah yang sama digunakannya terhadap Raja-Raja lebih 30 tahun lalu. Inilah yang dipanggil keadilan. Kamu ditampar dengan apa yang kamu gunakan untuk menampar Raja-Raja pada tahun 1980-an," katanya lagi.

'Hujah Dr Mahathir pada 1980-an' yang dimaksudkan Raja Petra adalah penjelasan bekas Perdana Menteri itu sewaktu beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim meminda perlembagaan yang mengehadkan kuasa Agong serta Majlis Raja-Raja dalam isu-isu negara.

- malaysiadigest


Read More...

Tuesday 20 September 2016

Penyingkiran Rosmah dari terima anugerah Unesco adalah kerugian negara - portal pro-Umno



Datin Seri Rosmah Mansor dijadual menerima anugerah 'Lead by Example' di New York pada Khamis ini berhubung program bidang pendidikan awal kanak-kanak PERMATA, cetusan ilhamnya.

Bagaimanapun, namanya dikeluarkan daripada senarai penerima anugerah pada saat-saat akhir.

Dan portal pro-Umno mendakwa ini adalah sabotaj oleh mereka yang tidak mahu melihat Malaysia atau isteri Perdana Menteri Datuk Najib Abdul Razak menerima pengkitirafan.

MyKMU.net berkata jawatankuasa panel penasihat antarabangsa terpaksa mengeluarkan PERMATA dari senarai selepas soalan dibangkitkan mengenai pembiayaannya.

Jawatankuasa itu, katanya, mereka tidak tahu mengenai sebarang salah laku tetapi pada masa yang sama, akibat kesuntukan masa dapat menyemak sumber dana PERMATA.

“Pihak media, terutama media barat cuba mengimplikasikan bahawa sumber pembiayaan PERMATA datang daripada sumber yang tidak sah walhal PERMATA sebenarnya mendapat dana daripada kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Portal itu juga membekalkan dana yang diperuntukkan kepada PERMATA sejak 2013:

2013: RM20.59 juta
2014: RM32.39 juta
2015: RM34.46 juta
2016: RM36.34 juta

Dana yang diperuntukkan, kata MyKMU adalah daripada bajet tahunan kerajaan yang digunakan untuk gaji kakitangan, perkhidmatan dan bekalan, pembelian aset atau dalam erti kata lain untuk membiayai operasi PERMATA.

Tidak benar untuk mengatakan bahawa sumber dana untuk PERMATA tidak dapat disahkan sedangkan dokumen-dokumen kerajaan berkenaan perbelanjaan dan butir-butirnya telah dibentangkan, berada di dalam domain awam dan mudah diakses,” katanya.

Menurut portal itu, program PERMATA telah membawa banyak manfaat untuk kanak-kanak, remaja, kanak-kanak kurang upaya serta juga pelajar pintar.

“Penyingkiran Datin Seri Rosmah dari anugerah ‘Lead by Example’ mungkin dianggap melucukan dan merupakan kemenangan buat sesetengah pihak.

“Hakikatnya, ia adalah kerugian kepada negara dan kemenangan pihak yang sengaja mahu mensabotaj dan menafikan kecemerlangan Malaysia serta program PERMATA,” katanya.

dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak termasuk kanak-kanak pintar dan berkelainan upaya (OKU).

"Sesetengah mungkin mendapati pengecualian Rosmah daripada senarai anugerah itu sebagai kemenangan atau kelakar.

"Hakikatnya, ia adalah satu kerugian bagi negara dan kemenangan bagi mereka yang sengaja mahu mensabotaj Malaysia serta Permata," katanya.

Semalam, Malaysiakinimelaporkan Profesor Tudor Parfitt, yang mempengerusikan panel penasihat akademik antarabangsa untuk acara itu, sebagai berkata bahawa program PERMATA perlu digalakkan kerana dilihat mewakili model untuk diteladani di negara-negara lain dengan penduduk berbilang kaum.

Bagaimanapun, beliau berkata berikutan kebocoran maklumat yang tidak tepat berhubung cadangan jawatankuasa itu, organisasi itu telah disoal oleh media berhubung sumber pembiayaan dana PERMATA.

Beliau berkata, sebagai ahli akademik, Antiquities Coalition tidak mempunyai cara segera mengesahkan dana PERMATA, dan tidak menyedari mengenai sebarang salah-laku tertentu.

"Bagaimanapun, kita tidak mahu acara penting ini didominasi oleh apa-apa selain daripada isu bagaimana untuk menggerakkan dan menyatukan rakyat dalam memerangi keganasan," katanya.

"Justeru, jawatankuasa ini memutuskan ia memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji semula komen yang diterima, dan telah mengeluarkan PERMATA daripada senarai penerima anugerah Khamis ini," katanya.


Read More...

Hadi Awang Cemburu Pada AMANAH



Parti Amanah Negara (AMANAH) menyifatkan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu akan 'melutut' kepadanya suatu hari nanti hanya kerana sebab cemburu.

Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub berkata Hadi sebenarnya cemburu dengan kejayaan parti itu dalam tempoh yang singkat tidak seperti parti serpihan PAS yang lain seperti HAMIM dan BERJASA.

“Bagi saya ucapan itu lahir daripada ucapan cemburu melihat kejayaan AMANAH dalam tempoh yang singkat telah berjaya membuktikan bahawa dia bukan parti seperti HAMIM dan BERJASA.

“Jadi harapan (Hadi) untuk lihat AMANAH ini parti kecil yang umurnya tak panjang dan akan mati macam (parti) HAMIM dan BERJASA itu tidak kesampaian.

“Sebaliknya AMANAH hari ini dapat sambutan yang baik daripada masyarakat," katanya kepadaMalaysiakini.

Semalam Hadi berkata bahawa beliau yakinAMANAH akan 'melutut' suatu hari nanti dan mengiktiraf kekuatan parti Islam itu di persada politik negara.

Menurut Abdul Hadi, parti-parti lain yang menjadi sekutu AMANAH pula terpaksa bergantung pada PAS untuk meraih sokongan rakyat memandangkan komitmen yang tinggi anggota partinya.

Justeru, Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata, dakwaan ribuan ahli PAS Kelantan yang menyertai AMANAH dilihat hanya sebagai 'cakap sokong yang tidak berpijak di bumi nyata'.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata tindakan tidak mahu melutut kepada PAS menyebabkan tertubuhnya AMANAH.

“Kalau isu melutut saya dan kawan-kawan tak akan tubuhkan AMANAH.

“Kalau nak melutut duduk dalam PAS sajalah. Jangan cakap apa-apa. Jangan buat apa-apa. Duduk diam sahaja,” katanya.

Hadi mengeluarkan kenyataan itu dalam Program Munajat Perdana 'Rakyat Kelantan Menyokong Rang Undang-Undang Akta 355' di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kelantan.

Dalam Majlis Perisytiharan Keluar PAS dan Masuk AMANAH di Salor yang diadakan serentak dengan Program Munajat Perdana itu, kepimpinan AMANAH mendakwa menerima lebih 1,500 keahlian baru daripada penyokong PAS di negeri berkenaan.

AMANAH ditubuhkan selepas sebahagian pemimpin PAS tidak berpuas hati dengan Hadi sehingga dituduh menyebabkan kematian Pakatan Rakyat.


Read More...

Monday 19 September 2016

Doktor Rawat Haron Din Menangis Terkenang Arwah



SHAH ALAM – Anak perempuan Allahyarham Datuk Dr Haron Din memberitahu doktor merawat bapanya yang dikenali sejak 16 tahun lalu, Prof Alan C Yeung dari Pusat Perubatan Universiti Stanford banyak kali menitiskan air mata sejak pemergian Mursyidul Am Pas itu.

Dr. Huda Haron berkata, Dr Alan menyifatkan Allahyarham bapanya itu sebagai pesakit beliau yang paling baik dan gigih dalam apa juga keadaan.

“Oh ya nak beritahu Baba...Dr Alan Yeung setiap hari tanya khabar kami. Semalam dia hantar pesanan, minta izin nak ziarah Baba. Dia minta nombor telefon dan alamat e-mel kami, tidak mahu putus hubungan katanya dan berharap pertalian kekal bertanya khabar.

“Dia kata, Baba pesakitnya yang paling baik dan paling gigih dalam apa jua keadaan. 16 tahun dia kenal Baba dan rapat kita dah macam keluarga. Banyak kali matanya bergenang dan menitiskan manik-manik jernih. Dia menangis Baa...banyak kali,” ceritanya melalui satu perkongsian di Facebook.

Menurutnya lagi, Dr Alan sering bersama keluarganya sepanjang detik cemas dan getir mereka di sana.

“Dia tidak pinggirkan kami. Malah pakar-pakar lain yang merawat Baba memuliakan Baba.

“Rakaman penghargaan untuk semua yang merawat dan terlibat dalam ikhtiar rawatan Baba terutama Prof Alan C Yeung dan Dr Joe Hsu dari Pusat Perubatan Universiti Stanford.

“Tidak dilupakan seluruh jemaah Pakar Kardiologi di IJN (Institut Jantung Negara) serta jururawat-jururawat terutama Datuk Amin, Tan Sri Rob, Dr Yap dan Dr Rima,” katanya.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 10.05 pagi Jumaat lalu pada usia 76 tahun di California akibat komplikasi jantung yang kritikal dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, Santa Clara.

Dalam perkongsian lain di Facebook, Dr Huda seolah-olah berbicara dengan Allahyarham tentang ibunya, Datin Khatijah Salleh.

“Baba jangan risau, kami lima beradik bersama anak menantu berjanji sepenuh hati akan menjaga kebajikan mama seperti yang Baba pernah perlihatkan kepada kami. Mama sangat kuat dan tabah Baa…Lebih kuat daripada yang kami sangka, lebih kuat daripada kami berlima.

“Mama yang mendakap dalam pelukan hangatnya menyabarkan kami. Mama yang mengingatkan kami berkali-kali tika terasa ingin meraung dan melalak seperti tiada iman. Tenang raut wajah mama memberi kami kekuatan menggagahi saat paling kemuncak,” katanya.


Read More...

Mahathir Jadi Alat Dan Kuda Yang Ditunggang Oleh DAP

“Lim Kit Siang memperalatkan Mahathir sebagai kuda yang ditunggang untuk menjatuhkan Najib”, kata ‘Superman’ dari DAP




Read More...

Tak pelik Najib tak hadir sidang PBB, kata Zahid



NEW YORK: Bukan sesuatu yang luar biasa apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menghadiri Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata mewakilkan tugas mengetuai delegasi Malaysia kepada timbalan perdana menteri bukan merupakan sesuatu yang luar biasa kerana banyak negara lain yang menghantar wakil bagi mewakili ketua negara dan kerajaan masing-masing.

“Bukan merupakan sesuatu yang ganjil untuk sama ada menteri luar atau timbalan perdana menteri hadir sebagai wakil pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB),” katanya kepada media Malaysia yang membuat liputan kehadiran beliau di UNGA di sini pada Ahad.

Beliau berkata daripada 193 negara anggota PBB, setakat ini 54 negara termasuk Indonesia yang menyatakan ketua negara dan kerajaan mereka tidak akan menghadiri perhimpunan tahunan PBB itu.

“Dan ketika zaman perdana menteri yang memerintah paling lama dulu pun terdapat juga orang lain yang mewakili beliau,” kata Ahmad Zahid.

“Saya harap perkara ini tidak perlu digembar-gemburkan kerana saya yakin apa yang dilakukan oleh perdana menteri ialah sesuatu yang wajar dan tidak berlaku keluarbiasaan,” kata Ahmad Zahid.

Sependapat dengan beliau, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata beliau pernah diberi tanggungjawab untuk mengetuai delegasi Malaysia ke UNGA pada 2009.

“Kalau kita lihat daripada senarai kedatangan sejak beberapa tahun lalu, bukan semua negara menghantar ketua negara atau ketua kerajaan masing-masing,”
katanya.

Ahmad Zahid tiba di New York pada Sabtu untuk mengetuai perwakilan Malaysia ke sesi ke-71 UNGA.


Read More...

Berita Ahmad Bashah 'tenat' satu tindakan terancang, berniat jahat



KUALA LUMPUR: Khabar angin mengenai tahap kesihatan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang semakin buruk merupakan serangan peribadi terancang dan berniat jahat.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata ia spekulasi yang ingin memperlihatkan bahawa Menteri Besar Kedah itu sudah tidak berupaya menjalankan tugasnya sebagai ketua negeri.

"Hakikatnya seperti yang telah diperlihatkan, Ahmad Bashah pada ketika ini sihat dan sedang memberi tumpuan terhadap usaha-usaha pembangunan negeri.

"Seperti yang dimaklumkannya sendiri kunjungan ke hospital hanyalah memenuhi janji temu rawatan dan pemeriksaan susulan selepas pembedahan usus baru-baru ini.

"Ahmad Bashah sama sekali tidak rebah seperti yang digambarkan, namun masih mampu memenuhi jemputan dan mempengerusikan beberapa siri mesyuarat di peringkat parti dan negeri.

"Malah, Ahmad Bashah dijadualkan mempengerusikan mesyuarat mingguan exco pada 21 September ini," katanya kepada Astro AWANI hari ini.

Shaiful mengulas khabar angin yang disebar pihak tertentu, terutama di media sosial, bahawa Ahmad Bashah kini dirawat di hospital kerana masalah kesihatan.

Dalam pada itu, jelas Shaiful yang juga Setiausaha Politik Ahmad Bashah, tindakan memenuhi janji temu susulan oleh Menteri Besar Kedah itu jelas menunjukkan keazaman tingginya yang mahu cepat kembali cergas demi memenuhi tuntutan rakyat dan parti di peringkat negeri.

"Kita mohon agar ruang ini diberikan sepenuhnya oleh semua pihak bagi melihat agenda negeri dan parti dapat dipenuhi dengan kadar segera tanpa perlu melayan fitnah murahan pihak-pihak tertentu.

"Hakikatnya, walaupun Ahmad Bashah sering menjalani pemeriksaan susulan secara berkala di hospital, Menteri Besar dibantu sepenuhnya pasukan Muafakat Kedah yang terus menerus memastikan jentera Kerajaan dan parti terus terjaga dengan baik.

"Beberapa agenda besar, jangka masa sederhana telah dirangka dan jentera parti dalam proses untuk disiapsiagakan dengan sepenuhnya dan ada yang telah dilaksanakan dengan baik," ujarnya.

Dalam perkembangan berasingan, Shaiful memberitahu agak 'terusik' dengan beberapa andaian kononnya perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat beberapa rombakan pimpinan di beberapa buah negeri termasuk Kedah.

"Mengenali Ahmad Bashah, kita yakin beliau tidak terkesan dengan andaian liar ini berdasarkan beberapa siri pengorbanan atas nama kesetiaan kepada parti dan pemimpin sebelum ini.

"Namun, kita yakin, Datuk Seri Najib berpuas hati dengan prestasi Pasukan Muafakat Kedah yang dipimpin Ahmad Bashah dan akan terus diberi kepercayaan mengepalai negeri dan parti.

"Kita juga menggesa jentera parti dan kerajaan tidak mudah hilang fokus dgn andaian-andaian liar ini. Kita anggap ia sekadar permainan kumpulan-kumpulan yang masih terguris dan sememangnya sudah terbiasa dengan mainan fitnah dan adu domba," jelasnya.

Shaiful turut menyatakan kesetiaan serta keyakinan terhadap jentera parti dan kerajaan selain memberitahu tidak mudah menyerah kalah pada taktik dan pendekatan keji pihak-pihak tertentu.


Read More...

Sunday 18 September 2016

'Tinggalkan Umno kerana Nazri halau saya'



SHAH ALAM - Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Selangor Mohd Hamidi Abu Bakar hari ini, bertindak meninggalkan Umno.

Menerusi satu kenyataan Mohd Hamidi berkata, tindakan itu selaras dengan cabaran  Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mahu dia keluar daripada parti keramat Melayu itu pada bulan Mei lalu.

"Saya ingin mengimbau sedikit kenyataan Nazri kepada saya pada bulan Mei yang lalu, beliau telah menghalau saya daripada Umno.

"Kepada Nazri, saya telah melakukannya," katanya.

Pada Mei lalu, Mohamed Nazri dalam satu laporan dipetik sebagai berkata, beliau mencabar Mohd Hamidi untuk mengikut jejak langkah pemberontak Umno agar keluar daripada parti itu.

"Dia boleh melihat sama ada ia akan membawa bencana untuk dia," kata Mohamed Nazri  sebagai respons kepada komen Mohd Hamidi bahawa pengusiran Tan Sri Muhyiddin Yassin , Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menjadi bencana.

Dalam pada itu Mohd Hamidi mendakwa, beliau akan menarik lebih ramai ahli Umno supaya keluar daripada parti itu selepas melakukannya sendiri hari ini.

"Saya berjanji insya-ALLAH saya akan mengajak lebih ramai lagi ahli Umno yang akan mengikut apa yang telah saya lakukan," katanya.

Dalam pada itu, katanya walaupun tindakan keluar daripada Umno merupakan satu keputusan yang sukar, namun ujarnya dia terpaksa melakukannya.

"Saya ingin memohon maaf pada ibu bapa saya dan keluarga besar saya yang kesemuanya adalah ahli Umno, serta ahli-ahli  Umno di kawasan saya yang telah memberi saya sedikit jawatan pada pemilihan yang lepas

"Apa pun ingin saya tegaskan, ini adalah atas dasar prinsip dan keyakinan saya bahawa Umno ini tidak lagi menjadi wadah perjuangan orang Melayu.

"Orang Melayu sudah mula hilang keyakinan terhadap Umno, kerana ada sesetengah pemimpin Umno yang tidak serius menangani masalah rasuah serta ketirisan," katanya.
 

Read More...

Hadi Kata AMANAH Akan Melutut Kepada PAS



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau yakin Parti Amanah Negara (AMANAH) akan 'melutut' suatu hari nanti dan mengiktiraf kekuatan parti Islam itu dalam persada politik negara.

Menurut Abdul Hadi, parti-parti lain yang menjadi sekutu AMANAH pula terpaksa bergantung pada PAS untuk meraih sokongan rakyat memandangkan komitmen yang tinggi anggota parti Islam berkenaan.

Justeru, anggota parlimen Marang itu berkata, dakwaan ribuan anggota PAS Kelantan yang menyertai AMANAH dilihat hanya 'cakap sokong yang tidak berpijak di bumi nyata', laporUtusan Malaysia.

"Berita begitu mudah dipetik dengan jari, apatah lagi dalam dunia siber berita terlalu laju dan tidak berpijak di bumi nyata.

"Kita yakin ahli-ahli kita di semua cawangan dan kawasan tetap konsisten, bahkan parti lain bergantung dengan kita, tunggulah suatu hari nanti AMANAH akan melutut kepada kita," katanya selepas menghadiri Program Munajat Perdana 'Rakyat Kelantan Menyokong Rang Undang-Undang Akta 355' di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kelantan malam tadi.

Dalam Majlis Perisytiharan Keluar PAS dan Masuk AMANAH di Salor yang diadakan serentak dengan Program Munajat Perdana tersebut, kepimpinan AMANAH mendakwa menerima lebih 1,500 keahlian baru daripada penyokong PAS di negeri berkenaan.

- mkini

Read More...

Polis Thailand Pulangkan 22 Kereta Mewah Rakyat Malaysia



BUKIT KAYU HITAM: Polis Thailand menyerahkan 22 kereta mewah bernilai RM2.2 juta yang dicuri di negara terbabit kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Balai Polis Bukit Kayu Hitam di sini, semalam.

Pegawai Perhubungan PDRM Kedutaan Malaysia di Bangkok, Asisten Komisioner Fauzi Khan Ismail, berkata kereta yang diserahkan itu merangkumi model mewah seperti BMW X6, Toyota Velfire dan Audi yang dicuri sejak enam tahun lalu di negara berkenaan.

Katanya, masih banyak kereta milik warga Malaysia ditahan dan belum dihantar pulang kepada pemiliknya, terutama di wilayah selatan Thailand.

"Selama setahun, kita bekerjasama dengan polis Thailand menjejaki kereta curi ini yang dibawa ke Myanmar dan ada yang digunakan di Thailand.

"Hasilnya, kita membawa pulang 22 kereta mewah ini dari Bangkok dengan tiga lori treler pada jam 1 tengah hari Jumaat dan tiba di Pusat Pemeriksaan Kastam Sadao jam 8 pagi semalam," katanya di sini, hari ini.

Penghantaran kereta curi itu adalah susulan majlis penyerahan kereta Malaysia yang ditemui di Thailand oleh Polis Diraja Thailand diketuai Timbalan Ketua Polis, Jeneral Wuthi Liptapallop, kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Salleh, di Bangkok pada 6 September lalu.

Sementara itu, pemilik kereta mewah BMW X6, Muhammad Tajuddin Jahabaddeen, berkata kenderaannya hilang kira-kira tiga tahun lalu di hadapan rumahnya di Kuala Lumpur.

"Terima kasih kepada PDRM dan polis Thailand kerana mendapatkan semula kereta saya," katanya ketika ditemui di Balai Polis Bukit Kayu Hitam.


Read More...

Najib Tidak Perlu Guna Akta MKN Untuk Elak PRU

Najib terlalu bijak untuk guna Akta MKN elak PRU



PETALING JAYA: Penganalisis politik menepis dakwaan pembangkang kononnya perdana menteri akan menggunakan kuasa diperuntukkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengelak mengadakan pilihan raya umum (PRU).

Mereka berkata, Datuk Seri Najib Razak terlalu bijak untuk berbuat demikian, selain hakikat akta itu hanya membenarkan sebuah kawasan kecil diisytiharkan kawasan keselamatan.

Prof Madya Jeniri Amir dari Universiti Sarawak Malaysia berkata, rakyat kini semakin sedar dan berpendidikan daripada segi politik berbanding dahulu.

“Rakyat tentu akan membantah, apatah lagi kumpulan sivil dan NGO jika Najib berbuat demikian kerana ia jelas adalah penyalahgunaan kuasa dan saya pasti Najib tidak akan berbuat demikian,” katanya kepada FMT.

Jumaat lalu, Penolong Setiausaha Publisiti Wanita DAP, Syerleena Abdul Rashid berkata, Najib boleh menggunakan kuasa besar di bawah Akta MKN untuk mengisytiharkan seluruh negara berada di bawah ancaman keselamatan, bagi mengelak tiada pilihan raya diadakan.

Pensyarah Universiti Malaya, Prof Madya Awang Azman Awang Pawi sependapat yang Akta MKN tidak membenarkan seluruh negara diisytihar sebagai kawasan keselamatan.

“Saya rasa Akta MKN hanya membenarkan kawasan kecil diisytihar berada di bawah ancaman, tetapi bukan seluruh negara,” katanya sambil menambah darurat hanya boleh diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri.

“Dalam dunia demokrasi, semua mata memandang ke arah Malaysia dan jika perdana menteri hendak mengisytiharkan darurat hanya untuk mengelak pilihan raya umum akan datang, seluruh dunia akan pandang negatif terhadap beliau.”

Awang Azman berkata, Najib tidak perlu takut kepada PRU akan datang kerana kajian persempadanan semula yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), baru-baru ini, akan membawa manfaat besar kepada Barisan Nasional.

Ini kerana, katanya, persempadanan semula itu akan memberi keyakinan kepada perdana menteri yang BN akan mencapai prestasi lebih banyak berbanding PRU sebelum ini.

“Jadi, tiada keperluan untuk beliau mengelak pilihan raya umum akan datang,” katanya.



Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP