Thursday 29 September 2016

"Dia Hanya Sebut Emak..."



mak... dan senyap beberapa ketika kerana sebak. Hati saya gembira tidak terkata selepas beberapa hari tidak mendengar suaranya... tadi saya dapat bercakap dengannya dan syukur Alhamdulillah."

Begitulah kata Nur Halizah Ahmad, 43, ibu kepada penuntut Malaysia, Nur Shakinah Naim, 19, yang dilapor hilang di Perancis sejak Ahad lalu.

Katanya, dia dan suami, Naim Awang,46, bersyukur dan begitu gembira apabila pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang tiba di rumah mereka di Tikam Batu, di sini memberitahu Nur Shakinah sudah pulang ke rumah sewanya awal pagi tadi (waktu Perancis) dengan selamat.

"Kelu lidah saya sebaik pegawai JPA yang tiba di hadapan rumah tadi beritahu Nur Shakinah sudah pulang ke rumah dan kini berada dalam keadaan selamat.

"Saya begitu gembira dan tiada apa yang mampu ucapkan sebaik mengetahui anak melainkan bersyukur kepada Allah," katanya ketika ditemui di rumahnya, petang tadi.

Nur Halizah yang berpeluang bercakap seketika dengan Nur Shakinah melalui telefon turut berpeluang melepaskan rindu walaupun suara Nur Shakinah ketika itu dikatakan agak sebak dan sukar untuk bercakap.

"Saya juga merasa lega kerana dapat bercakap dengannya melalui telefon walaupun hanya sebentar dan dia beritahu dalam keadaan selamat ketika itu suaranya agak sebak dan sukar untuk bercakap," katanya.

Katanya, dia tidak bertanya ke mana Nor Shakinah menghilang kerana tidak mahu dia bersedih.

Sementara itu, Naim pula berkata, anaknya Nur Shakinah kini di bawah jagaan pegawai kedutaan dan berada di balai polis dekat Perancis.

"Saya begitu bersyukur kerana Nur Shakinah selamat pulang ke rumah. Terima kasih kepada semua dan seluruh rakayat Malaysia yang mendoakan anak saya selamat ditemui," katanya.

Difahamkan, ibu bapa Nur Shakinah akan berlepas ke London, malam ini pada 2.10 pagi untuk menemui pelajar tahun pertama Institute University of Technology (IUT) Rouen, Perancis itu.

Akhbar ini sebelum ini melaporkan, Nur Shakinah hilang Ahad lalu selepas dikatakan gagal dikesan sejurus keluar dari rumah sewanya di Normandy, iaitu wilayah di bahagian utara Perancis, kira-kira 400 kilometer (km) atau dua jam perjalanan dari Paris.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP