Tuesday 20 September 2016

Hadi Awang Cemburu Pada AMANAH



Parti Amanah Negara (AMANAH) menyifatkan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu akan 'melutut' kepadanya suatu hari nanti hanya kerana sebab cemburu.

Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub berkata Hadi sebenarnya cemburu dengan kejayaan parti itu dalam tempoh yang singkat tidak seperti parti serpihan PAS yang lain seperti HAMIM dan BERJASA.

“Bagi saya ucapan itu lahir daripada ucapan cemburu melihat kejayaan AMANAH dalam tempoh yang singkat telah berjaya membuktikan bahawa dia bukan parti seperti HAMIM dan BERJASA.

“Jadi harapan (Hadi) untuk lihat AMANAH ini parti kecil yang umurnya tak panjang dan akan mati macam (parti) HAMIM dan BERJASA itu tidak kesampaian.

“Sebaliknya AMANAH hari ini dapat sambutan yang baik daripada masyarakat," katanya kepadaMalaysiakini.

Semalam Hadi berkata bahawa beliau yakinAMANAH akan 'melutut' suatu hari nanti dan mengiktiraf kekuatan parti Islam itu di persada politik negara.

Menurut Abdul Hadi, parti-parti lain yang menjadi sekutu AMANAH pula terpaksa bergantung pada PAS untuk meraih sokongan rakyat memandangkan komitmen yang tinggi anggota partinya.

Justeru, Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata, dakwaan ribuan ahli PAS Kelantan yang menyertai AMANAH dilihat hanya sebagai 'cakap sokong yang tidak berpijak di bumi nyata'.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata tindakan tidak mahu melutut kepada PAS menyebabkan tertubuhnya AMANAH.

“Kalau isu melutut saya dan kawan-kawan tak akan tubuhkan AMANAH.

“Kalau nak melutut duduk dalam PAS sajalah. Jangan cakap apa-apa. Jangan buat apa-apa. Duduk diam sahaja,” katanya.

Hadi mengeluarkan kenyataan itu dalam Program Munajat Perdana 'Rakyat Kelantan Menyokong Rang Undang-Undang Akta 355' di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kelantan.

Dalam Majlis Perisytiharan Keluar PAS dan Masuk AMANAH di Salor yang diadakan serentak dengan Program Munajat Perdana itu, kepimpinan AMANAH mendakwa menerima lebih 1,500 keahlian baru daripada penyokong PAS di negeri berkenaan.

AMANAH ditubuhkan selepas sebahagian pemimpin PAS tidak berpuas hati dengan Hadi sehingga dituduh menyebabkan kematian Pakatan Rakyat.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP