Tuesday 27 September 2016

Ibu Mangsa Pukul Artis Buat Laporan Polis



Kota Bharu: Keluarga seorang wanita, 26, mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang memukul dan membogelkan anak perempuannya dalam kejadian di sebuah hotel di pekan Sungai Golok, pagi Selasa lalu.

Dua video masing-masing berdurasi dua minit lapan saat dan satu minit 15 saat itu tersebar di Facebook sejak semalam, yang mendapat komen daripada netizen.

Dalam video berkenaan, mangsa dipukul menggunakan dua botol kaca minuman oleh seorang wanita warga Thailand, dipercayai diupah wanita dikenali sebagai Nadia yang membuat rakaman itu.

Difahamkan, kejadian berlaku akibat salah faham apabila mangsa dituduh menjalin hubungan cinta dengan suami Nadia.

Ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Ani, 50-an, berkata dia mengetahui kejadian menimpa anaknya Sabtu lalu, selepas dimaklumkan anak keduanya yang tinggal di Kuala Lumpur.

"Akibat kejadian itu anak saya cedera di badan, kepala dan menerima lapan jahitan di dahi. Sebagai ibu, saya sedih dengan kejadian itu kerana mengaibkan anak saya tanpa belas kasihan.

"Anak saya tidak pernah menjalin hubungan cinta dengan suami orang dan sudah membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian Sabtu lalu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Chicha Kubang Kerian, hari ini.

- hmetro


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP