Thursday 8 September 2016

Kandungan Pendrive Lebih Penting Dari Cari Dalang Pembocor Maklumat, kata KJ



Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) berkata isi kandungan dalam pendrive yang melibatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) lebih penting dari usaha mencari siapa dalang yang membocorkan maklumat.

“Sudah pastinya yang penting adalah isi kandungannya, sebab dari segi keutamaan, saya percaya peminat bola sepak tak nak dengar sangatlah FAM cakap tentang siapa yang membocorkan maklumat dan sebagainya,” kata KJ sebagaimana lapor Utusan Online.

KJ berkata sedemikian di majlis Forum Kyoto-ASEAN 2016 hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin memberitahu, persatuan tersebut tidak akan berdiam diri tetapi bakal mengambil tindakan berkaitan isu laporan dalam pemacu pena selepas menerima laporan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber : Utusan Online


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP