Sunday 4 September 2016

Mufti Baru Sedar Replika Burung Helang Di Langkawi Haram?

Tugu burung helang: 'Dilarang bina replika benda hidup' - Harussani



KECOH di laman sosial dengan kenyataan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim berhubung tugu berbentuk burung helang sebagai mercu tanda sebuah tempat yang berkaitan dengan burung helang.

Memetik kenyataan Zamri dalam sebuah ruang kolum akhbar Berita Harian pada 2 September, pembinaan tugu sedemikian adalah haram di sisi Islam kerana ia menyerupai bentuk haiwan hidup iaitu burung helang.

Mengulas kenyataan yang dikeluarkan Zamri, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, ketika dihubungi Astro AWANI menjelaskan, membina replika atau tugu menyerupai benda hidup sememangnya dilarang.

"Apa sahaja benda hidup, kecuali pokok, tidak boleh dibina sebagai replika atau tugu jika ia dibuat dalam keadaan yang lengkap semua anggota," kata Harussani.

Diminta pendapat jika tugu yang dikenali sebagai ikon pelancongan seperti yang terdapat di Pulau Langkawi perlu dirobohkan, beliau enggan memberikan komen.

"Yang perlu difahami, yang dilarang tetap dilarang," tambahnya.

Di laman sosial, ramai yang terkejut apabila ada yang sudah mula mencadangkan agar tugu itu dirobohkan.

Majoriti pengguna laman sosial berkongsi rasa hairan mengapa hal ini tidak dibangkitkan ketika tugu itu sedang dalam pembinaan.

Portal Malaysiakini hari ini melaporkan, Timbalan Mufti Kedah, Sheikh Marwazi Dziyauddin memberitahu, pihaknya akan terlebih dahulu berbincang dengan  majlis jawatankuasa fatwa, berhubung tugu helang tersebut.

Tugu itu yang diletakkan di Dataran Lang, Pulau Langkawi merupakan antara tarikan utama pelancong yang berkunjung ke pulau legenda tersebut.

Penduduk tempatan percaya tugu berkenaan punya kaitan dengan sejarah asal-usul nama Langkawi.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP