Monday 12 September 2016

Nazri Cabar MCA Keluar Dari BN

‘Umno boleh bongkak kerana kita menang, MCA parti kecil’



Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz percaya adalah lebih baik bagi Umno menjadi jaguh kampung daripada menjadi seperti MCA, yang mempunyai bilangan kerusi yang kecil di parlimen.

Menurut Nazri, kejayaan MCA memenangi tujuh kerusi parlimen pada pilihan raya lalu adalah kerana undi penyokong jaguh kampung Umno, dan mencadangkan kepada parti Cina itu supaya meninggalkan BN untuk membuktikan mereka mampu menang tanpa parti Melayu itu.

Beliau berkata demikian merujuk kepada desakan ahli jawatankuasa pusat MCA Datuk Seri Ti Lian Ker supaya Umno tidak lagi menggunakan taktik menakut-nakutkan bangsa lain untuk memenangi hati pengundi Melayu.

Menurut Ti, taktik politik kampung seumpama itu menghakis sokongan pengundi bandar di kawasan majoriti Melayu dan  mengorbankan rakan-rakan gabungan BN.

“Cakap pada dia (Ti), kalau tujuh MP jangan cakap besar, dia dapat tujuh itu pun sebab banyak bergantung pada penyokong jaguh Melayu Umno ni. Yang menyokong dia semua tu semua jaguh kampung.

“Pada saya lebih baik jadi jaguh kampung menang 88 kerusi daripada macam MCA. Dia jangan kampung pun tidak, jaguh bandar pun tidak sebab Cina sendiri tak sokong dia,” kata Nazri kepada Malaysiakini.

Nazri yang juga Menteri Pelancongan berkata beliau mengalu-alukan sebarang usaha oleh MCA supaya menguji kekuatannya di luar BN.

“Saya nasihatkan dia kalau kuat sangat, keluar BN dan bertanding sendiri kita nak tengok, jangan cakap besar.

“Keluar BN bila bertanding dapat kerusi Cina banyak baru mari jumpa kita balik. Kalau tidak jangan cakap banyak, duduk diam saja,”

Beliau berkata Umno dan MCA boleh duduk di meja rundingan jika parti Cina itu mampu menang sekurang-kurangnya 40 kerusi.

Nazri juga berkata Ti tidak sepatutnya membuat kenyataan seperti itu kerana beliau hanya mewakili "parti kecil".

Menurutnya, Umno bukan sahaja menang di kawasan luar bandar, tetapi juga di kerusi bandar seperti di Johor Baru, Titiwangsa dan Setiawangsa.

“Tidak ada apa yang kita boleh pelajari dari kenyataan dia (Ti) itu, kita Umno terror (hebat), kuat.
“Kita bongkak pun kita menang. Jaguh kampung inilah parti terbesar yang menang kerusi dalam parlimen sebab tu kita boleh cakap besar," katanya.

Ti semalam menggesa Umno mengubah strategi dan mengutamakan survival BN dan bukan hanya parti itu sendiri.

"Jika BN sekadar menjadi jaguh kampung dan asyik kalah di kawasan bandar, ia cukup untuk menunjukkan bahawa BN telah gagal untuk bergerak selari atau selaraskan parti dengan perubahan sikap orang Melayu, Cina, India dan sebagainya di kawasan kosmopolitan.

"Kegagalan ini adalah kegagalan BN, bukan salah parti komponen ang dipilih untuk bertanding di bawah tiket BN," kata Ti.

- mkini

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP