Sunday, 4 September 2016

Nik Abduh: Tok Guru Akan Hanyutkan AMANAH Dari Salor



Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata jika almarhum bapanya masih hidup bekas menteri besar Kelantan itu pasti mengajak rakyat negeri berkenaan menghanyutkan Parti Amanah Negara (AMANAH) dari Jamabatan Salor ke Laut China Selatan.

Jelas mengulas kenyataan bekas exco kanan Kelantan Datuk Husam Musa, Nik Abduh berkata Nik Aziz adalah seorang tokoh yang berpegang teguh kepada prinsip dan istiqamah dalam perjuangannya.

Kata anggota parlimen Pasir Mas itu, nilai seseorang yang "telah pergi" adalah berdasarkan kepada "akhir hidupnya."

Jika dia tetap dengan PAS, kata Nik Abduh, menjadi hak ke atas orang yang masih hidup untuk terus menjulang dan menyebut istiqamahnya.

"Jika ada anak buah yang berkata sebaliknya, itulah seburuk-buruk anak buah," katanya dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Salor adalah nama kawasan yang diwakili Husam ketika ini.

Husam pernah ini rapat dan menjadi setiausaha akhbar dan politik Nik Aziz sebelum diketepikan selepas bekas menteri besar itu meninggal dunia.

Dia yang pernah dipilih PAS menjadi naib presiden kemudian disingkirkan beramai-ramai oleh perwakilan parti itu dalam muktamar mereka tahun lalu.

Pada 30 Ogos lalu Husam kemudian mengumumkanpenyertaannya ke dalam AMANAH, diikuti sehari kemudian merasmikan hampir 20 cawangan baruparti itu di Kelantan.

Husam juga dilaporkan berkata Nik Aziz pasti akan bersamanya jika beliau masih hidup kerana apa yang diperjuangkan parti lamanya itu kini lari daripada apa yang pernah diperjuangkan bekas mursyidul am PAS berkenaan.

"Tok Guru Nik Aziz membawa pas berinteraksi dengan masyarakat bukan Melayu (Islam). PAS kini sudah meninggalkan masyarakat buka Melayu atas alasan-alasan yang tidak kukuh," katanya.

Sementara itu Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob pula berkata Nik Aziz adalah seorang tokoh yang komited pada perjuangan parti dan bersungguh-sungguh mempertahankan kerajaan negeri itu.

"Saya masih ingat bagaimana arwah Tok Guru pernah menangis ketika majlis solat hajat kerana mahu mempertahankan kerajaan sedia ada.

"Jika Tok Guru sanggup berbuat demikian, takkan beliau nak sokong part lain, selain PAS," katanya juga dilaporkan Sinar Harian.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

3 comments:

M.N.Hasnal Bakiyah 4 September 2016 at 14:31  

Mu akan hanyut nnt abduh..tunggu lah PRU14 nnt.

antiasobiyah 4 September 2016 at 15:30  

Silap2 kau yg.dihanyutkan!in sha allah...

mansor 4 September 2016 at 15:41  

Jenaka nik abduh belum teruji, inshaallah rakyat klate akan uji betapa kelakarnya lawak nik abduh pd pru14...oghe hok paling bodo skali adolah oghe klate hok tok kenal hatibudi oghe klate...hihihi...selamat male nik abduh..

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP