Tuesday 20 September 2016

Penyingkiran Rosmah dari terima anugerah Unesco adalah kerugian negara - portal pro-Umno



Datin Seri Rosmah Mansor dijadual menerima anugerah 'Lead by Example' di New York pada Khamis ini berhubung program bidang pendidikan awal kanak-kanak PERMATA, cetusan ilhamnya.

Bagaimanapun, namanya dikeluarkan daripada senarai penerima anugerah pada saat-saat akhir.

Dan portal pro-Umno mendakwa ini adalah sabotaj oleh mereka yang tidak mahu melihat Malaysia atau isteri Perdana Menteri Datuk Najib Abdul Razak menerima pengkitirafan.

MyKMU.net berkata jawatankuasa panel penasihat antarabangsa terpaksa mengeluarkan PERMATA dari senarai selepas soalan dibangkitkan mengenai pembiayaannya.

Jawatankuasa itu, katanya, mereka tidak tahu mengenai sebarang salah laku tetapi pada masa yang sama, akibat kesuntukan masa dapat menyemak sumber dana PERMATA.

“Pihak media, terutama media barat cuba mengimplikasikan bahawa sumber pembiayaan PERMATA datang daripada sumber yang tidak sah walhal PERMATA sebenarnya mendapat dana daripada kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Portal itu juga membekalkan dana yang diperuntukkan kepada PERMATA sejak 2013:

2013: RM20.59 juta
2014: RM32.39 juta
2015: RM34.46 juta
2016: RM36.34 juta

Dana yang diperuntukkan, kata MyKMU adalah daripada bajet tahunan kerajaan yang digunakan untuk gaji kakitangan, perkhidmatan dan bekalan, pembelian aset atau dalam erti kata lain untuk membiayai operasi PERMATA.

Tidak benar untuk mengatakan bahawa sumber dana untuk PERMATA tidak dapat disahkan sedangkan dokumen-dokumen kerajaan berkenaan perbelanjaan dan butir-butirnya telah dibentangkan, berada di dalam domain awam dan mudah diakses,” katanya.

Menurut portal itu, program PERMATA telah membawa banyak manfaat untuk kanak-kanak, remaja, kanak-kanak kurang upaya serta juga pelajar pintar.

“Penyingkiran Datin Seri Rosmah dari anugerah ‘Lead by Example’ mungkin dianggap melucukan dan merupakan kemenangan buat sesetengah pihak.

“Hakikatnya, ia adalah kerugian kepada negara dan kemenangan pihak yang sengaja mahu mensabotaj dan menafikan kecemerlangan Malaysia serta program PERMATA,” katanya.

dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak termasuk kanak-kanak pintar dan berkelainan upaya (OKU).

"Sesetengah mungkin mendapati pengecualian Rosmah daripada senarai anugerah itu sebagai kemenangan atau kelakar.

"Hakikatnya, ia adalah satu kerugian bagi negara dan kemenangan bagi mereka yang sengaja mahu mensabotaj Malaysia serta Permata," katanya.

Semalam, Malaysiakinimelaporkan Profesor Tudor Parfitt, yang mempengerusikan panel penasihat akademik antarabangsa untuk acara itu, sebagai berkata bahawa program PERMATA perlu digalakkan kerana dilihat mewakili model untuk diteladani di negara-negara lain dengan penduduk berbilang kaum.

Bagaimanapun, beliau berkata berikutan kebocoran maklumat yang tidak tepat berhubung cadangan jawatankuasa itu, organisasi itu telah disoal oleh media berhubung sumber pembiayaan dana PERMATA.

Beliau berkata, sebagai ahli akademik, Antiquities Coalition tidak mempunyai cara segera mengesahkan dana PERMATA, dan tidak menyedari mengenai sebarang salah-laku tertentu.

"Bagaimanapun, kita tidak mahu acara penting ini didominasi oleh apa-apa selain daripada isu bagaimana untuk menggerakkan dan menyatukan rakyat dalam memerangi keganasan," katanya.

"Justeru, jawatankuasa ini memutuskan ia memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji semula komen yang diterima, dan telah mengeluarkan PERMATA daripada senarai penerima anugerah Khamis ini," katanya.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP