Thursday 29 September 2016

Samseng Pusat Judi Simbah Air Panas Kepada Pengadu



Pihak yang mengendalikan pusat judi haram dilihat tidak lagi gentar, malah dalam satu kejadian, individu yang menegurnya supaya menghentikan aktivitinya, telah disimbah dengan air panas.

Mangsa kejadian itu Budi Ardi Ramli berkata beliau disimbah air panas oleh pengunjung pusat judi di kawasan Taman Datuk Senu bulan lepas.

“Ia berlaku sebelum saya perg kerja dalam jam 10 hingga 10.30 pagi. Saya nampak beberapa orang yang datang ke pusat judi di bawah rumah yang saya sewa iaitu rumah kedai, mereka buat bising.

"Sebelum ini saya pernah juga tegur mereka, tetapi lama-kelamaan aktiviti itu semakin menjadi-jadi.

"Lepas saya tegur kegiatan mereka, mereka memaki-maki, melibatkan orang tua saya, dan kemudian dua orang datang dari kedai itu dan simbah air panas," katanya kepadaMalaysiakini.

Budi turut mengakui beliau masih trauma dengan kejadian itu meskipun individu yang menyimbah air panas kepadanya telah ditahan polis.

Lelaki berusia 33 tahun itu hari ini turut tampil dalam sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan menggesa supaya pihak berwajib bertindak dalam menangani aktiviti tersebut.

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Muhammad Yusuf Azmi menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya mengatasi isu aktiviti mesin judi secara proaktif.

"Kita mahu menyuarakan dan minta KPN dan Ketua Polis Selangor untuk melihat perkara ini dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang juga bertanggungjawab," katanya kepada pemberita dalam sidang media itu di pejabat PPIM.

Muhammad turut mendesak PBT dan Polis Diraj Malaysia (PRDM) supaya jangan saling tuding-menuding antara satu sama lain, tetapi sebaliknya ia perlu diselesaikan bersama.

Katanya, antara beberapa kawasan di Selangor yang didakwa merupakan lokasi tumpuan operasi judi haram adalah Ampang, Gombak dan Sepang.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP