Tuesday 6 September 2016

Video Pelajar Ditendang Rakan Sekelas Viral Di Media Sosial



Sebuah rakaman video yang menunjukan kes buli di sebuah sekolah tersebar dengan meluas di media sosial.

Video berdurasi satu minit dan 34 saat itu menunjukkan dua pelajar lelaki berpakaian seragam sekolah - baju Melayu, bergaduh di dalam kelas.

Pembuli dilihat menumbuk, menendang, memukul dan melemparkan kerusi ke arah mangsa.

Mangsa juga dipukul sehingga terjatuh dan apabila dia cuba untuk bangun, pembuli dilihat mencekik dan menampar mukanya, sekali lagi.

Bagaimanapun, mangsa tidak cuba untuk melawan, malah hanya berdiam diri.

Sementara itu, rakan-rakan sekelas yang lain pula hanya berdiri di sekeliling dan menonton pergaduhan itu.

Ada yang ketawa, dan ada yang sibuk merakam pergaduhan tersebut dengan menggunakan telefon bimbit mereka.

Lebih menyedihkan, tiada seorang pelajar yang tampil menolong mangsa tersebut.

Hanya di saat-saat terakhir video berkenaan, seorang pelajar cuba meleraikan pergaduhan itu dengan berkata "Sudahlah," - tetapi pembuli tidak berhenti menyerang mangsa itu.

Tempat dan tarikh kejadian masih belum dikenal pasti.

Video itu telah menerima kritikan hebat dari pengguna Facebook, di mana kebanyakan mereka menyeru pihak berkuasa untuk menyiasat video ini dan mengambil tindakan secepat mungkin.




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP