Saturday, 15 October 2016

'Deklarasi Rakyat lahir ketika Khairuddin bertemu Anwar di Sg Buloh'



Bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menangkap dan menghantarnya ke penjara Sungai Buloh, Selangor.

Ia, kata Khairuddin, telah memberinya peluang untuk bertemu dengan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap di satu ceramah BERSIH di Pulau Pinang malam tadi, Khairuddin mendakwa dia bukan sahaja berpeluang berjumpa Anwar setiap hari tetapi juga dapat berbual panjang dengan bekas timbalan perdana menteri itu.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Sungai Buloh selepas disabit terhadap tuduhan liwat sejak Februari tahun lalu.

"Saya ingin mengambil peluang keemasan ini untuk menyuarakan penghargaan ikhlas saya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Apabila polis menangkap saya dan menahan saya di Sungai Buloh, saya akhirnya bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Khairuddin disambut sorakan kuat orang ramai.

Beliau mendakwa terdapat banyak perancangan antara beliau dan Anwar di dalam penjara sehingga mereka berjaya mencetuskan idea mengenai Deklarasi Rakyat.

"Terima kasih kepada kerajaan," katanya sambil menambah ada rahmat di sebaliknya.

Pada 23 September tahun lepas, Khairuddin telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) kerana didakwa mensabotaj negara.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP