Thursday, 13 October 2016

Hayat PAS Semakin Berakhir Bersama Mursyidul Am Yang Baru?

PAS tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi - Mursyidul Am



KANGAR: Mursyidul Am PAS yang baharu, Ustaz Hashim Jasin menegaskan parti itu tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi dan sanggup menghadapi pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau menyifatkan hubungan PAS dengan DAP ibarat 'berpatah arang' kerana DAP mungkir janji dan enggan bekerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya kerjasama dengan DAP pada PRU ke-13 lepas berdasarkan 'tahaluf siyasi' (pendekatan politik) bersyarat manakala kerjasama dengan UMNO atas dasar perpaduan umat Islam demi mendapat keredhaan Allah SWT.

"Kita tidak mahu ulangi kesilapan dipatuk dua kali di tempat sama kerana menjalin semula kerjasama dengan DAP," kata Hashim pada sidang media di sini hari ini.

Bekas Pesuruhjaya PAS Perlis lebih 20 tahun itu dilantik baru-baru ini bagi menggantikan tempat Allahyarham Datuk Dr Harun Din yang meninggal dunia di California, Amerika Syarikat, bulan lepas.

Menurut Hashim, PAS tidak kisah jika berlaku pentandingan tiga penjuru membabitkannya, Barisan Nasional dan parti-parti pakatan lain pada PRU akan datang.

Pendekatan berbaik-baik dengan UMNO bukan kerana PAS dilihat lemah menjelang PRU ke-14 berikutan perpecahan dalaman sehingga wujud PAN (Parti Amanah Negara), katanya.

"Dulu (zaman Allahyarham Datuk Nik Aziz) berbeza namun dasar perjuangan PAS untuk menegakkan syiar Islam tidak berubah, bukan mengikut kepala orang yang dilantik menjadi Mursyidul Am)," tambah beliau.

Hashim berkata kerjasama dengan PKR dan PAN akan ditentukan pada mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat pada 22 dan 23 Okt ini di markasnya di ibu negara yang akan membentangkan kajian kerjasama politik dengan parti-parti lawan.

Katanya PAS kini mengamalkan politik matang dan bukan politik 'cari makan' atau semata-mata untuk memenangi PRU.

Mengenai pujukan PKR dan PAN untuk PAS menyertai mereka dengan mendakwa peluang memenangi PRU akan lebih cerah, Hashim berkata PAS telah dapat melihat matlamat itu. -Bernama


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

4 comments:

Adam 14 October 2016 at 00:41  

Saya pun jangka seperti yang tuan tulis.

Adam 14 October 2016 at 00:43  

Assalamulaikum Admin,

Mohon untuk dimasukkan blog saya ke blok tuan. Blog saya:

biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

Sekiranya sudah dimasukkan harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com

Terima kasih

Babynote Seri 15 October 2016 at 17:35  

kita tenguk sejauhmana Pas nak pegi.mungki pegi dahhhhhh

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP