Sunday 23 October 2016

Ludah Tangan Saya Dulu, Khairuddin Cabar Jamal



PETALING JAYA : Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mencabar Datuk Jamal Yunos meludah tangannya terlebih dulu sebelum meludah tangan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas pemimpin Umno itu berkata tindakan ketua gerakan Baju Merah yang mahu meludah tangan bekas perdana menteri itu mengaibkan, memalukan dan menyebabkan bangsa Melayu nampak “haprak”.

“Saya tidak pernah kurang ajar dengan mengatakan mahu meludah muka atau tangan (Datuk Seri) Najib Razak. Ini budaya samseng dan haprak Jamal Yunos yang keseluruhan bangsa Melayu tidak boleh terima sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Khairuddin memuji tindakan Jamal itu kerana ia akan membuatkan rakyat negara ini lebih membenci Umno dan BN dan bakal terkubur selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Terdahulu, Jamal yang juga ketua Umno Bahagian Sungai Besar dilaporkan meluahkan rasa kesalnya kerana bersalaman dengan Dr Mahathir dan mencium tangan bekas perdana menteri itu sebelum ini.

Jamal berkata tingkah laku Dr Mahathir tidak wajar bagi seorang negarawan yang sudah berusia dan akan meludah tangan beliau jika bertemu dengannya sekarang, menurut Malaysiakini.

Katanya, parti baharu Dr Mahathir, Parti Pribumi Bersatu Malaysia juga tidak akan mampu mengumpul sokongan Melayu untuk pembangkang dan mengadakan himpunan jalanan Bersih 5 di Kuala Lumpur pada 19 November depan.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP