Tuesday, 18 October 2016

Nik Aziz Pesan Wajib Sertai BERSIH



Ahli PAS wajib menyertai perhimpunan BERSIH 5 yang dijadualkan 19 November depan kerana ini adalah pesanan bekas mursyidul Am parti Islam itu, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata pemimpin, Datuk Husam Musa.

Sebelum ini, umum mengetahui Husam mempunyai hubungan rapat dengan Nik Aziz dalam kepimpinan kerajaan Kelantan sehingga menteri besar itu seringkali mempertahankannya dalam beberapa isu berbangkit.

"Saya nak ulang sekali lagi bagi yang was-was sampai BERSIH pun dia tak boleh hadir, minta maaf saya tak nak apologatik.

"Tok Guru Nik Aziz kata wajib hadir BERSIH masa dia hidup, ada orang kata dia lebih rapat dengan Tok Guru daripada Husam tapi dia lupa apa yang Tok Guru pesan," kata Husam.

Husam yang kini bersama parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata demikian ketika ucapannya dalam majlis sambutan setahun AMANAH Selangor di Dewan Alamanda, Shah Alam, semalam.

PAS sebelum ini memutuskan untuk tidak menyertai perhimpunan BERSIH 5, walaupun pada prinsipnya menyokong matlamat asal gabungan itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dilapor berkata, BERSIH 5 mempunyai banyak matlamat lain yang dirasakan tidak selari dengan pendekatan parti itu pada masa kini.

Namun Takiyuddin berkata ketetapan sama ada PAS akan membenarkan ahlinya menyertai himpunan itu secara peribadi belum diputuskan lagi.

Solat berjemaah

Mengulas lanjut, Husam yang juga adalah bekas naib presiden PAS berkata beliau masih ingat setiap pesanan Nik Aziz agar kepimpinan parti itu mendokong perjuangan bekas rakan sekutunya sebelum ini.

"Tok Guru (Nik Aziz) pesan dan saya masih ingat, tuan-tuan juga masih ingat. Tok Guru pesan hadir BERSIH bawa air untuk wuduk di mana azan bergema di situ terus solat berjemaah.

"Tunjukkan kepada rakan kita dari Cina dan India disiplin seorang muslim dan AMANAH alhamdulillah pada pendapat saya mewarisi semangat perjuangan Tok Guru Nik Aziz," katanya.

Malah, Husam berkata Islam itu bukan milik sesuatu kaum dan tidak membawa perseteruan dan persengketaan.

"Yang buruk itu buruk, yang baik itu baik, yang hitam itu hitam, yang putih itu putih dan yang paling penting Islam itu bukan milik kaum.

"Islam itu tidak boleh diikat dengan kelemahan satu-satu kaum, Islam itu adalah dalam framework multiracial all the time(rangka kerja berbilang kaum speanjang masa) membawa rahmat bukan membawa perseteruan dan persengketaan," katanya.

Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah mengumumkan pihaknya akan menganjurkan himpunan BERSIH 5 dengan bertemakan 'Satukan Tenaga, Malaysia Baru!'.

Malah, BERSIH kini mengadakan siri jelajah seluruh negara untuk membina momentum menjelang perhimpunan BERSIH 5 pada 19 November.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

tanya sama itu hud hud 18 October 2016 at 08:10  

Tok guru ulamak jebon larang sertai bersih sebab nak jaga hati lanun bugis..upah dah dapat

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP