Tuesday, 4 October 2016

Rafizi Gelar Jamal Sebagai Badut Umno

"#evilgenius" - Jamal lapor saya kena tangkap, kata Rafizi



Walaupun menggambarkan Datuk Seri Jamal Md Yunos sebagai "badut Umno", Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, adalah tidak lawak sekira dirinya ditangkap berhubung laporan polis yang dibuat oleh pemimpin gerakan baju merah itu hari ini.

"Ha3 tetapi saya baru perasaan yang saya boleh diarahkan untuk memberi kenyataan atau ditahan bagi membantu siasatan," katanya di laman sosial.

“Yang tak lawaknya: lepas ni silap2 hari saya kena tangkap polis sebab nak siasat laporan Dato' Jamal. Tak gentleman la Dato' Jamal ni,” katanya.

Petang ini, Jamal memberitahu pemberita bahawa Rafizi yang membekalkan maklumat tertentu bahawa ada di kalangan anggota jawatankuasa pemandu BERSIH diserapi kumpulan pengganas IS.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu juga membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Dalam reaksi segera, Rafizi menafikan dakwaan itu dan melabelkan Jamal sebagai "badut paling besar dalam Umno", yang mana lawaknya tidak lagi melucukan.

Walau bagaimanapun, di laman Twitter, pemimpin PKR itu tertanya-tanya sama ada sebenarnya Jamal adalah seorang "#evilgenius" dan mengaguminya kerana skim yang licik itu.

“Tu la pasal. Baru perasan. Kena lagi. @perlisakan #bijakjugaJamalni,” katanya.

Menjawab seorang pengguna Twitter, Rafizi berkata beliau tidak akan menyaman Jamal kerana hanya orang gila yang saman orang gila.

“Kalau saya menang pun dia nak bayar apa? (Eyh tapi dia duit banyak sponsor ke Dubai),” katanya merujuk pemberian wang tunai berjumlah RM1,000 kepada perwakilan bahagiannya.

Ini susulan tindakan Jamal yang membatalkan janjinya untuk membawa semua ketua cawangannya bercuti ke Dubai seperti yang dijanjikan.

BERSIH juga sebelum ini menafikan dakwaan kaitannya dengan keganasan dan sedang mempertimbangkan untuk menyaman Jamal.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP