Sunday 6 November 2016

Aksi Baju Merah': 'Senjata Tidak Membunuh Manusia, Manusia Yang Saling Membunuh' - TMJ



Laman Facebook Johor Southern Tiger hari ini memuat naik satu video parodi 'aksi baju merah' yang dilakonkan oleh DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) bersama beberapa individu lain.

Di kapsyen video tersebut TMJ menjelaskan dia tidak berpihak kepada mana-mana pihak (merah atau kuning) tetapi baginda menegaskan bahawa keganasan dan kebencian bukanlah cara untuk bergerak ke hadapan.

"Saya tidak berpihak kepada baju merah atau baju kuning. Saya berada bersama Bangsa Johor yang melambangkan perpaduan. Kerana perpaduan adalah 'formula' untuk negara ini bergerak ke hadapan, bukan keganasan dan kebencian.

"Senjata tidak membunuh manusia, manusia yang saling membunuh. Keganasan dan kebencian tidak akan menjadikan negara ini tempat yang lebih baik. Kekal positif. Salam penuh kasih sayang.", tulis kapsyen tersebut. 



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP