Tuesday, 1 November 2016

George Soros Labur RM3.2 Bilion Taja Bersih Sejak 2010, Kata Jamal



KUALA LUMPUR: Gerakan himpunan BERSIH kelola Pengerusinya S Ambiga dan Maria Chin Abdullah didakwa ditaja oleh penyangak mata wang George Soros menerusi sebuah pertubuhan digelar Open Society Foundation (OSF).

Pengerusi Gabungan NGO Melayu Datuk Jamal Md Yunos berkata, beliau mendapat berkenaan selepas pendedahan oleh Wikileaks yang menyebut OSF diketuai oleh Soros menaja USD 800 juta (RM3.2 Bilion) untuk menggerakkan NGO baju kuning itu di Malaysia sejak 2010.

"Paling mengejutkan kita jumlah dana tersebut adalah terlalu besar sehingga US800 juta (dan) berjumlah RM3.2 bilion.

"Perkara-perkara ini mereka tidak dedahkan tapi apa yang berlaku mereka cuba mendedahkan perkara-perkara yang dusta pada pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," ujarnya.

Kata Jamal, OSF memberikan dana kepada BERSIH dibawah nama Malaysian Program sebagai campurtangan Soros terhadap pilihan raya bersih dan adil di Malaysia.

"Dokumen itu juga menyatakan Soros mempunyai kepentingan peribadi di Malaysia yang mahukan pembangkang untuk menang (pilihan raya), jadi ianya juga mengaitkan OSF telah memulakan gerakan sejak 2010," katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar.

Soros sebelum ini juga dikaitkan dengan penajaan beberapa portal pro-pembangkang termasuk Malaysiakini dan juga The Malaysian Insider namun tidak dibuktikan kebenarannya.

Beliau digelar penyangak mata wang ekoran terlibat dalam perniagaan mata wang yang mengakibatkan krisis mata wang Asia pada tahun 1997-1998.

Jamal juga Pengerusi Gerakan Baju Merah V2 (Merah V2) menegaskan akan menentang gerakan BERSIH dalam usaha 'baju kuning' itu untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sehingga kini, beliau masih belum menarik diri dari meneruskan himpunan baju merah di ibu kota bagi menentang BERSIH pada 19 November depan.

BERSIH juga tetap akan meneruskan jadualnya berhimpun pada tarikh sama.

- Malaysian Digest


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

Andre Irwan 1 November 2016 at 09:51  

Baguih sungguh hang Jamak pak Tongkol.
Seronok bila munafikun berhujah. Fakta auta lebih daripada kenyataan. Tabur fitnah perkara biasa. Tahi depan mata tak nampak.
Untungnya Maria and the geng, dapat durian runtuh. sama banyak dengan Tok Jib ... 3.2 bilion.
Dulu ISIS ... la ni George Soros pulak. Lepas ni ... siapa pulak agaknya ... Kerajaan Singapura kot sebab kebanyakan pemimpinnya Cina ...
Haramjadah ... Haramjadah ... Haramjadah ...
Benarkah orang Melayu ni lemah Matematik atau Depa ni tidak menghayati Matematik?

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP