Thursday, 3 November 2016

Jamal Nak Runtuhkan Bangunan Malaysiakini Sabtu Ini



Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengetuai kira-kira 50 orang hadir di pejabat Malaysiakini hari ini.

Kumpulan itu, yang kebanyakannya terdiri daripada golongan belia, melaungkan 'Merah, Merah' dan 'Hancur Soros'.

Jamal dan beberapa wakil gerakan 'baju merah' kemudiannya dibenarkan masuk ke premisMalaysiakini.

Beliau bertemu dengan ketua pengarang kumpulanMalaysiakini Steven Gan.

Turut hadir adalah anggota polis.

Pada pertemuan itu, Jamal melahirkan bantahan terhadap Malaysiakini yang menerima bantuan antarabangsa daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan oleh George Soros.

"Saya beri tempoh sehingga jam 12 tengah hari Sabtu ini.

"Jika kami tidak mendapat penjelasan yang memuaskan separuh daripada bangunan ini akan runtuh," katanya.

Apabila diminta apa yang dimaksudkannya, Jamal berkata tunggu Sabtu ini sambil menambah beliau akan membawa kira-kira 20,000 penyokong.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP