Sunday 6 November 2016

Kami Datang Cuma Nak Duit Saja: Pengakuan Peserta Baju Merah

Sertai baju merah tapi lebih percaya kepada Malaysiakini


Gerakan baju merah semalam mengadakan himpunan berdekatan pejabat Malaysiakini bagi mendesak portal berita tersebut ditutup.

Himpunan yang diketuai oleh Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos itu dibuat ekoran dakwaan Malaysiakini mendapat dana daripada Open Society Foundation (OSF) yang dikaitkan dengan jutawaan Amerika Syarikat, George Soros.

Kehadiran petang semalam dianggarkan sekitar 700 orang.

Namun, berdasarkan perbualan antara wartawanMalaysiakini dengan salah seorang peserta himpunan itu mendapati tidak semua daripada mereka yang hadir bersependapat bahawa laporan berita yang disampaikan Malaysiakini bertujuan menjatuhkan kerajaan.

Katanya yang enggan identiti didedahkan, beliau sendiri setiap malam sebelum tidur akan melayari Malaysiakini bagi mengetahui hal ehwal semasa.

Menurutnya, beliau lebih percaya dengan laporan Malaysiakini berbanding stesen televisyen dan akhbar-akhbar yang cenderung kepada kerajaan.

"Setiap malam saya baca Malaysiakini, berita yang disampaikan telus tidak ada apa yang hendak disorokkan," ujar beliau dengan berterus-terang.

Mengulas lanjut, lelaki berusia lingkungan 40 tahun itu yang datang dari Bangsar bersama isteri dan anak lelakinya berusia sekitar 10 tahun berkata apa yang berlaku ini adalah agenda politik masing-masing.

"Ini soal politik masing-masing yang mana merek menggunakan platfom sebegini bagi menaikan nama mereka untuk ditunjukkan kepada ketua-ketua mereka," katanya.

Malah, beliau juga turut mempersoalkan apakah kemampuan Gerakan Baju Merah.

"Malaysia ada undang-undang mana boleh kita buat sesuka hati.

"Apa kekuatan Merah nak pertahan negara," soal lelaki terbabit.

Katanya lagi, negara Malaysia adalah sebuah negara demokrasi justeru apa yang dilakukan Baju Merah ini juga adalah hak mereka begitu juga apa yangMalaysiakini lakukan sekarang.

"Kita setiap rakyat ada hak untuk berhimpun kerana kita negara demokrasi.

"Jadi kita tak boleh marah mereka ini hendak berhimpun, Malaysiakinipun tak boleh marah sebab itu ketua pengarang kamu pun begitu mengamalkan demokrasi, dia boleh jumpa Baju Merah," katanya.

Malah dalam pemerhatian Malaysiakini juga mendapati rata-rata peserta himpunan yang hadir petang semalam tidak maklum dengan tujuan kehadiran mereka di hadapan pejabat Malaysiakini.

Rata-rata mereka yang terdiri daripada sekumpulan wanita di pertengahan tahun berkata kehadiran mereka sekadar memenuhi undangan gerakan baju merah.

"Entahlah, kami pun tak tahu. Datang nak bagi sokongan untuk orang Melayu sajalah kot," kata salah seorang peserta himpunan di hadapan pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya.

Mereka difahamkan datang dari Sungai Buloh bersama lebih 80 orang dengan menaiki bas kilang dan bas persiaran.

Malaysiakini juga mendapati kehadiran peserta himpunan baju merah petang tadi dihadiri golongan remaja sekitar 14 tahun hingga 18 tahun.

Mereka yang hadir dengan berbaju merah turut memakai mafla tertulis "Himpunan Merah Maruah Melayu".

Malah, dalam perbualan bersama Malaysiakini ada di kalangan remaja terbabit berkata kehadiran mereka dalam himpunan baju merah hanya sekadar mendapatkan sejumlah wang.

Namun, ketika diajukan soalan berapakah anggaran nilai wang tersebut remaja terbabit berlalu pergi meninggalkan wartawan Malaysiakini.

"Kita orang datang nak ambil duit je kak,' kata remaja terbabit.

- mkini

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP