Wednesday 2 November 2016

'Keluarga Jho Low Cuba Dapatkan Kembali Aset 1MDB Yang Dirampas Amerika'



Ahli keluarga jutawan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho sedang berusaha menangkis cubaan Amerika Syarikat untuk merampas aset mereka yang didakwa diperolehi melalui dana 1MDB yang diselewengkan.

Menurut laporan Bloomberg, empat ahli keluarga Jho Low, termasuk abang dan bapanya, telah memulakan tuntutan bagi aset di Amerika Syarikat yang dikenalpasti oleh Jabatan Keadilan (DOJ) dalam kes mereka terhadap 1MDB.

Aset berkenaan termasuk AS$100 juta kepetingan dalam EMI Music Publishing Group, jet Bombardier bernilai AS$35 juta dan saham di Park Lane Hotel berjumlah AS$200 juta.

Menurut laporan itu, ahli keluarga Low terpaksa mengambil tindakan undang-undang sendiri bagi menghalang penyitaan berkenaan kerana pemegang amanah yang memegang aset bagi pihak mereka enggan berbuat demikian.

Ia memetik keluarga Jho Low sebagai berkata bahawa pemegang amanah bimbang bahawa mereka akan terdedah kepada "liabiliti jenayah kerana terbabit dalam pengubahan wang haram" jika mereka campur tangan.

Pemegang amanah adalah Rothschild Trust (Schweiz) AG dan Kendris. Mereka masih belum memberikan sebarang reaksi meskipun Bloomberg telah menghubungi mereka.

Ahli keluarga Jho Low adalah benefisiari amanah yang mengawal aset tersebut.

Walau bagaimanapun, Jho Low, yang juga seorang benefisiari, tidak memfailkan sebarang tindakan.

DOJ percaya bahawa dana kira-kira AS$3.5 bilion diselewengkan dari 1MDB dan sedang berusaha untuk merampas kira-kira AS$1bilion aset yang diperolehi melalui dana tersebut.

Tindakan itu susulan dana 1MDB yang diselewengkan itu adalah melalui sistem kewangan Amerika.

Terdapat juga penyiasatan yang sedang dijalankan di Singapura, Switzerland, Luxembourg, Hong Kong, United Arab Emirates.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP