Wednesday 2 November 2016

Mahathir Sifatkan Pandikar Penjaga Gol Kerajaan



Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia seperti "penjaga gawang".

Mahathir berkata, ini kerana Pandikar sering dilihat menepis serangan yang dilakukan terhadap kerajaan khususnya daripada pembangkang.

"Pandikar ini dia cakap lebih, bila ada orang serang saja dia tepis.

"Jadi, dia jadi penjaga gawang 'goal keeper' untuk kerajaan supaya kerajaan tak payahlah nak tahan bola masuk gawang," kata Mahathir dalam sidang media BERSATU hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pandikar yang mendakwa tiga bekas anggota kabinet mungkin melanggar sumpah kerahsiaan apabila menyentuh isu 1MDB ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat minggu lalu.

Mereka adalah bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas menteri kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Susulan itu, ketiga-tiga bekas menteri itu kini berdepan siasatan polis atas dakwaan membocorkan rahsia kerajaan.

Terdahulu Mahathir berkata Akta Rahsia Rasmi (OSA) disalahgunakan banyak kali termasuk ke atas laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Audit Negara dan Bank Negara.

Tambahnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri berjanji akan menjelaskan kedudukan kewangan 1MDB, namun laporan daripada agensi-agensi berkenaan tidak didedahkan.

"Jadi, dia (Najib) mungkir janji dan kononnya perkara ini rahsia kerajaan.

"Apa yang nak dirahsiakan sebab semua orang dah tahu ini duit negara yang kita tahu dah hilang. Semua pihak termasuk dunia mengaku duit Malaysia berbilion telah hilang," katanya.

Justeru, beliau juga mempersoalkan apakah tindakan anggota Parlimen bertanyakan soalan di dewan rakyat adalah salah.

"Dia (anggota parlimen) tak nyatakan sesuatu tapi bertanya, nak bertanya pun tak boleh ke?," soalnya.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP