Friday 11 November 2016

Malaysia Tolak Permohonan MLA Swiss Untuk Siasat 1MDB



Malaysia menolak permintaan Switzerland untuk mendapatkan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) dalam siasatan penyelewengan dan pengubahan wang haram yang didakwa melibatkan 1MDB.

"Baru-baru ini kami telah mendapat respon yang pihak berkuasa Malaysia tidak akan membalas permintaan kami.

"Mereka hanya berkata bahawa di bawah undang-undang mereka, mereka tidak boleh menjawab," Peguam Negara (AG) Switzerland, Michael Lauber memberitahu Financial Times UK dalam satu temu bual yang disiarkan hari ini.

Menurut FT, jabatan peguam negara Malaysia menafikan ia cuba menggagalkan siasatan Swiss tetapi menyebut negara ini "meneruskan siasatan jenayah oleh polis Malaysia berhubung perkara berkaitan 1MDB".

FT memetik pejabat peguam negara sebagai berkata, "peguam negara berpendapat bahawa permintaan ini boleh menimbulkan prejudis berlaku perkara jenayah di Malaysia," dan menambah, "tiada isu Malaysia menyekat siasatan jenayah Swiss".

Bulan lalu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa pejabatnya telah menerima permintaan daripada pejabat peguam negara Switzerland.

Ini adalah permintaan MLA kedua oleh AG Switzerland daripada Malaysia, selepas pejabat peguam negara mendakwa ia tidak menerima permohonan pertama.

Siasatan mengenai syarikat pelaburan 1MDB yang dibebani hutang dan dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang dijalankan di beberapa buah negara di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura.

Apandi sebelum ini membersihkan Najib daripada sebarang salah laku.

- mkini


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP