Sunday, 13 November 2016

Perangai Jamal Dan Baju Merah Semakin Jijik Dan Jelik



Usaha PKR untuk melonjakkan sokongan terhadap perhimpunan BERSIH pada Sabtu depan telah bertembung dengan Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan kumpulan Gerakan Baju Merah pimpinannya.

Program bertemakan BERSIH yang diketuai oleh Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang juga ketua sayap wanita PKR bermula pada awal pagi dengan konvoinya melawat beberapa kawasan perumahan.

Pada dua hentian - rumah pangsa PKNS Tasek Permai dan Tasek Tambahan - Zuraida dilihat memberikan beberapa barangan seperti beras kepada para penduduk sementara menyeru untuk menyertai perhimpunan 19 November ini.

Bagaimanapun, keadaan menjadi tegang di Tasek Tambahan apabila Jamal dan bersama kumpulan Baju Merahnya tiba.

Kedua-dua kumpulan dipisahkan oleh polis dan 'perang mulut' mula tercetus.

Jamal mendesak untuk berjumpa Zuraida dengan menuduhnya membayar untuk mendapatkan kira-kira 40 khidmat 'sukarelawan' yang berada berada di rombongan beliau.

"Kenapa bagi RM20 saja? Bagi la RM200 atau RM300 baru berbaloi," ujar Jamal.

Para peserta Baju Merah menjerit-jerit "Zuraida penipu" antara lainnya.

Zuraida, bagaimanapun, mengabaikan mereka dan terus menyerahkan barangan tersebut sebelum bertindak meninggalkan Tasek Tambahan untuk pergi ke Dewan Orang Ramai Sri Tanjung.

Jamal membuat kenyataan berunsur LGBT

Jamal dan kumpulan Baju Merah cuba untuk menjejaki mereka di sana tetapi dihalang oleh polis rusuhan.

Namun begitu, beliau enggan menyerah kalah. Dia menghampiri dewan melalui bangunan pra-sekolah yang terletak bersebelahan. Walaupun terpisah oleh dinding, Jamal mula mengejek kumpulan PKR yang berpakaian kuning.

Antara kata-kata yang dilemparkan, Jamal dan orang-orangnya menuduh pengikut Zuraida sebagai tidak heteroseksual.

"Banyak yang jambu-jambu di kalangan mereka," tambahnya sebelum mengetuai peserta Baju Merah melaungkan 'LGBT'.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP