Thursday, 8 December 2016

BERSATU Sah Sertai Pakatan Harapan



BERSATU amat berhasrat menyertai Pakatan Harapan bagi membentuk satu barisan pembangkang yang kuat untuk menentang BN pada PRU14.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, impian Bersatu untuk menjadi salah satu parti komponen dalam Pakatan Harapan boleh menjadi kenyataan dalam konvensyen Pakatan Harapan yang akan diadakan pada 13 Disember ini.

"Selain Bersatu, Pakatan Harapan juga jangan meminggirkan Pas supaya pakatan pembangkang benar-benar dapat bersatu padu untuk hadapi PRU14," kata Muhyiddin seperti dilaporkan dalam Sin Chew Jit Poh.

Menurut Muhyiddin, beliau telah berbincang dengan pucuk pimpinan Pas sebelum ini dan masih terdapat beberapa masalah yang belum diselesaikan.

"Buat masa ini, Pakatan Harapan tidak berbincang siapa akan menjadi perdana menteri sekiranya diberi mandat menjadi kerajaan. Sebaliknya, yang lebih diutamakan ialah siapakah perdana menteri yang diinginkan oleh rakyat.

"Sekarang ramai orang tak mahu Najib menjadi perdana menteri, tetapi kalau semua orang tidak berani bertindak dan masih bersikap tunggu dan lihat, Najib akhirnya tetap akan terus menjadi perdana menteri," kata bekas timbalan perdana menteri itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub menegaskan, Pakatan Harapan dijangka mengumumkan secara rasmi kemasukan Bersatu ke dalam pakatan pembangkang itu sebaik sahaja selesainya konvensyen Pakatan Harapan.

Menurut Salahuddin, sekiranya Pakatan Harapan dipilih menjadi kerajaan, calon pilihan utama mereka untuk menjadi perdana menteri ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

"Bagaimanapun, sekiranya Anwar masih dipenjara, Amanah akan mencadangkan Muhyiddin menjadi 'perdana menteri sementara'," katanya.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

3 comments:

Saiful Azmi Husin 8 December 2016 at 13:54  

Bagus! lepas ni jangan nak merayu dengan PAS lagi
...dah ada 3 parti sekular melayu PAN Imayam, PKR & PPBM...takkan tak confident kot nak lawan PAS dan UMNgOk?
...kepada tua kutuk MahaKutty...toksah nak bagi deadline! PAS lansung tak hingin join Pakatan Hopless yang diketuai DAPig!

Tun Perak 8 December 2016 at 20:01  

Eloklah tu PIGS NGAN UMNGOK...sebantal....kalau dah setuju anounce je lah...jgn asyik deny je...

mansor 10 December 2016 at 09:14  

Dulu tak boleh dgn UMNO ada dalulnya...hehehe kini boleh afa dalilnya...ugama jadi bahan permainan pimpinan PAS istiqamah dalam mengkhianati agama..

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP