Sunday 4 December 2016

Datuk Yang Ditembak Mati Bodyguard Adalah Ketua Geng 24



GEORGETOWN - Ahli perniagaan, Datuk Ong Teik Kwong, 32, merupakan salah seorang ketua dalam Geng 24, lapor The Star.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata, pihaknya mempunyai maklumat bahawa kumpulan berkenaan terlibat dalam kegiatan memberi pinjaman wang haram, meminta wang perlindungan, namun tiada sesiapa yang tampil membuat laporan polis. 

"Ia adalah salah satu daripada 14 kongsi gelap yang sedang dipantau oleh kami. Kami mempunyai senarai ahli kumpulan itu dan mengetahui pergerakan mereka," katanya dipetik dari laman Straitstimes. 


Ong adalah antara beberapa suspek yang dipercayai berkaitan dengan kes pembunuhan pada tahun 2011, di mana seorang penjual VCD dibunuh oleh beberapa lelaki bersenjatakan parang. 

Dalam kejadian Khamis, 1 Disember 2016, Ong dan dua yang lain terkorban, manakala lima lagi cedera apabila pengawal keselamatannya melepaskan tembakan ke arah mereka di jalan Tun Dr Lim Chong Eu. 

Ong yang juga dikenali sebagai Datuk M (Datuk Muda) menerima gelaran Datuk, rakan-rakan dan beberapa syarikat mengambil 50 halaman penuh di suratkhabar cina bernilai RM150,000 untuk mengucapkan tahniah. 


Menurut sumber, Geng 24 menjadi 'Super Geng selepas bergabung dengan kongsi gelap Sio Sam Ong (3 Maharaja Kecil) yang terlibat dalam kes pembunuhan enam orang di Taman Bersatu, Sungai Petani, ketika majlis makan malam sebelum perkahwinan pada September 1992. 

"Selepas bergabung, mereka dikenali sebagai Geng 234, tetapi pada orang luar, mereka masih Geng 24 dan Sio Sam Ong. 

"Polis tidak menolak kemungkinan bahawa Geng 234 telah terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah," kata sumber. 

Pada 21 Julai 2015, polis telah merampas dadah bernilai lebih dari RM1.5 juta daripada RM1 juta bentuk wang tunai dengan penahanan lima orang, termasuk tiga ahli Sio Sam Ong dalam serbuan berasingan di Pulau Pinang. 

Sio Sam Ong dilaporkan telah terlibat dalam sekurang-kurangnya 10 kes pembunuhan di Pulau Pinang sejak lewat 80'an dan 90'an. - The Reporter


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP