Saturday 17 December 2016

Rafizi: Propaganda Bloggers UMNO Gagal, Najib Sahkan Kos MRT Lebih RM100 Bilion



Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara tidak langsung mengesahkan kos keseluruhan Projek Transit Aliran Massa (MRT) boleh mencecah RM100 bilion.

Najib semasa melancarkan Fasa 1 MRT (Jajaran 1) Sungai Buloh ke Kajang pada 15 Disember lalu mengumumkan bahawa “penjimatan RM2 bilion telah dicapai” dan memetik angka RM21 bilion sebagai “kos projek MRT”.

Rafizi berkata, 'kumpulan propaganda maya' Umno melancarkan kempen media sosial besar-besaran untuk menunjukkan kos sebenar projek MRT hanyalah RM21 bilion dan bukan RM100 bilion seperti yang pernah disebut beliau.

Namun katanya, Najib ketika melancarkan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan mengumumkan projek MRT merujuk kepada keseluruhan projek itu meliputi laluan sepanjang 141 kilometer.

"Sejak dari awal, semua laporan kerajaan menyebut bahawa jumlah kos bagi keseluruhan projek MRT yang meliputi laluan RM141 km ini ialah sekitar RM40 bilion. Di laman PEMANDU, jumlah kos yang disebut ialah RM36.6 bilion menjelang 2020," ujar Rafizi.

Katanya, dalam ucapan Bajet 2011, Najib turut melaporkan kepada Parlimen bahawa jumlah kos projek MRT ialah sekitar RM40 bilion.

"Oleh sebab itulah, perunding ekonomi antarabangsa Oxford Business Group dalam laporan tahunannya mengenai Malaysia iaitu “The Report: Malaysia 2011” pada mukasurat 195 dengan secara jelas menyebut bahawa “kos bagi projek MRT sepanjang 141 km dianggarkan RM47 bilion.

"Maka, kos RM21 bilion yang disebut perdana menteri hanyalah untuk 21 km daripada 141 km iaitu 15 peratus dari kos keseluruhan projek MRT yang diumumkannya dalam tahun 2011," dakwanya.

"Kenyataan Datuk Seri Najib mengenai penjimatan kos RM2 bilion pada 15 Disember 2016 dengan tidak semena-mena mengesahkan isu yang saya timbulkan dalam 2012 bahawa kos keseluruhan projek MRT akan mencecah RM100 bilion," kata Rafizi.

Najib pada Khamis dilaporkan berkata projek MRT adalah bernilai RM21 bilion berbanding kos yang disasarkan sebanyak RM23 bilion pada peringkat awal.

Beliau mula mengumumkan projek MRT pada tahun 2011 dan menyatakan dalam ucapan Bajet bagi tahun itu jumlah kos untuk projek tersebut adalah sekitar RM40 bilion.

Fasa pertama MRT, di antara Sungai Buloh dan Semantan telah dilancarkan pada Khamis lalu.

Fasa kedua, yang meliputi jarak 30km yang melibatkan 19 stesen antara Semantan dan Kajang, dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada 31 Julai, 2017.

- malaysiakini


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP