Saturday 30 April 2016

Adenan Satem Sombong Dan Bongkak

Azmin: Adenan tak hormat jawatan MB, ketua menteri



Datuk Seri Azmin Ali berkata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem tidak menghormati kedudukannya sebagai menteri besar Selangor dan Lim Guan Eng selaku ketua menteri Pulau Pinang.

Ia berikutan kenyataan Adenan bahawa beliau bersedia mempertimbang untuk melanjutkan tempoh kehadiran Azmin dan Lim di Sarawak hanya jika menerima permohonan rasmi.

"Kenyataan ini amat dikesali dan menunjukkan sikap tidak hormat terang-terangan Tan Sri Adenan Satem terhadap kedudukan menteri besar dan ketua menteri.

"Saya maklum yang sekarang ini merupakan musim pilihan raya. Maka dalam politik, seorang ketua perlu melakukan apa-apa jua tindakan yang dibenarkan undang-undang bagi memastikan kemenangan partinya.

"Namun, pendirian bongkak lagi angkuh Tan Sri Adnan Satem ini melangkaui batas dan menzahirkan wajah sebenarnya sebagai pemimpin yang menggunakan kuasa eksekutifnya secara melulu," kata Azmin dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Adenan dalam kenyataannya hari ini sedia menimbangkan permintaan untuk melanjutkan tempoh tinggal mereka di negeri ini sehingga berlangsungnya Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11).

Pejabat ketua menteri Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan kesediaan Adenan mempertimbangkan perkara itu sekiranya ada permohonan rasmi dibuat kedua-dua pemimpin pembangkang itu.

Namun Azmin berkata tindakan menghalang atau memendekkan tempoh kemasukan beliau dan pemimpin dari KEADILAN dan DAP tidak akan menyucikan 'noda dan salahlaku' pemimpin-pemimpin BN.

"BN Sarawak wajar menjauhi sikap hidung tinggi dalam menghalang dan mengekang kemasukan ke negeri itu atas alasan mengekalkan autonomi.

"Rakyat Sarawak layak melalui proses pilihan raya bersih dan adil. Justeru, perkara ini meliputi hak mereka memilih sesiapa yang mereka percaya, cara serta personaliti yang akan berkempen di sana - tanpa sebarang halangan mahupun rintangan," tegasnya.

- mkini

Read More...

Mejer Zaidi Tinggalkan AMANAH Dan Sertai DAP



DAP Pulau Pinang mengumumkan kemasukan lapan anggota Melayu baru, dua sebelum ini daripada PAS dan seorang daripada Parti Amanah Negara (AMANAH), yang merupakan sekutu parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).

Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow dan setiausaha politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, Wong Hon Wai membuat pengumuman itu hari ini.

Paling menonjol daripada lapan individu itu ialah bekas anggota Tentera Udara Malaysia Mejar Zaidi Ahmad yang sebelum ini menyertai PAS dan Amanah.

Zaidi, yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang, mula dikenali selepas membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu dakwat kekal semasa pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013.

Beliau dipecat daripada tentera udara oleh mahkamah tentera pada tahun 2014 dan selepas itu menyertai PAS. Beliau kemudian meninggalkan PAS untuk menyertai AMANAH tahun lepas, selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan PAS.

Zaidi berkata beliau merasakan DAP adalah parti yang lebih sesuai untuknya, sambil menambah "yang paling penting, saya masih dalam HARAPAN".

"Jika penyertaan saya dalam DAP boleh membantu memecahkan persepsi anti-Melayu dan anti-Islam terhadap parti itu, akhirnya ia juga akan memberi manfaat kepada AMANAH, PKR dan HARAPAN secara keseluruhan," katanya.

'Ini adalah sebuah negara yang bebas'

Ditanya sama ada beliau telah memaklumkan kepada pemimpin partinya, iaitu Naib Presiden AMANAH, Mujahid Yusof Rawa, Zaidi berkata:

"Di negara ini, setiap orang mempunyai hak dan kebebasan untuk menyertai mana-mana parti.

"Pemimpin-pemimpin AMANAH juga melakukannya selepas berhenti dari PAS," katanya berseloroh.

Zaidi berkata bagaimanapun, keahliannya di dalam AMANAH akan ditamatkan apabila menandatangani perjanjian dengan DAP.

Ketika dihubungi, Mujahid hanya berkata "Ini adalah sebuah negara yang bebas, AMANAH percaya dalam pilihan bebas.


Read More...

Khidmat Polis Pengiring Tun Mahathir Dihentikan



KUALA LUMPUR: Perkhidmatan pengiring bermotosikal polis (police outriders) yang mengiringi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah ditarik balik.

Free Malaysia Today melaporkan, perkara itu turut disahkan oleh seorang pembantu bekas Perdana Menteri itu.

Ujarnya, polis tidak akan lagi menyediakan perkhidmatan dua pengiring berkuatkuasa 28 April 2016.

“Bagaimanapun, saya tidak mengetahui mengapa perkhidmatan polis pengiring itu ditarik balik,”katanya.

Kebiasaannya, pergerakan Tun Mahathir akan diiringi oleh dua pengiring bermotosikal polis.

Terdahulu, wartawan veteran, Datuk Kadir Jasin menerusi blognya berkata, khidmat pengiring bermotosikal polis Tun Mahathir telah ditarik balik.

Bagaimanapun, pasukan ADC dan Unit Gerakan Khas yang bersama dengan bekas Perdana Menteri itu masih ada.

Dakwa beliau, mungkin dalam perkiraan mereka yang menghentikan perkhidmatan polis pengiring itu merasakan bahawa tanpa ‘outriders’ perjalanan Tun Mahathir ke majlis-majlis Deklarasi Rakyat boleh disukarkan.

Tun Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia paling lama telah diberikan keistimewaan itu selepas beliau meletak jawatan pada tahun 2003 setelah menerajui tampuk kepimpinan negara selama 22 tahun.

Beliau bagaimanapun telah menjadi individu yang paling lantang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selain daripada mendesak Najib untuk meletak jawatan.

Dipetik dari SINI

Read More...

Anda Sepatutnya Sembah Tuhan, Bukan Sembah PM - TMJ



Johor, 29 April - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengkritik beberapa pemimpin menerusi satu temuramah ekslusif portal Straits Times(ST) baru-baru ini.

ST menemuramah TMJ berkenaan pendirian beliau dengan keadaan politik di Malaysia dan di mana pendirian Johor tentang perkara ini.

Di dalam video tersebut, TMJ mengkritik mentaliti beberapa pemimpin dan juga kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka.

"Kamu boleh tengok orang-orang yang mewakili negara saya?", tanya TMJ kepada wartawan.

"Saya tak ada rahsia mengenai perkara itu. Kamu boleh lihat mentaliti mereka, kenyataan-kenyataan yang mereka keluarkan

"Anda(pemimpin) sepatutnya sembah Tuhan dan berkhidmat untuk masyarakat, bukan sembah PM dan berkhidmat untuk masyarakat", tegas TMJ.

"Kemudian saya mula terfikir, Oh Tuhan, kita di tempat yang sama(Malaysia). Apa yang akan berlaku pada Johor di masa hadapan? Apa yang akan berlaku pada rakyat Johor di masa hadapan?", kata TMJ sambil berkata beliau berharap agar perkara ini berubah satu masa nanti.

"Jika saya tak boleh ubah apa yang berlaku di atas sana, saya lebih selesa perbetulkan beberapa perkara di sini ", sambung beliau lagi.

TMJ juga turut berkata mereka yang mencemuh inisiatif-inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan Johor sebagai 'takutkan bayang sendiri'.

"Sejujurnya, ramai yang akan berkata, Ooo Johor akan datang dengan bank mereka sendiri, tentera mereka sendiri blablabla itu dan ini

"Saya rasa orang-orang ini adalah mereka yang takutkan bayang-bayang sendiri

"Kerana jika anda benar-benar membuat analisa dengan betul, kami cuma mahu memberi khidmat kepada rakyat dengan sebaiknya", kata TMJ.

Video temuramah berdurasi 3 minit 31 saat itu boleh ditonton dibawah:


- siakapkeli

Read More...

Friday 29 April 2016

Nazri Yakin Pemimpin Pemberontak Akan Dipecat



KUCHING: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yakin dua pemimpin pemberontak UMNO akan dipecat tidak lama lagi.

Beliau merujuk kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang lantang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Ada dalam kalangan mereka (pemimpin UMNO) mengkritik dalam had yang dibenarkan parti. Bagaimanapun, Muhyiddin dan Mukhriz pasti dipecat.”

Nazri turut berpendapat bekas Menteri, Tan Sri Shafie Apdal akan turut dipecat.

Walaupun Shafie tidak melanggar mana-mana peraturan UMNO, Nazri berkata Naib Presiden UMNO itu telah melampaui batas dengan menghadiri acara “Bicara Isu Semasa” di Jitra, Kedah malam tadi bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Mukhriz.

“Shafie tidak melampaui batas sehinggalah malam tadi. Mahathir kini bersama pembangkang, maka apabila beliau bekerjasama dengannya, jelas Shafie juga telah melampaui batas dan akan dipecat,” kata Nazri di sidang media di Hotel Grand Margherita hari ini.

Ketika ditanya bila UMNO akan bertindak ke atas trio itu, Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata keutamaan pada ketika ini adalah pilihan raya negeri Sarawak.

“Lebih mudah untuk kita bertindak sekiranya kita beri masa kepada mereka untuk melakukan kesilapan demi kesilapan,” katanya.

Dalam ucapan malam tadi, Mahathir mengkritik cara Najib menguruskan sumber negara dan gaya hidup mewah beliau.

- FMT


Read More...

Dihalau Dan Dipulau Kerana Peluk Islam Ketika Program Zakir Naik



Seperti kita sedia maklum, baru-baru ini penceramah terkenal dunia, Dr Zakir Naik telah datang ke Malaysia dan telah membuat beberapa sesi ceramahnya di seluruh negara.

Kehadiran beliau mendapat sambutan hangat dari rakyat Malaysia dan juga mendapat tentangan dari beberapa badan bukan Islam.

Di dalam ceramahnya, beliau telah berjaya mengislamkan beberapa orang hadirin menjadi saudara baru.

Namun, selepas itu ramai yang tidak tahu perkembangan tentang saudara baru kita ini kecuali adik Nina yang menjadi anak angkat kerajaan Negeri Terengganu.

Ingat lagikah kita saudara Harinder Pal Singh, di mana beliau melafazkan syahadah ketika sesi ceramah Dr. Zakir Naik di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 14 April lalu.

Harinder adalah berketurunan Sikh kelahiran India di mana beliau mendapat hidayah memilih Islam sebagai panduan hidup, tetapi harga menerima Islam sebagai pegangan hidup harus dibayar dengan pelbagai dugaan.

Memetik laporan Tv Alhijrah, stesen tv berkenaan telah menemui Harinder untuk mengetahui perkembangan tentangnya setelah memeluk Islam.

Menurut Harinder, beliau telah kehilangan pekerjaannya sebagai pekerja swasta kerana kontrak kerjanya tidak diperbaharui.

Lebih memeritkan, beliau telah dihalau keluar daripada rumah oleh rakan serumahnya kerana bimbang dia akan mempengaruhi rakan-rakan lain dengan ajaran Islam.

"Saya perlukan pekerjaan," katanya ketika ditemubual dalam program Into Taqwa terbitan TV Al Hijrah.

Harinder tidak mengharapkan simpati, namun pada saat ini dia amat memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan dan mendalami Islam yang kini sudah menjadi jalan hidup di dunia dan akhiratnya. -Siakapkeli.my

KEMASKINI

Penyanyi Indi terkenal, Noh Hujan dilaporkan telah menawarkan pekerjaan kepada Harinder untuk bekerja dengannya.

Noh yang kini berada di Jordan memberi reaksi segera untuk menawarkan pekerjaan kepada Harinder di restoran miliknya.

Read More...

Kedah Dapat Sentuhan Bekas Pemain Barcelona?



Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dikhabarkan berjaya melamar bekas pemain Barcelona dari Portugal dengan yuran perpindahan bernilai RM1.9 juta.

Menurut sumber, pemain penyerang bernama Ricardo Quaresma itu akan menyertai skuad Helang Merah pada musim perpindahan Jun nanti.

"Kemasukan Quaresma bagi menggantikan Calos Kahe yang dilihat kurang memberi impak kepada pasukan Kedah.

"Setakat ini difahamkan keputusan untuk mengikat Quaresma sudah berjaya, cuma kontrak rasmi belum ditandatangani," katanya yang enggan dikenali.

Quaresma, 32, pernah menyertai Barcelona pada 2003 hingga 2004 dan kini beraksi bersama kelab Turki, Besiktas.

Menurut sumber yang dekat dengan KFA itu, Kedah juga bakal membeli dua pemain tempatan iaitu Shahrul Idlan Talaha dan Asaruddin Putra Omar.

"Kedua-dua pemain itu dikatakan berminat untuk menyertai Kedah dan turut akan didaftarkan pada Jun nanti.

"Shahrul dan Asaruddin sudah datang ke bertemu dengan pengurusan KFA, mereka menyatakan cukup berminat untuk bermain dengan Kedah," katanya.

Pada masa sekarang, Shahrul kini berkhidmat dengan pasukan Terengganu, manakala Asaruddin merupakan pemain JDT.

Skuad Kedah kini dilihat sedang meningkat sejak musim lepas selepas kembali ke Liga Super, malah mereka juga muncul naib juara Piala Malaysia 2016.

Dibimbing ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe, kini Kedah menunjukkan kehebatan mereka apabil berjaya merebut slot separuh akhir Piala FA dan berada di posisi tujuh liga.

Sementara itu, Malaysiakinisedang cuba mendapatkan penjelasan lanjut KFA berhubung gosip kemasukan pemain baru pasukan itu.


Read More...

Adenan Mahu Wan Azizah Dan Nurul Izzah Tulis Surat Jika Mahu Masuk Sarawak



Tan Sri Adenan Satem menyarankan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden Nurul Izzah Anwar menulis kepadanya sekiranya dua anak beranak itu mahu memasuki Sarawak.

Adenan berkata beliau dengar Wan Azizah merancang datang ke Sarawak melalui Sabah untuk berkempen bagi calon-calon PKR dalam pilihan raya negeri itu.

Free Malaysia Today (FMT) memetik Adenan memberitahu satu sidang akhbar malam tadi bahawa tidak ada keperluan bagi Wan Azizah untuk berbuat demikian.

Katanya, apa yang Wan Azizah perlu lakukan adalah menulis kepadanya meminta kebenaran untuk masukke Sarawak.

"Dan saya akan mempertimbangkannya," kata Adenan.

FMT memetik Adenan sebagai berkata Wan Azizah adalah seorang yang baik, kecuali beliau bersama parti yang salah.

"Begitu juga dengan Nurul Izzah. Ya, dia dilarang (masuk Sarawak). Tetapi jika dia meminta dengan baik, dan mengakui hak kami, saya akan mempertimbangkan perkara itu," katanya.

Nurul Izzah dilarang memasuki Sarawak bersama dengan puluhan ahli politik yang lain.

Kerajaan negeri setakat ini hanya membenarkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin veteran parti itu, Lim Kit Siang.

Read More...

Azlina Menteri Paling Bodoh Di Malaysia

LUCUT DARJAH KEBESARAN RAZIF TIDAK GAMBARKAN KRISIS POLITIK – AZALINA



KUALA LUMPUR: Pelucutan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, tidak menggambarkan krisis politik di negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata melucutkan sesuatu darjah kebesaran yang dikurniakan merupakan hak Sultan sesebuah negeri.

“Bagi saya, tidaklah saya rasa ada krisis politik. Itu merupakan hak Tuanku sama ada mahu memberi atau menarik balik sesuatu darjah. Ia tersenarai dalam peraturan dan perlembagaan negeri itu.

“Ini bukan masalah besar cuma mungkin masalah dalaman Terengganu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Jamuan Penghargaan Bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Sultan Mizan Zainal Abidin melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif berkuat kuasa Jumaat 22 April, dan perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama semalam.

Azalina yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO yakin langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap Sultan Mizan dalam masa terdekat akan dapat menyelesaikan spekulasi terutama dalam kalangan rakyat negeri itu.

Beliau juga yakin Ahmad Razif akan terus menerajui Terengganu sebagai Menteri Besar. – BERNAMA / Foto FMT






Read More...

Pergaduhan di Kuala Lumpur berita palsu – Polis



KUALA LUMPUR: Polis menafikan khabar angin di laman media sosial yang mendakwa akan tercetusnya pergaduhan dan perbalahan di ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata pihaknya akan mengenakan tindakan kepada individu yang menyebarkan maklumat palsu dan menghasut di laman media sosial untuk menakutkan orang ramai.

“Sesiapa yang mengedarkan berita palsu dan menghasut orang lain untuk mempercayai khabar angin itu melakukan satu kesalahan menurut undang-undang negara.

“Polis sedang memantau laman media sosial dan mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk menangani ancaman ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata berita palsu itu dipercayai sengaja disebarkan dengan menjadikan isu perkauman sebagai alasan untuk melakukan kekacauan.

-BERNAMA


Read More...

Thursday 28 April 2016

Bank Negara denda 1MDB atas salah laku kewangan



Bank Negara Malaysia hari ini mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB kerana tidak mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Kompaun itu dikeluarkan selepas mendapat persetujuan daripada Peguam Negara, Tan Sri Mohd Apandi Ali.

"Ini termasuk keperluan untuk 1MDB untuk membawa pulang wang yang diremitkan di luar negara berikutan pembatalan tiga kebenaran yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia kepada 1MDB pada tahun 2009, 2010 dan 2011.

"1MDB juga telah gagal mengemukakan bukti dan dokumentasi yang ditetapkan oleh Bank Negara untuk mewajarkan kegagalan untuk mematuhi sepenuhnya dengan arahan membawa pulang wang itu.

“1MDB telah diberikan sehingga 30 Mei 2016 untuk membayar kompaun," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh bank pusat itu hari.

Menurut kenyataan itu, sebaik sahaja pembayaran kompaun diselesaikan oleh 1MDB, ia menandakan tamatnya siasatan oleh Bank Negara berhubung pelbagai insiden yang menyaksikan firma pelaburan negara itu melanggar kaedah dan peraturan bank pusat.

Ia bagaimanapun tidak menyatakan jumlah kompaun yang perlu dijelaskan oleh 1MDB. - mkini

Read More...

Suspek Pecah Rumah Mohd Zaquan Ditahan



Kota Tinggi: Tiga suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian pecah rumah pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim II (Johor DT II), Mohd Zaquan Adha Abdul Razak ditahan polis di sebuah rumah di Horizon Hills dekat Iskandar Puteri, Johor awal pagi tadi.

Ketiga-tiga suspek lelaki warga tempatan berusia 23, 29 dan 37 tahun itu ditahan di rumah yang disewa mereka pada 1.45 pagi.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, pihaknya menjalankan risikan dan siasatan sebelum berjaya mengesan kedudukan suspek di kawasan perumahan terbabit.

"Ketika tangkapan dilakukan, kita turut menemui beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah seperti alat pemotong besi, pemutar skru, kuku kambing dan spanar.

"Kita turut menemui pelbagai jenis jam serta beg tangan pelbagai jenama, barang kemas dan kamera yang dipercayai antaranya milik Mohd Zaquan Adha," katanya pada sidang media selepas Pertandingan Menembak antara Media Johor dan Polis Kontinjen Johor sempena Peringatan Hari Polis ke-209 di Lapang Sasar Ladang Rem di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas dua kenderaan iaitu Hyundai Tucson dan Peugeot yang mana kedua-duanya dilaporkan di Skudai dan Tampoi.

Katanya, ketiga-tiga suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan pihaknya masih mengesan beberapa lagi suspek yang mungkin turut terbabit dalam kejadian itu.

Sumber@Harian Metro

Read More...

Exco Terengganu: Razif Tidak Pernah Bincang Hal Beri Pulau Kepada Zakir Naik



KUALA TERENGGANU: Cadangan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif menawarkan tiga pulau di Tasik Kenyir kepada pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

EXCO Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib mendedahkan cadangan sebaliknya keputusan peribadi Ahmad Razif dan beliau mempunyai alasan tersendiri berhubung perkara itu.

“Oleh kerana Menteri Besar yang cakap, maka kena tanya pada beliau. Isu ini juga tidak pernah dibincangkan di dalam mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Terengganu,” katanya kepada FMT.

Malah, menurut ADUN Ajil itu sebarang penggunaan rizab tanah Kerajaan Terengganu hendaklah mendapat persetujuan daripada Tuanku Sultan.

“Semua tanah di Terengganu ini selain milik individu, adalah kepunyaan kerajaan dan Raja. Bahkan keputusan muktamad Ahmad Razif (mahu beri tanah kepada Dr Zakir Naik) terletak pada Tuanku Sultan. Kalau Tuanku Sultan kata tidak boleh maka kena akur malah, membuat pengumuman tanpa maklum kepada Tuanku Sultan pun sudah dikira salah,” katanya.

Difahamkan, tindakan Zakir memberi syarahan di Terengganu turut tidak disenangi Jabatan Mufti Negeri Terengganu dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, kerana dikhuatiri mungkin menyebarkan ajaran sesat.

Menurut laporan China Press, selain menghadiri ceramah pendakwah dari India itu, Ahmad Razif turut menawarkan tiga pulau di Tasik Kenyir kepada Zakir, bagi tujuan penubuhan cawangan atau pusat penyelidikan Islam bagi rantau Asia Tenggara di negeri itu.

Tindakan Ahmad Razif menyokong pendakwah kontroversi juga dilapor sebagai punca darjah kebesarannya dilucutkan Sultan Terengganu.


Read More...

Tabung Haji Umum Johan Abdullah Ganti Ismee



Berkuat kuasa 1 Julai ini, Datuk Johan Abdullah akan dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji menggantikan Tan Sri Ismee Ismail.

Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata penyerahan tugas oleh Ismee adalah selaras dengan pelan penggantian yang dirancang sejak Januari 2015.

"Kepimpinan dan visi Ismee banyak menyumbang kepada kejayaan Tabung Haji sehingga memperoleh pengiktirafan dan penghormatan di peringkat antarabangsa.

"Kami berbangga dan berterima kasih dengan kepimpinannya sepanjang tempoh melebihi 10 tahun, Tabung Haji berjaya melalui transformasi yang telah meningkatkan prestasi kewangan ke ahap yang membanggakan," katanya menerusi satu kenyataan.

Bagaimanapun, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, Selasa lalu, berkata peletakan jawatan Ismee memang sudah dijangkakan berikutan pendedahan beliau berhubung tata kelola dan kedudukan kewangan Tabung Haji sebelum ini.

Katanya, Ismee juga adalah ahli lembaga pengarah dalam firma kontroversi 1MDB dan kemungkinan akan disiasat tidak lama lagi.

Rafizi sebelum ini mendakwa Tabung Haji membabitkan diri dalam pelaburan berisiko termasuk jaminan RM1 bilion kepada sebuah anak syarikat 1MDB yang bermasalah.

Beliau juga menggesa CEO baru untuk melakukan audit khas mengenai kedudukan kewangan dan operasi kumpulan itu dan dibentangkan sebagai kertas putih di Parlimen sebelum akhir tahun ini.

Johan menyertai Tabung Haji pada 15 Januari 2015 sebagai Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan.

Sebelum itu, beliau adalah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Holdings Berhad.

Read More...

ADUN Hulu Besut Nafi Jadi Pengganti Ahmad Razif -



PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad menafikan khabar angin kononnya beliau akan menggantikan Ahmad Razif Abd Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu.

Nawi yang dipetik Malay Mail Online berkata, keadaan di negeri itu seperti sedia kala.

“Tidak…ia tidak benar. Mana awak dapat cerita ini?

“Setahu saya, saya tidak dengar apa-apa pun mengenai Menteri Besar akan digantikan,” katanya.

Nama Nawi adalah yang ketiga muncul bagi menggantikan Ahmad Razif, selepas semua darjah kebesaran ADUN Seberang Takir itu dilucutkan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Dua lagi nama yang disebut-sebut sebagai pengganti Ahmad Razif ialah ADUN Telemong, Datuk Rozi Mamat dan ADUN Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafee.

Portal berita itu turut memetik Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail yang menggesa Ahmad Razif melepaskan jawatannya, kerana tidak lagi disenangi Sultan Terengganu. - FMT

Read More...

Sokong Deklarasi Rakyat: 2 Pemimpin PAS Terima Surat Tunjuk Sebab



ALOR SETAR – Dua wakil rakyat Pas diberikan surat tunjuk sebab susulan penglibatan mereka dalam aktiviti Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) peringkat negeri ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa dikatakan menerima surat berkenaan selepas tersebarnya poster program GSM yang akan berlangsung 1 Mei depan.

Setiausaha Pas Kedah, Musoddak Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, di mana Badan Perhubungan Pas Kedah yang bermesyuarat baru-baru ini sepakat mahu kedua-dua wakil rakyat itu memberikan penjelasan atas pembabitan mereka dalam GSM.

“Surat berkenaan baharu sahaja dihantar dan kita beri tempoh seminggu untuk dijawab. Setakat semalam, Pas Kedah belum terima surat jawapan daripada kedua-duanya,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu dibuat berdasarkan kepada surat pekeliling Pas Pusat yang menghalang ahli partinya terlibat secara langsung dalam aktiviti atau program Amanah dan DAP.

“Berdasarkan kepada perkembangan politik semasa, Pas juga tidak benarkan ahlinya sertai Deklarasi Rakyat, namun tindakan Mahfuz dan Mohd Nasir secara terang-terangan beri komitmen kepada GSM, menyalahi prinsip parti,” katanya.

Musoddak berkata, poster yang memaparkan Mahfuz dan Mohd Nasir bersama pimpinan Amanah, DAP dan Team B Umno, jelas membuktikan penglibatan dua wakil rakyat Pas itu, dan tindakan wajar diambil.

Sementara, Mohd Nasir ketika dihubungi berkata, sehingga semalam belum menerima surat dimaksudkan, namun berlapang dada untuk memberikan maklum balas.

“Saya tetap ahli Pas, walaupun saya sokong apa yang diperjuangkan dalam Deklarasi Rakyat yang digerakkan bawah GSM yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disingkirkan,” katanya.

Menurutnya, tindakannya bersetuju dengan perjuangan GSM tidak menyebabkan dirinya terkeluar dari Pas, berikutan hanya bersetuju dengan agenda jatuhkan Najib.

“Sebagai wakil rakyat yang membawa suara rakyat, saya berasakan perlu untuk kita gembleng kesepakatan ini sehingga pilihan raya supaya rakyat bersedia. Pembangkang dari pelbagai parti mahu lawan BN, itu yang dipersetujui,” katanya.

Mohd Nasir menegaskan, perjuangannya tetap dengan Pas, namun menyokong GSM kerana itu yang rakyat mahukan.

“Satu minit pun saya tidak bersetuju jika Najib dikekalkan. Isu 1MDB dikaitkan dengan beliau sudah lama berlarutan dan perlu diselesaikan segera, namun jawapan yang diberikan beliau tidak memuaskan hati,” katanya.

Menurutnya, inilah yang perlu diperjuangkan rakyat, bukannya memberi tumpuan kepada isu remeh.

Mahfuz ketika dihubungi bagaimana pun enggan mengulas buat masa ini-sinar harian


Read More...

Wednesday 27 April 2016

Sultan murka MB, 3 Adun bakal jadi Bebas, Terengganu di ambang PRN?



Terengganu besar kemungkinan akan berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas PRN Sarawak apabila berlaku krisis Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dengan istana di samping kedudukan kerajaan negeri yang tidak stabil kerana jumlah Adun kerajaan dan pembangkang hampir sama.

Menurut sumber, kata sepakat hampir dicapai agar PRN diadakan bagi menyelesaikan kemelut yang ada di negeri itu. Namun, Ahmad Razif dikatakan tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya ini.

“Possible (mungkin),” kata Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi ketika diminta mengulas apa yang berlaku di negeri ini.

Jumaat kelmarin, Menteri Besar Ahmad Razif hilang semua anugerah kebesarannya apabila Istana Terengganu murka kepada beliau dan meminta agar semua anugerah itu diserahkan.

Ia berlaku ketika tidak ada pihak yang mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu setelah 3 Adun Umno yang diketuai bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said didakwa akan menjadi Adun Bebas.

BN kini tinggal 14 Adun, PAS (14) manakala PKR (1) dalam DUN yang mempunyai 32 ahli itu.

Menurut Bernama, Pas Terengganu berada dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri dalam masa terdekat.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Dr. Alias Razak berkata, parti itu kini berada pada kedudukan yang sangat kukuh untuk menghadapi sesiapa sahaja dalam pilihan raya tersebut.

Menurutnya, Pas sedia hadapi tentangan sengit Barisan Nasional (BN) dan pendatang baru dalam pilihan raya iaitu Parti Amanah Negara.

Bagaimanapun, seperti Umno, PAS juga sedang menghadapi masalah untuk menang kerana parti itu berpecah membentuk Parti Amanah Negara (AMANAH) selepas pemimpin progresif dan profesionalnya ditewaskan secara blok dalam Muktamar PAS tahun lalu.

Walaupun PAS Terengganu masih kuat tetapi sebahagian ahli mereka sudah meninggalkannya untuk menyertai Amanah.

Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu, Datuk Raja Bahrin Shah sudah meninggalkan PAS dan menjadi Pengerusi AMANAH negeri Terengganu.

Beliau disertai oleh beberapa bekas Adun PAS manakala beberapa Adun PAS sekarang dikatakan menyokong Amanah secara diam-diam.

Umno juga berpecah di Terengganu. Ahmad Said dan rakan-rakannya dikatakan menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad dalam gerakan Selamatkan Malaysia yang berkempen mahu Datuk Seri Najib berundur dari kerusi perdana menterinya.

Dipetik dari SINI


Read More...

1MDB: Kehilangan Berbilion Isu Dalaman Bagi IPIC Selesaikan



1MDB hari ini berkata dana AS$3.5 bilion yang dibayar oleh firma pelaburan Malaysia itu tetapi tidak diterima oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) adalah "masalah dalaman" untuk diselesaikan oleh firma milik Abu Dhabi itu.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy berkata ini kerana dana Malaysia itu berurusan secara langsung dengan eksekutif kanan IPIC dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS.

"1MDB menegaskan bahawa ia berurusan dengan eksekutif kanan, justeru urus niaga itu mengikat IPIC dan Aabar Investments PJS sebagai syarikat korporat - maka, ia adalah isu dalaman mereka untuk diselesaikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini

Adalah dilaporkan bahawa penyiasat antarabangsa percaya wang berkenaan terpesong daripada 1MDB kepada sebuah syarikat di Kepulauan British Virgin yang mempunyai nama yang hampir sama dengan Aabar Investments PJS tetapi tidak mempunyai sebarang kaitan dengan IPIC.

Wang berkenaan adalah sebahagian daripada deposit yang sepatutnya dibayar oleh 1MDB kepada Aabar Investments PJS sebagai jaminan untuk dua bon yang diterbitkannya.

Ia juga sebagai bayaran bagi penamatan pilihan untuk Aabar melanggani 49 peratus pegangan dalam aset kuasa milik firma pelaburan Malaysia itu.

Walau bagaimanapun, Arul Kanda berkata 1MDB akan membantu dalam menyelesaikan perbezaan pendapatnya dengan IPIC.

"1MDB tidak akan menjauhkan diri dan berharap untuk menyelesaikan pertikaian ini bersama IPIC melalui perbincangan dan jika perlu ke timbang tara, untuk memastikan penyelesaian segera, demi kepentingan semua pihak berkepentingan.

"Dalam pada itu, 1MDB akan terus memberi kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia dalam siasatan yang sedang dijalankan ke atas syarikat itu.

"1MDB sentiasa berpendirian dan terus mengekalkan pendirian bahawa jika ada bukti salah laku ditemui, maka tindakan perlu diambil, menurut undang-undang," katanya.

Ketika kontroversi berbilion dolar yang hilang itu, IPIC enggan memenuhi peranannya sebagai penjamin bon 1MDB dengan membayar faedah.

Ini menyaksikan keingkaran di pihak 1MDB semalam selepas IPIC tidak membayar faedah AS$50 juta ke atas bon jaminannya itu.

- mkini

Read More...

Hadi: PAS akan teliti, tak campur rumah tangga Umno



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata partinya tidak akan masuk campur isu pertukaran menteri besar Terengganu yang hangat diperkatakan, susulan pelucutan darjah kebesaran Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.

Beliau dilaporkan oleh portalBerita Harian Online sebagai berkata, PAS mengambil pendekatan tunggu dan lihat tanpa mencampuri 'masalah rumah tangga Umno'.

"Setakat ini saya tidak mahu memberi komen, saya akan teliti dan mendapatkan maklumat mengenai perkara itu tetapi ingin ditegaskan masalah yang berlaku itu hanya membabitkan rumah tangga Umno negeri.

"Saya tidak sempat mengikuti perkembangan mengenai pelucutan jawatan itu kerana berada di Sarawak bagi membantu calon PAS menghadapi pilihan raya negeri," katanya kepada portal itu.

Sesetengah penganalisis menjangkakan BN Terengganu bakal berdepan dengan krisis berikutan perkembagan semasa itu kerana ia hanya mempunyai majoriti kerusi yang tipis.

BN mempunyai 17 ADUN, manakala pembangkang memiliki 15 kerusi - 14 daripada PAS dan seorang daripada PKR.

Krisis tercetus apabila Pengelola Bijaya Diraja Sultan Terengganu mengesahkan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif berkuat kuasa Jumaat lalu.

Ahmad Razif yang juga ADUN Seberang Takir, dikurniakan Darjah Datuk Paduka Mahkota Terengganu Kehormat (DPMT) yang membawa gelaran Datuk pada tahun 2012 dan Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri pada April 2015.

Awal bulan lalu, bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said selaku ADUN Kijal memfailkan undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif tetapi usul itu ditolak.

Ahmad Razif yang juga ADUN Seberang Takir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Ahmad Said pada 12 Mei 2014.

Read More...

'Jadi, anak IGP jual senjata kepada siapa?'




Jika anak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak mempunyai kontrak untuk menjual senjata api kepada kerajaan, siapa yang membeli daripadanya?

Persoalan itu ditimbulkan oleh ahli jawatankuasa pusat PKR Latheefa Koya pada satu forum di Kuala Lumpur, malam semalam sempena memperingati kematian Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati, enam tahun lalu.

Sebagai seorang anggota panel forum, beliau menjawab soalan daripada seorang penonton yang bertanya bagaimana dan mengapa anggota polis perlu mempunyai senjata api.

"Setakat yang saya tahu, bukan anak perempuan IGP yang membekalkannya (senjata api). Oleh kerana IGP sebelum ini berkata, walaupun anaknya mempunyai lesen untuk menjual senjata api, beliau tidak mempunyai kontrak dengan kerajaan," kata Latheefa sambil disambut gelak ketwa oleh hadirin.

"Anaknya menjual senjata api yang agak canggih dan soalan saya, jika awak tidak membekalkan senjata kepada pihak kerajaan atau pegawai penguatkuasaan atau tentera, seperti kata IGP, kepada siapa yang awak jual?" soalnya.

Khalid, Isnin lalu mengakui firma senjata api yang dikaitkan dengan anak perempuannya itu memperolehi lesen perniagaan sebelum beliau dilantik menjadi ketua polis negara.

Beliau juga mendedahkan bahawa beliau melarang syarikat anaknya itu daripada membida sebarang tender senjata api berkaitan kerajaan atau polis.

Khalid berkata demikian ketika mengulas satu artikel oleh Sarawak Report bahawa anaknya, Juwiza, dan juga adik iparnya, Mohd Isa Hussin beliau, adalah pemilik Nilai Arms & Ammunition (NAA).

Dipetik dari malaysiakini

Read More...

Arul Kanda mengaku wujud penipuan dalam 1MDB, rancang letak jawatan



Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy membuat pengakuan wujud unsur penipuan membabitkan syarikat sarat hutang, ia selepas berkali-kali membuat penafian dan mempertahankan syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

Kemelut 1MDB dengan syarikat berpangkalan di Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investment PJS menyebabkan Arul Kanda terpaksa mengakui wujud unsur penipuan dalam syarikat tersebut.

IPIC, dalam pengumuman Bursa Saham London minggu lepas berkata ia dan anak syarikatnya itu tidak lagi bertanggungjawab kerana 1MDB dan Kementerian Kewangan (MOF) gagal membayarnya lebih AS$1 bilion seperti yang dijanjikan.

Arul mendedahkan wujud percanggahan dengan wang bernilai US$3.5 bilion yang dibayar 1MDB kepada Aabar BVI (Aabar Investments PJS Ltd), syarikat yang mempunyai nama identikal sama dengan syarikat subsidiari IPIC, Aabar Investments PJS.

“Apa yang kita tidak boleh tolak terdapat sebenarnya kemungkinan berlaku penipuan… penipuan yang besar… dan mungkin terdapat kerjasama daripada pihak sebelah kami sendiri,” kata Arul Kanda dalam satu wawancara bersama akhbar kewangan baru-baru ini.

Berikut petikan dalam bahasa Inggeris, “As to the US$3.5 billion worth of payments that 1MDB made to Aabar BVI (Aabar Investments PJS Ltd), the company with the near identical name to IPIC’s subsidiary Aabar Investments PJS, Arul said: “What we cannot discount is there could actually be fraud…a massive fraud…and maybe there was collaboration from our side”.

Beliau juga mendedahkan mengenai pengumuman IPIC yang mengatakan mereka bukan pemilik Aabar BVI walaupun sebenarnya keingkaran (default) membayar hutang sudah berlaku sejak Disember 2015.

“Ia sepatutnya diumumkan dengan cepat selepas keingkaran tersebut kerana ia sejumlah wang yang besar. Mengapa tunggu hingga April untuk mengatakan kamu bukan pemilik Aabar BVI,” katanya.

Berikut petikan dalam bahasa Inggeris:

“There is one crucial item on the term sheet, which is that 1MDB has to transfer the amount that IPIC paid, the cash plus the interests — US$1.15 billion — by Dec 31, 2015, according to Arul. As such, he said: “actually, we were in default since December”. But he questioned why IPIC waited until now to make the announcement.

“It should have been made immediately after the default as it’s a large amount. Why wait until April to say you don’t own Aabar BVI?”.

Arul Kanda juga membuat luahan mengenai hasratnya untuk meletak jawatan dan mendakwa tugas yang dijalankannya melampaui daripada yang sepatutnya dilakukan beliau.

Akhbar berpengkalan di Amerika Syarikat, Wall Street Journal (WSJ) pada Jumaat melaporkan jika US$ 1.75 bilion bon, yang dikeluarkan 1MDB Energy (Langat) Ltd, akhirnya diisytiharkan ingkar, ia akan memberi kesan kepada hutang terkumpul dan kedudukan mata wang Malaysia.

Dipetik dari SINI

Read More...

Tan Sri Ismee, CEO Tabung Haji LETAK JAWATAN?



Sebuah artikel oleh The Edge Financial Daily, pada 26 April 2016 melaporkan bahawa menurut sumber,Tan Sri Ismee Ismail meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Lembaga Tabung Haji (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), dan dia dikatakan akan menyertai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain berkemungkinan sebagai orang No.2 di Sime Darby Bhd.

Ismee, yang juga merupakan ahli Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB), telah menjadi MD dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Tabung Haji sejak 2006.



Tabung Haji terperangkap dengan kontroversi berkaitan 1MDB tahun lepas, selepas Tabung Haji mengumumkan telah membeli 0.64ha tanah di Tun Razak Exchange (TRX), projek hartanah besar-besaran oleh 1MDB.

Pembelian tanah itu telah menarik perhatian rakyat kerana ia adalah 43 kali lebih tinggi daripada harga yang dibayar oleh 1MDB untuk memperoleh tanah itu daripada Kerajaan Persekutuan.

Pada Januari tahun ini, Tabung Haji sekali lagi menarik perhatian rakyat selepas pengurusan kewangannya dipersoalkan.

Dalam satu surat yang bocor, Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dikatakan telah mengeluarkan amaran kepada Tabung Haji mengenai kedudukan kewangannya, yang menyatakan bahawa dana Tabung Haji mempunyai lebih banyak liabiliti berbanding aset, dengan hanya 98 sen aset bagi setiap ringgit liabiliti.

Menambahkan kegurasan rakyat, Seksyen 22 Akta Tabung Haji menyatakan bahawa ia tidak boleh mengisytiharkan dividen dan bonus kepada pencarum jika asetnya bernilai kurang daripada liabiliti.

Mingguan Edge telah melaporkan bahawa rizab dana Tabung Haji telah terhakis dengan ketara berikutan amalan membayar bonus yang melebihi pendapatannya sejak 2012.

Sumber: SINI


Read More...

Tuesday 26 April 2016

Padah Tunjuk 'Belalai' Tak Bertempat



SHAH ALAM - Seorang pembantu kedai makan didakwa menceroboh asrama dan menunjuk kemaluannya pada seorang wanita yang juga isteri orang, lapor The Star.

Muhammad Salihin Zailan, 25, dari Sungai Mati, Muar, Johor, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan di bawah Seksyen 448 dan 509 Kanun Keseksaan. 

Salihin dituduh menceroboh kediaman seorang pegawai bomba di asrama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Seksyen 15, dan menunjukkan kemaluannya pada seorang wanita berusia 36 tahun yang sedang tidur dengan anak-anaknya pada jam 4 pagi, Khamis lalu. 

Menurut mangsa, suaminya pada ketika itu menghadiri kursus di luar kawasan dan hanya tinggal di asrama bomba, sementara rumah mereka sedang menjalani pengubahsuaian. 

Tertuduh hadir ke mahkamah tanpa diwakili peguam itu berdepan dengan hukuman penjara 3 tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya kali.

Majistret Farah Azura Mohd Saad, membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 bagi kesalahan pertama dan RM1,500 bagi kesalahan kedua dan menetapkan 26 Mei ini untuk sebutan semula kes. - PixelMedia


Read More...

Arul Kanda beritahu kepada Najib kerajaan perlu tanggung kerugian US$6.4 bilion, dedah akhbar Singapura



Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda sudah memberi penerangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan sejumlah ganti rugi yang perlu ditanggung kerajaan jika berlaku “ingkar” (default) dengan syarikat berpengkalan di Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).

Sebuah akhbar berpengkalan di Singapura, Straits Times yang dipetik berkata Arul memberitahu Najib, sejumlah US$6.481 bilion perlu ditanggung oleh kerajaan Malaysia dibawah klausa ganti rugi dengan IPIC sekiranya berlaku “ingkar”.

Jumlah tersebut meliputi 4 peratus hutang tertunggak kerajaan, ia termasuk US$3.5 bilion bon, US$1.15 bilion wang tunai pendahuluan dan US$481 juta pertikaian pembayaran yang dikatakan milik IPIC, dedah sumber daripada pegawai kerajaan kepada Straits Times.

Memetik akhbar tersebut lagi, sumber juga mendedahkan pemimpin atasan kerajaan sedang membincangkan jalan keluar kemelut antara IPIC dan 1MDB.

Minggu lepas, IPIC mengumumkan menamatkan perjanjian yang menyediakan sokongan kewangan kepada 1MDB yang dilakukan pada Jun tahun lepas selepas firma dari Malaysia itu gagal memenuhi tanggungjawabnya kepada dana Abu Dhabi.

Dalam makluman kepada Bursa London, IPIC berkata, dana Malaysia dan Kementerian Kewangan negara itu gagal memenuhi tanggungjawab termasuk melakukan pembayaran berjumlah AS$1.1 billion dan juga faedah yang kini tidak ditunaikan. – 26 April, 2016.

Dipetik dari - themalaysianmirror

Read More...

Mesin ATM Diletup Perompak, RM300,000 Lesap



Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di Pekan Jitra I di sini diletupkan awal pagi tadi sebelum wang tunai dianggarkan bernilai lebih RM300,000 dilarikan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abd Rahim Abdullah berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, kejadian berlaku kira-kira 5.04 minit pagi yang disyaki dilakukan dua individu memakai topeng serta menaiki kereta Toyota Camry.

"Suspek dipercayai menggunakan bom paip sepanjang satu kaki dengan ukur lilit lima inci serta diameter sepanjang satu setengah kaki.

"Ia dilakukan dengan cara menyelitkan bom berkenaan di tempat khas pengeluaran duit di ATM tersebut setelah mengopak bahagian atas dan bawah mesin dengan menggunakan besi," katanya kepada pemberita di Jitra hari ini.

Polis turut menemui serpihan bom paip sepanjang setengah kaki dan wang tunai RM600 yang bertaburan di atas lantai.

Letupan turut menyebabkan cermin bank pecah dan retak.

Abd Rahim berkata pihak polis percaya kes itu sama dengan kes meletupkan mesin ATM sebuah bank di Simpang Kuala, Alor Setar pada Februari lepas yang turut mengakibatkan kerugian RM300,000.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Devi, 40-an berkata beliau mendengar bunyi letupan yang sangat kuat dari kedainya yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.

"Saya sangka orang tembak anjing. Bunyi letupan sangat kuat dan mengejutkan kami semua," katanya.

-Bernama


Read More...

Anwar: Belum terlambat runding pertembungan calon di S'wak



Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia belum terlambat untuk PKR dan DAP berunding mengenai pertembungan calon kedua parti itu dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut melahirkan rasa kesal bahawa calon sekutu Pakatan Harapan terbabit dalam pertembungan sesama sendiri.

Anwar bagaimanapun menyeru mereka supaya terus bekerjasama bagi memastikan kemenangan.

"Saya kesal (ini berlaku dalam pilihan raya Sarawak)," kata Anwar ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Beliau ditanya mengenai pertembungan antara calon PKR dan DAP di enam kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 7 Mei ini.

"Buat masa ini, saya mahu mereka terus bekerjasama untuk memastikan Pakatan Harapan menang.

"Masih ada masa bagi mereka untuk cuba berunding. Itulah yang terbaik," katanya.

Calon PKR dan DAP akan bertembung di kerusi Mulu, Murum, Simanggang, Mambong, Ngemah dan Batu Kitang.

Anwar hadir di mahkamah hari ini untuk memohon kebenaran daripada Mahkamah Tinggi bagi merujuk kepada Mahkamah Persekutuan mengenai isu itu sama ada keengganan Lembaga Pengampunan untuk memberi keampunan kepadanya atas sabitan kesalahan liwat, boleh dicabar.


Read More...

Monday 25 April 2016

Sultan Sah Lucut Semua Darjah Kebesaran MB Terengganu



Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin melucut semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Menurut Bernama, pelucutan itu berkuat kuasa Jumaat 22 April.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu hari ini.

"Setelah berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja Negeri Terengganu, adalah dimaklumkan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan telah melucutkan semua Darjah-darjah Kebesaran Negeri Terengganu yang telah dikurniakan kepada Ahmad Razif bin Abd Rahman berkuat kuasa mulai hari Jumaat, 22 April 2016.

"Pengisytiharan yang dibuat ini tiada kaitan dengan perkembangan-perkembangan lain yang berlaku di negeri Terengganu," petik kenyataan itu.

Ahmad Razif dikurniakan Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu Kehormat (DPMT) yang membawa gelaran Datuk pada 2012 dan Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri pada April 2015.

Ahmad Razif yang juga ADUN Seberang Takir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta semua pihak menghentikan spekulasi mengenai kedudukan Ahmad Razif dan berkata beliau akan mengadap Sultan Mizan berhubung isu berkenaan dalam masa terdekat.

Beliau juga berkata pentadbiran kerajaan negeri Terengganu masih berjalan seperti biasa.

Hubungan antara istana dan Ahmad Razif menimbulkan persoalan sejak Sabtu lalu selepas beliau diperkenalkan dalam dua majlis rasmi tanpa gelaran darjah kebesaran 'Datuk Seri'.

Sesetengah penganalisis menjangkakan BN Terengganu bakal berdepan dengan krisis berikutan perkembagan itu kerana ia hanya mempunyai majoriti kerusi yang tipis.

BN mempunyai 17 ADUN, manakala pembangkang memiliki 15 kerusi - 14 daripada PAS dan seorang daripada PKR.

Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, awal bulan lalu memfailkan undi tidak percaya terhadap Razif, mencetuskan khabar angin mengenai satu lagi pertukaran menteri besar.

Bagaimanapun usul itu ditolak oleh Speaker Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong.

Razif mengambil alih jawatan menteri besar daripada Ahmad pada Mei 2014.

Read More...

TERKINI: Semua Program MB Razif Di Terengganu Dibatalkan



PETALING JAYA: Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman dilapor membatalkan semua program yang sepatutnya dihadiri beliau minggu ini.

Perkara itu disahkan oleh seorang pegawai kepada Menteri Besar Terengganu yang turut mendedahkan semua program itu kini diwakili oleh exco negeri itu.

“Menteri Besar tiada program minggu ini, semuanya diwakilkan kepada exco. Sepatutnya ada dua program untuk dihadiri beliau minggu ini,” katanya ketika dihubungi FMT.

Jelas pegawai yang enggan namanya didedahkan, pembatalkan program tersebut mungkin disebabkan kemelut yang sedang dihadapi Ahmad Razif dan pihak istana ketika ini.

“Pembatalan program tersebut, mungkin ada kaitan dengan isu yang berlaku sekarang dan Menteri Besar juga tidak akan menghadiri program yang dihadiri orang ramai bagi meredakan keadaan,” jelasnya.

Kemelut Menteri Besar Terengganu mula hangat diperkatakan setelah pihak istana Terengganu dikatakan menarik balik gelaran kebesaran yang dianugerahkan kepada Ahmad Razif.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada pengesahan daripada pihak istana berhubung tindakan tersebut, namun ia dikaitkan dengan ucapan beliau ketika menghadiri sebuah majlis bersama Sultan Mizan.

Ahmad Razif ketika membacakan teks ucapan didakwa berkata Kerajaan Terengganu lebih banyak membantu rakyat berbanding pihak Yayasan Diraja Sultan Mizan, sekaligus membangkitkan kemurkaan Sultan Mizan.

Sementara itu menurut laporan terbaru, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung isu membabitkan Menteri Besar Terengganu.

Ia juga meminta rakyat tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu berkenaan.

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Datuk Rozi Mamat dan ADUN Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafee yang disebut-sebut antara calon yang akan menggantikan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar Terengganu. - FMT


Read More...

Krisis MB Terengganu: Najib Akan Menghadap Sultan



PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung isu membabitkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Tanpa mendedahkan bila dan lokasi pertemuan itu bakal diadakan, Najib turut meminta rakyat tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu berkenaan, lapor Berita Harian Online.

“Saya akan menghadap Sultan Terengganu dalam tempoh terdekat untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku di sana. Kita minta semua pihak bertenang dan tidak membuat sebarang andaian berhubung apa yang berlaku.

“Menteri Besar Terengganu masih melaksanakan tugas beliau seperti biasa, malah Kerajaan Terengganu tetap berfungsi seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem di Rumah Rehat Kerajaan, di Lundu, Sarawak, hari ini.

Najib berkata, beliau akan membuat kenyataan rasmi selepas pertemuan tertutup itu diadakan nanti.

Terengganu dilanda krisis lagi, apabila Ahmad Razif dilaporkan ditarik gelaran pingat Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Sultan Mizan dikatakan murka dengan ucapan yang dibuat Razif pada Jumaat lalu. Ahmad Rafiz masih mengunci mulut apabila ditanya media mengenai dakwaan itu.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan Istana Terengganu dan kerajaan negeri.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan berada di Terengganu bagi menyelesaikan krisis itu yang kemungkinan besar melibatkan pelantikan Menteri Besar baharu.

- FMT

Read More...

PRN Sarawak: PAS Dan Umno Makan Semeja


Wow, PAS dgn UMNO boleh makan semeja waktu penamaan calon di Sarawak.







Sumber - facebook



Read More...

Lelaki Mengamuk Dan Pecahkan Patung Di Kuil Dipercayai Sakit Mental



Ipoh – Lelaki yang memecahkan patung di sebuah kuil di Jalan Hospital di sini dipercayai mempunyai masalah mental, kata Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong.

Beliau berkata polis yang berjaya menahan suspek berumur 29 tahun itu tidak lama selepas kejadian itu sedang mengaturkan supaya dia menjalani pemeriksaan kesihatan mental.

Katanya polis menasihati orang ramai supaya tidak menjadikan insiden yang berlaku kira-kira 5.10 petang semalam itu sebagai isu perkauman.

“Jika terbukti dia tidak siuman, maka apa yang dilakukannya itu adalah di luar kawalan, bukan niat untuk menghina sebarang agama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau keadaan di kuil Sree Muneeswarar Amman Kovil itu lewat Ahad malam.

“Semasa kejadian hanya terdapat seorang sami di kuil berkenaan yang juga merupakan saksi kejadian,” katanya.

Sum berkata suspek masuk ke kawasan kuil itu dengan sebuah kereta sebelum memecahkan patung berkenaan dengan sebilah parang.

Katanya selepas merosakkan patung berkenaan, suspek melarikan diri ke Jalan Ghazali Jawi dengan memandu kereta secara melawan arus dan terbabas lalu melanggar sebuah perhentian bas sebelum ditahan polis.

Ketika ditanya sama ada suspek yang difahamkan pernah menuntut di Mesir mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daesh, katanya buat masa ini polis tiada maklumat mengenai perkara itu, namun akan menyiasat secara terperinci. – Bernama

Read More...

Dilema Ahmad Razif - Istana



PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman kini berhadapan situasi sukar untuk melaksanakan tugas selaku Menteri Besar Terengganu susulan tindakannya yang dikatakan telah menyebabkan pihak istana negeri itu murka.

Situasi itu tercetus Jumaat lalu ketika Ahmad Razif mengiringi Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menunaikan solat Jumaat.

Ia dikatakan melibatkan isu pengumuman jumlah sumbangan menerusi program yayasan yang berkait rapat dengan pihak istana negeri.

Susulan itu, pihak istana dikhabarkan menarik balik semua gelaran kebesaran yang dikurniakan kepada Ahli Dewan Undangan (Adun) Seberang Takir itu.

Sumber memberitahu mStar Online, insiden pada Jumaat lalu yang disebarkan menerusi media sosial sememangnya berlaku dan kini menunggu pengesahan pihak Istana Terengganu.

"Dalam keadaan sekarang, susah untuk Ahmad Razif jalankan tugas selaku MB kerana tiap minggu dia perlu menghadap Sultan Mizan untuk memaklumkan perkembangan mesyuarat Exco terutama keputusan yang dibuat dan membincangkan hal pentadbiran negeri.

"Kalau Ahmad Razif kekal sebagai MB, rasanya payah. Mungkin tak lama lagi akan ada perubahan kepimpinan negeri, cuma tak pasti melalui kaedah mana, sama ada pilihan raya atau kerajaan perpaduan," katanya ketika dihubungi di Terengganu.

Desas-desus yang tersebar bagaikan diiyakan apabila pengacara pada beberapa program yang dihadiri Ahmad Razif hanya mengumumkan kehadirannya dengan menyebut jawatan beliau tanpa gelaran Datuk Seri.

Kata sumber itu, perjumpaan dengan semua Adun Barisan Nasional (BN) akan berlangsung Ahad malam bagi memberi penjelasan berhubung situasi terkini melibatkan Ahmad Razif dan pihak istana.

Tambahnya lagi, situasi terkini tentunya memberi ruang untuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said untuk terus mengatur langkah bagi memastikan Ahmad Razif tidak akan kekal mengisi jawatan itu.

Bagaimanapun, katanya, semuanya mungkin akan ditangani Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bulan depan.

Mengikut rekod, Umno mempunyai 17 Adun di Terengganu manakala PAS (14) dan PKR (1).

Pada 8 Mac lalu, Ahmad Said yang juga Adun Kijal membuat usul tidak percaya kepada Ahmad Razif pada sidang Dewan Undangan Negeri, namun ditolak Speaker, Datuk Mohd Zubir Embong.


Read More...

Sunday 24 April 2016

Pakatan Hancur: DAP Dan PKR Berebut Kerusi Di Sarawak



Beberapa jam sebelum penamaan calon, PKR hari ini memohon pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang agar menarik balik tuntutan terhadap kerusi-kerusi yang akan ditandingi PKR di Sarawak.

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pihaknya turut berkongsi 'aspirasi' Lim yang mahu memastikan pertandingan satu lawan satu dalam pilihan raya itu, 7 Mei depan.

"Justeru atas semangat tersebut, kami memohon kepada beliau untuk membantu pembinaan pakatan yang berteraskan keseimbangan, saling menghormati dan saling berkongsi.

"Kami merayu Lim Kit Siang untuk menarik semula tuntutan terhadap kerusi-kerusi yang telah ditandingi oleh KEADILAN dan telah diselaras oleh kami hampir sedekad.

"Dengan hanya tinggal beberapa jam sebelum penamaan calon, kami tegas menggesa YB Lim Kit Siang untuk kembali ke meja rundingan dan menjamin situasi menang-menang," katanya.

DAP hari ini mengumumkan bahawa ia akan bertanding kerusi bandar di Dewan Undangan Negeri Batu Kitang dalam pilihan raya itu jika PKR terus meletakkan calon di kerusi luar bandar yang ditandingi DAP.

Pemimpin DAP negeri Chong Chieng Jen mendakwa PKR tidak menghormati perjanjian yang telah ditandatangani antara Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali.

Ia berikutan Pengerusi PKR negeri Baru Bian pada Jumaat lalu berkata parti itu mungkin akan meletakkan calon dan bertembung dengan DAP di lima kerusi.

DAP bagaimanapun berkata ia berpegang kepada perjanjian dengan kepimpinan pusat PKR pada minggu lepas.

Read More...

Gelaran MB Terengganu Ditarik Balik Dan Hishamuddin Minta Sumua Bertenang



Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggesa semua pihak supaya bertenang berikutan persoalan terhadap kemungkinan hubungan tegang di antara istana dan Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi bahawa Sultan Mizan Zainal Abidin telah membatalkan semua gelaran rasmi yang diberikan kepada Razif.

"Saya minta semua bertenang. Kita belum tau apa perkembangan sebenarnya (Di Terengganu).

"Tetapi selaku mantan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, ini bukan satu perkara yang tak pernah kita lalui. Yang penting sekarang adalah untuk pastikan apa dia perkara yang boleh pecah-belahkan kita, kita kurangkan," kata menteri pertahanan itu selepas pelancaran Program Khidmat Negara 2.0 di KLCC Kuala Lumpur.

- mkini


Read More...

Tarik Gelaran: Semua Membisu Tetapi Tiada Gelaran Disebut Pada Majlis Rasmi Pagi Tadi

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin diiringi oleh Ahmad Razif (sebelah kiri Sultan) ke Majlis Perasmian Wakaf Senusantara 2016 di Hotel Primula, Kuala Terengganu. FOTO Aswadi Alias 


Kuala Terengganu: Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Osman Muda terus beredar sebaik selesai majlis perasmian Persidangan Wakaf Senusantara 2016 yang dirasmikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, di Hotel Primula, di sini, pagi tadi.

Walaupun wartawan bertanyakan mengenai dakwaan penarikan gelaran kebesaran Datuk Seri Menteri Besar itu yang tersebar di laman sosial sejak semalam, Ahmad Razif dan Osman tidak menjawab sebaliknya bergegas meninggalkan majlis.

Berdasarkan dua program termasuk persidangan yang sedang berlangsung itu gelaran berkenaan tidak disebut oleh pengacara majlis.

Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hanya menyebut Menteri Besar dan bukannya Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Semalam, di majlis Himpunan Padu Rakyat Dungun di Dataran Tanah UMNO Bahagian Dungun dan Perasmian Pusat Transformasi Luar Bandar Terengganu di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, pengacara majlis hanya menyebut Menteri Besar.

- hmetro

Read More...

Kerajaan Terengganu Goyah: Sultan Tarik Balik Semua Gelaran MB



Terengganu dalam krisis, Istana tarik balik semua gelaran MB

Adun Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman kini tidak mempunyai sebarang gelaran kebesaran lagi selepas semuanya ditarik balik petang Jumaat kelmarin, kata satu sumber dari Kuala Terengganu.

Ia akan memungkinkan beliau menjadi Menteri Besar paling singkat dalam sejarah Terengganu apabila beliau kini berkrisis dengan istana selepas tidak sampai setahun  dilantik menjadi menteri besar bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Mei tahun lepas (2015).

Menurut sumber, Razif menyerahkan semua darjah dan bintang kebesarannya petang semalam (Jumaat) selepas dimurkai oleh pihak Istana ketika beliau mengiringi Tuanku Sultan Terengganu menunaikan solat Jumaat.

Ketika dihubungi, seorang pemimpin Umno dari Terengganu yang mempunyai hubungan yang baik dengan Istana mengesahkan berita ini.

"Comfirm. Cuma belum ada kenyataan rasmi dari istana sahaja.

"Tuanku murka dengan ucapan MB ketika mengiringi Baginda solat Jumaat semalam. Lepas Jumaat beliau serah semua darjah kebesaran," kata beliau ketika di hubungi.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan berada di Terengganu bagi menguruskan perkara ini.



Zahid dilihat berada di lapangan terbang Kuala Terengganu (Gambar atas).

Dengan apa yang berlaku sekarang, sumber Umno itu berkata, Umno mempunyai tiga pilihan untuk dibuat.

"Pertama bubarkan Dun dengan mengadakan pilihan raya semula. Yang kedua menukar MB kepada Adun yang lain.

"Ketiga adalah Umno membuat kerajaan perpaduan dengan PAS di Terengganu," kata beliau kepada Malaysia Dateline dengan menyifatkan ia adalah pilihan yang dikehendaki oleh Datuk Seri Najib Razak, Presiden Umno bagi menstabilkan kerajaan negeri.

Umno mempunyai 17 Adun di Terengganu manakala PAS (14) dan PKR (1).

8 Mac lalu, bekas MB yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said membuat usul tidak percaya kepada Razif namun ditolak usul itu oleh Speaker, Datuk Mohd Zubir Embong.

Dua hari lepas, sumber dari Terengganu mendakwa, dua lagi Adun Umno akan menyertai Ahmad Said untuk menjadi Adun Bebas.

Ini menjadikan Umno (BN) mempunyai 14 Adun, PAS (14), Bebas (3) dan PKR (1).

Jika kumpulan Ahmad Said bergabung dengan pembangkang (PAS dan PKR), kerajaan negeri Terengganu yang ada akan jatuh.

Namun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini meminta Adun-adun PAS tidak campur tangan atau memihak dalam isu ini.

Ini menjadikan besar kemungkinan PAS akan bersama Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan di Terengganu.

Sumber copypaste - SINI


Read More...

Aliff Syukri Beli Kucing Harga RM30 Ribu Jadi Viral



BAGI pencinta kucing, mesti mereka ‘jealous’ dengan apa yang dimiliki oleh pengasas D’Herbs, Datuk Aliff Syukri ini.

Figura yang sinonim dengan tagline, ‘Terlajak Laris’ ini telah membeli seekor kucing yang jarang dijumpai dan mempunyai rupa seakan-akan harimau.

Bagaimanapun, anda pasti terkejut dengan nilai kucing ini kerana harganya hampir menyamai sebuah kereta.

Menurut Aliff menerusi laman Instagram, kucing spesies Serval Cat tersebut dibeli dengan harga RM30,000.

Jelas Aliff, minat untuk membeli kucing baka itu timbul selepas melihat Sultan Terengganu menyukainya.

Difahamkan, kucing yang diberi nama Dodi ini baru berusia tiga bulan dan mempunyai saiz empat kali ganda daripada kucing biasa.

Kucing baka ini juga dikatakan tidak makan ikan sebaliknya hanya menjamah ayam dan daging.

Alahai, untung abang terlajak laris.. apa sahaja yang dihajati pasti dapat dimiliki. Bagi golongan marhaen jumlah sama pasti dapat digunakan untuk beli macam-macam lagi yang lebih utama kan? 


- mynewshub


Read More...

Polis Jawab Isu Anak KPN Ada Syarikat Senjata



KUALA LUMPUR - "Sesiapa juga di dalam negara mmpunyai peluang yang sama untuk menjalankan perniagaan yang sah," kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim ketika mengulas dakwaan satu laman portal tempatan melaporkan anak kedua Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Juwiza Khalid, 32, mempunyai sebuah syarikat senjata di Kuala Lumpur.

Menurutnya, apa yang penting apa juga pekerjaan yang dijalankan mesti mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Sesiapa saja yang hendak melakukan perniagaan perlu ikut peraturan. Jika ikut peraturan, tiada isu di situ," katanya dalam sidang media di Pulapol selepas selesai upacara perbarisan tamat latihan kursus asas Kadet Inspektor siri 3/2015, hari ini.

Katanya, polis akan meneliti laporan portal berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan.

Laporan portal itu juga mendakwa orang awam boleh membeli senjata dan mendapat permit dengan mudah melalui syarikat berkenaan. - sharian

Read More...

Saturday 23 April 2016

Hadi Akur Pandangan Zakir Naik Untuk PAS-UMNO Bergabung



SHAH ALAM – Pandangan penceramah terkenal, Dr Zakir Naik dalam bidang agama adalah berdasarkan pengamatan secara ilmu dan prihatin terhadap umat.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia wajib dihormati memandangkan beliau juga menjadi pengamat politik yang peka terhadap ummatnya serta tidak memisahkan politik daripada agama dan dakwah.

“Beliau bukan sahaja memahami perbandingan agama-agama dengan Islam, bahkan beliau memahami perbandingan Islam dengan Ideologi. Oleh kerana itu beliau mencadangkan kerjasama Pas dan Umno berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

“Pas sudah lama meletakkan al-Quran, as-Sunnah bersama Ijmak Ulamak dan Qias yang nyata menjadi rujukan tertinggi dalam Undang-Undang Tubuh (Perlembagaan) Pas (Fasal 5). Bagi merealisasikannya secara kenyataan Pas mewujudkan Majlis Syura Ulamak yang bukan hanya mengiyakan semua keputusan Pas Pusat, bahkan boleh membatalkannya sekiranya menyanggah hukum tertinggi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai perjalanan Pas hingga ke hari ini, Abdul Hadi berkata, Pas mempunyai pengalaman melaksanakan kerjasama dengan semua pihak sama ada kumpulan Islam ataupun bukan Islam serta bersama kerajaan dan pembangkang.

“Pas pernah meyertai persidangan Apro Asia bersama Umno dan beberapa perbincangan di zaman penjajahan dan Pas bersendirian selepas kemerdekaan, bersama kerajaan campuran pada tahun 1973 dan bersama menubuhkan BN pada tahun 1974 dan menyertainya sehingga 1979.

“Semua pelaksanaan pendekatan tersebut dengan muzakarah para ulamak dan pimpinan di peringkat tertinggi mengikut perhitungan Islam dan politik. Kebiasaannya, pendekatan dan strategi dahulu tidak diulangi dengan cara yang sama, kerana perlu dipelajari segala kesilapan dan kelemahannya,” katanya lagi.


Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP