Wednesday 31 August 2016

Tenanglah Adik Nudzirah Di Sana...



Dungun: Jenazah kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang mati didera kelmarin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbong Paka, malam tadi.

Mangsa, Nudzirah Nur Safiah Sabarudin selamat dikebumikan kira kira jam 9.30 malam. Hampir 100 orang termasuk ahli keluarga dan penduduk kampung hadir bagi memberi penghormatan terakhir.

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari sebelum dibawa kakak dan abang iparnya ke Klinik Kesihatan Paka, kira-kira jam 3 petang.

Kanak-kanak terbabit dikatakan dipelihara kakak dan abang iparnya kerana ibu bapa mereka bekerja di Kuala Lumpur.

Mangsa yang dipercayai sudah meninggal dunia dikatakan dibawa kakak dan abang iparnya menemui seorang pegawai perubatan di klinik kesihatan berhampiran.

Hasil pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Pemeriksaan lanjut dijalankan mendapati ada kesan lebam pada badan dan kaki mangsa sebelum pegawai perubatan terbabit membuat laporan polis.




Read More...

Husam Hairan Masih Ada Ahli Yang Masih Bersama PAS



CYBERJAYA - "Selamat tinggal bahtera Pas. Saya hairan bagaimana ahli boleh duduk dalam bahtera yang berpusing-pusing,".

Demikian ucapan Datuk Husam Musa yang secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada parti lamanya (Pas) untuk secara rasmi menyertai parti Amanah malam tadi.

Beliau mendakwa, Pas telah mengkhianati perjuangan rakyat dan oleh itu baginya Amanah adalah wadah baharu untuk beliau meneruskan perjuangan tersebut.

"Anda tuduh barisan ini (Amanah) pengkhianat tapi pemimpin Pas yang khianat rakyat," katanya dalam majlis Makan Malam Merdeka di restoran My Taste, Cyberjaya di sini, malam tadi.‎

Antara yang hadir dalam majlis itu Presiden Amanah Mohamad Sabu,Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, kepimpinan tertinggi Amanah seluruh negeri, pimpinan DAP dan lain-lain.

- sharian

Read More...

BALAI POLIS TUTUP PINTU PADA WAKTU MALAM KERANA BIMBANG KESELAMATAN

ACP Saiful Bahari



Sibu: Pintu pagar Balai Polis Lanang di Sarawak terpaksa ditutup menjelang waktu malam demi keselamatan anggota dan balai berkenaan.

“Bagaimanapun, masih ada anggota yang bertugas di dalam balai dan jika ada orang mahu membuat aduan, mereka barulah buka pintu,” kata Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahari Abdullah yang dipetik See Hua Daily News, semalam.

Adun Bukit Assek, Irene Chang meminta polis meneliti aduan orang awam yang Balai Polis Lanang tidak dibuka 24 jam sehari, selepas seorang orang awam tidak dapat membuat laporan polis berkaitan kecurian motosikalnya pada jam 5.30 pagi, baru-baru ini, kerana balai itu dianggap tutup berdasarkan keadaannya yang gelap dan hanya lampu di pintu pagar bernyala.

Disebabkan itu, Irene berkata, pengadu tidak berani masuk ke dalam balai berkenaan, sebaliknya pergi ke Balai Polis Central di pusat bandar untuk membuat laporan.

Saiful Bahari berkata, sebelum ini ada pemandu kereta mabuk melanggar pintu pagar balai polis itu dan penjenayah yang berdiri di luar pintu pagar melontar batu ke arah balai polis.

Selain itu, ada juga individu yang membaling mercun ke kawasan lapang balai berkenaan.

Beliau berkata, bangunan menempatkan Balai Polis Lanang adalah kediaman pegawai di dalam kem Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Bangunan itu sudah berusia 40 tahun, pencahayaan lampu di bangunan lama juga tidak terang, ditambah lampu jalan yang tidak mencukupi menyebabkan keadaan gelap (di balai),” katanya.

Beliau berkata, Balai Polis Lanang dibuka pada 2004 bagi memudahkan penduduk Lanang dan kawasan sekitar.

Sejak Januari tahun ini sehingga Ahad lalu, sebanyak 3,320 laporan diterima Balai Polis Lanang.

Sumber - SINI



Read More...

Dewan Pemuda PAS Perak Kecam Tindakan Hina Harussani



IPOH: Dewan Pemuda Pas Perak mengecam tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kumpulan Bertindak Bersama bagi Kesaksamaan Gender (JAG) dan Inisiatif Kesaksamaan Gender (GEI) kerana menghina Mufti negeri itu, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria dalam sebuah majlis anugerah 'Aiyoh Wat Lah' di Petaling Jaya, dua hari lepas.

Ketuanya, Mohd. Akmal Kamaruddin berkata, tindakan pertubuhan berkenaan yang menamakan Harussani sebagai pemenang anugerah kategori 'menghina intelektual' adalah perbuatan biadab dan menghina keilmuan serta keintelektualan beliau yang dilantik Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sebagai mufti.

"Tan Sri Harussani berhujah atas dasar ilmu dan kebenaran. Hujah yang dikeluarkan dalam isu tiada konsep rogol dalam perkahwinan adalah bertepatan dengan perihal munakahat berlandaskan syarak," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, sebagai contoh, pada April tahun lalu, Harussani berdasarkan sebuah hadis menjelaskan konsep rogol dalam perkahwinan tidak wujud kerana isteri tidak boleh menolak kehendak seks suami kecuali datang bulan, sakit dan melahirkan anak.

Pada Ahad lepas, NGO berkenaan memilih Harussani memenangi kategori itu kerana kenyataan-kenyataannya dianggap tidak logik dan tidak rasional.

Mohd. Akmal berkata, pihaknya memandang serius kekerapan penghinaan terhadap agama Islam oleh beberapa NGO dan individu atas nama kebebasan bersuara dan hak asasi manusia.

"Tindakan mereka jelas menunjukkan kurangnya kefahaman terhadap Islam malahan lebih parah apabila ada yang mula menentang agama ini secara terang-terangan," katanya.

Sehubungan itu, pihaknya meminta kerajaan agar dapat menangani isu sebegini dengan segera supaya tidak menular sehingga menjadi perkara biasa dalam masyarakat.

"Ini mesti dibendung segera demi kedaulatan undang-undang dalam Perlembagaan Malaysia Fasal 3(1) yang menyatakan Islam agama persekutuan juga agama rasmi negara. Tambahan pula penyebaran fikrah songsang semakin parah dan membawa kesan buruk kepada umat Islam di Malaysia khususnya di Perak," katanya.

Pihaknya juga menyatakan kesediaan untuk berdialog, berdiskusi dan bertemu mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan tentang isu ini mahupun agama Islam.

"Dalam masa yang sama, seluruh umat Islam diingatkan untuk bersatu dalam perjuangan memartabatkan Islam dan menerapkan cara hidup berlandaskan Islam baik dalam pentadbiran, politik, perundangan, ekonomi, munakahat dan muamalat demi membina Malaysia yang sejahtera," katanya.

- BERNAMA

Read More...

Husam Sah Sertai AMANAH



Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa sah menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) selepas mengumumkannya di sebuah majlis makan malam di Cyberjaya sebentar tadi.

Walaupun tidak begitu mengejutkan pengumuman rasmi penyertaan Husam dalam AMANAH dinanti kerana sebelum ini pembabitannya dengan parti serpihan PAS itu sekadar khabar angin saja.

Selepas membuat sedikit alu-aluan Husam dengan tenang dan bersahaja mengumumkan penyertaannya ke dalam AMANAH.

Katanya selepas dipecat daripada PAS beliau tidak berasa gelisah atau resah.

“Kita semua tenang dengan Islam, kita senang dengan perjuangan Islam oleh itu kita masuk PAS. (Kemudian selepas dipecat) sekarang ada AMANAH, ia menenteramkan hati saya.

"Ia bertepatan dengan apa yang al-Quran beritahu - "jangan kamu bimbang dan takut (jika bersama Islam". Sekarang saya masuk AMANAH supaya hati saya tenteram.

"Saya berdiri di sini dengan nama Allah, bertawakal, saya serahkan diri pada perjuangan AMANAH," katanya di hadapan kira-kira 500 hadirin yang hadir di majlis makan malam Di Ambang Merdeka itu.

Kemunculan di atas pentas AMANAH malam ini bukanlah kali pertama buat Husam.

Pada Januari 2015 lalu beliau pernah berucap dalam majlis makan malam AMANAH di Petaling Jaya.

Husam dipecat daripada PAS pada 6 Mei lalu selepas sering mengkritik kepimpinan parti, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob yang juga timbalan mursyidul am parti berkenaan.

Selepas empat bulan 'berlayar' tanpa arah yang jelas, Husam kini menyarung 'jersi' baru kerana berpendapat “berjuang bersendirian ternyata bukan suatu pilihan” untuk bekas mahasiswa Universiti Malaya itu.

Husam antara sekumpulan besar kumpulan sederhana yang disingkirkan perwakilan dalam pemilihan PAS di Kuala Selangor pada 2015.

Menurut ADUN Salor itu ramai orang yang ditemui menyarankannya menyertai AMANAH, termasuk individu yang ditemui di dalam teksi, pasar atau lapangan terbang.

Dalam ucapannya Husam yang pernah dilihat sebagai pemimpin pelapis di Kelantan selepas Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata ada pihak yang membandingkan kepimpinan PAS dan AMANAH.

Hanya 'goyang kaki'

Bagaimanapun kata Husam, dalam kepimpinan merit utama bukanlah tinggi rendah ilmu agama mereka sebaliknya kepintaran bacaan politik serta komitmen, pengorbanan dan "suluhan perjuangan" masing-masing.

"Mohamad Sabu (presiden AMANAH) pernah masuk penjara. Adakah orang seperti ini tak ada langsung nilai kepimpinan sehingga yang kita besarkan adalah kelulusan agama padahal merit pada kelulusan itu tak ada," katanya.

Pada masa yang sama, Husam juga mahu AMANAH mengambil alih pemerintahan PAS di Kelantan.

Ia kerana katanya PAS dilihat gagal menyelesaikan masalah yang berlaku di negeri itu, malah isu berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan 1MDB, parti Islam itu dilihat hanya "goyang kaki" tanpa mengambil apa-apa tindakan.

“(Rakyat Kelantan) nak minta izin AMANAH ambil alih pemerintahan Kelantan. Kita tak nak PAS jatuh diambil oleh Umno yang lebih rakus dengan pelbagai masalah seperti GST dan 1MDB.

“Dan PAS pula goyang kaki. Tiga tahun kita beri ruang kepada pemimpin negeri Kelantan (selesaikan pelbagai isu tapi) yang disiapkan adalah tugu peringatan banjir.

“Kita tidak marah bina tugu tetapi lebih baik siapkan dulu rumah mangsa banjir,” katanya.

Sementara itu, Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkata penyertaan Husam tepat padanya kerana parti itu memerlukan individu yang mahir mengenai ekonomi.

“Dari segi angka, saya jauh kalah dengan Husam. Orang seperti dia (boleh) banyak mainkan peranan,” katanya.

Mohamad turut menyeru supaya Husam membawa lebih ramai lagi rakan-rakannya ke dalam AMANAH dalam usaha parti baru itu menuju ke Putrajaya dan selaras dengan prinsip parti itu, Islam rahmat kepada semua.

“Husam, jangan datang seorang, ajak ramai-ramai. (Kita kena) bekerjasama dengan semua pihak untuk betul-betul realisasikan Islam rahmatan lil amin,” katanya.

Sementara itu pada sidang media selepasnya Mohamad berkata AMANAH akan bermesyuarat untuk membincangkan posisi yang sesuai untuk diberikan kepada Husam.

"Kami akan bincang termasuk (dalam) mesyuarat bagi mencari posisi sesuai bagi orang berpengalaman dan berpengaruh seperti Husam ini," katanya.



Read More...

Tuesday 30 August 2016

Muhyiddin 'Curang' Dan Cuba Alih Tajuk



Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba mengalihkan perhatian daripada “kecurangannya” dengan mendakwa perdana menteri mempunyai hampir RM4 bilion dalam akaun banknya, kata setiausaha akhbar Datuk Seri Najib Razak, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Muhyiddin pada hari minggu lalu berkata bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah menunjukkan bukti padanya bahawa Najib mempunyai wang sebanyak itu dalam akaunnya.

Tengku Sariffuddin membangkitkan dakwaan “kecurangan dengan isteri orang lain” dalam sebuah akuan berkanun (SD) yang didakwa penulis blog Raja Petra Kamaruddin.

Muhyiddn berkata tuduhan itu tidak berasas, berniat jahat, berbaur politik yang "cukup menjijikkan" serta cuba merosakkan integritinya.

Tengku Sariffuddin dalam kenyataannya hari ini berkata, akaun Najib telah disiasat secara menyeluruh oleh pelbagai pihak berkuasa dan didapati tiada undang-undang dilanggar.

Najib juga berulang kali menafikan menyalah guna dana awam.

Sementara Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali telah membersihkan namanya daripada dakwaan salah laku dalam isu derma RM2.6 bilion dan aliran RM42 juta daripada SRC International dalam akaun peribadinya.

Muhyiddin minggu lalu mendakwa RM1 bilion sudah pun berada alam akaun bank Najib sebelum kemasukan RM2.6 bilion yang dilaporkan sebagai derma politik daripada kerabat diraja kerajaan Arab Saudi.

- mkini

Read More...

Husam Musa Sertai Parti AMANAH



PETALING JAYA: Datuk Husam Musa yang mengunci mulut mengenai masa depan politiknya selepas dipecat daripada PAS, dijangka akan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) dalam satu majlis yang akan diadakan malam Selasa.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkara ini ketika diminta mengesahkan sama ada Adun Salor itu akan menyertai parti itu.

"Akan ada pengumuman khas. Mari kita tunggu," katanya kepada The Star Online.

Menurut jemputan yang dihantar kepada media pada Isnin, Husam akan membuat 'penampilan istimewa' pada majlis makan malam ambang merdeka yang dianjurkan oleh Amanah Putrajaya di Cyberjaya.

Beliau akan disertai oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Jika Husam menyertai Amanah, ia bukanlah satu kejutan kerana beliau sebelum ini telah berkempen secara terbuka untuk parti itu semasa PRK Sungai Besar Jun lalu dan bukannya untuk PAS.

Husam telah dipecat daripada PAS pada bulan Mei, berikutan aduan salah laku.

Sebelum itu, beliau lantang mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu pembalakan berleluasa dalam kerajaan pimpinan PAS di Kelantan dan berhubung kerajaan perpaduan dengan Umno.

Dalam satu kenyataan pada malam Isnin, Husam berkata beliau akan 'memakai jersi baharu' pada Selasa.

Husam berkata sejak hampir empat bulan beliau dipecat daripada PAS, tidak ada sebarang petunjuk bahawa beliau akan diterima lagi oleh parti.

"Tidak ada sebarang kajian semula terhadap pemecatan saya. Surat penjelasan saya kepada presiden parti nampaknya sia-sia," katanya.

Read More...

'Nak Tumpang Solat Konon...'

PASANGAN remaja yang disoal siasat penguat kuasa PAID Hulu Langat dalam operasi dijalankan di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Harun, Kajang.


Kajang: “Betul, saya tidak sentuh dia... Jika tak percaya boleh bawa dia (teman wanitanya) lakukan pemeriksaan di hospital. Saya baru masuk sekejap untuk solat. Memang tak buat apa-apa,” dakwa berulangkali seorang remaja lelaki sejurus ditahan kerana disyaki berkhalwat bersama teman wanitanya.

Dalam kejadian jam 1.45 pagi semalam, pasangan remaja berusia 18 tahun itu ditahan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah (PAID) Hulu Langat selepas didapati tinggal berdua-duaan di dalam bilik hotel bajet di Jalan Raja Harun, di sini.

Sumber berkata, pintu bilik diinap pasangan remaja itu terpaksa dibuka menggunakan kunci pendua selepas mereka enggan membuka pintu apabila diketuk berulang kali.

“Sebaik dibuka, remaja lelaki itu didapati memakai baju dalam keadaan terbalik dan duduk di atas katil bersama seorang remaja perempuan.

“Remaja lelaki itu memberi alasan menyewa bilik hotel berkenaan selepas usaha menghantar pulang teman wanitanya ke rumah ibu saudara di Hulu Langat gagal,” katanya

Read More...

RM1 Billion Dalam Akaun Najib Hanya Khabar Angin Kata Zahid

Zahid minta Muhyiddin beri bukti, bukan sekadar khabar angin



PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta pendahulunya Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan bukti berhubung dakwaannya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memiliki hampir RM1 bilion dalam akaun bank peribadinya.

Beliau juga menyelar Muhyiddin kerana membuat kenyataan tidak berasas berdasarkan khabar angin.

“Minta dia berikan bukti jika dia ada. Dia menuduh perdana menteri kita, jadi dia mesti menunjukkan bukti.

“Jangan buat dakwaan berdasarkan khabar angin,” katanya ketika diminta mengulas satu laporan Muhyiddin mendakwa hampir RM1 bilion sudah ada di dalam akaun bank peribadi perdana menteri malah sebelum kontroversi yang dilaporkan secara meluas mengenai RM2.6 bilion.

Menurut laporan itu, Muhiyiddin berkata beliau difahamkan mengenai simpanan itu sebelum daripada sumbangan yang dikatakan daripada Arab, daripada bekas peguam negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail.

Zahid bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat kerjasama keselamatan dua hala dengan rakan sejawatannya dari Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwan di sini hari ini.

Mengenai keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini, Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata keputusan mahkamah perlu dihormati.

Mahkamah Rayuan memutuskan perintah menteri dalam negeri untuk mengharamkan penggunaan kemeja T kuning Bersih dan risalah berkaitan dengan perhimpunan Bersih itu tidak munasabah.

Read More...

Monday 29 August 2016

Setelah 4 Bulan Dipecat Dari PAS Husam Sertai Parti Baru



Selepas empat bulan 'berlayar' tanpa arah yang jelas bekas naib presiden PAS akan mengumumkan bahtera baru politiknya malam esok.

Dalam kenyataan terbuka disiarkan di Facebooknya Datuk Husam Musa berkata berjuang bersendirian ternyata bukan suatu pilihan.

"(Tempoh) empat bulan bukan singkat tetapi tidak pula tersangat panjang.

"Di penghujung empat bulan penantian, saya memilih untuk menyertai bahtera baru untuk sama berganding mencuba merealisasikan: Islam Adalah Penyelesaian," katanya.

Kata Husam selepas dipecat tiada sebarang petunjuk diterima daripada parti yang pernah disertainya dulu atau semakan ke atas penyingkirannya.

Surat penjelasan saya kepada presiden Pas tidak berguna apa-apa," katanya sebentar tadi.


Read More...

SPRM Tahan Tan Sri, Pengerusi Syarikat Bank



KUALA LUMPUR: Pengerusi sebuah bank bergelar ‘Tan Sri’ ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah dan salah guna kuasa.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata pengerusi yang berumur 60-an itu ditahan di ibu pejabat SPRM pada 1.15 tengah hari tadi.

Beliau berkata akaun bank Tan Sri itu yang mengandungi wang hampir RM1 juta dibekukan.

“Dia ditahan dan akan disoal siasat berkaitan kes berkenaan,” katanya.

Tan Sri berkenaan adalah orang ketiga dari bank berkenaan ditahan SPRM berhubung kes yang sama. Seorang pengarah urusan bergelar ‘Datuk’ ditahan pada 25 Ogos, dan seorang lagi pegawai sehari selepas itu.

Datuk itu ditahan di pejabatnya berhubung rasuah melibatkan tender pertukaran sistem bank dan penerbitan buku mengenai tokoh pemimpin negara.

Sebanyak RM15 juta diberikan kepada sebuah syarikat penerbitan milik individu yang mempunyai kepentingan dengan Datuk tersebut namun sehingga kini tiada sebarang buku yang diterbitkan.

Susulan itu, SPRM membekukan RM8.1 juta daripada beberapa akaun termasuk milik Datuk terbabit dan beberapa individu lain.

Terdahulu, pada 15 Ogos lepas, 3 penjawat awam, 2 daripadanya bergelar ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ ditahan SPRM atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Ketiga-tiga mereka yang masing-masing berkhidmat di jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan ditahan di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.

SPRM turut membekukan akaun milik ketiga-tiga individu berkenaan melebihi RM13 juta, meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta setiap seorang yang ditahan.

SPRM melancarkan operasi besar-besaran untuk membersihkan perkhidmatan awam daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa setelah Datuk Dzulkifli Ahmad dilantik ketua pesuruhjaya pada 1 Ogos.


Read More...

Ajal Bantu Kawan: Pelajar Jatuh Bangunan Sekolah

PELAJAR lelaki tingkatan tiga di SMK Presint 9 (2), Putrajaya maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan di sekolah berkenaan, 9.40 pagi tadi. FOTO ihsan pembaca


Putrajaya: Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9 (2), di sini, maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan di sekolah berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi mangsa Azim Hakimi Abu Shuja, 15, dipercayai terjatuh ketika cuba mengambil beg rakan yang dibuang oleh rakan lain.

Menurut sumber, mangsa dikatakan cuba membantu rakannya mengambil beg berkenaan.

"Ketika melompat keluar, mangsa dikatakan gagal memgawal diri dan terjatuh dari tingkat tiga bangunan berkenaan," katanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Putrajaya (HPj) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.



Read More...

Kes Seleweng RM15 Juta: SPRM Soal Siasat Jeneral Bersara



PETALING JAYA: Seorang jeneral bersara yang juga pengerusi sebuah bank berkaitan kerajaan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat berkaitan kes penyelewengan bernilai RM15 juta.

Lelaki berusia 65 tahun itu akan menjadi individu kedua dari institusi kewangan yang sama dipanggil oleh SPRM berhubung kontrak penerbitan buku bernilai jutaan ringgit dan projek menaik taraf sistem perbankan itu.

Pengarah Urusan bank tersebut yang berusia 48 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes sama bersama empat yang lain pada Khamis.

Difahamkan kontrak bernilai RM15 juta diberikan kepada sebuah syarikat penerbitan untuk menghasilkan sebuah biografi berkaitan seorang pemimpin negara.

Antara perjanjian itu adalah penerbit perlu mencetak kira-kira 20,000 salinan penerbitan itu tetapi jumlah yang dicetak jauh lebih rendah.

Sumber berkata beberapa bank akaun berjumlah kira-kira RM10 juta dibekukan SPRM berhubung kes itu.

Seorang lagi sumber memberitahu The Star, SPRM mengesyaki beberapa individu bekerjasama untuk menggelapkan wang tersebut.

"SPRM juga sedang mengesan dalang kes ini," kata sumber itu.

Seorang jurucakap SPRM berkata perintah reman terhadap lima suspek termasuk pengarah urusan itu dilanjutkan selama dua hari sehingga Selasa ini.

SPRM turut menahan seorang lagi lelaki berusia dalam lingkungan 40-an pada Sabtu untuk membantu siasatan kes ini.

Dia turut direman sehingga 2 September ini.

Enam suspek  ditahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM kerana salah guna kedudukan.

Ketika dihubungi, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan yang dibuat pada Sabtu.

Dalam kes berasingan, SPRM turut membekukan 17 akaun bank berjumlah RM5.5 juta berhubung penyalahgunaan kuasa dalam projek saluran paip minyak bernilai jutaan ringgit.

Suruhanjaya itu turut merampas sebuah rumah teres, beberapa kenderaan mewah termasuk empat Rolls-Royce, sebuah Ferrari dan Toyota, selain dua motosikal.

Sumber berkata lapan individu termasuk tiga wanita ditahan pada Jumaat lalu.

Perintah reman terhadap semua suspek akan berakhir esok.

Seorang pengarah urusan sebuah syarikat minyak dan gas didakwa menerima rasuah daripada sub kontraktor untuk melantiknya dan meluluskan invois palsu bagi projek bernilai RM76 juta itu.

Read More...

Sunday 28 August 2016

Khir Toyo Kahwin Satu Lagi



Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini melangsungkan perkahwinan kedua bersama pasangannya, seorang penjawat awam, Christine Zanitrah Abdullah.

Difahamkan Dr Mohamad Khir, 51, dan pasangannya Christine Zanitrah atau nama asalnya Christine Tan, 39, yang memeluk agama Islam pada April lepas, melangsungkan perkahwinan mereka di satu majlis dalam negara.

“Perkahwinan kedua Dr Mohamad Khir itu berlangsung di dalam negara, Christine Zanitrah merupakan penjawat awam di Putrajaya,” kata sumber terdekat dengan Dr Mohamad Khir kepada Bernama.

Sumber tersebut turut mengirim beberapa keping gambar Christine Zanitrah pada majlis itu, yang memakai busana pengantin rekaan pereka terkenal Datuk Radzuan Radziwill.

Perkahwinan pertama Dr Mohamad Khir bersama Zaharah Kechik pada 1990 dan mereka dikurniakan tiga orang anak. – BERNAMA


Read More...

'Cuci Najis Orang Asing': Pemuda Umno Desak Ambil Rakyat Tempatan



Seorang pemimpin Umno telah menuntut supaya jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat telekomunikasi Celcom Axiata Bhd diberikan kepada anak tempatan dan bukannya warga asing.

Ketua Umno Klang sehubungan itu menggesa Putrajaya supaya menyiasat dan mengambil tindakan segera, kononnya bimbang nasib yang sama berlaku seperti syarikat penerbangan Malaysia Airlines Bhd.

“Kita tidak tahu sama ada Menteri Komunikasi dan Multimedia celik atau buat-buat tidak tahu. Saya harap beliau buka mata dan telinga,” kata Datuk Nasaruddin M. Zin dilapor Utusan Malaysia ketika merasmikan persidangan Umno Klang.

“Kita tidak mahu Celcom senasib dengan Malaysia Airlines yang dipimpin oleh rakyat asing tetapi kemudiannya cabut lari dan kita pula yang terpaksa mencuci ‘najisnya’,” merujuk kepada bekas CEO MAB Christoph Mueller yang berhenti mengejut April lepas.

Katanya, jawatan CEO syarikat milik kerajaan (GLC) itu akan diambil alih oleh Michael Kuehner menggantikan Datuk Seri Shazalli Ramly berkuatkuasa 1 September.

“Saya kecewa, selama ini kita yang merancang dan membina pembangunan negara serta melahirkan ramai teknokrat yang berjaya memimpin GLC.

“Namun hari ini masih ada yang tidak beri ruang dan pandang rendah kepada kita apabila GLC Celcom pada 1 September ini akan dipimpin oleh CEO asing.

“Apa kurangnya rakyat Malaysia? Tidak adakah orang Malaysia yang mampu memimpin syarikat telekomunikasi itu sehingga perlu melantik rakyat asing?

Menurut laporan media bulan lepas, Kuehner merupakan bekas CEO Robi Axiata Ltd di Bangladesh, pakar dalam bidang telekomunikasi dan multimedia selama 30 tahun.

Persidangan di sini semalam dirasmikan Ketua Menteri Melaka yang juga Ahli Majlis Tertinggi Datuk Idris Haron.

- malaymail

Read More...

Seks Luar Tabii: Kenapa Ustaz Kazim Buat Laporan Polis Kalau Tak Bersalah 



Isu seks luar tabii pelajar tahfiz yang viral baru-baru ini mendapat reaksi bercampur dalam kalangan netizen. Ada yang menafikan kerana ia melibatkan sebuah sekolah personaliti terkenal, tak kurang jugak yang mengiyakan berdasarkan kepada laporan yang diviralkan. Paling baru, pengetua maahad tahfiz tersebut memfailkan saman kepada dua orang yang dituduh mensensasikan dan menyebut nama tahfiznya iaitu Wardina Safiyyah dan Syed Azmi.

Kami share dari pendapat seorang pengguna FB tentang isu ni. Bukan nak memihak kepada sesiapa, tapi lebih kepada muhasabah diri dan cara menangani persoalan ni dengan lebih baik. Jom baca!

Pendedahan kes oleh Syed Azmi



Langsung tak pernah sebut nama maahad


Kenapa perlu buat laporan polis?


Sabda Nabi yang signifikan


Berlapang dada dan jangan menghukum


Moga semua pihak berlaku adil


Dipetik dari SINI



Read More...

Video Peniaga Restoran Kaut Untung Besar Setiap Kali Ada Demo Di KL

Read More...

Saturday 27 August 2016

Penganjur Tangkap MO1 Hilangkan Diri Selepas Perhimpunan



KUALA LUMPUR: Penganjur utama himpunan #Tangkap MO1, Anis Syafiqah menghilangkan diri sejurus selepas perhimpunan berakhir jam 4.30 petang tadi, sekali gus mengagalkan usaha media mendapatkan responnya berkaitan acara itu hari ini.

Walaupun sebab dia berbuat demikian tidak diketahui namun seorang sumber yang enggan mendedahkan namanya akui ia sebahagian rancangan penganjur, bagi mengelak sebarang tangkapan.

“Amaran awal polis kepada penganjur menyatakan tiada kebenaran diberikan untuk peserta berhimpun di dataran.

“Perhimpunan yang berlangsung selama hampir tiga jam mendapat sambutan yang lebih baik dengan 2,000 peserta mengatasi jangkaan pengkritik iaitu beberapa ratus.

“Satu-satunya individu yang tidak hadir walaupun kehadirannya yang disebut-sebut adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Ketiadaan beliau, bagaimanapun tidak membawa kekurangan kepada acara itu yang jelas berjaya di mata para peserta.

“Ia pasti menjadi baik jika dihadiri beliau (Dr Mahathir) kerana kehadirannya akan menjadi tanda sokongan terpenting bagi pergerakan pelajar,” kata peserta perhimpunan, Muhammad Azli Amzah, 21.

"Tetapi kita berkumpul di sini atas satu sebab dan ia adalah untuk menuntut penangkapan individu misteri ‘MO1’. Saya rasa kami menghantar mesej ke seluruh dunia melalui perhimpunan hari ini,” tambahnya.

Walaupun peserta mengakui perhimpunan tersebut berjaya dengan memastikan ia diadakan secara aman, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainol Samah berkata di sebaliknya.

Dalam temubualnya dengan FMT, beliau berkata perhimpunan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di sekitar pusat bandar, mengganggu hak pengguna jalan raya.

Katanya, polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana peserta perhimpunan yang tidak mematuhi undang-undang.

“Perhimpunan #TangkapMO1 tidak sah tetapi agenda utama hari ini adalah untuk memastikan keselamatan orang ramai sepanjang perhimpunan tersebut.

“Selepas itu kita akan melihat kesannya dan mengambil tindakan di bawah Akta Perhimpunan Ama dan kesalahan lain yang mungkin dilakukan semasa perhimpunan,” katanya.

Penganjur perhimpunan sudahpun diberi amaran polis supaya tidak berkumpul di Dataran Merdeka kerana tiada kebenaran diberikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 

- FMT


Read More...

Himpunan Tangkap MO1 Tetap Meriah Walaupun Tanpa PAS '



3.15pm Dataran Merdeka: Sementara menunggu kehadiran peserta dari Masjid Negara dan pusat beli-belah peserta himpunan yang berada di Dataran Merdeka cuba menghangatkan suasana dengan melaungkan 'Tangkap Najib'.

Malah, salah seorang peserta himpunan dari Johor Bharu Rosli Kemin, 50 tahun mempersoalkan kenapa kerajaan masih berdiam diri ketika Jabatan Kehakiman AS mendedahkan salah laku kepimpinan Najib.

"Isu ini telah didedahkan oleh DOJ sebuah badan yang boleh dipercayai jadi kenapa kerajaan Malaysia masih pekakkan telinga," tegas Rosli.

Rosli yang tiba sekitar jam 8.00 pagi di Masjid Negara hari ini tiba bersama 40 peserta lain dengan menaiki bas.

Menurut Rosli kehadiran beliau hari ini sebagai tanda sokongan serta ketidakpuasan hatinya sebagai rakyat

"Kita datang sokong himpunan ini dan meramaikan supaya himpunan ini berjaya. Kehadiran saya juga untuk lahirkan perasan tak puas hati kerana pemimpin kita banyak rasuah.

"Kita juga malu satu dunia dah tahu pemimpin kita tak bermoral, malukan rakyat dan negara," kata Rosli.

Kata-kata Rosli itu disambut dengan laungan "Tangkap Najib, jangan tangkap rakyat" sebanyak tiga kali.

Kumpulan Masjid Negara hampiri Dataran

3.12pm Persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Parlimen: Kumpulan daripada Masjid Negara kini telah berada berhampiran Dataran Merdeka.

Mereka melalui Jalan Raja, Jalan Parlimen dan seterusnya ke Jalan Tun Perak bagi bertemu dengan kumpulan dari Sogo.

Ketika ini pihak polis turut menjaga lalu lintas bagi memastikan kelancaran jalan raya.

Antara pimpinan politik yang turut mengikuti perarakan dari Masjid Negara ialah Tian Chua dan Nik Nazmi.

Ketika ini, seramai lebih seribu orang telah mula berkumpul di kawasan ini.

Sementara itu, sedikit kekecohan sesama mereka sendiri berlaku apabila kumpulan mahasiswa dan Angkatan Muda Keadilan tidak puas hati sesama mereka.

Perkara menjadi lebih kecoh apabila keadaan di antara Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut sesak dengan orang ramai serta kenderaan yang membawa beberapa pimpinan pelajar.

Bagaimanapun keadaan kini kembali terkawal selepas pihak polis mula membantu menyuraikan keadaan dan melancarkan lalu lintas.

Berarak ke Dataran

2.55pm Jalan Tuanku Abdul Rahman: Kumpulan dari Sogo membanjiri sebahagian jalan.

Diiringi paluan deram dan alat muzik serta nyanyian dan slogan, mereka dipimpin oleh Skuad Keadilan Pemuda PKR (AMK) yang membentuk benteng manusia di depan.

Sebelum itu kelihatan seorang anggota polis memberi amaran kepada Anis Syafiyah. Peserta bagaimanapun tetap berarak.

2.50pm Sogo: Anis Syafiqah umumkan bahawa mereka akan mula berarak ke Dataran Merdeka. Orang ramai bergerak sambil melaungkan slogan “Hidup Rakyat”.

2.50pm Dataran Merdeka: Kira-kira 30 orang kelihatan berkumpul di luar Restoran Rohani dekat Dataran Merdeka dengan pelbagai jenis poster mengecam MO1.

Tak endah arahan bersurai dari polis

2.45pm Masjid Negara: Kira-kira 300 orang yang telah berkumpul di Masjid Negara sejak jam 1.45 petang tadi telah mula berarak ke Dataran Merdeka.

Sebelum mereka berarak, wakil kepada Ketua Polis Dang Wangi ASP Mohd Zain memberi amaran supaya pihak yang berkumpul bersurai.

Mohd Zain berkata, protes jalanan merupakan tindakan yang menyalahi undang-undang.

"Saya wakil polis Dang Wangi ingin memberi amaran, mana-mana penganjuran perhimpunan atau protes jalanan menyalahi kesalahan.

“Justeru saya mohon kepada semua bersurai," kata Mohd Zain.

Bagaimanapun, arahan berkenaan tidak diendahkan.

Mereka kini berarak ke Dataran Merdeka melalui Jalan Raja.

Ketika berarak mereka melaungkan "Hidup Rakyat" dan "Tangkap MO1".

Ada antara mereka menaiki lori untuk mengetuai perarakan dari Masjid Negara.

2.40pm-SOGO: Di samping hitam-putih yang menjadi warna rasmi himpunan, kelihatan juga bendera pelangi yang melambangkann perjuangan hak-hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dikibar.

Seorang wanita Ng Xiang Yi yang memegang bendera itu memberitahu Malaysiakini beliau menyokong himpunan hari ini tetapi berharap isu gender juga dapat diberi perhatian.

“Kita harap lebih ramai orang bersuara (dalam isu gender),” kata Ng Xiang Yi.

2.30pm Dataran Merdeka: Lebih 500 anggota polis difahamkan diarah berkawal di sekitar Dataran Merdeka bagi menjaga keamanan sepanjang himpunan #TangkapMO1 berlangsung di Kuala Lumpur hari ini.

Malah sehingga jam ini kira-kira 50 orang peserta himpunan mula berkumpul di persimpangan Jalan Parlimen dan Jalan Raja.

Di ruang udara pula dua buah helikopter berlegar-legar memantau persekitaran bandar Kuala Lumpur.

Menurut salah seorang anggota polis yang ditemui beliau bersama pasukannya telah tiba di Dataran Merdeka seawal jam 9.00 pagi.

- mkini

Read More...

Najib: Mahathir Kaki Gaduh

Seorang bekas pemimpin negara kaki gaduh, kata Najib



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan seorang bekas pemimpin negara yang berkhidmat selama 22 tahun
sebagai kaki gaduh.

Presiden Umno itu berkata ini kerana pemimpin tersebut sering mengkritik pemimpin terdahulu dan sekarang sebagai tidak betul dalam segala tindak tanduk mereka.

"Ada pihak yang mengatakan Malaysia negara gagal, apatah lagi ini disebut oleh bekas pemimpin yang kita sanjung selama ini, saya dan Menteri Besar (Pahang) Datuk Seri Adnan Yaakob antara penyokong setia (pemimpin itu) selama 22 tahun.

"Kita pertahankan dia, tapi hari ini dia tergamak duduk sama dengan pembangkang. Kita semua faham orang yang kaki gaduh ini akan selalu cari gaduh.

"Pertama dengan (perdana menteri pertama) Tunku Abdul Rahman (Putra Al-Haj) (dikatanya) tak betul, (perdana menteri ketiga) Tun Hussein Onn tak betul, (bekas timbalan perdana menteri) Tun Musa Hitam tak betul, (perdana menteri kelima) Tun Abdullah Ahmad Badawi tak betul dan terbaru Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar juga tidak betul," katanya.

Najib berkata demikian semasa berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Cameron Highlands hari ini.

Najib turut menarik perhatian apabila mencabar mana-mana pihak dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Umno termasuk dirinya supaya bertanding dan mencabar beliau selaku presiden dalam pemilihan parti akan datag.

"Kalau hendak jatuhkan saya bertandinglah dalam Umno tapi jangan runtuhkan Umno," katanya ambil disahut tepukan gemuruh.

Malah, Najib secara sinis berkata jika beliau mempunyai hasrat menjadi perdana menteri dan presiden Umno untuk tempoh 22 tahun lagi, perlembagaan parti sebelum ini boleh dipakai.

"Kalau mengikut perlembagaan dahulu, siapa nak bertanding presiden dia mesti mendapat sokongan daripada 56 Bahagian Umno, ingat senang nak dapat, satu pun susah.

"Tetapi bila saya jadi presiden Umno dan perdana menteri saya ambil langkah pindah perlembagaan dan serahkan nasib saya kepada 160,000 perwakilan yang layak memilih," katanya.

Selain itu, Najib meminta rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang laporan berita oleh pihak asing termasuk Wall Street Journal (WSJ) kerana ia tidak akan membawa kebaikan.

"Apa yang penting adalah apa yang kerajaan beri kepada rakyat, bantu keluarga kita, ada pekerjaan atau sebaliknya, semua ini bukan WSJ yang tentu dan berikan.

"Usah ambil kisah sangat cerita daripada pihak luar, tetapi apa yang penting adalah kita mampu pertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, perdana menteri mengulangi kenyataan bahawa keputusan beliau memperkenalkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 dibuat demi keselamatan rakyat dan negara.

"Bila saya jadi perdana menteri saya mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) saya dikutuk kata tak patut, dan bila saya wujudkan Akta MKN saya dikata nak jadi diktator kononnya rampas kuasa daripada Yang di-Pertuan Agong.

"Saya tidak akan memohon maaf untuk tindakan yang saya ambil demi keselamatan negara kerana kalau ada ancaman, ada yang mati, mayat bergelimpangan apakah maknanya? Keamanan negara boleh berubah sekelip mata sahaja," katanya.

- Bernama


Read More...

Gagal Menang Olimpik Rio 31 Atlet Ditangkap Polis



SERAMAI 31 atlet Zimbabwe yang bertanding di Sukan Olimpik di Rio De Janerio telah ditahan akibat gagal membawa sebarang pingat untuk negara mereka.

Ketibaan mereka di lapangan terbang bukan disambut oleh pegawai kerajaan, sebaliknya adalah anggota polis yang sudah siap menunggu untuk memberkas para atlet terbabit atas arahan presiden mereka, Robert Mugabe.

Ifeng.Com melaporkan, Mugabe melahirkan rasa dukacita kerana walaupun negara mereka telah membelanjakan banyak wang untuk memastikan kejayaan, namun tiada ada sebutir pingat pun yang dimenangi.

"Kalau kita hanya mahu nyanyi lagu kebangsaan dan mengibarkan bendera Zimbabwe di Brazil, kita hanya perlu hantar pelajar universiti sahaja, tak perlu ada atlet," kata Mugabe.

Rombongan atlet Zimbabwe di Sukan Olimpik telah pulang pada Selasa lalu, bagaimana pun, sehingga hari ini tidak dipastikan bagaimana nasib 31 atlet berkenaan.

Dilaporkan, Mugabe mengarahkan ketua polis negaranya membuat tangkapan dan melakukan soal siasat ke atas mereka.


Read More...

Pikul Mayat Isteri Pulang Ke Kampung

MAJHI memikul mayat isterinya dan ditemani anak perempuannya ketika dalam perjalanan pulang ke kampung. - Agensi


Seorang lelaki miskin terpaksa memikul mayat isterinya sejauh 12 kilometer untuk dibawa pulang ke kampung selepas sebuah hospital di sini enggan menyediakan perkhidmatan ambulans.

Dana Majhi berkata, isterinya, Amang, 42, meninggal dunia pada malam Rabu lalu di hospital daerah di Bhawanipatna di negeri Orissa akibat batuk kering.

Katanya, kampungnya terletak di Melghar kira-kira 60 kilometer dari Bhawanipatna dan akibat kemiskinan dia tidak mempunyai kenderaan serta tidak mampu menyewa kereta.

Selepas isterinya meninggal dunia, Majhi memberitahu, pihak hospital sering memintanya segera memindahkan mayat wanita itu keluar dari hospital.

“Saya beberapa kali merayu kepada petugas hospital supaya menyediakan kenderaan untuk membawa mayat isteri saya pulang ke kampung tetapi tidak dilayan.


Read More...

Friday 26 August 2016

Esok PAS Sibuk Dan Tak Dapat Hadir Program Tangkap MO1



PETALING JAYA: PAS tidak memberi sebarang arahan kepada ahlinya untuk turun ke demonstrasi #TangkapMO1 anjuran mahasiswa esok, kata Ketua Dewan Ulama.

Ini kerana parti Islam itu terbabit dengan acara lain, kata Datuk Mahfodz Mohamed.

“Yang saya tahu tidak ada apa-apa arahan daripada PAS untuk menyertai demonstrasi #TangkapMO1. Esok kita ada program sendiri,” katanya ketika dihubungi FMT.

Pemberita tidak sempat bertanyakan mengenai program yang disebutkan itu.

Tunjuk perasaan #TangkapMO1 dianjurkan bagi mendesak pihak berkuasa untuk mengenalpasti dan mendakwa individu yang dirujuk sebagai Malaysian Official 1 (MO1) dalam tuntutan penyitaan sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

Dalam tuntutan itu, DoJ mahu merampas aset yang “terbabit dalam atau boleh dikesan kepada suatu pakatan antarabangsa untuk mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB”.

MO1 disebutkan dalam tuntuan itu sebagai mempunyai jawatan penting dalam 1MDB dan mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Riza Aziz – salah seorang daripada beberapa individu yang dinamakan secara langsung dalam siasatan DoJ.

Sementara itu, jurucakap #TangkapMO1 Anis Syafiqah Md Yusof berkata semua parti pembangkang yang dihubungi, termasuk ahli Umno yang tidak berpuas hati dengan Presiden Datuk Seri Najib Razak, menyatakan sokongan kepada himpunan esok.

Kecuali PAS.

“Mahasiswa yang di bawah PAS turut mendiamkan diri tidak memberi sebarang respon,” katanya, yang menyedari tunjuk perasaan tanpa PAS tidak akan menjanjikan jumlah peserta Islam-Melayu yang ramai.

“Iya memang kita perlukan ramai pihak tetapi tidak apalah kalau itu pendiriannya (PAS),” tambahnya.

Penganjur #TangkapMO1 dilaporkan akan meneruskan tunjuk perasaan di Dataran Merdeka walaupun tidak mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata polis akan memudahkan penganjuran #TangkapMO1 sekiranya penganjur bekerjasama dengan pihak berkuasa.



Read More...

Ali Tinju Dan Jamal Sifatkan Himpunan Tangkap MO1 Sebagai Himpunan Budak-Budak



Pertubuhan Pembela Nasib Melayu (Gerakan Merah) tidak akan mengadakan demonstrasi balas menentang himpunan #TangkapMO1 yang dijadualkan Dataran Merdeka esok.

"Kami, Gerakan Merah, tidak akan mengadakan perhimpunan atau protes kerana menghormati keputusan polis Kuala Lumpur dan polis Dang Wangi.

"Gerakan Merah akan ikut arahan polis untuk tidak membantah," kata presidennya, Mohd Ali Baharom, yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju dalam kenyataan.

"Ini (#TangkapMO1) adalah himpunan budak-budak kecil, budak sekolah yang cuba belajar nak buat demo. Jadi, kita serahkan kepada pihak berkuasa PDRM supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana budak yang menganjurkan himpunan tangkap MO1," katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunus yang mengetuai Himpunan Merah turut mengesahkan pihaknya tidak akan terlibat dalam mana-mana demonstrasi balas esok.

"Jika ada kumpulan yang menentang himpunan itu, ia bukan dari kumpulan saya," katanya kepadaMalaysiakini.

Jamal, bagaimanapun, yakin bahawa himpunan #TangkapMO1 akan gagal mendapat sokongan orang ramai.

"Ia tidak akan menjadi seperti BERSIH. Jika kanak-kanak ini datang, mereka akan kumpulkan 100 atau 200 orang. Jika berjaya kumpulkan 1,000 atau 2,000 orang, ini bermakna mereka berjaya," tambahnya.


Read More...

Tun M Akan Sertai Himpunan Tangkap MO1 Esok



Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengesahkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyertai himpunan #TangkapMO1 di Kuala Lumpur esok.

Dalam kenyataannya, Khairuddin berkata, keputusan itu dibuat sebagai memenuhi jemputan dan kehendak Persatuan Mahasiswa Melayu Malaysia dengan kehadiran Mahathir di Dataran Merdeka pada sebelah petang.

"Secara peribadi, saya berharap keseluruhan rakyat akan turun secara beramai-ramai untuk memberi sokongan moral pada himpunan ini," kata beliau lagi.

Hari ini, kira-kira 20 pelajar Malaysia di Australia mengadakan himpunan #TangkapMO1, lebih awal sehari daripada perhimpunan utama esok.

Kumpulan pelajar tersebut berkumpul di Australian National University di Canberra dalam acara yang dianjurkan oleh Malaysian Progressives in Australia (MPOZ).

Kebanyakan peserta adalah penuntut Malaysia yang datang dari beberapa universiti di seluruh Australia antaranya Canberra, Sydney, Melbourne dan Perth.

PAS, bagaimanapun, setakat ini belum mengesahkan penyertaan pada himpunan itu walaupun rata-rata parti pembangkang di negara ini menyokongnya.

Pihak penganjur acara tersebut mengesahkan perhimpunan itu akan diteruskan seperti yang dirancang walaupun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak membenarkan perhimpunan tersebut diadakan di Dataran Merdeka ekoran penganjur tidak mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Read More...

Rasuah Kondo: Kes Terbesar, Lagi 30 Pegawai DBKL Disiasat



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil 30 lagi kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ekoran penahanan seorang pengarah jabatan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Mereka, lapor The New Straits Times, dipercayai bersekongkol dengan seorang Datuk Seri yang sedang disiasat SPRM dengan menyalahgunakan kedudukan mereka dalam DBKL.

Memetik kenyataan Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki, laporan itu mendakwa suspek - terdiri daripada pelbagai peringkat jawatan - memaksa pemaju perumahan memberikan unit kondominium percuma kepada mereka sebagai balasan meluluskan sesuatu projek.

Kediaman yang diperoleh tanpa bayaran itu kemudian dijual pada harga lebih tinggi.

"Siasatan kami mendapati tidak kurang daripada 30 pegawai DBKL memperoleh unit kondominium melalui rasuah tanpa membuat sebarang bayaran pendahuluan.

"Modus operandi mereka agak canggih. Kedua-dua pihak menandatangani perjanjian jual beli tanpa membuat sebarang transaksi kewangan dan kediaman itu kemudian dijual pada harga pasaran sebaik saja projek itu disiapkan," katanya dipetikNST hari ini.

Akhbar itu melaporkan amalan rasuah berkenaan mungkin antara yang terbesar pernah melibatkan sebuah PBT di negara ini.

Berani minta habuan sendiri

Malaysiakini pada 15 Ogos lalu melaporkan SPRM menahan tiga penjawat awam termasuk seorang berpangkat Datuk Seri seorang lagi bergelar Datuk atas kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penggubahan wang haram.

Susulan penahanan tersebut, SPRM memberitahu akaun milik ketiga-tiga individu itu yang melebihi RM13 juta dibekukan.

Ekoran siasatan dibuat pihak berkuasa Datuk Seri terbabit di­percayai memiliki 31 unit kondominium mewah di ibu kota bernilai lebih RM15.5 juta.

Suspek kini berada dalam tahanan reman sehingga 27 Ogos.

Memetik sumber Utusan Malaysia melaporkan unit itu kononnya dibeli daripada lima pemaju projek perumahan yang berurusan dengan DBKL.

Setiap unit kondominium itu pada asalnya berharga antara RM200,000 hingga RM300,000 dan ia dijual semula pada harga kira-kira RM500,000 setiap satu.

NST melaporkan Azam memberitahu suspek bergelar Datuk Seri itu adalah punca utama berlakunya amalan rasuah berleluasa.

Malah kata Azam ada pegawai terbabit begitu berani untuk menghubungi pemaju perumahan untuk menuntut diberikan unit kondominium seperti ketuanya walaupun syarikat terbabit tidak ada kaitan dengan mereka.

"Sesetengah suspek tidak berurusan secara langsung dengan pemaju tetapi selepas tahu bos mereka mendapat sesuatu, mereka juga mahukan habuan sendiri.

"Ia berlaku kerana pegawai atasan mereka adalah sebahagian daripada rangkaian berkenaan," katanya dipetik NST.

Azam juga berkata pemaju perumahan yang terlibat dalam amaran berkenaan tidak terkecuali daripada siasatan SPRM.

"Kami sedang mengenal pasti pembabitan setiap mereka," katanya yang memberitahu ada sekurang-kurangnya tiga pemaju terlibat.


Read More...

'Nabi Isa' Ditahan Polis Pandu Kereta Klon

Suspek (tengah) ditahan polis


Kuala Lumpur: Seorang lelaki, 43, yang mendakwa dirinya sebagai Nabi Isa ditahan polis selepas dipercayai memandu kereta klon di Jalan Tun Razak, di sini, jam 4.30 petang semalam.

Suspek yang memandu kenderaan model Kia Sportage turut menggunakan nombor pendaftatan 'WWE 3621 KERAJAAN EMPAYAR LANGKASUKA NUSANTARA TUANKU RAJA MERONGMAHAWANGSA II SULTAN KEDAH ASAL IMAM ALMAHDI' sebelum ditahan tiga anggota polis trafik.

Bagaimanapun ketika ditahan, suspek telah mengeluarkan kata-kata provokasi dan ancaman terhadap polis termasuk mendakwa dirinya sebagai Nabi Isa dan akan membunuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sekiranya berjaya mengambil alih negara bersama orang-orangnya.

Difahamkan isteri dan anak suspek yang berada di dalam kenderaan itu turut ditahan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nazri Hussain ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek lelaki berkenaan dan berkata kes itu kini diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya.


Read More...

NAZRI BONGKAR!! Muhyidin, Shafie dan Mukhriz Pernah TERIMA Duit 1MDB Dari Najib


Klik DI SINI untuk lihat video


Read More...

Thursday 25 August 2016

Doktor Gila Seks..



KUALA LUMPUR - Seorang bekas doktor hospital dihadapkan ke Mahkamah Seksyen, semalam atas dua pertuduhan termasuk melakukan hubungan seks tanpa kebenaran dan kelucahan melampau terhadap tukang cuci, tahun lalu, lapor Harian Metro.

Tertuduh, Ahmad Ahnaf Kamarulizham, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan tersebut.

Dalam pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan hubungan seks dengan mangsa, berumur 56 tahun tanpa kebenarannya. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan, jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Tertuduh juga didakwa atas pertuduhan pilihan iaitu menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa dengan mencabul kehormatannya mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda, atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan itu jika disabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan kelucahan yang melampau terhadap mangsa yang sama dengan membuka seluar dan menunjukkan kemaluan serta melakukan onani di hadapan mangsa. Tertuduh didakwa mengikut Sekysen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Tertuduh melakukan kesemua perbuatan itu di sebuah bilik bersimbol "Menyusu Bayi", L4-PA-07, Aras 5, Kompleks Pakar Hospital Kuala Lumpur pada jam 10:30 pagi hingga 11:30 pagi, 18 Mac 2015.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan sekali sebulan. Tarikh sebutan ditetapkan 28 September 2016.

Lapor New Straits Times, tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak perempuan serta isterinya yang juga bekerja sebagai doktor sedang mengandung anak ketiga di mana kandungannya berusia 6 bulan.

Ahmad Ahnaf telah meletak jawatan sebagai doktor di hospital kerajaan pada 2 November 2015 dan kini menganggur. Isterinya yang mengalami sakit sendi dan pergerakan terhad, terpaksa menanggung keluarga.

Read More...

Mahathir Minta Maaf Hilangkan Kuasa Agong

Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu berkata Akta MKN bukan merupakan undang-undang yang tidak memerlukan perkenan istana.


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta maaf di atas tindakannya pada 1993 meminda Perlembagaan Malaysia supaya perkenan raja-raja tidak lagi diperlukan dalam mewartakan sesebuah undang-undang yang diluluskan Parlimen.

Ia susulan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diwartakan dan menjadi undang-undang mulai 1 Ogos lalu walaupun tanpa mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya dengan penuh ikhlas memohon maaf kerana membuat pindaan tersebut yang terbuka kepada tafsiran yang berbeza,” kata bekas perdana menteri itu dalam tulisan terbaru blognya.

Bagaimanapun, beliau berkata Akta MKN yang dilihat memberikan kuasa seakan-akan darurat kepada perdana menteri itu bukan termasuk undang-undang yang tidak memerlukan perkenan Agong.

“Pindaan tersebut [pada 1993] tidak melucutkan lebih 30 perkara lain di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Menurut Dr Mahathir, terdapat lebih 30 perkara tersenarai dalam perlembagaan yang memerlukan kelulusan Agong tanpa perlu mendapatkan nasihat perdana menteri seperti dalam penggubalan undang-undang lain.

Katanya, kuasa berupa darurat di bawah Akta MKN sudah pun termaktub di bawah perlembagaan yang memberikan kuasa itu sepenuhnya kepada Agong seperti diperincikan di bawah Artikel 150 Perlembagaan Malaysia.

“Untuk Akta ini diluluskan sebagai undang-undang persetujuan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong masih diperlukan,” tulis Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata Agong boleh menggunakan peruntukan di bawah Perkara 130 Perlembagaan Malaysia dengan mencabar kesahihan Akta MKN.

“Peruntukan ini memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong untuk merujuk ke Mahkamah Persekutuan jika terdapat kesangsian terhadap kesahihan ataupun ketidaksahihan Akta Majlis Keselamatan Negara yang tidak pun mendapat persetujuan serta tandatangan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Akta MKN diluluskan Disember tahun lalu apabila 107 ahli Parlimen bersetuju, manakala 77 lagi menolak.

Ketika dibentangkan tahun lalu, Majlis Raja-raja berpendapat beberapa peruntukan dalam rang undang-undang MKN perlu diperhalusi. Bagaimanapun, ia diwartakan tanpa mendapat perkenan Agong, berdasarkan pindaan 1993 yang diusahakan Dr Mahathir.

Akta yang berkuat kuasa pada 1 Ogos itu membolehkan perdana menteri menetapkan sesuatu kawasan sebagai “kawasan keselamatan” dengan membenarkan pasukan keselamatan memeriksa mana-mana individu, kenderaan atau bangunan tanpa memerlukan waran.

Ia juga membenarkan penyiasat mengabaikan sebarang penyiasatan formal berhubung pembunuhan dilakukan polis atau tentera di dalam sesuatu “kawasan keselamatan”.

Pindaan perlembagaan 1993 berlaku susulan krisis berpanjangan dengan istana selepas insiden seorang jurulatih hoki, Douglas Gomez, dikasari Sultan Johor ketika itu, Sultan Iskandar Sultan Ismail dan puteranya Tunku Abdul Majid Idris.

Ia terus mencetuskan isu mengenai kekebalan raja-raja di bawah undang-undang sedia ada, dan disusuli media melaporkan pelbagai penyelewengan di pihak istana. - FMT



Read More...

Viral Cubaan Culik Dan Perkosa Murid Dalam Kawasan Sekolah


'Dia kata ada kawan terperangkap dalam stor tapi...'

Rakaman CCTV menunjukkan mangsa mengikut lelaki tidak dikenali selepas diumpan mengatakan rakannya terperangkap di dalam stor.


DUNGUN - "Ketika dia memeluk belakang leher dan mendukung, saya menjerit sekuat hati meminta tolong," itulah apa yang berlaku kepada murid tahun dua sebuah sekolah di sini yang menjadi mangsa cabul oleh lelaki tidak dikenali.

Kata mangsa yang enggan dikenali, dia menggigil ketakutan dan menangis sebaik sahaja berjaya melepaskan diri.

"Saya ikut sebab dia kata ada rakan yang terperangkap di dalam stor tetapi ketika berada di hadapan pintu stor saya dapati tiada sesiapa di sana.

"Saya enggan masuk ke dalam stor menyebabkan dia memeluk belakang leher dan mendukung tetapi melepaskan semula sebab saya menjerit kuat meminta tolong.

"Saya terus lari di tempat yang ada orang dan menceritakan kejadian itu sebelum mereka memaklumkan kepada guru. Saya tidak mengenali lelaki itu tetapi dapat mengecam wajahnya.

"Sejak kejadian itu saya tidak lagi ke kelas Fardu Ain dan hanya bersekolah pagi sahaja.

Memang masih takut dengan kejadian itu dan bimbang sekiranya berulang," luah kanak-kanak malang ini kepada Sinar Harian.

KELUARGA TERKILAN VIDEO JADI VIRAL

Sementara itu, ibu mangsa melahirkan rasa terkilan apabila rakaman CCTV mengenai kejadian menimpa anaknya diviralkan di laman sosial dan lebih menyedihkan apabila ada mendakwa video itu disebarkan oleh keluarga.

"Saya sendiri tidak dibenarkan melihat rakaman CCTV itu tetapi saya sangat tekejut apabila semalam video itu dihantar oleh ibu kepada rakan anak saya kepada kami.

"Saya dapati video itu juga sudah menjadi viral di laman sosial sedangkan kami ibu bapa tidak tahu menahu.

"Selepas membuat laporan polis, ibu kepada lelaki yang cuba mencabul anak saya datang merayu supaya tarik balik laporan. Saya katakan kepadanya bayangkan anak saya ini adalah anak dia, bagaimana perasaannya walaupun memang ada rasa kesian kepada ibunya itu.

"Sekarang saya serahkan kepada pihak polis dan undang-undang untuk mengambil tindakan serta kejadian ini menjadi satu pengajaran supaya kami lebih berwaspada mengawasi anak-anak walau di mana sahaja berada,"katanya.

- sharian



Read More...

Wednesday 24 August 2016

Data Rahsia Kekuatan Tempur Kapal Selam Scorpene Bocor

Foto fail kapal selam KD Tunku Abdul Rahman kelas Scorpene milik Tentera Laut Diraja Malaysia. — Foto wikipedia


SYDNEY, 24 Ogos — Keselamatan kapal selam yang digunakan India, Malaysia dan Chile dikhuatiri terjejas apabila data rahsia DCNS, kontraktor pertahanan Perancis, dibocorkan kepada awam.

Akhbar The Australian hari ini melaporkan sudah melihat 22,400 muka surat butiran keupayaan tempur Scorpene yang direka untuk India, namun ubahsuainya turut diguna di Malaysia dan Chile.

Dokumen “Restricted Scorpene India” mengandungi ribuan halaman mengenai sensor kapal selam dan sistem komunikasi serta pelayaran dan lebih kurang 500 muka surat sahaja tentang sistem torpedo.

DCNS maklum mengenai laporan akhbar itu dan “pihak keselamatan Perancis” sudah melancarkan siasatan terhadap kebocoran berkenaan.

“Siasatan ini akan mengenal pasti kandungan dokumen yang dibocorkan, kerugian kepada pelanggan kami dan juga pihak bertanggungjawab,” kata DCNS seperti dilaporkan AFP.

- malaymail


Read More...

'Apa Jadi Jika Ahli DAP Kata MO1 Adalah Agong?'



Bekas anggota Umno Langkawi Anina Saadudin tertanya-tanya apa akan jadi jika anggota DAP mendakwa Malaysian Offcial 1 (MO1) adalah Yang di-Pertuan Agong.

Anina mengulas permohonan maaf anggota parlimen Umno Datuk Nawawi Ahmad kepada Agong atas kenyataannya mengenai MO1.

"Cuba bayangkan komen itu datang daripada ahli DAP, isu itu akan dimainkan di TV3, saya rasa tidak kurang satu bulan," katanya kepadaMalaysiakini.

Oleh itu, Anina berpendapat pihak polis dan Umno sendiri mesti mengambil tindakan terhadap Nawawi kerana kenyataan tersebut.

Malah katanya, permohonan maaf Nawawi kepada Agong tidak mencukupi dan beliau perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Kedah.

"Sultan Kedah adalah sultan di hati rakyat. Baginda adalah sultan di hati semua rakyat Kedah. Kalau kamu mahu memohon maaf kepada sultan, kamu juga mesti mohon maaf kepada semua rakyat Kedah," katanya.

Tambah Anina, kenyataan tersebut berkaitan perlembagaan dan sebagai seorang pemimpin, Nawawi sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat.

"Kenyataan itu bersangkut paut dengan perlembagaan. Kamu kata maaf dan tu sahaja? Sebagai pemimpin kena tunjuk contoh kepada rakyat. Kalau seorang pemimpin buat silap, cakap maaf dan terlepas. Rakyat boleh buat benda yang sama dan kemudian mohon maaf.

"Nanti sesiapa saja di jalan akan buat komen berkaitan Agong dan cuma cakap maaf. Polis mesti ambil tindakan, buka fail dan siasat," katanya.

Apa yang lebih mengejutkan, kata Anina, kenyataan itu datang daripada pemimpin Umno, sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan raja-raja Melayu.

"Tak sepatutnya pemimpin Umno buat kesalahan yang macam ni. Kamu kata berjuang untuk orang Melayu, untuk raja. Kamu kata DAP ancaman kepada raja-raja, orang Islam.

"Tapi kamu buat kenyataan yang sangat-sangat bercanggah dengan perjuangan kamu," katanya yang meminta Umno mengambil tindakan terhadap Nawawi.

Dalam permohonan maaf kepada Agong Isnin lalu, Nawawi melahirkan rasa kesal berhubung perkara itu dan berjanji untuk lebih berhati-hati apabila membuat kenyataan di media sosial pada masa akan datang.

Ogos lalu, Nawawi dalam catatan di Facebook mendakwa MO1 tidak lain dan tidak bukan adalah Agong yang juga merupakan ketua negara ini.

Posting itu kemudian disunting untuk membuang rujukan kepada Agong empat jam kemudian, tetapi menerima kritikan meluas.

Majlis Kerabat Diraja Kedah menegur Nawawi dengan mengatakan beliau tidak sepatutnya mengheret institusi raja dalam perkara itu.

Nawawi sebelum ini mendakwa kenyataannya disalah tafsir dan bukan merujuk kepada tindakan saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

MO1 adalah individu yang didakwa oleh DOJ menerima sekurang-kurangnya AS$ 731 juta daripada AS$ 3.5 bilion yang didakwa disalahgunakan daripada 1MDB.

DOJ berkata ia dihalang oleh kaedah-kaedah mahkamah daripada menamakan pegawai itu dalam saman sivil berkenaan, yang mendorong spekulasi mengenai identiti sebenar MO1.

- mkini

Read More...

Datuk Seri Ada 31 Unit Kondo Mewah Di KL RM15.5 Juta



PETALING JAYA: Datuk Seri yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) baru-baru ini kerana dipercayai terbabit dalam kes rasuah dan salah guna kuasa dipercayai mempunyai 31 unit kondominium mewah bernilai lebih RM15.5 juta, lapor Utusan Malaysia.

Semua unit di ibu negara itu dikatakan dibeli daripada 5 pemaju projek perumahan yang berurusan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Akhbar itu memetik sumber sebagai berkata SPRM menerusi siasatannya mendapati Datuk Seri berkenaan ‘membeli’ unit kondominium berkenaan yang harga asalnya RM200,000 sehingga RM300,000 tanpa membuat bayaran pendahuluan menggunakan nama sendiri dan orang terdekat.

“Suspek ini dipercayai menandatangani perjanjian jual beli (S&P) dengan pemaju tanpa membuat bayaran pendahuluan.

“Apabila rumah siap, suspek dipercayai akan menjual semula setiap rumah pada harga semasa dengan anggaran RM500,000 setiap satu dan mendapat untung atas angin,” katanya dipetik daripada Utusan Malaysia.

Sumber itu berkata SPRM juga tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa lagi pegawai dan kakitangan DBKL terlibat melakukan perkara yang sama bagi mendapat keuntungan mudah.

“Setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan dan kita masih lagi mencari orang kanan suspek terbabit bagi membantu siasatan,” katanya.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam baki ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan perkara itu.

Pada 16 Ogos, SPRM menahan reman Datuk Seri berkenaan bersama dua lagi penjawat awam berpangkat Datuk dari jabatan berbeza di Melaka dan Kelantan. Semua yang ditahan masih dalam tahan reman.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram, mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Azam sebelum ini berkata mereka ditahan dalam operasi serentak pada 12.00 tengah hari dan 2.00 petang. Susulan penahanan itu, akaun bank milik mereka melebihi RM13 juta turut dibekukan, di samping menyita kondominium mewah seperti penthouse dan banglo, dan kenderaan Maserati, BMW dan Audi.

SPRM turut merampas RM400,000 tunai termasuk mata wang asing dan beberapa jam tangan mewah.

Mingguan Malaysia sebelum ini melaporkan wujud salah guna kuasa segelintir pegawai kanan sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Lembah Klang bagi memperoleh kondominium dan apartmen di lokasi strategik.

Perkara itu berlaku berikutan terdapat pakatan antara pegawai tinggi dan pemaju projek perumahan apabila mereka dikatakan membuat tempahan tanpa membuat bayaran pendahuluan.

Sebaik saja projek itu siap dan mendapat sijil layak menduduki (CF) daripada PBT, pemaju akan mengambil semula unit yang ‘dibeli’ pegawai PBT terlibat dan menjual kepada pembeli sebenar dengar kadar lebih tinggi bagi mengaut keuntungan.

Read More...

Kenapa Zahid Bukannya PM Najib Razak Ke PBB



Kebiasaannya yang menghadiri mesyuarat diperingkat sebesar PBB ialah pemimpin nombor satu negara (MO1). Kalau dari konteks Malaysia, PM Najib Razak lah yang patut hadir.

Tapi pada kali ini agak menghairankan tempat Perdana Menteri Malaysia diambil oleh Timbalannya Datuk Zahid Hamidi. Apa lagi sebagai pengerusi mesyuarat.

Dua tiga hari yang lepas kita dimaklumkan melalui akhbar perdana, bahwa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mempengerusikan debat terbuka bagi mencegah percambahan senjata pemusnah besar-besaran (WMD) pada mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kenapa bukan PM Najib Razak ya?Adakah kerana prosiding Mahkamah Amerika yang sedang berjalan yang melibatkan Jho Low dan Reza, anak tirinya  sebab terdakwa sebagai terlibat dalam aktiviti penggubalan wang haram. Kebetulan nama PM Najib Razak turut dikaitkan sebagai MO1 yang sedang dicari oleh DOJ?

Dek kerana itu takut kena cekup, maklum takat kekebalan Perdana Menteri Malaysia bila sudah berada di bumi Uncle Sam, apa lah sangat. ;)

Baca seterusnya di sini

Read More...

Kos Punca Panda Gergasi Ini Akan Dihantar Pulang Ke China

Nuan Nuan Mungkin Dihantar Pulang Ke China Apabila Usianya 2 Tahun

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah (baju kuning) berkenan melihat ibu panda Liang Liang memakan kek hari lahirnya di Pusat Konservasi Panda Gergasi, Zoo Negara


KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Zoo Negara tidak merancang melanjutkan tempoh penyimpanan Nuan Nuan, anak panda betina kepada pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang dari China, selepas tahun depan.

Ini kerana kos tinggi yang perlu ditanggung jika dilanjutkan tempoh dua tahun yang ditetapkan dalam perjanjian antara Malaysia dan China, kata Presiden Persatuan Zoologi Malaysia Datuk Seri Zaharin Md Arif.

"Mengikut perjanjian antara Malaysia dan China, kami perlu membayar kos sewa sebanyak US$600,000 (US$1 = RM4) secara 'one off' atas anak panda itu tidak termasuk premium insurans tahunan bernilai RM200,000.

"Namun demikian, kami akan berbincang dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan China Wildlife Conservation Association tentang perlanjutan tempoh simpanan anak panda itu pada bulan November nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan hari jadi ke-10 pasangan panda gergasi di Zoo Negara hari ini.

Pengarah Zoologi dan Veterinar Zoo Negara Dr Mat Naim Ramli berkata jika tempoh simpanan Nuan Nuan panda dilanjutkan, kos penyelenggaraan dan pengasingan ruang perlu diambil kira.



"Hal ini kerana tempoh 'relationship' antara ibu dan anak panda adalah di bawah dua tahun dan selepas itu anak panda akan diasingkan daripada ibunya untuk hidup berdikari.

"...dan kontrak itu hanya boleh dilanjutkan selama dua tahun lagi," tambah beliau.

Bersempena sambutan ulang tahun ke-10 kelahirannya, dua kek buah-buahan khas disediakan untuk Xing Xing dan Liang Liang di kawasan pameran Giang Panda Conservation Complex.

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan majlis hari jadi pasangan panda gergasi itu.

Dr Mat Naim berkata Xing Xing dan Liang Liang serta anak mereka Nuan Nuan berada dalam keadaan sihat.

"Setakat ini berat badan mereka masih kekal dan tidak pernah menyusut iaitu Xing Xing pada 130kg, Liang Liang beratnya 109kg dan Nuan Nuan pula 31kg," katanya.

Pasangan panda gergasi itu, yang sebelum ini dikenali dengan nama Fu Wa dan Feng Yi, tiba di Malaysia pada 21 Mei 2014 sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun antara Kuala Lumpur dan Beijing.

-- BERNAMA

Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP