Sunday 26 February 2017

Matlamat Pas Bukan Untuk Jatuhkan UMNO – Nik Abduh


Ketua Pemuda PAS Pusat, Yb Ustaz Nik Mohamad Abduh Datuk Nik Abdul Aziz berucap pada Seminar Pemikiran Tokoh - Haron Din sempena Mesyuarat Agung Tahunan kie9 (MAT9) di Dewan Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 25 FEBRUARI 2017

KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh berkata parti itu bukan bermatlamat untuk menjatuhkan UMNO secara mutlak namun sebaliknya mahu memperkukuhkan ummah.

Ujarnya, pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang dibawa parti itu kini lebih mementingkan konsep pengukuhan ummah dari segi perpaduan di kalangan umat Islam yang semakin lemah.

“Kita bukan bermatlamat utamanya bukan meruntuhkan UMNO tapi matlamat utama kukuhkan ummah dan mereka tahu sendiri pemimpin mana yang nak pilih.

“Zaman sekarang orang sudah tidak bergantung kepada suara kerajaan. Mereka fikir sendiri untuk dapat maklumat daripada mana,” katanya ketika berucap dalam Seminar Pemikiran Tokoh Haron Din di ibu negara sebentar tadi.

Hadir dalam seminar berkenaan Pengerusi TV Alhijrah yang juga merupakan sahabat kepada Allahyarham Datuk Seri Haron Din.


Tan Sri Dr Mohd Yusof Nor (kiri) dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Yb Ustaz Nik Mohamad Abduh Datuk Nik Abdul Aziz (kanan) berbincang sesuatu ketika hadir Seminar Pemikiran Tokoh – Haron Din sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke 9 (MAT9) di Dewan Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 25 FEBRUARI 2017

Pas kini dilihat semakin mesra UMNO apabila berkali-kali sepentas dengan parti pimpinan Datuk Seri Najib Razak antaranya Himpunan Solidariti Masyarakat Rohingya pada Disember lalu dan terbaru Himpunan RUU355 yang dianjurkan Pas pada 18 Februari lalu di Padang Merbok.

Penampilan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepentas bersama Najib menyaksikan Pas semakin tidak jelas hala tujunya.

Sebelum ini Hadi dan Najib turut dilihat berpakaian sedondon dalam Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia dua tahun lalu.

Dalam pada itu, Nik Abduh turut mengakui pendekatan Pas dalam mempamerkan BPMS yang menganjurkan amalan budaya politik matang berdasarkan fakta dan bukan berasaskan emosi memberikan kesan kepada parti itu.

Jelasnya, langkah Pas untuk mengamalkan politik bukan emosi mengakibatkan parti itu berpecah sehingga tertubuhnya Parti Amanah Negara (PAN).

“Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang dipraktikkan Pas kini  diperkenalkan semasa berlaku pergoncangan dalam Pas.

“Dalam membina strategi politik dan membina polisi yang mengakibatkan Pas bergoncang dan serpih sudah banyak kali, tapi yang kekal adalah istiqomah dan golongan inilah yang membina satu amalan politik yang matang sepertimana yang dikenali,” katanya lagi.

Beberapa bekas pemimpin Pas antaranya bekas timbalan presiden Mohamad Sabu, bekas naib presiden Salahuddin Ayub bertindak meninggalkan parti dan menubuhkan PAN.

PAN lantas membentuk kerjasama dengan PKR dan DAP dalam membentuk gabungan Pakatan Harapan (PH) tanpa penglibatan Pas.

Disebabkan itu, Pas bertindak menubuhkan Gagasan Sejahtera bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) bagi kerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 tidak lama lagi.

“Sebagai parti Islam, Pas ini menjadi rebutan macam UMNO semua orang minat politik akan masuk UMNO atau Pas berikutan tujuan masing-masing,” jelas Nik Abduh lagi. – MalaysiaGazette






Read More...

Saturday 25 February 2017

Akar Umbi Desak PAS Putus Hubungan Dengan PKR


Sekumpulan orang mendakwa akar umbi PAS Selangor hari ini menghantar memorandum kepada kepimpinan PAS bagi mendesak parti itu memutuskan hubungan dengan mana-mana parti yang ada kaitan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Mereka menuntut PAS mengambil perhatian terhadap hubungan antara parti itu dengan PKR yang kini disifatkan bagai "duri dalam daging" serta "gunting dalam lipatan".

"PRU14 (pilihan raya umum ke-14) hampir tiba. Sebagai petugas parti kami berasakan sudah sampai masanya PAS berdiri tanpa diganggu oleh parti lain yang sarat dengan masalah keperibadian serta ketamakan kuasa yang agak melampau.


"PKR juga wajar diambil perhatian kerena mereka ibarat duri dalam daging serta gunting dalam lipatan.

"Kami agak kurang selesa dengan PKR kini. Kebencian telah mulai dirasai," kata Nasiruddin Mohamed yang mengetuai penyerahan memorandun di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Memorandum tersebut diterima Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan yang juga anggota parlimen Temerloh.

Pada penyerahan memorandum itu juga kumpulan terbabit membawa sepanduk memaparkan wajah pemimpin utama Pakatan Harapan (HARAPAN) serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Satu daripada sepanduk itu memaparkah wajah Lim Kit Siang dengan kata-kata: "Musuh Melayu/Islam (Rasis), manakala yang lain menggunakan gambar bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan ayat iringan "Punca Rumah Tangga Aku Hancur".

Masih dalam perkiraan

Dua lagi sepanduk memaparkan wajah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dengan masing-masing bertulis "Kepala Perompak Negara" serta "Pengkhianat Parti".

Minggu lalu, ketika mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS membincangkan kemungkinan untuk bekerjasama dengan BERSATU, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Bercakap selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, Marang, Abdul Hadi menegaskan PAS tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk mempunyai hubungan dengan DAP dan parti serpihannya, AMANAH.

Sementara itu Nasrudin yang ditemui pemberita berkara apa yang dibangkitkan oleh akar umbi PAS Selangor itu akan diputuskan dalam muktamar PAS pada April ini di Kedah.

"Sememangnya PAS telah mempunyai satu keputusan yang jelas kita tidak ada lagi hubungan dengan DAP dan AMANAH.

"Ada pun parti-parti lain itu masih dalam perkiraan, pertimbangan dan penelitian teliti daripada pihak PAS terutamanya apa yang disebut presiden ia mungkin akan dibincangkan dalam muktamar PAS yang akan berlangsung pada 28 April depan," katanya.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata sehingga kini PAS masih berbincang sama ada mahu meneruskan kerjasama dengan PKR dan BERSATU atau tidak.

"BERSATU ini parti baru yang belum ada apa-apa hubungan jadi kita tak boleh samakan dengan PKR yang kita dah meterai (kerjasamanya) lama dulu dan hanya perlu semakan untuk teruskan atau tidak. Itu terpulang kepada muktamar dan Majlis Syura Ulamak," katanya.








Read More...

PAKATAN Selangor Siap Bahagi Kerusi Dan Tiada Kerusi Untuk PAS

Pakatan Selangor Dah Bahagi Kerusi PRU14: 18 PKR, 15 DAP, 14 PAN, 9 PPBM, 0 PAS


KUALA LUMPUR: Pakatan Selangor dilaporkan telah membuat keputusan berhubung pembahagian yang akan ditandingi di bawah payung Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Portal BNBBC.my memetik sumber dalaman berkata, pembahagian tersebut antara parti komponen Pakatan Harapan PKR, DAP, PAN dan PPBM sementara tiada peruntukan kepada parti PAS.

Keputusan mengecualikan PAS itu kata sumber berkenaan adalah ekoran PAS masih bermain tarik-tali samaada akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan menentang Barisan Nasional (BN) pada PRU14 nanti.

Hal ini ekoran PAS bertegas untuk tidak menjalin hubungan bersama PAN dan DAP sepertimana kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Penasihat PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

“Terpulang kepada dia (PPBM) untuk bekerjasama dengan DAP atau Amanah tetapi PAS ada garis panduan iaitu kita tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan kedua-dua parti tersebut,” kata Ahli Parlimen Marang itu.

BACA: Hadi Awang Ulang Suara: "Tiada Kerjasama Dengan Parti Mahathir!"

Menurut BNBBC, peruntukan kerusi mengikut parti Pakatan Harapan adalah 18 kerusi akan dipertandingkan PKR sementara DAP, PAN dan PPBM masing-masing diperuntukkan 15, 14 dan 9 kerusi DUN.

Maklumat yang disampaikan ini jelas menunjukkan PAS tidak akan berganding bersama Pakatan Harapan sekaligus membuktikan PKR tidak lagi berminat untuk bersama PAS.

Lantas, PRU14 ini akan menyaksikan sekurang-kurangnya 15 pertembungan tiga penjuru ekoran PAS sebelum ini menegaskan akan tetap bertanding disemua kerusi yang ditandingi mereka pada PRU13.

Pada PRU13, PAS memenangi 15 kerusi DUN dibawah payung Pakatan Rakyat, jumlah sama dimenangi DAP, sementara PKR cuma memiliki 13 kerusi dan 12 kerusi dimenangi BN.

Walaubagaimanapun, selepas konflik yang berlaku pasca PRU13, dua ADUN PAS keluar parti dan menyertai PAN menjadikan kerusi PAS berkurang kepada 13.

- Malaysian Digest



Read More...

Thursday 23 February 2017

Sultan Tegur Jamal Salahguna Kereta Jenazah


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berkenan kenderaan jenazah disalah gunakan dengan disewa untuk membuat demonstrasi.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani, baginda bertitah kenderaan berkenaan adalah untuk membawa urusan jenazah sahaja.

“Adalah saya dengan hormatnya menyampaikan titah DYMM Sultan Selangor kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Masjid atau Ahli majlis Jawatankuasa Kariah yang bertanggung jawab dengan kenderaan jenazah di seluruh Selangor ini, supaya menjaga dengan baik kenderaan jenazah di bawah seliaan mereka dan memanfaatkan kenderaan jenazah untuk urusan membawa jenazah sahaja.

“Baginda tidak berkenan kenderaan jenazah tersebut disalah gunakan selain daripada urusan membawa jenazah seperti disewa untuk membuat demonstrasi atau kegunaan lain yang tidak kena mengena dengan urusan pengendalian jenazah,” katanya.

Persendakan kereta jenazah

Sultan Sharafuddin bertitah, tindakan itu hanya akan memperlihatkan bahawa umat Islam mempersendakan penggunaan kereta jenazah yang tidak sepatut dilakukan.

Sehubungan itu, baginda mahu pihak yang menyelia dan mengawal kenderaan jenazah mengambil maklum dan mematuhi titahnya.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama atau individu, adalah jelas kenyataan baginda ditujukan kepada tindakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos yang membawa 15 van jenazah ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam pada 14 Februari lalu.

Jamal turut membawa keranda dan berpakaian seperti penggali kubur dan mempertikaikan beberapa program negeri, termasuk Skim Mesra Usia Emas dan Wang Khairat Kematian Negeri Selangor.

Menurut portal Selangorkini, pemandu van jenazah berkenaan dimaklumkan pihak Jamal bahawa kononnya satu sesi pengambaran akan dibuat di hadapan bangunan SUK tanpa didedahkan sebarang butiran lanjut.

Pemandu-pemandu cuma diberitahu mereka akan dibayar pada kadar RM300 seorang,

Jamal ketika dihubungiMalaysiakini, berkata hanya beliau sahaja yang tahu perkara sebenar dan tidak peduli dengan apa yang diperkatakan terhadapnya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omarmempertahankan gimik itu yang katanya, bersesuaian dengan dakwaan penyelewengan dana peruntukan kerajaan negeri Selangor yang dibawa oleh Jamal.

Katanya, tindakan membawa van jenazah berkenaan adalah semata-mata mahu menuntut penjelasan daripada Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula turut melahirkan rasa kesaldengan tindakan pemimpin Umno itu yang “mengeksploitasi” aset masjid untuk tujuan demonstrasi.

Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim berkata, tindakan Jamal bersama penyokongnya telah mencemarkan kemuliaan institusi masjid.






Read More...

Wednesday 22 February 2017

MP PAS K. Nerus, Khairuddin Jawab Serangan Audi Q7


Anggota parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairuddin Aman Razali mempertahankan langkahnya membeli kereta mewah Audi Q7 kepada isterinya, yang menyebabkan beliau diserang hebat di Internet.

Kenderaan baru jenis itu bernilai kira-kira setengah juta ringgit.

Ketua penerangan Dewan Ulama PAS itu hari ini dilaporkan mempertahankan tindakan itu kerana ia sebahagian daripada haknya.

“Saya ada hak beli apa yang saya mahu.

“Saya boleh beli lori atau kapal terbang, ini bukan urusan mereka,” beliau dipetik sebagai berkata kepada The Star Online.

Isu itu timbul minggu ini selepas isterinya didakwa memuat naik gambar kereta itu di Facebook dengan status bertulis:

"Kita dapat hadiah kereta dari En Somi"," tulisnya.

Dengan kereta itu, tambahnya, bolehlah mereka "merayap" ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, Khairuddin juga berkata beliau berkemampuan membeli kereta itu dan menggunakan sumber-sumber kewangan yang sah.

Bagaimanapun tidak jelas sama ada ia kereta baru atau dibeli daripada orang lain.

Khairuddin dan isterinya juga dilaporkan terlibat dalam perniagaan produk kecantikan.






Read More...

Tuesday 21 February 2017

'Saya Jemput Husam Dengar Bukan Beri Ceramah'


KOTA BHARU  – “Saya mengajak beliau (Husam) untuk hadir sebagai penonton, bukan sebagai penceramah,” demikian kata Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nor Azariza Alawi menjelaskan mengenai pelawaannya kepada Penasihat Amanah, Datuk Husam Musa untuk hadir ceramah di sini malam semalam.

Menurutnya, beliau kesal apabila banyak pihak cuba mengaitkan pelawaan menerusi Facebook miliknya sebagai jemputan rasmi kepada bekas Naib Presiden Pas itu untuk memberi ceramah bersama-sama pemimpin Pas yang lain.

“Saya harap semua orang faham benda ini dengan jelas, kita jemput dia bersama-sama untuk dengar apa yang kita hendak sampaikan dalam ceramah itu, bukan jemput untuk bagi ceramah sebagaimana orang lain.

“Ceramah yang dianjurkan oleh Pemuda Pas negeri adalah ceramah mega terbuka dan bebas dihadiri sesiapa sahaja. Tetapi dia datang bersama pengikut-pengikutnya, kita jemput naik (pentas) sebab dia pimpinan parti walaupun dari Amanah,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau diminta mengulas dakwaan Husam yang melihat tindakan penganjur menolak permintaannya untuk berucap sebagai tidak ‘gentleman’.

Mengulas lanjut, Azariza berkata, sepatutnya Husam menghormati perjalanan ceramah tersebut dan tidak perlu menimbulkan suasana yang kurang senang sepertimana yang berlaku.

“Jika beliau tidak puas hati bila nama dia terbentang dalam kain rentang ceramah yang bertajuk ‘Husam Lari Dari Debat Bai’ah’ lebih baik dia buat ceramahnya sendiri.

“Kita tengok siapa yang akan dengar ceramah dia,” katanya.






Read More...

Ceramah PAS Untuk Kutuk Husam Gempar Bila Husam Muncul


Menjelang jam 10 malam Ketua Pemuda PAS Kelantan berucap di majlis ceramah "Husam Lari Dari Debat Baiah" di Kota Bharu.

Antara ucapan Ahmad Fadhli Shaari itu ialah: "Malam ni kita nak tahu siapa jantan, siapa betina."

Majlis ceramah itu diadakan sebagai penjelasan kepada orang ramai mengenai sikap bekas exco Kelantan yang pernah dipilih ahli PAS sebagai naib presiden parti itu, Datuk Husam Musa.

Penceramah lain yang dijadual berucap pada majlis itu ialah Exco Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, yang sebelum ini mahu berdebat dengan Husam.

Ceramah dilangsungkan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu.

Menjelang jam 11 malam, tiba giliran Yang Dipertua PAS Keterah, Wan Ismail Wan Jusoh, yang pernah disebut namanya oleh Husam dalam salah satu ceramah Parti Amanah Negara (AMANAH) di Kelantan baru-baru ini.

"Baiah ni urusan agama, dibahas dalam kitab Arab. Husam ni ngaji (belajar) SIC (Maktab Sultan Ismail). Reti ko bahaso Arab (Fahamkah bahasa Arab)? Pah nokdebat dengan Ustaz Nasurudin lagu mano (Dah tu nak debat dengan Ustaz Nassuruddin macam mana?" katanya.

Tanpa diduga banyak pihak, tiba-tiba kelibat Husam muncul di situ dan mengambil tempat di pentas ceramah dengan duduk di barisan kerusi di belakang Nassuruddin.

Husam berada di situ untuk beberapa ketika sambil mendengar ucapan yang mengecam dirinya.

Menurut Sinar Harian, kemunculan Husam itu menimbulkan ketidakselesaan penonton serta pimpinan PAS yang ada di atas pentas itu.

Namun kehadiran Husam tidak mengganggu Wan Ismail meneruskan ceramah dan penjelasannya walaupun ia secara langsung mengkritik ADUN Salor itu.

Menjelaskan keadaan itu melalui Facebook, Husam menulis: "Ingatkan malam ini debat baiah akan berlangsung. Malang! Bukan Husam lari. Husam mari."

Husam kemudian meminta sedikit masa untuk memberi penjelasan pada ceramah itu kerana ia secara khusus mengkritik dirinya.

Bekas setiausaha politik Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat itu memaklumkan kepada pengerusi majlis, beliau mesti diberi masa untuk berucap kerana namanya telah "dijual".

"Nazman (pengerusi majis) memberitahu, Datuk Nassuruddin tidak benarkan!" katanya di Facebook.

Husam akhirnya meninggalkan kawasan ceramah selepas tindakan beberapa individu menyebabkan keadaan menjadi tegang.

Membuat penjelasan di tempat lain selepas itu, Husam berkata, beliau tetap bersedia berdebat dengan Nassurddin "pada bila-bila masa".

"Saya masih sedia berdebat dengan Ustaz Nassuruddin pada bila-bila masa.

"Debat tak sama macam (pelaksanaan) haji dan puasa. Kalau puasa, kita kena puasa apabila masuk 1 Ramadan. Tapi (nak) debat tak payah tengok anak bulan," katanya.

Menjelaskan kehadirannya, Husam memberitahu beliau datang ke ceramah itu kerana menjangkakan akan diberi peluang untuk berucap.

"Kalau saya diberi peluang, malam ini (malam tadi) akan jadi mini debat," katannya.

VIDEO DISINI









Read More...

Monday 20 February 2017

Foto: Pemimpin Kanan Pas Hadiah Kereta Audi Q7 Kepada Isteri Muda?



Tular di media sosial sejak malam tadi pengakuan difahamkan isteri muda kepada Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri menerima hadiah kereta Audi Q7.

Menggunakan nama, “Datin Norhayati Abd Malek” pada akaun Facebook, usahawan barangan kosmetik terbabit memberitahu pemberian suaminya itu dapat diguna untuk “merayap” ke rumah beberapa rakannya di sekitar Kuala Lumpur.

“Kti (Kak Norhayati) dapat hadiah kereta dari En Somi (suami)” diikuti simbol wajah dengan mata lambang hati sebelum menyambung, “Audi Q7… bolehlah merayap rumah Zuraidah Yusof, Asikin Tajul, Saemah Mamat yang duduk area KL,” seperti dipetik dari akaun Facebook beliau.

Walau bagaimanapun, semakan Malaysia Dateline pagi ini mendapati ‘posting’ tersebut yang turut melampirkan foto kereta berharga kira-kira RM600,000 itu telah dipadam manakala status Norhayati yang dimuat naik awal pagi tadi memberitahu dirinya sedang bersedih.

“Waktu sedih macam ni tiba-tiba teringat kat Kekanda Yang Teramat Mulia Tunku Soraya yang selalu bagi kekuatan kat kti,” luahnya.

Sementara itu, bukti Norhayati isteri kepada Khairuddin dapat dikenalpasti apabila wanita berkenaan pada 15 Februari lalu memuat naik gambar pemimpin Pas yang memusuhi Amanah dan DAP itu berkemeja-T jalur merah jambu dan berkaca mata sedang bersiar-siar di kawasan berpasir bersama kanak-kanak dipercayai anaknya.

“Balik ganu (Terengganu) bila kita panggil depa (mereka) ‘dik bagi akk (akak) air kelapa, depa tengok je muka kti lama-lama.. .

“Tak, saya memang kakak dari adik, saya isteri YB Kuala Nerus.. Terpaksalah berjela-jela dok terang kat depa bila depa beliakkan mata tengok kti,” ujarnya yang difahamkan berasal dari Kedah mengikut profil beliau di Facebook.

Tindakan Norhayati mengumumkan hadiah yang diterima daripada Ahli Parlimen Kuala Nerus di Terengganu itu dianggap ramai netizen sebagai melampau memandangkan statusnya sebagai isteri kepada pemimpin yang kononnya parti Islam.

Namun, ada juga yang dipercayai penyokong Pas menganggap tidak perlu berdengki dengan rezeki orang lain kerana Norhayati adalah seorang ahli perniagaan sebelum dibidas netizen bahawa Audi Q7 itu bukan dibelinya sendiri sebaliknya jelas dihadiahkan suaminya yang merupakan seorang wakil rakyat.

Kecenderungan menayangkan kereta mewah di Facebook itu mengulang perangai sama beberapa pemimpin Pas sebelum ini antaranya Ketua Dewan Ulamak Pas Pahang, Ustaz Mokhtar Senik.

Mokhtar yang mutakhir ini kerap dilihat tampil di khalayak dengan jari kanan bertutup kain seperti pada Himpunan RUU 355 lepas turut memuat naik dua foto kereta mewah yang digelarnya ‘kuda-kuda hitam’ di Facebook, 14 Januari lalu.

Namun, itu bukan kali pertama dia yang pernah tiga tahun ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terbabit dengan kumpulan Al-Maunah berbuat demikian kerana pada 17 Disember 2015 Mokhtar dikesan memuat naik gambar kereta Mercedes miliknya di media sosial tersebut.

-http://suarapakatandaily.com/ahli-politik-pas-hadiah-kereta-audi-q7-kepada-isteri-muda/




Read More...

Tegang: Duta Korea Utara Dakwa Polis Ugut Tembak Keluarga, Pukul Anak Suspek


Hubungan diplomatik Malaysia-Korea Utara kelihatan semakin tegang selepas pembunuhan Kim Jong-nam minggu lalu.

Hari ini, duta Korea Utara Kang Chol mendakwa polis negara ini mengancam anggota keluarga seorang rakyatnya dan memukul anaknya ketika menyerbu sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Pada sidang media di Kedutaan Korea Utara, Kang Chol membacakan kenyataan lima halamannya, yang antaranya menyebut:

“Malam Jumaat lalu, polis Malaysia berpakaian biasa menyerbu sebuah kondominium rakyat kami di Kuala Lumpur dan tanpa sebarang waran atau bukti secara paksa menahan serta mengumumkan mereka menahan perancang (kes Jong-nam) sebelum sebarang siasatan bermula.

“Mereka malah mengacukan pistol pada anggota keluarga dan mengancam nyawa mereka dan memukul anak remajanya di muka.

“Ini adalah pelanggaran hak asasi manusia yang hanya boleh dilihat dalam filem mafia Amerika Syarikat,” katanya.

Kenyataan keras itu dibuat selepas Wisma Putra mendedahkan mereka memanggil Kang Chol menjelaskan kenyataannya yang kelihatan menggambarkan Malaysia menyembunyikan sesuatu.

- malaysiakini








Read More...

Saturday 18 February 2017

Pegawai JAWI Didakwa Cekik Mangsa

JAWI pertahan diri, dakwa ikut SOP


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini mempertahankan diri berhubung dakwaan salah tangkap, kasar dan tidak beretika susulan saman terhadapnya hari ini.

"Sukacita dimaklumkan JAWI telah bertindak berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai ramai dan melaksanakan pemeriksaan berdasarkan kuasa yang diperuntukkan bawah undang-undang berkuat kuasa dan prosedur operasi standard yang ditetapkan," kata ketua pegawai penguat kuasa agamanya Wan Jaapar Wan Ahmad.

Menurutnya, pihak berkuasa agama itu juga sedia memberi kerjasama kepada mana-mana pihak berkenaan.

"Sehingga kini JAWI masih belum menerima sebarang saman seperti yang didakwa dalam berita tersebut," jelasnya.

Terdahulu, sepasang suami isteri hari ini dilapor memfailkan saman terhadap JAWI dan kerajaan Malaysia susulan penahanan mereka dalam satu operasi khalwat bulan lepas, walaupun telah berkahwin secara sah hampir tiga tahun lalu.

Mohd Ridhuan Giman, 34, dan isterinya Siti Sarah Maulad Abdullah, 26, serta ibu Ridhuan menamakan pegawai penguat kuasa Mohd Shiham Ramli, Mohamad Izehar Md Amin, ketua pegawai penguat kuasa agama JAWI, ketua pengarah JAWI, JAWI, Jabatan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Mereka mendakwa tujuh pegawai penguat kuasa lelaki dan seorang penguat kuasa wanita menyerbu hotel tersebut pada jam 1:30 pagi pada 8 Januari lepas.

Dalam permohonan saman mereka, Ridhuan mendakwa pegawai JAWI berkenaan didakwa menyerbu masuk ke bilik hotel walaupun isterinya, Siti Sarah meminta diberi peluang untuk memakai pakaian lengkap.

Lanjutan itu, berlaku pergelutan antara Ridhuan dan Shiham. Shiham didakwa mencekik Ridhuan sehingga menyebabkan kecederaan di leher.

Mereka mendakwa penahanan mereka tidak sah dan berlaku pelanggaran hak asasi. Pasangan itu turut menuntut ganti rugi am dan teladan serta kos bagi tindakan ini.





Read More...

Friday 17 February 2017

Hadi 'Halau' Mahfuz Keluar Dari PAS


MARANG –  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meninggalkan parti itu jika tidak berpuas hati dengan keputusan dibuat dalam parti daripada terus mengkritik dan menyerang Pas.

“Kalau orang Pas dia kena ikut cara Pas. Kalau dia tidak mahu ikut cara Pas dia kena keluar. Itu lebih baik.

"Saya sokong macam kenyataan (Naib Presiden Pas) Datuk Nik Amar (Nik Abdullah),” katanya ketika ditemui di Rusila di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, bukan hanya Mahfuz tetapi pemimpin dalam parti perlu meninggalkan Pas sekiranya mereka tidak lagi menyokong dasar yang telah ditetapkan dalam parti itu.

Dalam pada itu, beliau juga Ahli Parlimen Marang itu turut mengesahkan menerima aduan dari akar umbi malah Ahli Parlimen Pokok Sena itu bakal berdepan dengan tindakan disiplin ekoran kelantangannya dalam mengkritik parti itu.

“Kita menerima laporan daripada kawasan-kawasan masing-masing bukan (laporan) secara peribadi. Laporan kawasan sendiri... Pokok Sena, termasuk kawasan-kawasan lain juga pun hantar dan mereka tidak menyokong pimpinan yang begitu.

“Ahli-ahli Pas yang bekerja tidak mahu pemimpin mereka begitu…kalau dia ada maruah, ada (harga) diri dia perlu letak jawatan daripada parti termasuk juga wakil rakyat kerana rakyat pilih dia di atas nama Pas bukan atas nama batang tubuh dia.

“Biar dia letak (jawatan)…Kalau dia ada maruahlah,” katanya.

Bagaimanapun, pihaknya tidak akan mengambil tindakan hanya berdasarkan laporan media. 

“Kita cermat dan teliti dan tidak mengambil tindakan berdasarkan laporan media sahaja, mesti laporan dari kawasan daripada cawangan. Saya dimaklumkan laporan sudah dihantar kepada jawatankuasa disiplin, terpulang kepada jawatankuasa disiplin.

“Itu (nasib Mahfuz) terpulang kepada jawatankuasa disiplin, disiplin ini.. sama ada diberi amaran, diberi nasihat, di gantung ahli atau dipecat…Itu (keputusan) jawatankuasa disiplin,” katanya.








Read More...

Keputusan Tak Kerjasama Dengan BERSATU Muktamad - Hadi


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengulangi pendirian tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jika parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Katanya keputusan itu adalah muktamad selaras dengan garis panduan yang ditetapkan PAS sebelum ini.

"Terpulang kepada dia (PPBM) untuk bekerjasama dengan DAP atau PAN tetapi PAS ada garis panduan iaitu kita tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan kedua-dua parti tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, di Marang.

Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata parti itu akan mengadakan kerjasama dengan DAP susulan kenyataan Abdul Hadi yang PAS tidak akan bekerjasama dengan PPBM untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Abdul Hadi membuat kenyataan itu selepas Dr Mahathir berkata PPBM memberi tempoh sebulan untuk PAS membuat keputusan berhubung kerjasama kedua-dua parti tersebut.

Jawatankuasa Induk Bersama PPBM dan PAS sebelum ini pernah mengadakan pertemuan untuk membentuk kerjasama, persefahaman dan muafakat politik.

Sementara itu, mengulas tindakan Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang kerap mengkritik kepimpinan PAS, Abdul Hadi berkata tindakan disiplin akan dikenakan jika jawatankuasa disiplin parti mendapati Mahfuz bersalah.

"Saya dimaklumkan telah ada laporan yang dibuat ke atas beliau (Mahfuz) kepada jawatankuasa disiplin parti. Kita tunggu sahaja keputusannya nanti," katanya.

Abdul Hadi turut menasihati pemimpin dan anggota PAS yang tidak lagi sehaluan dengan perjuangan parti atau tidak dapat menerima dasar-dasar PAS agar keluar parti.

- Bernama






Read More...

Wednesday 15 February 2017

Populariti Azmin Di Selangor Meningkat 20%


Populariti Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di negeri itu melonjak kepada 62 peratus, menurut kaji selidik yang dijalankan oleh badan pemikir kerajaan negeri Selangor, Institut Darul Ehsan (IDE).

Ini berbanding dengan populariti beliau dalam satu tinjauan pada Ogos 2016, yang dicatatkan pada 58 peratus.

“Peningkatan ini merupakan satu petanda positif kepada kepimpinan beliau meneraju negeri Selangor untuk pilihanraya akan datang,” kata Timbalan Pengerusi IDE, Profesor Datuk Mohammad Redzuan Othman dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, peningkatan itu juga menunjukkan bahawa pendekatan mesra rakyat Selangor dan tindakan pro aktif Azmin bersama dengan kepimpinan negeri dalam menyelesaikan masalah-masalah rakyat amat berkesan dan efektif.

Beliau berkata kajian bertajuk "Survei Persepsi Rakyat Selangor 2017" itu menunjukkan bahawa sokongan kepada gabungan Pakatan di bawah kepimpinan menteri besar terus kukuh dan dijangka tidak menghadapi banyak masalah untuk mengekalkan kerajaan negeri sedia ada.

Pada masa yang sama, Redzuan berkata sokongan kepada BN di Selangor didapati semakin merosot dan amat terserlah ketidakpuasan hati rakyat dalam isu-isu berkaitan GST, kenaikan harga barang, penyelewengan, keyakinan kepimpinan dan rasuah.

Katanya, kaji selidik itu merangkumi pelbagai soalan mengenai pelbagai isu, termasuk seperti jika berlaku pertandingan dua atau tiga penjuru, pengaruh media sosial, persepsi rakyat terhadap parti-parti politik, pandangan terhadap isu-isu semasa, prestasi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT), pencapaian inisiatif-inisiatif kerajaan negeri dan sebagainya.

Kajian itu dijalankan antara 8 hingga 13 Februari, yang melibatkan 56 DUN di Selangor dan 2,018 responden.

Responden terdiri daripada pelbagai kaum melibatkan Melayu, Cina dan India serta terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan, tempat tinggal dan taraf pendidikan.









Read More...

Bukti Kenapa PAS Perlu Dilupakan


Saya ingin menjawab tuduhan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad menyebabkan kelemahan kuasa politik Islam.

Sepintas lalu, jika benar takkanlah negara-negara Islam Arab idola PAS hendak meminjam Mahathir sebagai perdana menteri mereka!

Namun saya kira ini hanyalah satu lagi sandiwara PAS bagi menghadapi pilihan raya.

Terdapat 88 kawasan parlimen di semenanjung yang majoriti pemilih Melayu melebihi 60 peratus, yang dikatakan sebagai kawasan pasti menang jika mendapat sokongan Melayu.

Di Kelantan ada 14 kerusi, Terengganu 8 kerusi, Kedah tiada (0) dan Perak 11 kerusi.

Jika majoriti orang Melayu Islam menyokong mengundi PAS, sudah tentulah parti itu mendapat sekurang-kurangnya 88 kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-13.

Tetapi PAS hanya menang 18 kerusi sahaja daripada 222 parlimen.

Pengakuan Hadi bahawa PAS hendak bertanding di 40 kerusi sahaja jelas membayangkan bukan untuk memerintah.

Hadi harus ingat apa yang berlaku di Putrajaya dalam pilihan raya umum lalu. Parlimen itu
mempunyai 6,608 pengundi sahaja semasa pilihan raya umum ke-12 dan meningkat kepada 15,791 pada PRU13.

Umum tahu bahawa PRU13 bukan di zaman Mahathir. Pertambahan 8,183 pengundi itu tidak ada kaitan dengan Mahathir.

Janganlah Hadi menyalahkan Mahathir kerana PAS (Datuk Husam Musa) kalah di Putrajaya pada PRU13.

Memang ketika itu PAS 'berlagak dan cakap besar' seolah-olah Putrajaya telah berada dalam tangan selepas culaan mendapati lebih 4,000 pengundi memberi komitmen untuk mengundi parti itu.

Empat ribu dari 6,000 memanglah telah majoriti, tetapi maklumat yang PAS tidak ada ialah jumlah pengundi adalah hampir 16,000 orang. PAS kalah sebab ego.

PAS juga meletakkan kesalahan kepada DAP sebagai punca perpecahan pembangkang. Ya, memang berpunca daripada DAP tetapi bukanlah atas sebab yang digembar-gemburkan oleh Hadi.

Punca sebenarnya adalah faktor hasad dengki kerana prestasi indeks prestasi utama (KPI) PRU13 PAS hanyalah 33.87 peratus, sedangkan KPI DAP adalah 85.71 peratus – yang paling tinggi, malah jauh melebihi KPI Umno/BN sebanyak 56.34 peratus.

Jika dilihat kepada faktor pertandingan dua, tiga atau empat penjuru, boleh dikatakan tidak ada perbezaan bagi PAS, sekitar 33 peratus.

Berbeza dengan DAP, pertembungan melibatkan lebih dari dua calon, malah sehingga empat penjuru, memberikan peratus kemenangan dari 77 hingga 90 peratus.

Ini membuka hipotesis bahawa pengundi PAS adalah komuniti tertutup dan telah tetap. Dan PAS boleh menjadi faktor pemecah undi Pakatan Harapan pada PRU14 nanti.

Itu menjadi alasan utama bagi PAS untuk bersekongkol dengan Umno/BN bagi mengalahkan Pakatan Harapan demi kesinambungan kedua-dua parti.

Ramai tahu, PAS tidak akan boleh hidup dalam HARAPAN kerana ideologi yang dibawanya. Lihatlah di Pulau Pinang dan Selangor.

Namun HARAPAN tidak perlu risau jika ditikam belakang oleh PAS. Jumlah semua undi yang diterima (DUN dan parlimen) bagi BN ialah 5,591,807, bukan BN (6,784,671), DAP (2,970,050), PAS (1,912,557), PKR (1,896,784) dan STAR (5,350).

Jika berdasarkan 33 peratus kemenangan PAS, hanya 631,143 sahaja undi tetap PAS, hanya 5 peratus sahaja daripada 12,376,478 undi.

Jumlah 5 peratus undi tetap PAS bukanlah faktor penentu kemenangan HARAPAN sebagaimana dakwaan PAS.

HARAPAN boleh melupakan terus PAS dan menumpukan usaha kepada perancangan strategik mereka.

Bagi 14 kawasan majoriti Cina yang ditandingi PAS, hanya dua calon sahaya yang berjaya, iaitu Iskandar Abd Samad (Chempaka) dan Abdullah Husin (Puteri Wangsa).

Rasanya tidak perlulah DAP hendak berlembut menagih kerjasama PAS.

ABDUL HAMID YEOP ZAINUDDIN seorang penganalisis bebas.

Artikel ini pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.




Read More...

Tuesday 14 February 2017

PAS Hanya Berani Lapor Husam Tetapi Tidak 1MDB


ADUN Salor, Datuk Husam Musa mempersoalkan tindakan Pemuda PAS yang membuat laporan polis di banyak balai di seluruh negara ke atas saya, tetapi gagal melaporkan penyelewengan wang negara yang merugikan rakyat seperti 1MDB.

Dalam satu kenyataan, katanya, beliau tidak nampak rasionalnya membuat lebih dari satu laporan polis.

Husam pada satu ucapannya, baru-baru ini mendakwa PAS menerima dana berjumlah RM90 juta daripada Umno.

“Saya berpendapat, kebenaran tidak boleh ditegakkan hanya dengan membanyakkan laporan polis.

“Ia hanya menunjukkan politik pra matang, ragu, mengada-ngada dan politik meriam buluh dan bom asap.

“Akan tiba masanya, perbuatan buruk menjelma dan terserlah,” katanya.

Dalam nada menyindir, bekas naib presiden PAS itu bekata, alang-alang ke balai polis, kes-kes salah guna dan penyelewengan wang negara seperti 1MDB patut juga dilaporkan.

“Jika tidak, ia akan menimbulkan pertanyaan sejauh mana Pemuda PAS mengambil berat nasib rakyat dan negara lebih dari mereka dan parti mereka semata-mata,” katanya.

Hari ini, Pemuda PAS di beberapa lokasi, termasuk di Wilayah Persekutuan dan Kelantan membuat laporan polis ke atas bekas pemimpin mereka itu.

Tangguh saman

Bagaimanapun Ketua Pemuda PAS Wilayah Khairil Nizam Khirudin (bawah, kiri) berkata PAS memfokuskan terhadap laporan polis terlebih dahulu berbanding saman yang pernah dinyatakan sebelum ini setelah mendapat pandangan dari pihak peguam.

“Saya rasa kita sedang melihat guaman sama ada boleh saman atau tidak bergantung kepada undang-undang.

"Kita tengok dulu bacaan peguam PAS dan mengikut pandangan mereka lebih baik kita lakukan laporan polis (terlebih dahulu),” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Husam di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Husam pada ceramahnya mendakwa ada dana bernilai RM90 juta disalurkan melalui akaun di Affin Bank kepada PAS. Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

Rakaman singkat video ucapan Husam itu tersebar di media sosial dan dimuat naik di YouTube.

Husam membayangkan untuk mendedahkan lebih banyak butiran mengenai isu berkenaan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Isu RM90 juta mula dibangkitkan oleh portalSarawak Report pada Ogos tahun lalu. Berikutan dakwaan itu PAS menyatakan mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web berkenaan.




Read More...

Jamal Dan Pengikut Bawa Keranda Ke SUK Selangor


SHAH ALAM - Jika sebelum ini bawa katil, kini 15 van jenazah pula diusung Gabungan NGO Melayu Malaysia untuk menggegarkan pintu masuk Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor.

Pengerusinya, Datuk Seri Jamal Yunos dilihat memandu salah satu van jenazah tersebut dengan mengenakan pakaian seperti penggali kubur dan kemudiannya mengusung jenazah pada jam 11 pagi tadi.

Tindakan tersebut bertujuan mempertikaikan dari manakah sumber Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) berjumlah RM200 juta diperolehi, berapa jumlah yang telah disalurkan sejak ia ditubuhkan dan kaedah yang digunakan.

Namun ketika membuat kenyataan media, tindakan Jamal itu dihentikan oleh sekumpulan 50 lelaki yang mendakwa mewakili rakyat, melaungkan "Siapa penyamun? Malaysia dah muak dengan Jamal!" dan mendesak Jamal menghentikan tindakannya serta-merta.

Situasi tersebut menjadi semakin tegang dan kecoh menyebabkan beberapa anggota polis yang berada di lokasi, bertindak menghentikan kekecohan tersebut bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.




Read More...

Cadang Heret Husam Ke Mahkamah Boleh Jatuhkan Hadi Awang


ISU PANAS

Isu yang menggelegak ketika ini ialah pengakuan Husam Musa yang dia ada maklumat kononnya berlaku pengaliran wang kepada parti agama (Pas) menerusi Afinbank. Kenyataan beliau dalam ceramah di Selising Pasir Puteh itu menjadi kejutan kepada umum dan lebih-lebih lagi kepada Pas sendiri. Pendedahan Husam itu membuka dimensi baharu perkembangan yang ketika ini "masam" buat parti itu.

Pendedahan Adun Salor yang juga Penasihat Amanah Kelantan secara sambil lewa itu juga dilihat muqadimah dan pancingan awal kepada Pas sebelum beliau membongkar rahsia-rahsia lebih besar secara berterusan dalam Pas. Ia juga boleh difahami yang Husam ada menyimpan rahsia Pas bukan sahaja dalam poket seperti Nik Amal Nik Abdullah tetapi dalam gedung besar?

Ekoran pendedahan Husam itu yakni dakwaan web Sarawak Reportmengatakan Pas menerima RM90 juta daripada pihak Umno yang mulanya dianggap sebagai dongeng, tetapi kini telah menukar tanggapan umum serta menyebabkan orang ramai kian mempercaya dakwaan itu, bahawa pendedahan itu benar. Kelewatan Pas untuk menyaman laman web berkenaan, dengan memberi berbagai alasan dan dolak dalik menyebabkan minda orang ramai berasakan apa yang Husam dedah itu benar.

Bukan itu sahaja, ia juga diukur kepada sikap dan stail Husam yang bercakap dengan fakta dan bukti. Husam tidak pernah bercakap kosong dan dia sangat berhati-hati sebelum mengeluarkan apa-apa ulasan dan singgungan.

Husam sebelum ini banyak mendedahkan keburukan dan penyelewengan politik (Kerajaan) Kelantan yang mulanya dianggap sebagai rekayasa tetapi akhirnya dikeluarkan bukti satu demi satu menjadikan orang terperagah. Gara-gara Husam menyebabkan kerajaan Kelantan menjadi hilang akal sehinggakan tindakan memburuk peribadi Husam berleluasa. Terbaharu anjuran ceramah bertajuk "Husam Lari Dari Debat Bai'ah" adalah projek kerbau air budak-budak Pas Kelantan.

Exco jubah labuh menjadi penceramah utamanya. 

Apa yang saya bimbang sebelum ini yang mengharap sangat agar Husam dipelihara dalam Pas untuk tidak merosakkan Pas sudah menjadi kenyataan. Selepas dipecat Husam terus mencari penawar dalam mengubati lukasakitnya atas tindakan rakus Pas memecatnya. Kesan kini sudah dirasai Pas Kelantan. Seorang pemimpin Pas Kelantan yang ada kini terkial-kial untuk menentang Husam.


Begitu juga dengan dakwaan beliau itu kononnya ada menerima maklumat dari Afinbank alirkan wang kepada pemimpin Pas. Kalau beliau tidak dibekalkan maklumat berkenaan, tidak mungkin beliau berani menyebutnya. Cara Husam dedahkan isu tersebut dilihat pancingan untuk mengheret Pas ke dalam masalah lebih besar.

Dan ia juga memberi bebanan baharu kepada orang memberi maklumat. Saya yakin Husam ada dokumen berkenaan yang disimpan dan akan dijadikan bukti di mahkamah yang kemudian memaksa Pas, terutamanya presidennya mengesahkannya. Sebab itu apabila Tuan Ibrahim mengeluarkan kenyataan untuk menyamannya Husam cepat menyambut cadangan itu agar ia diteruskan. 

Orang yang sangat terkejut dengan pengakuan Husam itu ialah Tuan Ibrahim Tuan Man. Menghairankan, macam mana beliau terkejut dengan pendedahan Husam itu sedang dia adalah orang nombor dua Pas? Mungkin Tuan Ibrahim benar-benar tidak mengetahui apa yang berlaku dalam partinya dan apa yang dimainkan oleh pemimpinnya. Perbuatan khalwat kemudian dilangsungkan dengan sanggama tanpa ijab kabul tidak diketahuinya. Sebab itulah Husam tempelak Tuan Ibrahim yang hendak samannya sebagai tidak mengetahui hujung pangkal.

Bukan sahaja hujung pangkal tidak diketahui Ibrahim, tetapi tengah-tengah yang diketahuinya menjadikan timbalan presiden itu konfius dan sebab itulah dia dilihat tidak sehaluan dengan bosnya Hadi Awang. Sudah kerap berlaku percanggahan di antara keduanya dalam memberi pandangan politik.  Memang teruk dan kesian kepada orang yang hendak bercakap tetapi tidak tahu hujung pangkal kerana percakapannya akan menjadi sumbang kemudian akan diketawakan orang. 

Sepatutnya sebelum cadang hendak heret Husam ke mahkamah Tuan Ibrahim selidiki dahulu perkara berkenaan. Ataupun apakah itu sebagai tektik. Cara Tuan Ibrahim untuk memberi jawaban kepada dirinya sendiri. Apabila Husam diheret ke mahkamah maka terjawab apa-apa yang misteri yang mengusut dalam kepalanya. Barang kali begitu. Kerana kata Husam tindakan Tuan Ibrahim menyamannya itu boleh menerbitkan sebuah kebenaran? Jadi Husam cukup seronok. 

Sekiranya Husam berjaya membawa bukti apa yang dituduh itu ia memberi kesan buruk kepada Pas dan presidennya. Hadi perlu bertanggungjawab dan wajib meletakkan jawatan selepas ini. Pembuktian itu nanti akan menghilangkan kepercayaan umum kepada Pas. Apa yang bakal berlaku nanti, sekiranya Tuan Ibrahim tidak terlibat ia menguntungkan anak saudara Tuan Sabariah Tuan Ishak itu. 

Dari sudut itu cadangan Tuan Ibrahim itu ada motif lain. Beliau bukan sangat untuk menyeksa Husam tetapi mahu menggunakan Husam memberi jawaban kepada persoalan yang berlabuh dalam kepalanya. Saya yakin soal wang RM90 juta tiada dalam pengetahuan Tuan Ibrahim dan beliau tidak terlibat maka beliau menggunakan Husam yang cerdik itu menyelesaikan kebuntuannya.

Selain daripada itu yang diharap Tuan Ibrahim saya nampak tindakan segera beliau ke ats Husam itu untuk mendapat sedikit markah dalam politik. Mungkin Tuan Ibrahim mahu melihat dia sebagai hero parti yang kini sedang diancam masalah sehingga memburukkan Pas. Kenapa Tuan Ibrahim perlu menunjukkan dirinya hero kerana dia sudah berbau bahawa ada gerakan untuk menyingkirkanya dari kedudukan sekarang dalam muktamar pada pertengahan tahun ini.

Apabila beliau menjadi hero sudah pasti perwakilan akan bersimpati dan berada di sebelahnya. Dalam kata lain Tuan Ibrahim menjadikan Husam sebagai alat atau umpan untuk menarik sokongan ahli Pas kepadanya. Satu hal tidak dapat nafikan ada gerakan dalam Pas untuk menyingkirkan Tuan Ibrahim dari kedudukannya kini. Alasan kenapa timbalan presiden itu perlu disingkirkan ialah kerana beliau tidak berkelulusan Timur Tengah di mana politik wala'nya tidak setaksub pemimpin berkelulusan Timur Tengah atau India. 

Penyingkiran Tuan Ibrahim dan beberapa pemimpin bukan lulusan Timur Tengah lain juga sebagai pemnbersihan "habis licin" para pemimpin profesional yang ada dalam Pas. Tindakan ini untuk memudahkan Pas menuju ke arah "diktator agama" sepenuhnya.  

Cuma apa yang hendak saya sebutkan di sini, membawa Husam ke mahkamah Pas tidak akan laba banyak termasuk kepada Tuan Ibrahim sendiri. Sebalik ia membahayakan Pas dan merugikan Pas. Kenapa saya berkata begitu kerana apabila berlaku perbicaraan banyak perkara-perkara buruk yang sebelum ini ditusuk dalam kilas akan terlodeh keluar.

Bila dibawa ke mahkamh Husam akan menggunakan apa sahaja kesempatan yang ada. Segala maklumat dan pengalaman yang dilaluinya bersama Pas dan terrahsia selama ini akan terkeluar. Ia nanti bukan sahaja berkisar kepda wang yang dialirkan menerusi Afinbak tersebut, tetapi lain-lain sumber juga. Penyelewengan yang berlaku di Kelantan misalnya; pemimpin dan Exco mana terima wang tumbuk rusuk, yang ambil duit pendahuluan dengan taukeh lombong dan balak akan terdedah.

Macam mana dan siapa yang memberi peruntukan untuk mengadakan Muktamar pada tahun 2008 bagi membantu projek pembersihan ethnik (ethnic cleansing) dalam Pas dalam tahun 2014 juga akan turut sama terdedah. Segala dokumen dan resit-resit bayaran bilik-bilik hotel atau jamuan makan akan terburai. 

Cerita anak dan menantu siapa ke Aurstalia untuk mengundang taukeh emas di negara itu ke Kelantan dengan menggunakan wang PKINK, pergi bersama bekas CEOnya juga akan diceritakan. Adun Kok Lanas Alwi Che Amat pernah menceritakan hal ini kepada saya. Berapa banyak seorang wakil rakyat mendapat manfaat daripada seorang taukeh lombong dari Pahang untuk membiayai majlis di sepanjang Ramdahan dalam kawasannya juga akan terbongkar. 

Begitu juga macam mana seoranglawyer Pas yang menjadi konsultan untuk mendapatkan tanah kepada sebuah syarikat telah mengambil RM4 juta dan disimpankan dalam firma kawannya juga akan "tubik" dalam mahkamah nanti. Cerita macam mana syarikat yang bagi wang RM4 juta tetapi gagal memiliki tanah atau kawasan balak dijanjikan akan keluar.

Demikian juga kisah-kisah pembelian dan penjualan tanah di Rantau Panjang oleh pemimpin Pas Kelantan dan Pusat bernilai RM23 juta yang kini jadi pertikaian disebabkan pembahagian saham tidak adil turut sama keluar dalam mahkamah nanti.

Ah, banyak lagi kalau hendak disebut satu persatu tidak cukup ruang atau habis dalam masa satu hari ini mengenai skandal ataupun keburukan para pemimpin Pas berkaitan dengan duit. Semua cerita itu nanti akan terkeluar dalam masa perbicaraan nanti.Pendeknya Umno boleh riba tangan untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Mengenai dakwaan Pas terbabit dengan wang RM90 juta seperit mana dakwaan Sabah Report itu, Abdul Hadi tidak perlu pun menerima wang jutaan ringgit, tetapi cukup menerima ratusan ringgit sahaja ia sudah menjadi bukti atas apa yang dituduh itu. Yang pentingnya Husam tidak menyebut berapa jumlah tetapi menyebut pembabitan Pas. Soal siapa terlibat juga tidak spesifik, jadi kalau ia membabitkan sesiapa individu menjadi ahli Pas walaupun seorang sudah cukup apa yang dinyatakan itu.

Apa yang berlaku dan natijah dari itu nanti menyebabkan Abdul Hadi kena ambil tanggungjawab melepaskan jawatan. Itulah yang Tuan Ibrahim inginkan dan tindakan ini dilihat untuk menyelamatkan Pas dengan menjadikan Husam sebagai kambing hitam.

Sebab itu bagi saya cadangan Tuan Ibrahim itu bagus dan perlu disegerakan. Jangan pula selepas ini cadangan itu dihayutkan begitu sahaja. Hadi tidak perlu mencari alasan atau muslihat untuk tidak membawa Husam ke mahkamah. Bukti bahawa Pas tidak terima RM90 juta seperti disebut oleh Mursyidul Am Pas itu tertolak sama sekali sebab alasan itu sama cerdik dengan alasan diberikan Hadi, konon Husam buat kenyataan itu mengharap dia disaman untuk mengelakkan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya.

Pagi tadi saya minum dengan seorang lawyer dia menyentuh kenyataan Hadi itu terhadap Husam. Katanya macam mana Hadi hendak jadi Perdana Menteri, beza antara tindakan kes jenayah dengan sivil pun tidak tahu. Kalau dia jadi PM nanti tentu kelam kabut negara ini dibuatnya. 

Jadi untuk selamatkan Pas dari terus "dikelautkan" oleh Hadi Awang, cadangan saman Husam itu perlu disegerakan. Mudah-mudahan Tuan Ibrahim dapat membaiki Pas serta selamatkan Pas dari ditelan naga bernama Najib. Tindakan Tuan Ibrahim kali ini saya fikir ada sedikit kecerdikan walaupun dia menggunakan pihak kedua dalam mencapai matlamat politiknya.Pandai juga bekas panel forum perdana ini berpolitik. [wm.kl.3:13 pm 13/02/17] - mso




Read More...

Monday 13 February 2017

Hadi Awang Buat Lawak Bodoh

Kenyataan Hadi Awang melucukan, kata Husam


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa menyifatkan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai melucukan.

Ini kerana, kata Husam, beliau belum pernah mendengar mana-mana pihak yang kalah dalam saman sivil tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya umum (PRU).

“Kenyataan Hadi sangat melucukan. Saya tak pernah dengar orang yang kalah dalam sivil kes di mahkamah tidak dapat bertanding pilihan raya,” katanya kepadaMalaysiakini.

Malah, kata Husam lagi, Hadi seolah-olah membuat kesimpulan beliau telah kalah dalam kes tersebut.

“Oleh kerana kes ini tidak dibawa ke mahkamah atau belum dibawa ke mahkamah, kita tidak tahu siapa yang akan menang atau kalah, jadi macam mana dia boleh boleh buat kesimpulan saya yang akan kalah kes,” katanya.

Husam berkata demikian mengulas kenyataan Abdul Hadi sebelum ini bahawa beliau sengaja tidak mahu bertanding dalam PRU14 dengan mendakwa PAS menerima dana sebanyak RM90 juta.

Ia kerana, kata Abdul Hadi, sekiranya perkara itu dibawa ke mahkamah danmendapati Husam kalahkerana berbohong menyebabkan beliau tidak layak untuk bertanding dalam PRU14.

Abdul Hadi turut menyifatkan tindakan Husam membangkitkan isu berkenaan hanyalah helah untuk tidak mahu bertanding PRU.

Mengulas lanjut, Husam berkata, Abdul Hadi seharusnya menggunakan satu perkataan sahaja kerana kenyataannya sebelum ini sukar difahami.

Husam turut meminta Abdul Hadi menyatakan pendiriannya untuk meneruskan saman tersebut atau tidak.

“Pemimpin besar macam Ustaz Hadi sebagai Presiden PAS sepatutnya guna satu perkataan sahaja atau dalam bahasa Arab, kalam wahid bukan dua perkataan yang tidak dapat dibaca maksud sebenar.

“Oleh kerana itu dia perlu tegaskan nak teruskan saman ataupun langsung tidak menyaman saya,” katanya.

Sebelum ini, Husam dalam ceramahnya di pentas Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa, beliau mempunyai butiran berkaitan dana RM90 juta yang didakwa ada kaitan dengan PAS.

Kata Husam, dana berkenaan disalurkan ke akaun di Affin Bank.

Beliau yang dipecat daripada PAS pada Mei tahun lalu atas dakwaan melanggar disiplin membayangkan butiran mengenai dana itu akan muncul menjelang pilihan raya umum akan datang.

Jumaat lalu, Tuan Ibrahim berkata PAS menganggap kenyataan Husam mengenai dana itu adalah rantaian daripada fitnah dibuat laman web Sarawak Reportsebelum ini.



Read More...

Sunday 12 February 2017

VIDEO: KESIAN HADI AWANG, LAIN DITANYA LAIN DIJAWAB...



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi berkata Datuk Husam Musa sengaja tidak mahu bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang berikutan kenyataan dibuat berkaitan dana RM90 juta.

“Saya rasa dia tak mahu tanding PRU akan datang. (Jadi) dia buat begitulah

“Kalau bawa mahkamah benda bohong, (bila) kalah (dan) tak boleh tanding dalam PRU. (Kalau) tak nak tanding beritahu senang lah,” katanya.

Hadi berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kebajikan PAS di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Hadi mengulas mengenai kenyataan Husam mengenai dana itu dan tindakan PAS yang ingin menyaman ADUN Salor itu.

Hadi turut menyifatkan tindakan Husam membangkitkan isu berkenaan hanyalah helah untuk tidak mahu bertanding PRU.

“Saya tahu taktik dia tak nak tanding PRU,” katanya.

Sebelum ini Husam dalam ceramahnya di pentas Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa, beliau mempunyai butiran berkaitan dana RM90 juta yang didakwa ada kaitan dengan PAS.

Kata Husam, dana berkenaan disalurkan ke akaun di Affin Bank.



Read More...

Sunday 5 February 2017

Nik Amar Meroyan, Gesa BERSATU Tinggalkan PAKATAN


Untuk memastikan kekuatan pembangkang kukuh menghadapi BN pada pilihan raya umum akan datang, PAS mempunyai 'formula' tersendiri.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, kekuatan gabungan pembangkang akan meningkat sekali ganda jika PKR dan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) meninggalkan Pakatan Harapan (HARAPAN) serta menyertai blok ketiga yang dianggotai partinya.

Kata Mohd Amar, sekiranya perkara itu berlaku, peluang untuk menumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan lebih terbuka, lapor Sinar Harian.

“Jika dua parti itu bersama dalam blok ketiga (Gagasan Sejahtera) yang diterokai PAS ketika ini, kekuatan pembangkang akan meningkat berkali ganda berbanding Pakatan Harapan.

“Saya lebih suka mana-mana pembangkang kecuali DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) untuk lebih serius jalin kerjasama dalam Gagasan Sejahtera yang turut disertai IKATAN, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti kecil lain,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Ketika ditanya mengenai kerjasama antara PAS dan BERSATU selepas mengadakan pertemuan, Mohd Amar berkata sehingga kini masih belum ada keputusan dibuat antara kedua parti itu.

“Kita belum buat keputusan rasmi. Pertemuan sebelum ini lebih kepada perbincangan bagi memberikan pandangan dan cadangan, jadi keputusan sama ada kerjasama atau tidak ia akan dinilai oleh PAS Pusat kemudian (dibawa ke) majlis syura ulama.

“Memang semua orang akan suka jika ada kerjasama, tetapi kita ada penilaian sendiri tidak boleh ikut orang sebab kalau ikut, ada yang suruh PAS masuk Pakatan Harapan dan berbaik dengan DAP. Tetapi kita ada pendirian,” beliau dilaporkan sebagai berkata.






Read More...

Saturday 4 February 2017

BN Yakin Tawan Kelantan Pada PRU14



KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) yakin memperolehi sekurang-kurangnya 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekaligus menamatkan penguasaan 27 tahun Pas di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bendahari UMNO negeri, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, keyakinan tersebut berdasarkan kesungguhan serta kerja kuat parti itu membantu rakyat selain dibantu perpecahan pembangkang.

"Bukan setakat 12 kerusi, mungkin akan bertambah dan membentuk kerajaan. Faktor dimana UMNO yang tidak pernah berhenti bekerja untuk rakyat selain mempunyai jentera kukuh dilihat mampu memberi kelebihan kepada parti itu menang pada PRU-14," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan khas serta pengumuman jentera BN Kota Bharu di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Rosmadi Ismail; Ketua MCA Bahagian itu, Tan Ken Ten dan seluruh kepimpinan komponen BN Kota Bharu.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Fatmi yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu berkata, BN mampu merampas kembali Parlimen Kota Bharu pada PRU-14 meskipun kawasan tersebut dianggap sebagai kubu kuat Pas.

"Hari ini, kita lihat BN Kota Bharu menunjukkan solidariti serta semangat perpaduan yang cukup kuat dalam kalangan parti-parti komponen sekaligus berjaya membentuk kekuatan dalam menghadapi pilihan raya," katanya. - Utusan Malaysia






Read More...

Friday 3 February 2017

Jamal Ditahan Reman 5 Hari


Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan reman selama lima hari bermula hari ini.

Beliau ditahan semalam berkaitan serbuannya terhadap premis yang didakwanya sebagai sarang perjudian di Taman Kosas, Ampang pada 29 Disember lalu.

Perintah tahanan reman selama lima hari itu dibuat oleh majistret Mohd Firdaus Saidina Ali, akan berakhir Selasa depan.

"Tauke judi kebal," jerit Jamal ketika melangkah keluar dari mahkamah majistret Ampang, hari ini.

Kira-kira 15 penyokong beliau turut hadir dan menunggu di luar bilik mahkamah sepanjang prosiding reman.

Peguam Jamal, Zamri Idrus, berkata reman itu dilakukan kerana polis memerlukan masa untuk melengkapkan kertas siasatan mereka.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan.

Mereka yang didapati bersalah di bawah Seksyen 395 boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Serbuan Jamal ke pusat perjudian yang dikatakan itu adalah sebahagian daripada kempen beliau untuk menyerlahkan kegagalan kerajaan negeri Selangor dalam membendung aktiviti haram.

Beliau diberi amaran oleh pihak berkuasa dan polis supaya tidak meletakkan undang-undang di tangan sendiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat kemudian berkata premis yang dikatakan pusat perjudian itu memiliki lesen sebagai pusat hiburan keluarga dan mendapat permit dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).





Read More...

Video Jamal Dan Pengikut Lakukan Jenayah Cabul Dan Samun

Rakaman CCTV Jamal Yunos dan pengikut buat jenayah samun dan cabul

TINDAKAN pihak Polis menangkap Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos didakwa terlibat dalam jenayah samun berkumpulan menimbulkan tanda tanya, apakah sebenarnya yang dilakukan oleh Jamal Jamban dan pengikutnya ketika kononnya membuat serbuan terhadap premis judi pada 29 Disember tahun lalu.

Jamal Jamban ketika ditahan polis petang tadi cuba membayangkan kononnya pihak polis bersekongkol dengan tauke premis judi untuk menangkapnya.

"Premis judi masih beroperasi, kita pula yang ditangkap," keluh Jamal Jamban ketika dibawa masuk ke dalam kereta polis petang tadi sebelum dibawa ke Balai Polis Ampang.

Tentu anda masih ingat sebelum ini bagaimana Jamal Jamban bersama berpuluh-puluh pengikutnya dilapor menyerbu tempat yang dikatakan premis judi di Ampang Selangor.

Jamal hadir membawa plakad gambar MB Selangor, Azmin Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan.


Namun bukti rakaman CCTV menunjukkan, bukan sahaja jenayah samun berkumpulan dilakukan oleh Jamal Jamban dan pengikut-pengikutnya, malah ada bukti rakaman CCTV bagaimana pengikut Jamal Jamban turut melakukan jenayah cabul terhadap seorang wanitadalam premis tersebut.


Sila lihat rakaman video berikut, lihat bagaimana pengikut Jamal Jamban telah bertindak mencabul salah seorang wanita dalam premis. Salah seorang pengikut Jamal turut membawa plakad gambar MB Selangor dalam kejadian itu.


Rakaman CCTV di bawah pula bagaimana pengikut Jamal melakukan jenayah samun terhadap pengunjung premis tersebut. Dalam video kelihatan salah seorang pengunjung lelaki dipaksa atau diugut oleh pengikut Jamal Jamban untuk menyerahkan barang berharga



Read more: http://www.milosuam.net/2017/02/rakaman-cctv-jamal-yunos-dan-pengikut.html#ixzz4XXjg5w4j

- Dipetik dari blog milosuam





Read More...

Thursday 2 February 2017

Ceroboh Pusat Hiburan: Polis Tangkap Jamal


AMPANG - Pengerusi Gerakan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan polis di kediamannya di sini, petang tadi.

Memetik laporan media tempatan, Jamal kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan lanjut berhubung tindakan beliau dan kumpulan 'baju merah' yang didakwa menceroboh masuk pusat judi di Ampang baru-baru ini.


Pagi tadi Sinar Online melaporkan kediaman Jamal dikepung oleh pihak polis.

Jamal ketika dihubungi berkata, lapan pegawai polis sedang menunggunya di luar pintu pagar.

"Rumah saya dikepung, saya sudah beritahu saya akan datang ke balai dalam pukul tiga tetapi mereka ini tidak sabar-sabar hendak tangkap saya.

"Ada dua buah kereta polis kini, nanti saya maklum semula," katanya.

Cubaan Sinar Online menghubungi Jamal petang ini bagaimanapun gagal. Talian telefon bimbit beliau telah dimatikan.



Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP