Friday 3 February 2017

Jamal Ditahan Reman 5 Hari


Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan reman selama lima hari bermula hari ini.

Beliau ditahan semalam berkaitan serbuannya terhadap premis yang didakwanya sebagai sarang perjudian di Taman Kosas, Ampang pada 29 Disember lalu.

Perintah tahanan reman selama lima hari itu dibuat oleh majistret Mohd Firdaus Saidina Ali, akan berakhir Selasa depan.

"Tauke judi kebal," jerit Jamal ketika melangkah keluar dari mahkamah majistret Ampang, hari ini.

Kira-kira 15 penyokong beliau turut hadir dan menunggu di luar bilik mahkamah sepanjang prosiding reman.

Peguam Jamal, Zamri Idrus, berkata reman itu dilakukan kerana polis memerlukan masa untuk melengkapkan kertas siasatan mereka.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan.

Mereka yang didapati bersalah di bawah Seksyen 395 boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Serbuan Jamal ke pusat perjudian yang dikatakan itu adalah sebahagian daripada kempen beliau untuk menyerlahkan kegagalan kerajaan negeri Selangor dalam membendung aktiviti haram.

Beliau diberi amaran oleh pihak berkuasa dan polis supaya tidak meletakkan undang-undang di tangan sendiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat kemudian berkata premis yang dikatakan pusat perjudian itu memiliki lesen sebagai pusat hiburan keluarga dan mendapat permit dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).





PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP