Saturday 25 February 2017

PAKATAN Selangor Siap Bahagi Kerusi Dan Tiada Kerusi Untuk PAS

Pakatan Selangor Dah Bahagi Kerusi PRU14: 18 PKR, 15 DAP, 14 PAN, 9 PPBM, 0 PAS


KUALA LUMPUR: Pakatan Selangor dilaporkan telah membuat keputusan berhubung pembahagian yang akan ditandingi di bawah payung Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Portal BNBBC.my memetik sumber dalaman berkata, pembahagian tersebut antara parti komponen Pakatan Harapan PKR, DAP, PAN dan PPBM sementara tiada peruntukan kepada parti PAS.

Keputusan mengecualikan PAS itu kata sumber berkenaan adalah ekoran PAS masih bermain tarik-tali samaada akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan menentang Barisan Nasional (BN) pada PRU14 nanti.

Hal ini ekoran PAS bertegas untuk tidak menjalin hubungan bersama PAN dan DAP sepertimana kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Penasihat PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

“Terpulang kepada dia (PPBM) untuk bekerjasama dengan DAP atau Amanah tetapi PAS ada garis panduan iaitu kita tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan kedua-dua parti tersebut,” kata Ahli Parlimen Marang itu.

BACA: Hadi Awang Ulang Suara: "Tiada Kerjasama Dengan Parti Mahathir!"

Menurut BNBBC, peruntukan kerusi mengikut parti Pakatan Harapan adalah 18 kerusi akan dipertandingkan PKR sementara DAP, PAN dan PPBM masing-masing diperuntukkan 15, 14 dan 9 kerusi DUN.

Maklumat yang disampaikan ini jelas menunjukkan PAS tidak akan berganding bersama Pakatan Harapan sekaligus membuktikan PKR tidak lagi berminat untuk bersama PAS.

Lantas, PRU14 ini akan menyaksikan sekurang-kurangnya 15 pertembungan tiga penjuru ekoran PAS sebelum ini menegaskan akan tetap bertanding disemua kerusi yang ditandingi mereka pada PRU13.

Pada PRU13, PAS memenangi 15 kerusi DUN dibawah payung Pakatan Rakyat, jumlah sama dimenangi DAP, sementara PKR cuma memiliki 13 kerusi dan 12 kerusi dimenangi BN.

Walaubagaimanapun, selepas konflik yang berlaku pasca PRU13, dua ADUN PAS keluar parti dan menyertai PAN menjadikan kerusi PAS berkurang kepada 13.

- Malaysian Digest



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP