Thursday 23 February 2017

Sultan Tegur Jamal Salahguna Kereta Jenazah


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berkenan kenderaan jenazah disalah gunakan dengan disewa untuk membuat demonstrasi.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani, baginda bertitah kenderaan berkenaan adalah untuk membawa urusan jenazah sahaja.

“Adalah saya dengan hormatnya menyampaikan titah DYMM Sultan Selangor kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Masjid atau Ahli majlis Jawatankuasa Kariah yang bertanggung jawab dengan kenderaan jenazah di seluruh Selangor ini, supaya menjaga dengan baik kenderaan jenazah di bawah seliaan mereka dan memanfaatkan kenderaan jenazah untuk urusan membawa jenazah sahaja.

“Baginda tidak berkenan kenderaan jenazah tersebut disalah gunakan selain daripada urusan membawa jenazah seperti disewa untuk membuat demonstrasi atau kegunaan lain yang tidak kena mengena dengan urusan pengendalian jenazah,” katanya.

Persendakan kereta jenazah

Sultan Sharafuddin bertitah, tindakan itu hanya akan memperlihatkan bahawa umat Islam mempersendakan penggunaan kereta jenazah yang tidak sepatut dilakukan.

Sehubungan itu, baginda mahu pihak yang menyelia dan mengawal kenderaan jenazah mengambil maklum dan mematuhi titahnya.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama atau individu, adalah jelas kenyataan baginda ditujukan kepada tindakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos yang membawa 15 van jenazah ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam pada 14 Februari lalu.

Jamal turut membawa keranda dan berpakaian seperti penggali kubur dan mempertikaikan beberapa program negeri, termasuk Skim Mesra Usia Emas dan Wang Khairat Kematian Negeri Selangor.

Menurut portal Selangorkini, pemandu van jenazah berkenaan dimaklumkan pihak Jamal bahawa kononnya satu sesi pengambaran akan dibuat di hadapan bangunan SUK tanpa didedahkan sebarang butiran lanjut.

Pemandu-pemandu cuma diberitahu mereka akan dibayar pada kadar RM300 seorang,

Jamal ketika dihubungiMalaysiakini, berkata hanya beliau sahaja yang tahu perkara sebenar dan tidak peduli dengan apa yang diperkatakan terhadapnya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omarmempertahankan gimik itu yang katanya, bersesuaian dengan dakwaan penyelewengan dana peruntukan kerajaan negeri Selangor yang dibawa oleh Jamal.

Katanya, tindakan membawa van jenazah berkenaan adalah semata-mata mahu menuntut penjelasan daripada Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula turut melahirkan rasa kesaldengan tindakan pemimpin Umno itu yang “mengeksploitasi” aset masjid untuk tujuan demonstrasi.

Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim berkata, tindakan Jamal bersama penyokongnya telah mencemarkan kemuliaan institusi masjid.






PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP