Wednesday 1 March 2017

PAS Akan Hilang 8 Kerusi DUN Di Selangor


PAS Selangor dilaporkan dalam keadaan goyah berikutan keputusan parti itu yang enggan bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut analisis oleh akhbar harian Cina, Oriental Dailydaripada 21 kerusi DUN yang ditandingi PAS pada pilihan raya ke-13, parti itu memenangi15 kerusi dengan lapan kerusi berkenaan atas sokongan pengundi bukan Melayu, khususnya masyarakat Cina.

Kelapan-lapan kerusi DUN itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Seri Serdang, Chempaka, Meru, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

"Semua lapan kerusi itu berada dalam kawasan bandar dengan jumlah pengundi Cina menghampiri atau lebih daripada 30 peratus.

“Dijangkakan, pada PRU kali ini, tanpa sokongan pengundi Cina, adalah sukar bagi PAS untuk mempertahankan kelapan-lapan kerusi yang dimenangi mereka dulu," kata seorang pemimpin pembangkang kepada akhbar berkenaan.

Selain itu katanya, dua kerusi kawasan luar bandar iaitu DUN Morib dan Tanjung Sepat yang dimenangi PAS dengan majoriti kurang 1,000 undi juga dilihat sukar untuk dipertahankan.

"Oleh itu, atas faktor kehilangan sokongan pengundi Cina, PAS kemungkinan akan kalah sekurang-kurangnya 10 DUN di Selangor pada PRU14," katanya.

Pada PRU 2013 lalu, pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan rakyat berjya mengekalkan kerajaan negeri apabila menang 44 daripada 56 kerusi di DUN Selangor.

DAP dan PAS masing-masing menang 15 kerusi, manakala PKR berjaya mendapat 14. BN kekal sebagai pembangkang dengan memperolehi 12 kerusi.

Bulan lalu, Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hasan berkata parti itu akan mengkaji semula kedudukannya dalam kerajaan negeri Selangor semasa muktamar April ini.

Selain membincangkan ‘tahaluf siyasi’ atau kerjasama politik dengan PKR, beliau berkata PAS juga akan membuat keputusan jika parti Islam perlu terus kekal bersama kerajaan negeri.

Menurutnya, usul untuk mengkaji semula kerjasama politik di Selangor dibawa oleh Dewan Muslimat pada muktamar sebelum ini.






PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP