Sunday 30 April 2017

Musuh Utama PAS Adalah DAP Kerana Mencela Hadi


'Musuh utama Pas pada bukanlah UMNO dan Barisan Nasional tetapi DAP' kata perwakilan PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah.

Yusni berucap ketika ucapan perbahasan dasar presiden Pas di Muktamar PAS 63 di Alor Setar Kedah.

Menurut Yusni, antara sebab DAP dan pembangkang lain terutama PKR menjadi musuh Pas ketika ini berikutan kritikan-kritikan yang dilontarkan terhadap presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain itu, keengganan DAP untuk menerima Rang Undang-undang (RUU355) persendirian Hadi turut menjadi faktor tersebut.







Read More...

Selepas Dilanda Ribut, Muktamar PAS Bergelap Pula..


Persidangan Muktamar PAS 63 yang kini berlangsung di Alor Setar, Kedah berlangsung dalam keadaan gelap seketika kira-kira 25 minit ketika pembahas dari Sabah membahas usul dasar Presiden.

Dalam kejadian senja semalam, ribut melanda kawasan Muktamar menyebabkan pelbagai kerosakan, terutama membabitkan khemah yang dibina di sekitar bangunan kompleks berkenaan.






Read More...

Tak Mahu Ke Putrajaya Hafi Dicadang Jadi Penasihat Agong


Perwakilan PAS dari Johor hari ini mencadangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dipilih sebagai penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Mohd Nazari Mokhtar berkata, pelantikan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong adalah satu rahmat daripada Allah SWT.

"Seorang yang mencerminkan akhlak seorang Islam, seorang yang beramal, mempunyai akidah tinggi dihantar Allah untuk menjadi ketua di Malaysia.

"Jadi kita sama-sama mendoakan supaya tuanku mendapat seorang penasihat yang wataknya juga serupa dengan baginda," katanya ketika membahas ucapan dasar presiden PAS sempena Muktamar PAS ke-63, di Alor Setar.

Sultan Muhammad V ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bagi tempoh lima tahun mulai pada 24 April lalu.

Mohd Nazari sempat memetik kata-kata Abdul Hadi bahawa parti itu bukanlah sangat berkeinginan ke Putrajaya, sebaliknya mahu menjadi penasihat kepada ulil amri(pemerintah).

‎"Tuanku pakai jubah pergi masjid, agak-agak siapa yang sesuai jadi penasihat? Ulama yang paling sesuai. Jadi saya mahu petik ucapan Datuk Seri presiden, kita bukan nak ke Putrajaya sangat, yang kita nak adalah menjadi penasihat kepada ulil amri.

"Siapa pemerintah nombor satu negara kita, seri paduka baginda.

"Jadi penasihat yang paling sesuai kepada baginda ialah presiden kita, pemimpin ulama nombor dua di dunia," katanya yang disambut laungan takbir para perwakilan.

Tambahnya, latar belakang Abdul Hadi sebagai salah seorang pemimpin ulama dunia‎ sentiasa mendapat perhatian umum.

"Apabila seorang pemimpin ulama nombor dua berbangsa Melayu, bercakap dalam bahasa Melayu, bukan saja difahami oleh kita dalam dewan ini, tetapi seluruh nusantara.

"Saya nak mengingatkan setiap patah yang keluar daripada presiden PAS adalah perkataan seorang ulama dan perkataannya dianalisa setiap insan yang boleh berbahasa Melayu," katanya.

- mkini








Read More...

Ulamak PAS Diserang..


Hari kedua Muktamar PAS ke-63 di Alor Setar hari ini dikejutkan dengan kewujudan poster menyerang beberapa tokoh ulama parti itu.

Bertajuk ‎'Zuhud PAS???' kertas bersaiz A4 itu menyerang tiga pemimpin PAS berstatus ulama dengan memaparkan perbandingan kenderaan digunakan sebelum dan selepas mereka menjadi anggota parlimen‎.

Gambar pertama mempamerkan Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan dan kereta yang didakwa pernah ‎dimilikinya sebelum ini dan sekarang.

Mangsa kedua poster tersebut ialah Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

‎Di samping gambar Khairuddin ialah gambar kereta mewah jenis Audi Q7 disusuli dengan keterangan 'bini bawa jalan-jalan'.

Sementara itu, poster itu juga menyerang seorang lagi Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Mokhtar Senik, yang juga ketua Dewan Ulama PAS Pahang.

Serangan terhadapnya berbentuk paparan skrin mengenai tuduhan 'skandal seks' yang pernah kecoh di media sosial sebelum ini.

Risalah itu diiringi keterangan gambar: "Jika anda bijak, anda tidak akan terpedaya dengan 'lebai-lebai' RUU355 ini.." 

Sementara itu, semakanMalaysiakini mendapati poster-poster itu diselit dalam helaian akhbar berbahaya Melayu yang diberikan secara percuma kepada pengunjung muktamar.

Bagaimanapun perkara itu sempat disedari Unit Amal PAS yang kemudian membuang risalah tersebut sebelum mengedarkan akhbar berkenaan kepada pengunjung.

Namun, punca sebenar kewujudan risalah berniat jahat itu belum dikenal pasti.

Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata perjalanan muktamar hari ini akan berlangsung seperti biasa.

Kenyataan itu dibuat bagi menjelaskan kepada perwakilan situasi semasa ekoran kejadian ribut yang melanda kawasan berkenaan malam tadi.

Takiyuddin juga memberitahu insiden berkenaan menyebabkan 18 orang cedera, dengan 13 daripadanya dirawat di hospital.








Read More...

*UPDATE* VIDEO & FOTO: RIBUT MELANDA MUKTAMAR AGUNG PAS


Apakah ini petunjuk kemurkaan Allah SWT..?

------------------------------------------

Kejadian ribut: Saya doakan anda semua selamat


KEJADIAN tidak disangka-sangka, angin ribut yang melanda Kedah dan turut melintasi Batu 9, di mana kawasan Muktamar Pas sedang berlangsung sehingga ada kerosakan dan kecederaan, sangat mengejutkan kita semua.

Saya berharap semoga semua rakyat negeri Kedah, khususnya ahli-ahli Pas yang berkampung sempena muktamar agar bertenang dan saya berdoa semoga mereka semua berada dalam keadaan selamat.

Kepada mereka yang mengalami kecederaan, semoga mereka akan pulih dan kembali sihat seperti sedia kala.

Ujian daripada ALLAH berlaku kepada sesiapa jua mengikut takdir dan kehendakNYA.

Sebagai orang Islam, kita perlu reda dengan ketentuan dan sedikit ujian ini.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada mangsa yang tercedera.

Semoga ALLAH memberi ketenangan kepada kita semua. Kepada ALLAH jua tempat kita berlindung.

MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara


ALOR SETAR: Sekurang-kurangnya dua mangsa dilaporkan patah kaki, manakala beberapa yang lain cedera selepas ribut melanda Kompleks PAS Kedah, di sini, sebentar tadi.

Berdasarkan maklumat, lokasi tapak Ekspo Haraki sempena Muktamar PAS Ke-63 yang berlangsung, antara yang terjejas dengan khemah disediakan yang menempatkan lebih 20 gerai rosak dibadai ribut.

Sumber PAS negeri mengesahkan sehingga kini 18 mangsa mengalami kecederaan dalam kejadian yang berlaku selepas azan Maghrib itu, dengan dua daripadanya disahkan patah kaki. Difahamkan, kebanyakan mangsa yang cedera disebabkan terkena dan ditimpa struktur khemah yang diterbangkan angin.

Sehingga kini, pihak media masih tidak dibenarkan memasuki Kompleks PAS berkenaan. Beberapa unit jentera bomba sudah berada di lokasi untuk membantu. 




Read More...

Saturday 29 April 2017

PPBM: Pendirian Hadi Bukti PAS Berminat Untuk Menangkan BN



Ketua Penerangan PPBM, Kamarudin Mohd Noor juga menolak dakwaan Hadi kononnya PPBM sebuah parti caca marba.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menolak kritikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar PAS hari ini dengan menegaskan, pihaknya akan terus bergerak ke hadapan bersama sekutu dalam Pakatan Harapan untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).

“Nampaknya, PAS mempunyai objektif yang berbeza daripada pembangkang yang mahu menjatuhkan Barisan Nasional dan membentuk kerajaan persekutuan yang baharu.

“Apa yang kami cuba lakukan ialah membentuk blok pembangkang tunggal untuk menghadapi BN. Jika ini keutamaan PAS, mereka akan bersama kita. Tidak mengapa, kami akan berganding dengan sekutu kami dalam Pakatan Harapan,” kata Ketua Penerangan PPBM, Kamarudin Mohd Noor kepada FMT.

Kamarudin turut menyangkal dakwaan Hadi kononnya PPBM parti caca marba.

Dengan menekankan struktur objektif dan kepimpinan PPBM, kata Kamarudin, beliau hanya boleh sedih apabila pemimpin-pemimpin PAS tidak sedar tentang perkara itu.

Ketika ditemui wartawan pada muktamar PAS hari ini, parti itu mengulangi pendirian tidak akan menjalin kerjasama politik dengan PPBM.

Hadi berkata, penolakan itu disebabkan kedudukan PPBM dalam keadaan “caca marba” dan tidak mempunyai pendirian jelas.

Katanya, PAS melihat pemimpin PPBM dalam keadaan tidak menentu sehinggakan sukar untuk parti itu berbincang dan bekerjasama.

Sebelum ini, Hadi dilaporkan berkata, PAS tidak akan bekerjasama dengan PPBM jika parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan Amanah.

Dalam pada itu, Kamarudin berkata, kajian terbaharu menunjukkan PAS akan kalah teruk dalam pertembungan pelbagai penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Kamarudin merujuk kepada kajian Invoke Malaysia, sebuah NGO diketuai Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang mendapati PAS akan menerima undian terendah daripada pengundi Melayu jika membabitkan pertandingan 3 penjuru.

“Di atas kertas, pemenang terbesar akan menjadi BN, tetapi kita tahu bahawa di lapangan, orang ramai amat tidak berpuas hati dan mencari pihak yang berdaya maju untuk mengambil alih Putrajaya dan Pakatan Harapan sedang berusaha ke arah itu.”

Sejak kebelakangan ini, pemimpin Pakatan Harapan, terutama dari PPBM dan PKR menggesa PAS menyatakan sama ada mereka akan menyertai blok pembangkang untuk melawan BN.

Tahun lepas, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyuarakan keyakinan PPBM boleh menjadi pengikat antara PAS dan Pakatan Harapan.

PAS bagaimanapun enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan, terutama DAP dan Amanah yang merupakan sebahagian daripada pakatan bersama PKR dan PPBM.

Read More...

Kesal Kerana PAS Sangat Bebal Dan Jadikan PKR Bahan Cemuhan


'Saya terkilan PAS jadikan PKR bahan serangan'


ULASAN Saya mengambil maklum dan mengikuti perkembangan Muktamar Dewan Pemuda PAS. Dalam muktamar tersebut beberapa pembahas menyasarkan Parti Keadilan Rakyat, YB Rafizi Ramli dan Datuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai bahan serangan.

Saya berasa agak terkilan kerana PAS menjadikan PKR sebagai bahan serangan dan bukannya Umno dan Barisan Nasional. Seharusnya platform penting seperti muktamar dijadikan pentas utama untuk membincangkan agenda yang menekan rakyat oleh pemerintah Umno dan Barisan Nasional.

Kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada gabungan PKR, DAP, PAS dan AMANAH telah mendapat mandat sekali lagi dalam pilihanraya umum yang lalu.

Adalah tidak masuk akal jika PAS membuat keputusan untuk memutuskan "tahalluf siyasi" bersama PKR dan pemegang jawatan PAS masih mahu duduk bersama dalam sebuah kerajaan.

Umum mengetahui PAS tidak mahu menjalin kerjasama bersama DAP dan AMANAH. Ini bermakna tahalluf siyasi bersama PKR adalah satu-satunya tiket buat PAS untuk terus duduk bersama dalam sebuah kerajaan seperti di Selangor. Kelmarin, Dewan Ulama PAS dalam muktamar tahunannya meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR.

Jika usul ini diterima dalam Majlis Syura, ini bermakna pemegang jawatan PAS di semua peringkat dalam kerajaan negeri Selangor seharusnya berundur dari jawatan masing-masing. Perkara ini secara tidak langsung akan menjejaskan kestabilan politik khususnya di negeri Selangor.

Semalam, Ketua Dewan Pemuda Pas yang baru, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata dalam muktamar, (bahawa) pimpinan PAS di Selangor tidak perlu meletak jawatan dalam kerajaan negeri Selangor jika parti Islam itu memutuskan tahalluf siyasi dengan PKR secara muktamad.

Adalah tidak masuk akal PKR dan PAS bercerai tetapi masih mahu duduk sebumbung. Perlu saya tegaskan kepada Saudara Muhammad Khalil bahawa kerajaan negeri Selangor tidak dibentuk dengan hanya kerjasama PKR dan PAS semata-mata, tetapi DAP dan AMANAH juga punya peranan besar untuk memperkukuhkan kestabilan kerajaan negeri.

Justeru saya menggesa Majlis Syura Ulama sebagai badan tertinggi dalam PAS bertindak matang dalam membuat keputusan sebelum sesuatu usul diterima dan diputuskan.

Kerana sebarang usul yang bertindak memutuskan hubungan tahalluf siyasi bersama PKR akan mengheret kepada situasi ketidakstabilan politik khususnya di negeri Selangor dan ini akan memberikan kelebihan kepada musuh utama Umno dan Barisan Nasional.

Sedarlah bahawa musuh utama kita adalah Umno dan Barisan Nasional dan bukannya parti-parti di kalangan pembangkang.

SYED BADLI SHAH SYED OSMAN adalah penolong setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) pusat dan juga setiausaha AMK Selangor









Read More...

Hadi Perlekeh Pakatan Harapan

Hadi: 'Tak tahu siapa makmum, siapa imam' dalam BERSATU


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan sekali lagi bahawa parti itu tidak akan mengadakan sebarang hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).

Menurutnya, ia berikutan PAS melihat BERSATU tidak mempunyai arah ketentuan dalam aspek kepimpinan.

"Dah buat penilaian, BERSATU tak ada ketentuan arah kepimpinan. Tak tahu siapa makmum, siapa imam.

"Sebab itu kita buat keputusan tak ada hubungan dengan BERSATU," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan PAS Ke-63 di Alor Setar hari ini.

Penegasan oleh anggota Parlimen Marang itu sekali gus dilihat menamatkan tanda-tanya mengenai nasib kerjasama antara kedua-dua parti terbabit.

Sebelum ini keputusan mengenai hubungan PAS dan BERSATU diberi gambaran berbeza di kalangan pemimpin PAS yang bertentangan dengan kenyataan Hadi.

Terdahulu, Timbalan Presidennya Datuk ‎Tuan Ibrahim Tuan Man memberi gambaran bahawa PAS masih berunding dengan BERSATU.

Bagaimanapun, Hadi kemudiannya memaklumkan PAS sudah membuat keputusan untuk tidak bertahaluf siyasi dengan BERSATU.







Read More...

Hadi Tekad Untuk Sekat DAP Dan Pakatan Menang PRU14

DATUK Seri Abdul Hadi Awang ketika tiba untuk menyampaikan Amanat Presiden pada Muktamar Tahunan Pas ke-63 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut malam ini.- Foto BERNAMA

ALOR SETAR: PAS menegaskan pendiriannya untuk memastikan DAP dan sekutunya tidak mendominasi kuasa pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Untuk itu usaha memastikan dominasi politik Islam dan Melayu akan terus diperkasa demi mengekang setiap risiko ancaman terhadap agama.

Amanat itu disampaikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kepada perwakilan Muktamar PAS Ke-63 pada majlis tertutup di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, di sini.

Berdasarkan sumber, PAS dikatakan sudah mengenal pasti gerakan dan strategi bersifat menyeluruh untuk memastikan parti terus berpengaruh di negeri yang didominasi Melayu dengan meningkatkan penguasaan jumlah kerusi.

"PAS sedar ramai yang bertanya mengenai kesukaran PAS untuk menang jika bergerak sendiri atau berdepan pertembungan tiga penjuru....selain itu ada juga soalan ditanya mengenai kerusi mana PAS akan bertanding dan siapa pula yang akan bertanding. "Setiap persoalan ini sudah dikaji dan hasil kajian itu akan diperhalusi untuk dilaksana selepas muktamar nanti," katanya merujuk ucapan Abdul Hadi.

Sumber sama berkata, Abdul Hadi pada masa sama turut menyentuh mengenai hubungan PAS bersama parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat sebelum ini, dengan menyifatkan tindakan meninggalkan pakatan itu sebagai langkah terbaik selepas parti sering dilabel sebagai 'kuda tunggangan' oleh musuh politik dan mereka yang tidak menerima maklumat tepat.

BH difahamkan, Presiden PAS itu turut memaklumkan kesediaan untuk menambah kuota calon bagi muslimat, selain memastikan 45 peratus calon untuk PRU-14 terdiri daripada golongan muda berusia 40 tahun ke bawah.

Apa yang penting, Presiden PAS turut mengingatkan ahlinya supaya tidak cepat melatah dengan lontaran 'batu' pihak lawan yang dikhuatiri berisiko menggoyahkan proses tarbiah parti.

- bharian





Read More...

Friday 28 April 2017

Alahai PAS: Putus Hubungan Tapi Tak Mahu Letak Jawatan..


Ketua Dewan Pemuda Pas yang baru, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pimpinan PAS di Selangor tidak perlu meletak jawatan dalam kerajaan negeri jika parti Islam itu memutuskan tahalluf siyasi dengan PKR secara muktamad.

"Ahli-ahli jawatankuasa eksekutif (exco) dalam kerajaan negeri Selangor tidak dilantik oleh PKR atau DAP," kata Muhammad Khalil pada sidang akhbar sulungnya di Alor Setar, hari ini.

"Mereka dilantik oleh PAS, jadi tidak ada keperluan bagi mereka untuk meletak jawatan jika kami putuskan hubungan dengan PKR," jelas beliau pada sidang akhbar sulungnya di Alor Setar, hari ini.

Jawatan exco dalam kerajaan negeri Selangor diputuskan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali, dengan perkenan Sultan Selangor.

Azmin adalah timbalan presiden PKR manakala PAS mempunyai tiga exco dalam kerajaan negeri Selangor.

Selain Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, dua lagi anggota exco daripada PAS ialah Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Iskandar berperanan sebagai pengerusi jawatankuasa tetap perumahan, pengurusan bangunan dan kehidupan bandar manakala Zaidy pula memegang kerusi pengerusi jawatankuasa tetap infrastruktur dan kemudahan awam, permodenan pertanian dan industri asas tani.

Ahmad Yunus menjadi pengerusi jawatankuasa tetap hal ehwal agama Islam, jawatankuasa adat Melayu, pembangunan desa dan kampung tradisi.

Khalil berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini yang mahu pimpinan PAS meletak jawatan jika memutuskan hubungan dengan PKR.

"Kerana jika PAS memutuskan tahalluf siyasi dengan PKR secara muktamad, perkara bermaruah dan terhormat yang perlu dibuat ialah bagi semua ahli PAS yang mempunyai jawatan di dalam kerajaan Selangor meletakkan jawatan sejurus selepas keputusan memutuskan hubungan itu dimuktamadkan.

"Sebarang tindakan yang lain dari itu akan memualkan rakyat kerana ruang politik pembangkang akan dilihat banyak berkisar kepada serangan kepada kawan sendiri (termasuk mengisytiharkan bertanding di kerusi-kerusi PKR) sedangkan pada masa yang sama masih mahu menerima habuan dari jawatan yang disandang di Selangor," kata Saifuddin lagi.

Mengulas lanjut, Muhammad Khalil berkata, exco PAS di Selangor harus kekal dalam jawatan untuk melaksanakan mandat rakyat.

"Kami bekerja untuk rakyat, dan bukan untuk parti dan mereka perlu menjalankan amanat parti itu, tidak perlu mengendahkan permintaan PKR," ujarnya.

** Jawatan mereka sebagai exco dilantik oleh pas dan demi mandat dari rakyat?? Kenyataan bangang apakah ini wahai ketua pemuda pas pusat?? Kikiki....






Read More...

Rafizi Balas Cabaran Pemuda PAS


Saya membaca laporan serangan yang dibuat oleh perwakilan-perwakilan Pemuda PAS terhadap PKR, terutamanya saya dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.

Secara khusus, perwakilan Pemuda PAS dari Selangor iaitu Mohd Sukri Omar (atas) dilaporkan mencabar saya supaya "berani menjadi anak jantan" dan bertanding sekali lagi di Parlimen Pandan.

Saya berasa lucu dengan cabaran itu kerana jika tidak kerana tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang secara berterusan mengheret saya ke mahkamah (sama ada pertuduhan jenayah atau saman sivil), saya sudah tentu akan mempertahankan kerusi Parlimen Pandan.

Lagi pun saya adalah wakil pembangkang pertama yang memenangi kerusi itu dengan majoriti yang besar iaitu sekitar 27,000 undi (atau 67 peratus undi popular).

Malah, kemenangan PRU13 lalu menjadikan saya ahli parlimen Melayu pembangkang yang mempunyai saiz majoriti paling besar di seluruh negara, jauh meninggalkan sahabat-sahabat dari PAS.

Di Pandan juga, undi Melayu yang saya menangi di peringkat Parlimen Pandan jauh meninggalkan undi Melayu yang dimenangi Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad yang bertanding di DUN Cempaka di dalam parlimen saya.

Maknanya ada pengundi Melayu di Pandan yang mengundi saya tetapi tidak mengundi PAS.

Sebab itu adalah sangat lucu apabila Pemuda PAS mencabar saya bertanding di Pandan kerana saya bukannya takut atau mahu lari ke mana-mana!

Masalahnya saya telah dijatuhkan hukuman penjara satu setengah tahun atas pertuduhan membongkar Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan bagaimana 1MDB tidak membayar anak syarikat LTAT dan geran kerajaan diambil 1MDB walaupun ia dikeluarkan untuk anak syarikat LTAT.

Atas sabitan itu, saya tidak dapat bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang.

Malah, saya mengikuti laporan serangan Pemuda PAS terhadap saya dari kandang tertuduh di Mahkamah Sesyen 8, Mahkamah Shah Alam atas pertuduhan berhubung pendedahan saya mengenai skandal NFC dahulu.

Kalaulah ada anak-anak muda dan pemimpin Pemuda PAS yang sama-sama membantu saya menjalankan amanah melawan penyelewengan dan rasuah besar yang membabitkan pentadbiran Najib, mungkin di sebelah saya di dalam kandang tertuduh adalah anak-anak muda pimpinan Pemuda PAS ini.

Mungkin juga tugas itu dapat diagih-agihkan supaya tidaklah saya terpaksa berdepan sehingga 12 kes mahkamah kerana ada anak muda pimpinan Pemuda PAS yang berani juga membongkarkan penyelewengan rasuah pemerintah dan berdepan dengan hukuman penjara.

Malangnya ada pimpinan PAS (dulu dan kini) yang lebih selesa menerima wang rakyat terus dari perdana menteri, atau lagi selesa menyertai rombongan ke luar negara bersama pimpinan kerajaan, atau lebih selesa hadir dalam majlis Kelab Umno di United Kingdom, atau lebih selesa tidak mengundi di Parlimen bila mana belanjawan yang mengutip GST dan menekan rakyat dibentangkan Najib.

Saya ingat tindakan Pemuda PAS masih belum menyaman saya atau membuat laporan polis mengenai akuan berkanun saya menamakan bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Nasharuddin Mat Isa menerima sejumlah wang yang melalui akaun Najib adalah kerana mereka tidak mahu saya hilang kelayakan bertanding agar mereka dapat berdepan dengan saya dalam PRU14 di Pandan nanti.

Begitulah agaknya (bersangka baik).

Mencabar saingan politik kita dengan pelbagai gelaran dan ugutan bukanlah lambang keberanian. Lambang sebenar keberanian ialah berkata benar kepada pemerintah yang berkuasa sepenuhnya dan akan memenjarakan kita kerana kita berkata benar.

RAFIZI RAMLI adalah Ahli Parlimen Pandan dan Naib Presiden PKR.







Read More...

PAS Digesa Buat Keputusan Segera Kedudukan Dalam Kerajaan Selangor


PAS perlu membuat keputusan muktamad tentang tahalluf siyasi dan kedudukan dalam kerajaan negeri Selangor, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

"Saya memantau perjalanan Muktamar PAS terkini memandangkan ia berkait dengan strategi PKR dan Pakatan Harapan dalam PRU14.

"Tambahan pula, sebarang keputusan PAS mengenai tahalluf siyasi dengan PKR akan ada kesan kepada penyertaan PAS dalam Kerajaan Selangor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya ambil maklum usul yang diluluskan tanpa bahas oleh Dewan Ulama PAS dan tidak terkejut jika usul yang serupa akan terus diluluskan sepanjang berlangsungnya Muktamar PAS pada hari ini.

"Saya juga kesal serangan dan kritikan kasar terhadap YAB Datuk Seri Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor yang dibuat oleh perwakilan Dewan Ulama PAS semasa perbahasan semalam," tegasnya lagi.

PAS juga, katanya, telah menzahirkan secara jelas tanpa berselindung untuk memimpin beberapa negeri termasuk Selangor yang kini diterajui PKR.

"Sebarang keputusan PAS yang bakal diambil adalah hak PAS dan PKR saya ulangi akan menghormatinya," katanys.

Pun begitu, tambahnya, adalah lebih molek sebarang keputusan dimuktamadkan segera dan tidak dilengah-lengahkan.

"Kerana jika PAS memutuskan tahalluf siyasi dengan PKR secara muktamad, perkara bermaruah dan terhormat yang perlu dibuat ialah bagi semua ahli PAS yang mempunyai jawatan di dalam Kerajaan Selangor meletakkan jawatan sejurus selepas keputusan memutuskan hubungan itu dimuktamadkan.

"Sebarang tindakan yang lain dari itu akan memualkan rakyat kerana ruang politik pembangkang akan dilihat banyak berkisar kepada serangan kepada kawan sendiri (termasuk mengisytiharkan bertanding di kerusi-kerusi KEADILAN) sedangkan pada masa yang sama masih mahu menerima habuan dari jawatan yang disandang di Selangor.

"Di mana logiknya memutuskan hubungan dengan AMANAH dan DAP (sebelum ini) dan kini mahu memutuskan hubungan dengan PKR, tetapi pada masa yang sama terus duduk bekerjasama sebagai sebuah kerajaan di Selangor?

"Oleh itu, saya menunggu keputusan muktamad dari Muktamar PAS dan PKR akan terus menggarap kekuatan semua pihak yang mahu menamatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak," tegasnya.





Read More...

PAS Sudah Bersedia Rampas Selangor Dari PKR


PAS bukan sahaja bersedia untuk bergerak sendiri merempuh pilihanraya umum Ke-14 (PRU-14), tetapi juga menggempur PKR demi menerajui Selangor, kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan parti itu, Dr Zuhdi Marzuki.

Ujarnya, ianya terbukti apabila Naib Presidennya Datuk Iskandar Abdul Samad baru-baru ini mengumumkan bahawa parti tersebut mahu meletakkan calon di 45 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen.

“Berdasarkan cadangan tersebut, PAS sudah bersedia untuk menerajui Selangor bersama-sama dengan blok politik Gagasan Sejahtera.

“Sebelum ini PAS bertanding 20 kerusi DUN dan 7 kerusi Parlimen. Bila dicadangkan 45 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen, kerusi-kerusi itu adalah yang ditandingi oleh PKR dan DAP sebelum ini,” katanya.

Tambah beliau lagi, parti itu bukan sahaja tidak gentar dengan pertandingan tiga penjuru yang sudah tentu akan berlaku menerusi keputusan PAS ini, malah dalam masa yang sama juga melawan Pakatan Harapan.

“PAS dan Gagasan Sejahtera mempunyai strategi sendiri untuk menewaskan kedua-dua BN dan PH,” tambahnya.

Iskandar yang juga merupakan Pesuruhjaya Selangor terdahulu memaklumkan, pertambahan kerusi yang akan ditandingi oleh PAS di Selangor adalah berdasarkan perjanjian yang dibuat bersama Pakatan Rakyat (PR) pada 2013, selain daripada kajian melibatkan suasana politik semasa.

Dalam pada itu menurut Zuhdi, mana-mana termasuklah PAN yang menganggap keputusan PAS ini hanya akan kelebihan kepada BN sebaliknya membuktikan parti itu tidak yakin dengan kekuatan sendiri untuk pada pilihanraya akan datang.

- agendadaily


Read More...

Thursday 27 April 2017

Hadi Akhirnya Saman Sarawak Report Isu Dana RM 90 Juta


ALOR SETAR — PAS memulakan tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report yang mendakwa parti itu menerima RM90 juta daripada perdana menteri.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil tindakan terhadap editor portal itu Claire Rewcastle-Brown di mahkamah London pada 21 April lalu.

Dokumen saman itu ditunjukkan dalam sidang media setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan di sini hari ini, lapor ProjekMMO.

Selain ganti rugi, yang tidak dinyatakan jumlahnya, Abdul Hadi juga memohon injunksi agar portal itu tidak mengulangi dakwaan itu lagi.

Tindakan undang-undang itu difailkan oleh firma Carter-Ruck, bagi pihak pemimpin PAS itu, selepas Rewcastle-Brown enggan menarik balik dan memohon maaf.

PAS juga melancarkan kutipan derma untuk menyaman portal itu, berpangkalan di London, yang mendakwa dana itu untuk memecahkan barisan pembangkang.

Timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika mengumumkan tabung itu di muktamar Pemuda PAS menyeru semua ahli menyumbang RM5 seorang.

Awal bulan ini, PAS menyatakan ia mempunyai 10 saksi di United Kingdom bagi memberi keterangan berhubung tindakan undang-undang itu.

Ia juga sedang mengumpul saksi di Malaysia susulan dakwaan PAS menerima dana itu daripada Datuk Seri Najib Razak.

Ogos lalu, portal kendalian Rewcastle-Brown, adik ipar bekas perdana menteri Britain Gordon Brown, menerbitkan artikel dengan dakwaan tersebut.

PAS dalam suratnya 13 Disember lalu menuntut Sarawak Report menarik balik artikel terbabit, memohon maaf dan tidak mengulangi tuduhan berkenaan.








Read More...

PAS: Tidak Ada Guna Jatuhkan Kerajaan BN


MUKTAMAR l PAS bimbang Malaysia bakal diterajui oleh parti yang berpaksikan kepada perjuangan sosialis jika kerajaan sedia ada tumbang pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob berkata, tidak ada guna menjatuhkan kerajaan sekarang tetapi membiarkan parti sekular sosialis memerintah.

"Apa yang dibimbangkan, jatuhnya sebuah kerajaan sekular nasionalis tetapi diganti dengan sekular sosialis, kalau itu terjadi, PAS kena ambil masa 60 tahun untuk jatuhkan kerajaan sekular sosialis dan diganti dengan kerajaan Islam.

"Tidak guna dapat jatuhkan kerajaan yang ada sekarang tetapi yang naik ialah kerajaan sosialis, saya harap saudara memahami tuntutan semasa yang memerlukan kita buat persiapan secukupnya," katanya.

Beliau berkata demikian, ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Ke-56 di dewan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) di Alor Setar, hari ini.

Bagaimanapun Ahmad tidak mengulas lanjut mengenai parti sekular nasionalis dan parti sekular sosialis yang disebutnya tetapi jelas merujuk masing-masing kepada Umno/BN dan DAP.

Sehubungan itu, Ahmad yang juga adalah menteri besar Kelantan bagi mengelakkan perkara itu daripada berlaku, PAS perlu bekerja keras bagi menjadi parti pemerintah.

“Saya harap kita semua memahami tuntutan ini dan bersedia sepenuhnya bagi menghadapi cabaran untuk berjuang memastikan gerakan Islam berjaya di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS di Kompleks PAS Kedah berkata, PAS sedia membuka pintu kerjasama dengan mana-mana parti politik tetapi dengan syarat parti itu menjadi peneraju.

"Kita tidak tutup pintu rundingan dan ia sentiasa terbuka untuk tahaluf siyasi tetapi andainya DAP dan Parti Amanah Negara atau mana-mana parti yang bersedia mengikut syarat terbabit, maka tidak ada sebab untuk kita tolak.

"Kali ini, kita akan memimpin. Syarat itu perlu, kerana bagi kita apa jua yang dilakukan perlu mengutamakan Islam. Malaysia hanya boleh diselamatkan melalui pelaksanaan syariat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucaptamanya yang menegaskan PAS akan memimpin berdasarkan syarat tahaluf siyasi manakala musyrikin dan kafir harbi boleh diperangi sehingga tunduk kepada pemerintahan Islam.








Read More...

Pemuda PAS Janjikan 'Wang Ke Poker Anak Muda'

'Lebih ringgit ke poket anda‎' jadi manifesto Pemuda PAS


"Memberi lebih ringgit kepada poket anda," itulah antara tujuh agenda ‎'Anak Muda Sejahtera' sebagai asas pembentukan tawaran manifesto PAS yang akan dilancarkan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Ketua Pemudanya, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tawaran itu sebagai menyahut hasrat anak muda Malaysia yang mendambakan kehidupan lebih sejahtera.

"Pendapatan boleh guna - memberi lebih ringgit kepada poket anda," katanya ketika menyampaikan ucaptama sempena Muktamar Tahunan Pemuda Pas Ke-58, di Alor Setar hari ini.

Bagaimanapun anggota parlimen Pasir Mas itu tidak menghuraikan secara terperinci mengenai tawaran tersebut.

Berikut tujuh tawaran manifesto Pemuda PAS:

1) Pendapatan boleh guna - Memberi lebih ringgit kepada poket anda.

2) Keupayaan sara hidup - Membebaskan anda daripada kesempitan hidup.

3) Pendidikan berkebajikan - Meningkatkan kualiti hidup melalui pendidikan insani.

4) Keusahawanan belia - Membantu membina kerjaya dan pendapatan sendiri.

5) Rumah mampu milik - memiliki rumah idaman sebagai tempat berteduh.

6) Capaian pengangkutan - Mobiliti dalam dunia serba pantas.

7) Kesejahteraan hidup - Menjamin kesihatan dan keselamatan yang tersayang.

- mkini




Read More...

Wednesday 26 April 2017

Tuan Ibrahim Patut Jadi Ahli Panel Forum Perdana RTM Sahaja

Hanipa: Politik bukan bidang Tuan Ibrahim


Seorang daripada bekas Anggota Jawatankuasa Pusat (AJK) PAS menyatakan rasa 'simpatinya' kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menulis di Facebook, Hanipa Maidin berkata, sejak dulu lagi beliau berpendapat Tuan Ibrahim tidak sepatutnya menceburi dunia politik.

"Cukuplah menjadi panel untuk forum-forum agama anjuran RTM. Sejujurnya beliau sesuai dengan dunia itu. Dengan rasa hormat, politik bukan bidang dia," katanya.

Hanipa yang kini menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) mengulas kenyataan dibuat timbalan presiden PAS itu mengenai pembahagian kerusi menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

PRU ke-14 perlu diadakan selewat-lewatnya suku ketiga tahun depan.

Malaysiakini pada 24 April lalu melaporkan Tuan Ibrahim sebagai berkata, pihaknya tidak akan mengganggu mana-mana parti pembangkang jika mereka membiarkan PAS berdepan dengan Umno di 80 kerusi.

Sebaliknya, kata bekas pensyarah universiti itu, jika calon berkenaan diganggu, PAS akan turut meletakkan calon mereka di kerusi ditandingi Pakatan Harapan (HARAPAN).

Macam stabil sangat

PAS secara konsisten sudah menyatakan cadangan mereka menuju Putrajaya melalui 80 kerusi berkenaan. Ia sebelum ini pernah ditegaskan beberapa pemimpin parti itu, termasuk Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk DrKhairuddin Aman Razali, dan Pesuruhjaya PAS Perak yang juga AJK Pusat PAS, Razman Zakaria.

Menurut Hanipa beliau berasa "amat geli" dengan istilah "kerusi PAS" kerana katanya, tidak pernah ada mana-mana kawasan pilihan raya dimiliki sesebuah parti.

"Dulu semasa dalam muktamar, bergegak gempita laungkan, (kalau) kalah pilihan raya pun tak apa (sebab) yang penting kita jaga prinsip.

"Sekarang apabila cakap tentang kerusi pilihan raya, dia pulak yang lebih-lebih.

"Meluatnya tengok gelagat parti yang rasa dia lebih suci daripada orang lain," kata anggota parlimen Sepang itu.

Hanipa yang pernah berkhidmat sebagai pengerusi Lajnah Undang-undang PAS juga menyindir PAS apabila Tuan Ibrahim mengulas mengenai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Kata Tuan Ibrahim, PAS tidak dapat meneruskan rundingan dengan BERSATU kerana parti baru itu belum stabil.

"Ehem, macamlah PAS tu stabil sangat," katanya.




Read More...

Pelajar Tahfiz Yang Didera, Adik Mohd Thaqif Meninggal Dunia


Johor Bahru: Murid tahfiz yang dipotong kaki, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, meninggal dunia kira-kira 2 petang hari ini ketika mendapat rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat jangkitan kuman.

Bapanya, Mohd Gaddafi Mat Karim,43, berkata, ahli keluarga berada di sisi anaknya ketika menghembuskan nafas terakhir.

Beberapa ahli keluarga dan kenalan ibu bapa Mohamad Thaqif tampil memberi sokongan moral kepada keluarga berkenaan.

Mohamad Thaqif sepatutnya menjalani pembedahan tangan kanannya yang dijadual dilakukan pagi ini namun ditangguh kerana keadaan jantungnya lemah.

Mohamad Thaqif Amin pada mulanya dimasukkan ke HSI seminggu lalu susulan dia dilapor disebat oleh pembantu warden asrama madrasah.

Kedua belah kakinya sebelum ini turut dipotong bagi mengelak jangkitan kuman pada bahagian lain tubuhnya.









Read More...

Itali Siasat 'Dagangan Orang Dalaman' Berkaitan 1MDB


Seorang bekas pegawai International Petroleum Investment Company (IPIC) sedang disiasat oleh pihak berkuasa Itali berhubung dakwaan terbabit dalam dagangan orang dalaman atau ‘insider trading’ yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, lapor Financial Times(FT).

Memetik seseorang yang telah diberi taklimat mengenai siasatan berkenaan, akhbar harian kewangan global itu melaporkan pihak pendakwa di Milan menyiasat mantan Pengarah Urusan IPIC Khadem al-Qubaisi beberapa bulan lalu.

Pejabat pendakwa raya Itali mengesahkan siasatan itu dan berkata ia "kini berusaha mengumpulkan elemen akhir" untuk siasatan.

Itali adalah yang terbaru daripada rentetan beberapa negara yang menyiasat salah laku yang dikaitkan dengan 1MDB, firma pelaburan negara Malaysia.

Antara negara-negara yang sedang menyiasat skandal itu adalah Amerika Syarikat, UK, Switzerland, Luxembourg, UAE, Hong Kong, Singapura dan Australia.


Pihak berkuasa Itali sedang menyiasat sama ada al-Qubaisi menggunakan maklumat sulit secara haram pada tahun 2010 untuk membenarkan perdagangan oleh Falcon Private Bank dalam saham UniCredit apabila Aabar anak syarikat IPIC merancang membeli kepentingan lima peratus dalam bank terbesar Itali dari segi aset.

Beliau dilaporkan membuat € 21 juta (kira-kira RM100.33 juta) daripada urus niaga berkenaan.

"Arahan untuk membeli saham (UniCredit) dan menjualnya datang dari bank itu, ketika berita itu masih adalah rahsia dan belum didedahkan kepada pasaran," kata sumber itu.

Dakwaan perdagangan orang dalaman itu dikesan sebagai sebahagian daripada siasatan global ke dalam skandal 1MDB.

- mkini






Read More...

PAS SEDIA BANTU BN RAMPAS KEMBALI SELANGOR DARI PAKATAN HARAPAN?


Naib Presiden Pas yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor memberi bayangan bahawa parti itu sedia untuk pastikan Pakatan Harapan kalah di Selangor sekiranya tiada persetujujan dalam pembahagian kerusi yang membababitkan Pas.

Gambaran ini mungkin sebagai satu amaran bahawa parti itu sedia untuk membantu BN dalam pilihanraya akan datang merampas semula Selangor daripada Pakatan Harapan.

Pas yang kini bukan lagi sebahagian dari Pakatan Harapan dan di lihat lebih mesra kepada Umno semakin hampir untuk bergabung dengan Umno pada bila bila masa saja sahaja.


HULU LANGAT: PAS sudah bersedia untuk “mengganggu” rancangan 1 lawan 1 pembangkang menentang BN di 45 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen di Selangor.

Naib Presiden Datuk Iskandar Abdul Samad berkata kerusi pembangkang lain bebas untuk dirampas jika tiada persetujuan pembahagian kerusi dicapai dengan PAS.

“Kita sedia bertanding di 45 kerusi DUN, 15 kerusi Parlimen jika tak terikat persetujuan 2013. Ini beri ruang kepada PAS bertanding mana-mana kerusi sebab parti lain akan bertanding di kerusi PAS jika tiada keputusan dibuat.

“Kita telah hantar calon-calon kita kepada PAS Pusat untuk dipertimbangkan,” kata Iskandar pada sidang media himpunan PAS Selangor di Kuala Kubu Baru hari ini.

Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini dilaporkan berkata PAS tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Semua rundingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilaporkan belum membuahkan hasil, manakala usul memutuskan hubungan dengan PKR akan ditentukan pada muktamar 27 April ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu video tular Mac lepas dirakamkan mahu PAS memerintah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak dan Selangor, manakala selebihnya terserah kepada Umno.

PAS hari ini mencadangkan pakatan pembangkang supaya menumpukan negeri lain, sambil meminta Kelantan dan “kerusi tradisi” Pas tidak diganggu.

“Kita harap rakan-rakan dalam PH ingatkan mereka dan akur dengan kerusi tradisi PAS. Kita kena tumpu negeri yang dimenangi oleh Umno,” kata Tuan Ibrahim.

Sekarang, PAS Selangor berpendirian mengekalkan status quo tetapi akan akur terhadap apa jua keputusan pucuk pimpinan parti, jika PAS menamatkan kerjasama politik dengan PKR.

Ada 3 anggota exco kerajaan Selangor daripada PAS iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad (perumahan, pengurusan bangunan dan kehidupan bandar); Zaidy Abdul Talib (infrastruktur dan kemudahan awam, pemodenan pertanian dan industri asas tani) serta Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (hal ehwal agama Islam, adat melayu dan warisan, pembangunan desa dan kampung tradisi).

Selangor mempunyai 56 kerusi DUN yang diwakili DAP (14), PKR (13), PAS (13), BN (12), Amanah (2) dan Bebas (2).

Spekulasi kerjasama antara PAS dan Umno kuat diperkatakan menuju pilihan raya umum ke-14 yang selewat-lewatnya perlu diadakan tahun depan.

- FRIENDS OF DAP 







Read More...

Tuesday 25 April 2017

Api Besar Di Kerteh Bakal Padam?


Melewati Api Besar, masih jauh lagi perjalanan untuk dituju. Api Besar merupakan kawasan perindustrian minyak dan gas di Kerteh Terenganu, berdekatan dengan Paka.

Penduduk tempatan memberi gelaran Api Besar kerana terdapat banyak api besar yang tak pernah padam di situ. Api untuk memproses minyak dan gas. Tetapi ia bakal terpadam?

Sejak industri minyak global merudum, projek makin berkurang. Penduduk sekitarnya yang rata-rata bekerja dalam industri minyak dan gas paling terkesan.

Projek tiada maka mereka tiada kerja. Ia diburukkan lagi tindakan kerajaan memindahkan banyak projek ke Pengerang, Johor, untuk memusatkan kawasan minyak dan gas di Pengerang, menurut mereka.

Semakin sukar untuk penduduk tempatan mendapat pekerjaan. Ada di kalangan mereka terpaksa memilih untuk berhijrah dan bekerja di Pengerang.

Ada yang ke Port Dickson malah ke luar negara. Ramai yang tinggalkan anak bini di kampung, kerana kesukaran membawa mereka bersama.

Kadar pengangguran yang tinggi menyukarkan kehidupan rakyat. Mengikut laporan dikeluarkan oleh akhbar yang telah terkubur akibat tindakan zalim kerajaan memerintah, The Malaysia Insider, kos sara hidup di kawasan Paka adalah antara yang tertinggi di Malaysia.

Ini disebabkan Paka dan sekitarnya merupakan kawasan minyak. Penduduknya dilimpahi dengan kemewahan industri minyak dan gas.

Kini industri telah suram, penduduk tiada pekerjaan, tetapi harga barang tidak pula menunjukkan penurunan.

Mengharapkan wakil rakyat yang dilantik mereka sewaktu pilihan raya lebih menyakitkan hati. Selera rakyat tempatan di sini memilih lebih kepada serban berbanding kebolehan.

Wakil rakyat di sini hidup bersama rakyat, berpakaian, berumah sama seperti rakyat. Mereka benar-benar berjiwa rakyat.

Namun kemahiran mereka lebih kepada menjadi imam solat, khatib khutbah dan mengepalai majlis agama. Ini bukanlah ciri yang teruk, malah dituntut kepada semua pemimpin.

Akan tetapi yang lebih diperlukan ialah yang boleh menyelesaikan masalah rakyat. Yang mampu mencipta dan menambah peluang kerja rakyat.

Bagaimana rakyat mahu khusyuk solat jika kepala diserabutkan dengan tiada duit membeli makanan untuk anak bini?

Akhirnya perjalanan sampai ke destinasi yang dituju, sebuah pejabat kecil tetapi cantik di Gong Badak Terengganu – tempat bakal berlangsungnya Jelajah Dialog Hati ke Hati bersama rakyat Terengganu anjuran PKR.

Jelajah dialog ini dirancang menjajah seluruh ceruk negara. Peluang untuk rakyat meluah perasaan.

Apa guna jika perdana menteri umumkan ekonomi baik, tetapi petani masih hidup dalam kemiskinan, nelayan masih kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

“Negeri Terengganu terlalu bergantung kepada hasil minyak, mesti wujudkan industri baru yang boleh memberi peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Di samping kerajaan perlu mewujudkan satu unemployment benefit yang bukan bersumber dari cukai baru, untuk melindungi pekerja, terutama sektor minyak dan gas,” kata Rafizi Ramli bila disoal berkaitan pengangguran pekerja minyak dan gas.

Negeri Terengganu sudah cukup bertuah kerana dikurniakan minyak. Yang diperlukan ialah pemimpin yang cekap memerintah.

Ketika pemimpin sibuk bercakaran di parlimen, ketika pemimpin sibuk mempermainkan isu agama dan bangsa untuk kepentingan diri, ktika ada pemimpin tidak berhati perut merembat RM2.6 bilion duit rakyat, dakyat di Kerteh, Paka dan sekitarnya masih pening bagaimana nak teruskan hidup kerana tiada peluang kerja.

Api besar bakal terpadam selamanya?

- Ahmad Firdaus Mohd



Read More...

Raja Bomoh Mengaku Bohong Dan Diarahkan Pihak Tertentu


'RAJA Bomoh' (kanan) membuat pengakuan bertaubat atas kesalahan berbohong dan menghina Islam di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), sebentar tadi.

KUALA LUMPUR: 'Raja Bomoh' membuat pengakuan ikhlas dan bertaubat atas kesalahan menghina agama Islam, di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), sebentar tadi.

Ibrahim Mat Zin, 66, dalam pengakuannya, memohon maaf kepada semua masyarakat beragama Islam dan bukan Islam di negara ini serta semua pihak di seluruh dunia berhubung tindakannya menggunakan teropong dalam membantu menyelesaikan beberapa kejadian dan isu besar yang berlaku di Malaysia, termasuk kes kehilangan MH370.

Dia menyatakan segala tindakannya itu, termasuk aksi 'melihat menggunakan teropong buluh' dan 'angkat kelapa', diarahkan oleh individu tertentu yang tidak dapat didedahkannya.

Pengakuannya itu disaksikan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri; Pengarah JAWI, Abdul Aziz Jusoh dan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAWI, Wan Jaapar Wan Ahmad.

Terdahulu, Ibrahim mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.





Read More...

Selepas Kaki, Tangan Pula Terpaksa Dipotong Akibat Didera


JOHOR BAHRU: Murid lelaki berusia 11 tahun yang didakwa dipukul pembantu warden di sekolah tahfiz di Kota Tinggi tidak bertindak balas dengan baik kepada rawatan dan mungkin kehilangan tangan kanannya.

Terdahulu, dilaporkan mangsa menerima rawatan penipisan darah bagi mengubati jangkitan di tangan kanan dan bahu kirinya, dan keluarganya hanya boleh mengetahui pada 8 malam Selasa sama ada tangan kanan mangsa perlu dipotong atau tidak.

Difahamkan darah beku pada bahu kiri hilang selepas rawatan dilakukan.

Ibu saudara mangsa, Dzuraidah Ahmad, 38, berkata, keadaan anak saudaranya tidak bertambah baik dan tangan dan jari kanannya kembali bertukar kehitaman selepas menunjukkan tanda-tanda sembuh pada Ahad.

"Kita doakan agar dia sembuh dan bersedia sekiranya doktor memutuskan pemotongan diperlukan bagi menyelamatkan nyawanya," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Aminah pada Selasa.

Tambahnya, doktor memberitahu mereka bahawa hanya bahagian lengan di bawah siku akan dipotong sekiranya perlu.

Dilaporkan kedua kaki mangsa dipotong bagi mengelakkan jangkitan kuman merebak ke bahagian badan yang lain.

Doktor kemudiannya mendapati tangan kanannya bertukar kehitaman akibat jangkitan kuman dan darah beku mula kelihatan di bahu kiri.


Read More...

Impian Hadi Untuk Jadi PM Bakal Berakhir


Walaupun suara rasmi Umno, Utusan Malaysia, cuba menggambarkan kerjasama PAS - UMNO untuk menghadapi pilihan raya parlimen ke-14, tetapi itu hanyalah indah kabar daripada rupa.

Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang meminta izin kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) supaya membenarkan parti itu bertanding di 80 kerusi parlimen sudah cukup menggambarkan keadaan sebenar.

Hubungan PAS dan Umno hanyalah antara presiden dengan presiden (Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang), tetapi tidak di akar umbi yang sedar bahawa kedudukan Najib berada di hujung tanduk.

Kini telah tiba masa yang ditunggu oleh PAS sejak sebelum merdeka untuk mengakhiri kuasa Umno.

Penantian PAS untuk menjadi perdana menteri akan berakhir pada pilihan raya umum ke 14.

Berasaskan kepada kajiannya, PAS sedar bahawa ia berada pada kedudukan yang lebih kuat berbanding Umno di seluruh negara, dan pergantungan parti-parti lain kepadanya untuk menggulingkan kerajaan BN.

Suasana jauh berbeza

Maka itu Tuan Ibrahim dengan lantang dan tegas meminta parti-parti pembangkang lain tidak melawan PAS di 80 kawasan parlimen.

Bererti PAS mahu hanya parti itu diberi peluang untuk mencabar BN secara satu lawan satu.

HARAPAN bolehlah bertanding di kawasan yang berbaki dan menubuhkan kerajaan bersama PAS.

Tuan Ibrahim memberi amaran jika PAS dicabar di 80 kawasan itu, maka ia akan melawan sekalipun PKR atau AMANAH, apatahlagi DAP.

Tetapi bagaimana dicabar Umno?

Walaupun ada yang berpendapat cabaran ini bersifat takbur, kerana dulu pun PAS tidak boleh menang di 80 kawasan, tetapi harus diingatkan, suasana politik sekarang sudah jauh berbeza.

Kehilangan keyakinan rakyat kepada kepimpinan Najib semakin parah.

PAS sedar bahawa apa juga serangan kerajaan Najib kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ia menguntungkan PAS dan memburukan lagi kedudukan Umno terutama di kalangan rakyat di luar bandar yang mengalami kesulitan hidup sekarang dan tidak dirasakan pada zaman Dr Mahathir.

Maka itu walaupun Dr Mahathir telah membuat kenyataan keras dalam soal hubungan dengan PAS, tetapi Tuan Ibrahim masih membuka pintu rudingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang dipengerusikan bekas perdana menteri itu.

Malah dalam kenyataannya beliau berkata, "kami menunggu kestabilan parti BERSATU dan pintu rundingan masih terbuka".

Umno - yang pada pandangan umum melukut di teping gantang - kepada PAS lebih banyak mengalami kerugian politik dalam hubungan dengan PAS sekarang.

Umpamanya kehilangan sokongan bukan Melayu kerana memenuhi kehendak PAS untuk meminda Akta 355 dan membenarkan pendakwah India, Zakir Naik, campurtangan dalam masalah sosial dan agama di negara ini.

Di samping itu Umno Kelantan menghadapi masalah tidak boleh meyerang PAS kerana dasar tersembunyi hendak berbaik-baik dengan Umno sedangkan PAS terus menyerang kubu-kubu Umno di negeri itu.

Tidak nampak kejujuran dalam hubungan PAS dengan Umno, sebaliknya apa yang berlaku ialah "PAS menggunting dalam lipatan, pepat di luar rencong di dalam."

TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN bekas menteri penerangan dan bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu. Artikel ini dimuatkan kali pertama pada dalam blog beliau.




Read More...

Monday 24 April 2017

‘Tiada Maaf Bagimu’


MIRI – Bekas jaguh pecut negara, Watson Nyambek hari ini menolak permohonan maaf daripada pihak Primeworks Studios Sdn Bhd berhubung insiden nama bapanya dipersendakan seperti kambing.

Mimik tersebut dilakukan oleh pengacara Azizul Ammar dalam rancangan “Sukan Tak Sentral” terbitan Primeworks yang disiarkan pada dua hari lepas.

Dalam sidang media yang dihadiri kedua-dua pihak, Watson menjelaskan dia masih tidak dapat menerima penghinaan itu.

“Sekarang saya hendak jelaskan walaupun mereka meminta maaf di hadapan anda semua (media), di tv serta di depan rakyat Malaysia, khasnya di Sarawak, pada saya sekarang ini saya sangat susah hendak menerima maaf tersebut.

“Ini kerana bapa saya ini dipandang seperti seekor haiwan. Apa perasaan saya dan bagaimana perasaan anda semua?” katanya.



Katanya lagi, untuk ketika ini hatinya belum terbuka untuk memberikan kemaafan.

“Mungkin suatu masa nanti, hati saya terbuka, dan saya akan menerima kemaafaan ini. Jadi sekarang saya belum hendak menerima maaf tersebut,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Hotel Grand Palace bersama pengacara Azizul Ammar dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar.

Watson memberitahu, beliau dan keluarga memandang serius apa yang berlaku dan ia menjadi faktor beliau membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Miri, Sarawak pagi tadi.

Dalam sidang media itu juga, Ahmad Izham mengumumkan bahawa program tersebut telah ditamatkan siarannya serta-merta, manakala pengacara Azizul Ammar digantung daripada siaran untuk tempoh yang tidak dinyatakan.

Malah beliau mengakui slot rakaman itu tidak sepatutnya disiarkan namun ia bukan satu yang disengajakan.

Penerbit itu menambah, pihaknya akan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam siaran saluran TV3.

Sementara itu, Ammar secara sebak memohon maaf atas ‘ketelanjurannya’ kerana mempermainkan nama mendiang ayah bekas pelari pecut negara itu sambil mengakui apa yang berlaku turut memberi kesan kepada keluarganya sekali.

“Ia menjadi pengajaran dalam kehidupan saya dan saya menyesalinya.

“Saya dengan serendah-rendah diri dan hati memohon maaf kepada abang Watson, isteri dan keluarga,” katanya. -MYNEWSHUB.CC






Read More...

Mahfuz Gesa PAS Jangan Ikut Kepala Sendiri


Bekas naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, menegur pimpinan partinya yang dianggap bongkak dalam percaturan mereka menghadapi pilihan raya.

Kata Mahfuz, kenyataan supaya parti pembangkang lain memberi laluan PAS bertanding berdepan dengan Umno tidak wajar dibuat oleh mereka ketika ini.

Pada masa sama, kata beliau, kenyataan seumpama itu akan menyebabkan PAS kehilangan sokongan pengundi.

"Ahli tegar PAS mungkin akan rasa seronok. Tetapi PAS kena ingat yang kemenangan PAS dulu bukan bergantung kepada undi dan sokongan ahli PAS semata-mata," katanya dipetik Sinar Online hari ini.

Kelmarin seorang daripada pimpinan utama PAS menyatakan, parti lain tidak boleh meletakkan calon masing-masing di kerusi yang ditandingi PAS bagi berdepan dengan Umno.

Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, langkah itu perlu bagi membolehkan pertandingan satu lawan satu berlaku pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.

Dan ketua penerangan Dewan Ulama PAS itut sekali lagi menegaskan kesungguhan PAS bertanding di 80 kerusi parlimen.

"PAS bertanding di 80 kerusi Melayu berhadapan dengan Umno. Pakatan Harapan jangan masuk. Parti Amanah Negara (AMANAH) jangan masuk. PBBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia -- BERSATU) pun jangan masuk. PKR bertanding di kerusi mereka PRU ke-13. DAP pun sama. Dua penjuru akan berlaku," katanya melalui kemas kini status di Facebook.

Tak pernah menang

Tetapi, kata Khairuddin, tidak dapat dipastikan sama ada AMANAH sanggup untuk tidak bertanding dalam pilihan raya.

"Atau mahukah PKR dan DAP untuk memberikan laluan kepada AMANAH di kerusi mereka tanpa menyentuh kerusi tradisi PAS pada PRU ke-13?" katanya.
Seorang lagi pimpinan utama PAS sebelum ini menyatakan 'sifir' 80 kerusi itu adalah jalan untuk parti berkenaan menawan Putrajaya.

Pesuruhjaya PAS Perak merangkap Anggota Jawatankuasa Pusat PAS, Razman Zakaria, berkata dengan kemenangan mereka di 80 kerusi parlimen, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh menjadi perdana menteri.

Menurut percaturan Razman, keadaan itu dapat berlaku dengan 'sumbangan' 40 lagi kerusi daripada Umno dan 45 lagi daripada parti di Sabah dan Sarawak.

Mahfuz berkata kenyataan sebegitu tidak membantu untuk PAS membina keyakinan masyarakat terhadap mereka, malah akan menjauhkan pengundi terutama di kalangan bukan ahli parti.

Katanya, dari segi lain kenyataan Khairuddin juga seolah-olah​ menggambarkan rasa cemas PAS untuk menghadapi PRU ke-14.

"Pas sepatut berundinglah. Bertanding tak sampai 80 kerusi dulu pun PAS tak pernah menang," katanya yang mempunyai pengalaman lama dalam parti berkenaan.




Read More...

Sunday 23 April 2017

Video Pengacara TV3 Kurang Ajar Menghina Bapa Watson Nyambek

'Bapa Saya Bukan Bintang Untuk Dipersendakan' - Watson Nyambek Luah Rasa Kecewa Terhadap Rancangan Komedi di Sebuah Stesen TV Swasta


Klik sini jika gagal lihat video

MIRI, 23 April -- Bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek meluahkan rasa kecewa beliau dengan tindakan sebuha stesen televisyen swasta negara ini yang menghina mendiang bapanya dalam satu rancangan komdei yang disiarkan malam tadi.

Bernama melaporkan, Watson berkata dia sendiri ada menonton episod itu dan merasa tersinggung.

"Saya ada menonton episod itu dan berasa tersinggung dan kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang," katanya.

Watson berkata, sepanjang karier sebagai ahli sukan sehingga sekarang tidak pernah mana-mana media membuat penghinaan terlalu peribadi terhadapnya khususnya melibatkan mendiang bapanya.

"Saya tidak tahu motif sebenar stesen televisyen tersebut tapi ini satu penghinaan kepada bapa saya," katanya sambil menambah stesen televisyen sepatutnya peka dengan sensitiviti masyarakat dan individu terutama sekali yang telah meninggal dunia.

Bernama juga melaporkan, Watson turut meluahkan rasa tidak puas hati kepada stesen televisyen itu.

"Orang hina saya miskin, bankrap, tak ada apa saya terima, nak ketawakan saya apa boleh buat,nasib kita macam tu,tapi bapa saya bukan binatang untuk dipersendakan," tulisnya dalam Facebooknya.

Luahan Watson mendapat reaksi serta perkongsian ratusan netizen yang mahu Watson menyaman stesen televisyen berkenaan serta mengutuk tindakan rancangan tersebut yang menghina individu yang telah meninggal dunia.-Bernama




Read More...

Enam Ditangkap Tembak Rumah Sami Hindu


Enam lelaki termasuk seorang remaja ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang penunggang motosikal melepaskan tiga das tembakan ke arah rumah seorang sami di Air Itam di George Town, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut SAC Mior Faridalathrash Wahid berkata enam lelaki berusia di antara 14 hingga 55 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar kawasan Air Itam dan Datuk Keramat di George Town malam tadi dan hari ini.

"Susulan kejadian itu, polis melancarkan operasi dan dapat menahan enam lelaki itu," katanya dalam kenyataan di George Town, hari ini.

Enam lelaki itu kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh. .

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai dapat membantu kes berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira 9.50 malam itu, mangsa yang berusia 50 tahun dan merupakan sami di sebuah kuil sedang mencuci halaman rumahnya apabila seorang penunggang motosikal tiba lalu melepaskan tiga das tembakan.

Setelah tidak terkena tembakan itu, beliau terus melarikan diri masuk ke dalam rumahnya lalu menghubungi polis.

Semasa kejadian, isteri dan tiga anaknya berada di dalam kediaman teres dua tingkat itu.

Berdasarkan siasatan polis, kejadian itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati seorang penduduk di kawasan perumahan sama berhubung kutipan wang rumah ibadat itu, selain mendakwa sami itu tidak amanah dan menyelewengkan wang kutipan berkenaan. -Bernama






Read More...

Friday 21 April 2017

Polis Tangkap Raja Bomoh


Polis dilaporkan menangkap Raja Bomoh atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin di Segamat, Johor hari ini.

Harian Metro yang memetik sumber yang tidak dinamakan, melaporkan Ibrahim ditahan pada 2.30 pagi dipercayai di sebuah hotel di bandar itu.

Ibrahim mencetuskan kontroversi apabila dirinya sering melakukan ritual pelik.

Terakhir, pada 13 Mac lalu dia melakukan ritual di hadapan Institut Perubatan Forensik Nasional, Hospital Kuala Lumpur kononnya 'memagar' Malaysia dari diserang negara asing khususnya Korea Utara.

Susulan itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan sebarang ritual dijalankan oleh Ibrahim kerana ia bercanggah dengan ajaran agama Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut dilaporkan berkata, polis menjejaki bomoh terbabit kerana disifatkan merosakkan imej Islam.

Antara ritual peliknya yang lain termasuk mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang dan ‘merestui’ tempat kejadian kemalangan yang membabitkan bekas pemimpin DAP, mendiang Karpal Singh.

Read More...

Pemimpin Muda PKR Dakwa Pinjam RM500,000 Dari Along Untuk Bermewah


Kertas pertuduhan terhadap Datuk Adam Rosly Abdulllah mendedahkan pemimpin muda PKR itu mendakwa telah meminjam lebih kurang RM500,000 daripada along.

Berdasarkan dokumen berkenaan, Adam Rosly mengaku kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pad 10 Februari bahawa dia membayar pembelian satu unit banglo di bernilai RM1.2 juta.

Pinjaman daripada along dan beberapa individu terbabit dibuat kerana beliau tidak dapat membuat pinjaman pada bank.

Dia didakwa memberi maklumat itu semasa disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 10 Februari lalu di Putrajaya.

Menceritakan bagaimana memperoleh wang untuk membeli rumah ala Disneyland di Ampang, Adam Rosly memecahkan sumber-sumber dana itu seperti berikut:

Pinjaman berjumlah RM500,000, berkemungkinan lebih atau kurang, daripada “Along Leo”.

RM100,000 daripada ibu mentua dan RM100,000 daripada nenek (nenek baru meninggal dunia).

RM250,000 daripada hasil jualan kereta dan gaji pengurusan flat.

RM250,000 hasil perniagaan secara langsung dan tidak langsung.

Bagaimanapun pada 22 Februari, Adam Rosly memperbetulkan kenyataannya.

Katanya dia meminjam RM555,165 daripada Leo untuk tempoh dua tahun dan untuk menyokong pengakuannya itu, beliau mengemukakan dokumen sokongan kepada SPRM.

Daripada jumlah itu Adam Rosly berkata dia sudah membayar semula sebanyak RM302,050 dan masih berhutang RM253,115.

Keterangan diberi Adam Rosly itu didakwa palsu dan dia hari ini didakwa mengikut Seksyen 32 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Jika sabit kesalahan, Adam Rosly boleh didenda tidak lebih RM3 juta, dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Dia berdepan keseluruhan enam pertuduhan memberi pernyataan dan dokumen palsu kepada pihak berkuasa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Hakim menetapkan Adam Rosly boleh diikat jamin RM300,000.





Read More...

Thursday 20 April 2017

Benjy Tak Serik.. Sorok Syabu Dalam Dubur


Deli Serdang (Medan): Pelakon Malaysia, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy ditahan petugas kastam di Lapangan Terbang Kualanamu, Sumatera Utara selepas didapati menyimpan syabu dalam duburnya, Selasa lalu.

Ketua Penyeliaan dan Perkhidmatan Duti dan Cukai Kualanamu Zaky Firmansayah berkata, pelakon berusia 38 tahun itu menaiki pesawat Malindo Air penerbangan OD322 sebelum ditahan malam Selasa lalu.

“Hasil pengakuan suspek, kedatangannya ke Medan dipercayai mahu mencari juruhebah (deejay).

“Selepas pemeriksaan dilakukan, kita menemui dua bungkus syabu seberat 14 gram yang disembunyikan di duburnya, katanya kepada Detiknews.

Zaky berkata, Benjy mengaku membeli syabu dari seseorang di Kuala Lumpur dan pernah ditahan sebanyak empat kali di Malaysia pada 2015 membabitkan kes dadah.

“Benjy boleh dihukum mati jika sabit kesalahan kerana mengedar dadah. Namun semuanya masih dalam siasatan pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan Duta Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim untuk pengesahan lanjut belum lagi berhasil.

Pada 6 April lalu, Benjy dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Majistret Muar, Johor atas tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 28.99 gram pada Mac 2015.

Sementara itu, pada 2011, Benjy didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas didapati bersalah terhadap tuduhan memiliki 0.24 gram syabu.








Read More...

WANG PENCEN DARI SRC DAN TABUNG HAJI DIGUNAKAN UNTUK MEMBAYAR JHO LOW


Pendedahan saya berkenaan dana SRC International Sdn Bhd yang dipindahkan ke akaun Dato’ Seri Najib Tun Razak sebenarnya mahu menumpukan perhatian rakyat kepada isu yang lebih besar iaitu bagaimana wang dari tabung pencen rakyat dan wang dari Tabung Haji akhirnya diselewengkan kepada Jho Low.

Hari ini, saya akan buktikan bagaimana Jho Low menjadi penerima terbesar aliran wang dari tabung rakyat melalui SRC International Sdn Bhd yang mendapat dana dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) sebanyak RM4 bilion.

Tumpukan perhatian anda kepada aliran dana dari SRC International Sdn Bhd kepada syarikat-syarikat berikut (seperti paparan carta aliran dana yang ditunjukkan secara tidak sengaja oleh Peguam Negara, Tan Sri Affandi Ali tahun lalu):

1. Sebanyak RM170 juta disalurkan terus dari SRC International Sdn Bhd ke Putra Perdana Construction Sdn Bhd, iaitu RM35 juta pada 8 Julai 2014, RM105 juta pada 14 Julai 2014 dan RM30 juta pada 8 Ogos 2014.

2. Pada hari yang sama iaitu 8 Julai 2014, sebanyak RM34.99 juta dipindahkan dari Putra Perdana Construction Sdn Bhd kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak (sebanyak RM27 juta) melalui sebuah lagi syarikat bernama Permai Binaraya Sdn Bhd.

3. Seminggu kemudian pada 14 Julai 2014, RM140 juta dipindahkan ke sebuah syarikat lain iaitu Putra Perdana Development Sdn Bhd iaitu RM105 juta yang dipindahkan terus dari SRC International Sdn Bhd melalui syarikat pengantara Putra Perdana Construction Sdn Bhd pada hari yang sama; dan RM5 juta dari Permai Binaraya Sdn Bhd iaitu penerima sejumlah RM34.99 juta dari SRC International Sdn Bhd seminggu sebelum itu (rujuk pemindahan wang dalam 2).

4. Sebulan kemudian pada 11 Ogos 2014, Putra Perdana Development Sdn Bhd menerima RM30 juta lagi dari SRC International Sdn Bhd melalui Putra Perdana Construction Sdn Bhd.

5. Jumlah RM140 juta yang diterima oleh Putra Perdana Development Sdn Bhd dalam bulan Julai dan Ogos 2014 kemudian dibayar kembali oleh Putra Development Sdn Bhd pada 12 Disember 2014 kepada SRC International Sdn Bhd melalui Putra Perdana Construction Sdn Bhd.
Semakan ke laman web dan carian syarikat Putrajaya Perdana Berhad (http://www.p-perdana.com/index.php) mengesahkan perkara-perkara berikut:

i. Putra Perdana Development Sdn Bhd (juga dikenali sebagai PPD) adalah anak syarikat kepada Putrajaya Perdana Berhad (rujuk carian SSM PPD dan paparan skrin dari laman web Putrajaya Perdana Berhad di bawah):

ii. Permai Binaraya Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang tidak aktif (“dormant”) yang mempunyai pengarah-pengarah yang sama dengan Putra Perdana Development Sdn Bhd iaitu Dato’ Shukri Dahlan dan Dato’ Rosman Abdullah;

iii. Putra Perdana Construction Sdn Bhd adalah anak syarikat kepada Putrajaya Perdana Berhad.

Semakan di laman web Putrajaya Perdana Berhad menunjukkan dalam bulan Mac 2014, Putra Perdana Development Sdn Bhd (syarikat yang menerima RM140 juta dari SRC International Sdn Bhd dalam bulan Julai dan Ogos 2014) telah memeterai satu urusniaga besar yang disenaraikan di bahagian “milestone” (peristiwa besar).

Dalam bulan Mac 2014, Putra Perdana Development Sdn Bhd telah membeli 37.5% pegangan di dalam Iskandar (Holdings) Company Limited dari Unity Capital Partners (Cayman) Limited. Kedua-dua syarikat tersebut iaitu Iskandar (Holdings) dan Unity Capital Partners adalah syarikat pesisir luar pantai yang dibuka di Kepulauan Cayman yang menyebabkan senarai pemegang saham dan pengarahnya dirahsiakan.

Walau bagaimana pun, saya berjaya menjejaki kedua-dua syarikat ini kepada Jho Low melalui satu rencana yang disiarkan oleh akhbar perniagaan The Edge bertarikh 3 April 2015 (capaiannya di http://www.theedgemarkets.com/…/jho-low-made-rm400-million-…).

Rencana itu mengesahkan:
i. Jho Low mempunyai kepentingan saham di dalam Iskandar (Holdings) Company Limited

ii. Jho Low mempunyai kepentingan saham di dalam Unity Capital Partners (Cayman) Limited yang turut dimiliki oleh keluarga bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Taib Mahmud

Ini bermakna, dalam bulan Mac 2014, Putra Perdana Development Sdn Bhd telah membeli 37.5% kepentingan dari syarikat-syarikat Jho Low.
Beberapa bulan selepas itu iaitu dalam bulan Julai dan Ogos 2014, Putra Perdana Development Sdn Bhd yang tidak ada kena mengena dengan SRC International Sdn Bhd menerima sejumlah RM140 juta dari SRC International Sdn Bhd, iaitu syarikat milik rakyat yang menggunakan dana pencen kononnya untuk melabur.

Dalam bulan Disember 2014, seperti yang dilaporkan sendiri di laman web Putrajaya Perdana Berhad yang saya tunjukkan di atas, Tabung Haji membeli 30% pegangan di dalam Putrajaya Perdana Berhad dari Cendana Destini Sdn Bhd iaitu satu lagi syarikat yang dilaporkan dikawal oleh Jho Low.

Tahun lepas, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, YB Tony Pua telah berjaya mendapatkan pengesahan berapa jumlah yang disuntik oleh Tabung Haji ke dalam Putrajaya Perdana Berhad selepas pembelian 30% saham dari syarikat Jho Low.

Saya sertakan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir yang mengesahkan bahawa Tabung Haji telah menyuntik sebanyak RM193.5 juta ke dalam Putrajaya Perdana Berhad.

Oleh yang demikian, saya berani mengunjurkan perkara-perkara berikut:

1. Sejumlah RM140 juta telah diambil dari SRC International Sdn Bhd dalam bulan Julai dan Ogos 2014 untuk membayar Jho Low apabila Putra Perdana Development Sdn Bhd membeli pegangan di dalam Iskandar (Holdings) Company Limited

2. Sejumlah RM140 juta telah diambil dari Tabung Haji untuk membayar kembali dana SRC International Sdn Bhd dalam bulan Disember 2014 (yang digunakan terlebih dahulu untuk membayar Jho Low) melalui suntikan dana Tabung Haji ke dalam syarikat Putrajaya Perdana Berhad.

Saya menunggu maklumbalas kedua-dua orang tokoh politik Melayu dari parti Melayu terbesar iaitu Dato’ Seri Najib dan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang apabila dana dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dan Tabung Haji berkemungkinan besar telah diselewengkan untuk masuk ke poket Jho Low.

Saya akan meneruskan pendedahan dan siasatan ke atas dana ini kerana ia melibatkan dua tabung yang dimiliki rakyat keseluruhannya.
Ikuti link dibawah untuk dokumen-dokumen sokongan:
http://rafiziramli.com/2017/04/wang-pencen-dari-src-international-dan-wang-tabung-haji-digunakan-untuk-membayar-jho-low/

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN


Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP