Thursday 6 April 2017

11 Orang Himpun Di Parlimen Sokong RUU355


Pemandangan berbeza ketika himpunan RUU355 sebelum ini kerana di sertai ribuan orang.

Namun hari ini hanya 11 orang datang bagi menyatakan sokongan itu di luar Parlimen hari Ini.

Menurut penyokong PAS yang hanya mahu dikenali sebagai 'Nazir', beliau menjangkakan 3,000 orang akan hadir pada hari ini, namun kerana hari bekerja menyebabkan penyokong parti Islam itu kurang.

"Kami jangka sampai 3,000 orang. Tapi hari ini hari bekerja​ kan.

"Tapi kita yakin semua berdoa untuk RUU355," katanya yang tiba di kawasan itu pada jam 10 pagi.

Katanya lagi, beliau hadir tidak membawa kain rentang sebaliknya hanya menyatakan sokongan.

Semalam Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan melalui Facebooknya menyeru supaya semua anggota parti Islam itu mengadakan solat hajat supaya RUU355 berjaya dibentang dan dibahaskan.

Namun hari ini, Nasrudin ketika ditemui pemberita di parlimen enggan mengulas lanjut mengenai pembentangan itu.

Usul oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) akan dibahaskan di parlimen hari ini.

Hadi berusaha untuk meminda akta yang dikenali sebagai Akta 355 untuk meningkatkan had hukuman penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan.

Pada masa ini, had hukuman syariah hukuman adalah penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.

Sidang Dewan Rakyat yang berlangsung selama hampir 20 jam semalam, berakhir pada 5:05 pagi ini, mencatat rekod baru sesi parlimen yang paling lama, melebihi masa sebelum ini sehingga jam jam 4.25 pagi, laporBernama.

Sidang Dewan Rakyat disambung pada jam 10 pagi hari ini.

- mkini




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP