Sunday, 30 April 2017

*UPDATE* VIDEO & FOTO: RIBUT MELANDA MUKTAMAR AGUNG PAS


Apakah ini petunjuk kemurkaan Allah SWT..?

------------------------------------------

Kejadian ribut: Saya doakan anda semua selamat


KEJADIAN tidak disangka-sangka, angin ribut yang melanda Kedah dan turut melintasi Batu 9, di mana kawasan Muktamar Pas sedang berlangsung sehingga ada kerosakan dan kecederaan, sangat mengejutkan kita semua.

Saya berharap semoga semua rakyat negeri Kedah, khususnya ahli-ahli Pas yang berkampung sempena muktamar agar bertenang dan saya berdoa semoga mereka semua berada dalam keadaan selamat.

Kepada mereka yang mengalami kecederaan, semoga mereka akan pulih dan kembali sihat seperti sedia kala.

Ujian daripada ALLAH berlaku kepada sesiapa jua mengikut takdir dan kehendakNYA.

Sebagai orang Islam, kita perlu reda dengan ketentuan dan sedikit ujian ini.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada mangsa yang tercedera.

Semoga ALLAH memberi ketenangan kepada kita semua. Kepada ALLAH jua tempat kita berlindung.

MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara


ALOR SETAR: Sekurang-kurangnya dua mangsa dilaporkan patah kaki, manakala beberapa yang lain cedera selepas ribut melanda Kompleks PAS Kedah, di sini, sebentar tadi.

Berdasarkan maklumat, lokasi tapak Ekspo Haraki sempena Muktamar PAS Ke-63 yang berlangsung, antara yang terjejas dengan khemah disediakan yang menempatkan lebih 20 gerai rosak dibadai ribut.

Sumber PAS negeri mengesahkan sehingga kini 18 mangsa mengalami kecederaan dalam kejadian yang berlaku selepas azan Maghrib itu, dengan dua daripadanya disahkan patah kaki. Difahamkan, kebanyakan mangsa yang cedera disebabkan terkena dan ditimpa struktur khemah yang diterbangkan angin.

Sehingga kini, pihak media masih tidak dibenarkan memasuki Kompleks PAS berkenaan. Beberapa unit jentera bomba sudah berada di lokasi untuk membantu. 




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

8 comments:

Bijak Pandai 29 April 2017 at 23:04  

peringatan untuk mulut mulut pencela...Allah cela korang balik baru ada akal...

pok amid littor 30 April 2017 at 02:10  

Tknk komen banyak laaa!
Allaah nk bagitau kamu, wahai pimpinan dan ahli2 parti cap bulan bahawa, mulut kamu tu jangan lah celupar sangat walaupun kamu banyak berwirid. Kuasa bukannya di tangan kamu untuk menjahanamkan musuh politik kamu!!
Taik kamu pun busuk dan kohong macam taik orang2 lain juga... Atau kamu fikir taik kamu wangi macam kasturi kerana kamu ahli2 parti cap bulan?

PASDAPX 30 April 2017 at 04:19  

Amboi cepatnya menghukum, kamu tu Tuhan ka? Mereka yg yg cuba mengajak kpd Islam lalu Allah uji spt kaum terdahulu, kamu tu puak mana? Jamin kah takkan diuji atau sbnrnya sedang di istidraj?

Allah uji mereka yg cuba melawan kebathilan akhir zaman. Tggulah saat pencela hukum Allah diazab lebih dhsyat nnt. Mungkin ini kaffarah Allah setelah PAS kembali ke jln fitrah asal berbanding dulu menjadi barua kafir harbi dan penentang Islam

Apakah org yg berbuat jahat dn mencela dr Pakatan iti Allah redho? Tunggulah saat kehancuran dn pembalasan buat mereka pula.. Aminn.

Nobody 30 April 2017 at 07:55  

Wahai walaun,

Kalau dah jadi barua kafir syiah laknatullah pembunuh dan perogol wanita Islam sampai berpeluk-peluk itu kembali kepada fitrah ke???

Kalau duit rakyat kena rompak buat filem lucah the wolf of the wall street ulama pas diam siap bersekongkol lagi itu kembali kepada fitrah ke???

Bulan Mac tahun lepas di muktamar Yadim pengarah eksekutif pusat penyelidikan PAS pusat Dr Zuhdi Marzuku memutar-belitkan hadis, ini kembali kepada fitrah ke???

Patutlah dalam muktamar tahun lepas perwakilan Pas Johor mengaku korang semua bodoh, memang bodoh piang betul!!!!

Kalau Allah dah laknat PAS sebagai PIGS, apa tandanya???

Tandanya korang ni kaki buat maksiat, kaki jual agama!!!

Islam tu ikut Rasulullah, bukan ikut syiah!!!

Rasulullah ajar lain korang buat lain lepas tu mengaku pejuang Islam konon!!!

Jadi walaun kena selama-lamanya bodoh ke???

Nobody 30 April 2017 at 08:15  

Allah memang menguji mereka yang melawan kebatilan, tapi kau tu tak tahu ke kau tu di pihak yang batil???

Kalau Allah beri kafarah sepatutnya kafarah zaman Fadzil Noor atau Nik Aziz dulu!!! Allah tu maha adil. Takkanlah aku buat silap kau tanggung pulak dosa aku???

Nak tunggu saat kehancuran dan pembalasan apanya???

Korang gelar Dapigs Allah sendiri perdayakan pemimpin PAS pakai nama PIGS!!! Hahaha

Buat kerja2 haram dan tak diredhai Allah memang patutlah digelar PIGS!!!

Mizie Kutar 30 April 2017 at 10:24  

MashaAllah...petanda yang maha ESA murka bukan lagi ujian. Kembali bersatu PAS AMANAH KEADILAN DAP demi rakyat Malaysia. Melayu..cina..india dan lain2 bangsa adalah rakyat malaysia. Perjuangan asas parti membela nasib rakyat.

mohd shahran 30 April 2017 at 10:50  

masa banjir di pulau pinang apa kata2 ulamak su' dari pas. ini allah bayar cash.. bila tang kena depa ulamalk su' ini ujian allah... hahaha

Faizal Shah Abdul Wahab 30 April 2017 at 11:25  

Bila berbalas hujah dengan mereka habis semua kitab kitab dibukanya utk menghalakan dengan ungkapan-ungkapan yg kita tidak fasih. Tapi bila kes rasuah boleh pulak didalilkan dengan dia bukan ahli lagi..tiada bukti wang salur kepada parti..tapi sebagai parti yang melaungkan Islam ibarat Islam ini kuno dlm hal hal undang undang atau siasatan..inilah perbuatan yang memjauhkan orang bukan Islam mendekati Islam malah membenci Islam atas tindakan mereka yang berserban ini 😡

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP