Saturday, 29 April 2017

Hadi Tekad Untuk Sekat DAP Dan Pakatan Menang PRU14

DATUK Seri Abdul Hadi Awang ketika tiba untuk menyampaikan Amanat Presiden pada Muktamar Tahunan Pas ke-63 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut malam ini.- Foto BERNAMA

ALOR SETAR: PAS menegaskan pendiriannya untuk memastikan DAP dan sekutunya tidak mendominasi kuasa pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Untuk itu usaha memastikan dominasi politik Islam dan Melayu akan terus diperkasa demi mengekang setiap risiko ancaman terhadap agama.

Amanat itu disampaikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kepada perwakilan Muktamar PAS Ke-63 pada majlis tertutup di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, di sini.

Berdasarkan sumber, PAS dikatakan sudah mengenal pasti gerakan dan strategi bersifat menyeluruh untuk memastikan parti terus berpengaruh di negeri yang didominasi Melayu dengan meningkatkan penguasaan jumlah kerusi.

"PAS sedar ramai yang bertanya mengenai kesukaran PAS untuk menang jika bergerak sendiri atau berdepan pertembungan tiga penjuru....selain itu ada juga soalan ditanya mengenai kerusi mana PAS akan bertanding dan siapa pula yang akan bertanding. "Setiap persoalan ini sudah dikaji dan hasil kajian itu akan diperhalusi untuk dilaksana selepas muktamar nanti," katanya merujuk ucapan Abdul Hadi.

Sumber sama berkata, Abdul Hadi pada masa sama turut menyentuh mengenai hubungan PAS bersama parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat sebelum ini, dengan menyifatkan tindakan meninggalkan pakatan itu sebagai langkah terbaik selepas parti sering dilabel sebagai 'kuda tunggangan' oleh musuh politik dan mereka yang tidak menerima maklumat tepat.

BH difahamkan, Presiden PAS itu turut memaklumkan kesediaan untuk menambah kuota calon bagi muslimat, selain memastikan 45 peratus calon untuk PRU-14 terdiri daripada golongan muda berusia 40 tahun ke bawah.

Apa yang penting, Presiden PAS turut mengingatkan ahlinya supaya tidak cepat melatah dengan lontaran 'batu' pihak lawan yang dikhuatiri berisiko menggoyahkan proses tarbiah parti.

- bharian





PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

2 comments:

Racun Bisa 29 April 2017 at 08:41  

Pas kini sudah jadi JURUCAKAP UMNO. Buat kerja bergaji....90J utk cover 5 tahun...
Klu umno menang nnti...Pas dtinggalkn. Mereka makn angin tapi Pas tiup angin...
Itu la kerja Hadi Amar Takiyudin Razman Abduh Zuhdi dn UG nya

pok amid littor 30 April 2017 at 02:16  

Contoh Pemimpin bermulut longkang ...
Apa yg tak keluar...barua, tolol, biawak, butir taik!
Pemimpin betmulut kohong sebegini lah yg akan menjauhkan orang ramai untuk memberi undi kepada parti.
Tapi bagi ahli-ahli yg taksub, mulut sebegini kohong pun dianggap macam pewangi Uud!!!
Sorry la utk dapat undi kami kerana mr prezideng simulut longkang ini

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP