Thursday 6 April 2017

LANGSUNG: Hadi Bentang Pindaan RUU355


LANGSUNG l Usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) akan dibentangkan di Dewan Rakyat, sebentar lagi.

Rang undang-undang itu bertujuan untuk meningkatkan had hukuman bagi kesalahan syariah.

Malaysiakini membawa kepada perbahasan itu secara langsung.

1:00pm: Hadi meminta usulnya itu dibahaskan. Takiyuddin tampil menyokong usul itu, tetapi Pandikar memintanya berbuat demikian selepas rehat makan tengah hari.

Dewan Rakyat berhenti rehat dan akan bersambung jam 2.30 petang.

12:58pm: Hadi berkata hukuman di bawah undang-undang Islam itu bertujuan untuk mendidik, bukan untuk menyeksa.

Beliau kemudian menyebutkan perbezaan antara hukuman sebat di bawah undang-undang Islam dan undang-undang sivil.

“Sebatan dalam Islam bukan sebatan sivil, mesti dengan alat sebat yang sederhana, yang tak berat dan tidak ringan,

“(Tangan) tak boleh angkat lebih tinggi dari kepala, tak boleh (hingga) menyiat kulit, tak boleh cederakan, untuk malukan bukan cederakan.

“Kalau orang kurus kalau sebat kena tulang, Rasulullah suruh guna seratus batang ranting dan sebat sekali sahaja.

“Jangan main-main dengan hak orang Islam yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan,” katanya.

12:55pm: Hadi menjelaskan bahawa Akta 355 tidak meliputi rompakan atau kesalah mencuri.

Presiden PAS itu berkata penolakan pindaan itu oleh beberapa ahli parlimen adalah tanda yang tidak baik kepada kematangan politik negara.

Hadi menegaskan bahawa ahli parlimen bukan Islam tidak mempunyai hak untuk membantah pindaan itu kerana ia tidak memberi kesan kepada mereka, dan bahawa hanya umat Islam yang boleh dibicarakan di bawah Akta 355.

"Bukan Islam bukan musuh, apatah lagi (mereka) rakyat senegara," katanya.

Jelasnya, memandangkan skop akta itu yang terhad, kes umpama rogol yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam, adalah di bawah bidang kuasa polis.

12.45pm: Hadi berkata pindaan Akta 355 diperlukan bagi memperkasakan mahkamah syariah.

“Pada masa sekarang bidang kuasa jenayah mahkamah syariah adalah sangat terbatas.

“Bidang kuasa mahkamah syariah masih lagi rendah daripada mahkamah majistret.

“Memurtadkan orang hanya boleh didenda RM5,000. Adakah begini rendah nilai akidah Muslim?

“Muslims tidak bertanggungjwb kepada isteri, tinggalkan bertahun-tahun, berpoya-poya berbanding puluhan ribu atau ratusan ribu (hukuman) di mahkamah sivil.

“Di manakah lindungan untuk wanita Muslim?” soalnya.


12.40pm: Hadi akhirnya berdiri untuk membacakan usulnya.

“Saya berdiri hari ni sebgai anggota Dewan Rakyat yang dipilih rakyat untuk bawa rang undang-undang, izinkan saya menungkapkan syukur alhamdulillah kepada Allah, dan terima kasih kepada semua yang telah izinkan saya bentangkan usul Akta 355 buat kali ketiga.

“Akta asal ini telah diluluskan 50 tahun yang lalu dan hanya dipinda pada 1985.

“Usul ini yang saya bentangkan pada kali pertama bukan bertujuan untuk wujudkan akta baru seperti digemburkan sesetengah kumpulan tapi meminda akta persekutuan sedia ada.,” katanya.

12:35pm: Lim Kit Siang mencelah, memetik Peraturan Mesyuarat mengenai aturan urusan. Azeez bagaimanapun cuba menghalangnya dan berlaku pertengkaran kecil.

Azeez menjerit bahawa Lim "makin tua makin gila".

Pandikar menjelaskan Hadi berhak untuk membentangkan usulnya.

Lim bagaimanapun membantah, katanya, ini bukan keputusan kabinet, kerana presiden MCA mahupun Presiden MIC membantahnya.

Pandikar kemudiannya memberi amaran bahawa sesiapa yang mengganggu Hadi akan diarah meninggalkan Dewan Rakyat.

12:30pm: Gooi Hsiao Loong (PKR-Alor Setar) bangkit dan berkata persetujuan daripada Majlis Raja-Raja diperlukan untuk Hadi membaca usulnya.

Datuk Seri Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) bagaimanapun mengadu bahawa pembangkang cuba membuang masa.

Pandikar kemudian menjawap kepada Gooi, mengatakan bahawa pada tahun 1985, pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) telah dibuat tanpa persetujuan raja-raja kerana undang-undang itu sudah wujud, dengan itu kebenaran tidak diperlukan.

12.25pm: Gobind bersetuju bahawa injunksi tidak boleh dibuat terhadap Parlimen. Walau bagaimanapun beliau berkata dewan mempunyai Peraturan Mesyuarat yang menetapkan bahawa jika terdapat injuksi mahkamah, maka Peraturan Mesyuarat menghalang perkara itu daripada dibahaskan, walaupun ini tertakluk kepada budi bicara Speaker.

Gobind berkata, Pandikar melarang perbahasan 1MDB atas alasan sama, dengan itu beliau memohon penjelasan mengapa speaker membuat keputusan sebaliknya berhubung usul Hadi.

Takiyuddin bagaimanapun berkata perkara itu tidak boleh dianggap akan dibawa ke mahkamah hanya kerana writ saman dihantar kepada responden.

"Ketika ini, saman belum lagi dibicarakan di mahkamah, oleh itu ia tidak subjudis," kata Takiyuddin.

Pandikar memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh campur tangan dalam penggubalan undang-undang, sambil menambah bahawa keputusan sama juga dibuat di Australia dan New Zealand.

"Parlimen adalah badan tertinggi dalam menggubal undang-undang, kamu tidak boleh melarangnya," kata speaker.

12:20pm: Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) mencelah dan berkata Speaker telah menerima notis, bahawa terdapat tuntutan mahkamah untuk menyekat usul Hadi.

Gobind kemudian merujuk kes 1MDB, di mana Pandikar menghalang perbincangan mengenai isu itu atas alasan subjudis, kerana ia masih di mahkamah.

Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) kemudian bangkit dan berkata injunksi sama difailkan pada bulan Jun lalu, untuk menyekat usul Hadi tetapi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolaknya.

Pandikar kemudian membaca contoh dari Parlimen India yang subjudis tidak boleh menghalang undang-undang daripada digubal.

“Keputusan kes ini telah pun diputuskan, hakim mahkamah tinggi, permohonan plaintif untuk menyekat Dewan Rakyat dan Marang untuk kemukakan usul ditolak,” katanya.

12:15pm: Lee menyoal Pandikar akan membuat pemerintah sama ada usul Hadi akan dibaca sebagai usul atau rang undang-undang ahli persendirian.

Pandikar menjelaskan bahawa usul Hadi adalah untuk memohon kebenaran supaya rang undang-undang itu dibacakan.

"Oleh itu, apabila usul itu dibacakan, Marang (Hadi) akan memberikan penjelasan, maka saya akan menjemput seseorang untuk sama ada menyokong atau menolaknya,' katanya.

12.10pm: Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) menyoal mengapa usul Hadi diberi keutamaan berbanding usul pembangkang yang lain.

Pandikar bagaimanapun menjelaskan bahawa kerajaan telah meminta supaya usul Hadi diberi keutamaan, dan bahawa Hadi telah meminta untuk menangguhkan usul itu selepas memindanya.

"Saya hanya mengikuti Peraturan Mesyuarat," kata Pandikar.

Menurutnya, ‘tangannya terikat’ apabila ini membabitkan Peraturan Mesyuarat, kerana adalah hak eksekutif untuk membuat sebarang pindaan kepada Peraturan Mesyuarat.

Beliau berkata jika kerajaan mempunyai perjanjian dengan mana-mana pembangkang untuk mempercepatkan usul mereka, maka beliau akan akur.

12:00pm: Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mempersilakan Hadi untuk membacakan usulnya. Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) bagaimanapun mencelah dan mendakwa bahawa rang undang-undang persendirian yamng difailkan olehnya telah ditolak oleh speaker.

11:55am: Usul Hadi bertujuan untuk meningkatkan hukuman bagi kesalahan syariah kepada penjara tahun sehingga 30 tahun, denda maksimun RM100,000 dan hukuman sehingga 100 sebatan.

Hukuman syariah sekarang adalah maksimum penjara tiga tahun, denda hingga RM5,000 dan enam sebatan.

Sebelum ini, Hadi cuba memasukkan peruntukan supaya tidak ada sebarang had maksimum, kecuali hukuman mati.

Beliau kemudian menyemak cadangan pindaan itu selepas perbincangan dengan kerajaan November lalu.

Ini adalah kali ketiga Hadi telah membawa usul itu ke Dewan Rakyat.





PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP