Monday, 17 April 2017

Mujur Pemuda PAS Tidak Ada Rafizi – Nasrudin


KUALA LUMPUR – “Mujur Pemuda PAS Malaysia tidak ada Rafizi,” kata Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan.

Katanya, beliau pernah dipertikai pihak tertentu sewaktu menjadi Ketua Pemuda PAS mengapa tidak menjadi seperti `Rafizi’.

Menurut beliau, pihak terbabit Pemuda PAS dibawah pimpinannya sangat lemah kerana tidak mempunyai individu seperti `Rafizi’.

“Kenapa saya tidak seperti Rafizi? Pemuda PAS lemah kerana gagal melahirkan Rafizi? Mana Rafizi versi PAS?

“Waktu itu, saya hanya mampu senyum menerima asakan persoalan sedemikian.

“Hari ini bolehlah saya jawab, mujur Pemuda PAS Malaysia tidak ada Rafizi. Alhamdulillah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Rafizi yang beliau maksudkan ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Rafizi merupakan tokoh penting Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam membantah usaha PAS membentangkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) di Parlimen pada 6 April lalu.

Pemimpin PKR dan parti sekular DAP bagaimanapun gagal menghalang pembentangan RUU 355 menyebabkan Rafizi kemudian mendakwa kononnya PAS menerima dana daripada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

PAS baru-baru ini membentangkan RUU 355 di Parlimen yang bertujuan meminda akta bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah termasuk meningkatkan kadar hukuman yang boleh dikenakan ke atas umat Islam yang berzina dan minum arak.

Perbahasan RUU 355 yang sepatutnya diadakan selepas pembentangannya terpaksa ditangguhkan pada sesi akan datang oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat ekoran provokasi melampau Ahli Parlimen Pakatan Harapan dalam membantah RUU355.

Parti sekular DAP yang mengetuai Pakatan Harapan pernah mendakwa RUU 355 merupakan strategi halus PAS untuk melaksanakan hudud yang zalim, kuno dan tidak bertamadun di negara ini.

Anggota parti Pakatan Harapan, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) pula mendakwa RUU 355 tidak boleh dibenarkan di Malaysia kerana ia mengelirukan dan menimbulkan keresahan umat bukan Islam.

Perbuatan Pakatan Harapan di Parlimen itu menimbulkan kemarahan umat Islam negara ini menyebabkan bekas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba membuat pengumuman kononya beliau menyokong RUU 355. – MYNEWSHUB.CC





PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

4 comments:

Mohd Noor 17 April 2017 at 06:20  

perasan cerdik le tu...

Racun Bisa 17 April 2017 at 19:13  

Mamat ni harapkn serban je. Xda apa pun. Menang parlimen bentong sbb isu semasa bukan sebab serban hebat. Jadi ketua pemuda, jd ketua pnerangan, pasni nk jd naib presiden.. anchus...
Boleh bla porno

pok amid littor 18 April 2017 at 19:30  

Pay per view nk tompang sekoley utk cari publicity!!!
Dua terasa hebat sangat la tu!!!

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP