Monday, 17 April 2017

Mukhriz Serah Notis Debat. Apa Pula Helah Haris Kali Ini?


Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah mengemukakan notis kepada pihak polis memaklumkan mengenai ranvangan untuk berdebat pada 27 April dengan bekas pembantu khasnya, Haris Che Mat.

Notis bertarikh 12 April itu, dikongsi di media sosial malam tadi.

Laman Facebook Mukhriz Mahathir FC - yang bertindak sebagai jurucakap untuk bekas menteri besar Kedah itu - bagaimanapun menyatakan bahawa notis itu hanya diserahkan kepada polis petang semalam.

Polis sebelum ini pernah menolak perdebatan yang dirancang antara Mukhriz dan Haris, atas alasan ia gagal memenuhi notis 10 hari yang dikehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Dalam notis itu, Mukhriz berkata debat akan diadakan di Dewan Perhimpunan Melayu Kedah, di Alor Setar pada jam 9 malam.

"Pihak pengurusan dewan tersebut juga tiada halangan malahan setuju untuk membenarkan debat ini dijalankan di premis tersebut,” kata Mukhriz dalam notis itu.

Haris sebelum ini menuduh Mukhriz memiliki aset berjumlah lebih daripada RM1 bilion dan mencabar untuk berdebat mengenai kekayaannya.

Mukhriz kemudiannya bersetuju dan berjanji untuk menderma semua wang itu, jika Haris mampu membuktikannya.

Dalam notis itu, Mukhriz berkata Haris juga bersetuju untuk menjawab soalan-soalan mengenai Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Selain Mukhriz, polis juga menolak perdebatan antara bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata debat perlu diadakan di Parlimen, bukan di padang atau dewan.

- mkini






PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

Racun Bisa 17 April 2017 at 19:09  

Org umno berani depan tv3 je.

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP