Friday, 28 April 2017

PAS Sudah Bersedia Rampas Selangor Dari PKR


PAS bukan sahaja bersedia untuk bergerak sendiri merempuh pilihanraya umum Ke-14 (PRU-14), tetapi juga menggempur PKR demi menerajui Selangor, kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan parti itu, Dr Zuhdi Marzuki.

Ujarnya, ianya terbukti apabila Naib Presidennya Datuk Iskandar Abdul Samad baru-baru ini mengumumkan bahawa parti tersebut mahu meletakkan calon di 45 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen.

“Berdasarkan cadangan tersebut, PAS sudah bersedia untuk menerajui Selangor bersama-sama dengan blok politik Gagasan Sejahtera.

“Sebelum ini PAS bertanding 20 kerusi DUN dan 7 kerusi Parlimen. Bila dicadangkan 45 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen, kerusi-kerusi itu adalah yang ditandingi oleh PKR dan DAP sebelum ini,” katanya.

Tambah beliau lagi, parti itu bukan sahaja tidak gentar dengan pertandingan tiga penjuru yang sudah tentu akan berlaku menerusi keputusan PAS ini, malah dalam masa yang sama juga melawan Pakatan Harapan.

“PAS dan Gagasan Sejahtera mempunyai strategi sendiri untuk menewaskan kedua-dua BN dan PH,” tambahnya.

Iskandar yang juga merupakan Pesuruhjaya Selangor terdahulu memaklumkan, pertambahan kerusi yang akan ditandingi oleh PAS di Selangor adalah berdasarkan perjanjian yang dibuat bersama Pakatan Rakyat (PR) pada 2013, selain daripada kajian melibatkan suasana politik semasa.

Dalam pada itu menurut Zuhdi, mana-mana termasuklah PAN yang menganggap keputusan PAS ini hanya akan kelebihan kepada BN sebaliknya membuktikan parti itu tidak yakin dengan kekuatan sendiri untuk pada pilihanraya akan datang.

- agendadaily


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

3 comments:

Racun Bisa 28 April 2017 at 12:00  

PH Bersatu...tolong jgn layan kerenah Pas yg bwa suara Umno. Teruskn perjuangan kita utk masadepan rakyat yg lebih baik. Sgor boleh, Penang boleh ....napa kita takut utk bg undi pd PH Bersatu

jasmi talib 28 April 2017 at 16:26  

Kalau dapat pertahan yang ada pun dah kira ok

benjamin liang 29 April 2017 at 00:59  

Syoik sendiri Dan syiok kan parti kekasihnya sekali.

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP