Thursday 27 April 2017

Pemuda PAS Janjikan 'Wang Ke Poker Anak Muda'

'Lebih ringgit ke poket anda‎' jadi manifesto Pemuda PAS


"Memberi lebih ringgit kepada poket anda," itulah antara tujuh agenda ‎'Anak Muda Sejahtera' sebagai asas pembentukan tawaran manifesto PAS yang akan dilancarkan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Ketua Pemudanya, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tawaran itu sebagai menyahut hasrat anak muda Malaysia yang mendambakan kehidupan lebih sejahtera.

"Pendapatan boleh guna - memberi lebih ringgit kepada poket anda," katanya ketika menyampaikan ucaptama sempena Muktamar Tahunan Pemuda Pas Ke-58, di Alor Setar hari ini.

Bagaimanapun anggota parlimen Pasir Mas itu tidak menghuraikan secara terperinci mengenai tawaran tersebut.

Berikut tujuh tawaran manifesto Pemuda PAS:

1) Pendapatan boleh guna - Memberi lebih ringgit kepada poket anda.

2) Keupayaan sara hidup - Membebaskan anda daripada kesempitan hidup.

3) Pendidikan berkebajikan - Meningkatkan kualiti hidup melalui pendidikan insani.

4) Keusahawanan belia - Membantu membina kerjaya dan pendapatan sendiri.

5) Rumah mampu milik - memiliki rumah idaman sebagai tempat berteduh.

6) Capaian pengangkutan - Mobiliti dalam dunia serba pantas.

7) Kesejahteraan hidup - Menjamin kesihatan dan keselamatan yang tersayang.

- mkini




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP