Tuesday, 11 April 2017

TERSEMBAM DI PINTU SYURGA PAS


Aku mari dari lubuk PAS.... Aku kenal Haji Hadi sejak dia mula-mula bertanding dalam PRU-1978 di Dun Marang lagi, dan dia kalah di tangan calon BN, Tengku Zahid Musa ketika itu.

Aku ke masjid Rusila pagi Jumaat sejak masjid itu masih satu tingkat di atas tanah... Ketika itu potret Ayatullah Khomeni dijual di sekitar masjid, ramai yang membelinya untuk ditampal pada dinding rumah masing-masing...

Di tahun 80an dan 90an, parti Melayu yang dominan hanya PAS dan UMNO.... Sebagai wala'un PAS yang hidup di zaman jahiliyah, aku mempunyai hujah bagi setiap hujah UMNO.... Tidak ada orang UMNO yang berani berbahas dengan orang PAS.... Tidak ada pemimpin UMNO yang berani berdebat dengan pemimpin PAS... Orang PAS mempunyai hujah dan dalil bagi setiap isu, sehingga PAS boleh mengkafirkan UMNO, dan itu pun UMNO tidak ada hujah untuk menepisnya.

Sekarang aku sokong Pakatan Harapan.... Wala'un yang baru kenal PAS tujuh lapan tahun, yang baru pandai laung takbir masa Haji Hadi dah nyanyuk, yang baru tengok Haji Hadi ditatang seperti berhala oleh orang bawahannya; tak payahlah guna hujah yang aku guna masa lawan UMNO dulu untuk berhujah dengan aku sekarang.... Itu bangang namanya.

Semua hujah yang orang PAS pakai sekarang ada dalam kocek aku belaka.... Semua tu adalah hujah aku masa zaman jahiliyah dulu, sekarang wala'un guna hujah tu untuk hentam aku...? Sekarang, tidak ada satu pun hujah PAS kecuali semuanya aku ada jawapan belaka... Sepertimana dulu tidak ada satu pun hujah UMNO yang aku tak boleh jawab, maka sekarang tidak ada satu pun hujah PAS yang aku tak boleh jawab.

Aku, kalau ada orang PAS yang nak berdebat, aku bersedia bila-bila masa saja walau dengan tok lebai mana sekali pun... Kalau nak ajak lawan PAS dan UMNO, kejut tengah malam pun aku bangun.

Sekarang tok lebai PAS pulak yang takut berdebat....

Awang





PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

usop ali 11 April 2017 at 21:06  

Syabas awang....satu jer nak Tanya..ayahtullah khomeni tu ulamak mahzab APA....saja tanya jangan mare....

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP