Saturday, 15 April 2017

Yong: Jika Kaya Itu Jenayah, Ramai Lagi Boleh Ditangkap


Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong membangkitkan persoalan berkaitan laporan yang menyebut secara meluas bahawa penahanan pemimpin muda Datuk Adam Rosly disebabkan oleh “kekayaan luar biasanya”.

Yong berkata, jika itu alasannya, ramai lagi ahli politik boleh disiasat dan ditangkap menggunakan alasan sama.

“Saya tidak fikir ada sebarang peruntukan (dalam akta-akta) bahawa seseorang itu boleh ditangkap kerana 'kekayaan luar biasanya',” kata Yong.

“Alasan penangkapan seseorang atas alasan memiliki rumah mewah atau memandu kereta besar atau memakai jam mahal tidak boleh dipertahankan.

“Jika begitu, ramai lagi ahli politik di luar sana boleh disiasat atau ditangkap,” kata Yong.

Adam, 28, pegawai khas anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, ditangkap selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau direman lima hari mulai hari ini.

Isu kekayaannya menjadi perhatian selepas pemimpin Baju Merah Datuk Jamal Md Yunos membangkitkan isu itu dengan membawa media menaiki helekopter untuk melihat rumah besar 'Disneyland' Adam di Ampang.

Dalam kenyataan hari ini, Yong berkata Akta SPRM menyebut bahawa seseorang itu boleh ditangkap jika melakukan kesalahan bawah Seksyen 16 dan 23.

Katanya, kebanyakan orang ditahan bawah seksyen 16, yang menyebut seseorang yang meminta atau menerima suapan sebagai dorongan untuk melakukan sesuatu.

Yong mendesak SPRM mendedahkan secara khusus sebab Adam ditahan atau ia akan menimbulkan tanggapan salah terhadap orang awam.

“Saya tidak mempersoalkan integriti atau profesionalisme SPRM, tetapi mereka patut maklumkan apa sebenarnya salah laku atau suapan atau kegiatan menyalahi undang-undang yang dilakukan Adam,” katanya.








PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

usop ali 15 April 2017 at 11:36  

APA dah jadi sprm ni...penguatkuasa umno ke penguakuasa rakyat....poooorah...tiada intergriti langsung...memalukan negara..kita tengok bertapa pantas mereka bertindak pada pembangang...Malang nya tidal pada pemimpin bn..Malang ooo Malang nya Malaysia

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP