Wednesday 31 May 2017

Adun BN Mengaku Berpakat Untuk Kenakan Sivarasa


PETALING JAYA: Adun Kota Damansara dari Barisan Nasional (BN) Halimaton Saadiah Bohan hari ini membuat pengakuan membuat perancangan dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) untuk membawa ke depan isu Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah menyampaikan ucapan di sebuah masjid.

Ketika diminta mengulas isu itu, Halimaton enggan memberikan komen, tetapi berkata:

“Saya nak biarkan NGO masuk (komen), akhir sekali baru saya cakap, sebab saya tengah rancang benda itu, lepas itu baru saya bagi komen saya,” katanya kepada FMT.

“Saya sebenarnya dah ‘plan’ dengan NGO-NGO ini supaya bawa isu ini berhari-hari, lepas itu baru saya nak komen di hujung itu nanti.”

Halimaton menang DUN Kota Damansara selepas PAS memaksa pertandingan 3 penjuru melawan penyandang kerusi itu, Dr Nasir Hashim yang menggunakan lambang PKR.

Kehadiran Sivarasa yang menemani penyelaras PKR bagi DUN Kota Damansara, Radzlan Jalaludin ke Masjid An-Nur di Kampung Melayu Subang mengundang kritikan beberapa NGO yang mahu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengambil tindakan.

Mereka termasuk Kesatuan Melayu Nasional (KMN), Permuafakatan Ayahanda-Ayahanda Semalaysia (Permas), Wakil Penduduk Kota Damansara dan Pertubuhan Aduan Masyarakat dan Pengguna Selangor (PAMPS).

Susulan itu, Pengarah Jais Datuk Haris Kasim berkata tindakan Sivarasa memberikan ucapan di hadapan jemaah turut tidak disenangi Sultan Sharafuddin Idris Shah.

‘Ucapan ringkas, tiada politik’

Bagaimanapun, Sivarasa berkata beliau hanya menyampaikan ucapan “Salam Ramadan” kepada jemaah di samping menemani Radzlan menyampaikan sumbangan berjumlah RM71,000 kepada masjid berkenaan.

“Saya hanya buat ucapan ringkas menyampaikan salam Ramadan kepada hadirin dan menegaskan keyakinan saya kepada komitmen kerajaan Selangor terus bimbing institusi surau dan masjid di Selangor,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.

Sementara itu, Radzlan sekali lagi menegaskan Sivarasa tidak mengeluarkan ucapan berunsur politik.

“Beliau hanya beri ucapan sepatah dua kata, beliau juga sebut beliau bersama kerajaan negeri memberi komitmen sepenuhnya untuk membangunkan institusi keagamaan terutamanya masjid dan surau,” katanya.

Radzlan menasihati pengkritik berhenti mengeruhkan keadaan, dan berkata beliau bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa.

“Kami sedia memberi memberi kerjasama sekiranya kami dipanggil oleh mana-mana pihak yang mempunyai kuasa atau autoriti untuk kami memberi penjelasan dan kami tidak mahu perkara ini disensasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya, sambil menegaskan jemaah sekitar tidak membantah kehadiran Sivarasa.

Tinjauan FMT ke masjid berkenaan mendapati pihak pengurusan masjid enggan memberi komen disebabkan siasatan yang sedang berjalan.

“Saya tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan kerana hanya Jais sahaja boleh membuat kenyataan. Sivarasa hanya membuat ucapan ringkas,” kata nazir masjid, Mesni Mohd Dahlan.







Read More...

Sivarasa Nafi Beri Ceramah Di Masjid



Ahli Parlimen Subang dan Peguam, R. Sivarasa.

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Subang dari PKR, R Sivarasa, menafikan beliau memberi ceramah politik di Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang, pada Rabu minggu lalu.

Katanya, kehadirannya di masjid itu disalahertikan sesetengah pihak kerana beliau hanya menyampaikan sumbangan RM71,000 untuk diagihkan kepada surau dan masjid di kawasan parlimen berkenaan.

"Saya hanya buat ucapan ringkas menyampaikan salam Ramadan kepada hadirin dan menegaskan keyakinan saya kepada komitmen kerajaan Selangor terus bimbing institusi surau dan masjid di Selangor.

"Saya juga berkongsi sedikit pengalaman saya sejak 2008 sebagai Ahli Parlimen Subang membuat lawatan ke surau dan masjid di kawasan saya.

"Saya hadir selepas dimaklumkan berkenaan majlis penyampaian sumbangan itu oleh Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara," katanya kepada BH melalui aplikasi WhatsApp malam tadi.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim, berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan tindakan Sivarasa itu. Haris berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Munir Bani.

Sivarasa berkata, sebelum beliau menyampaikan sumbangan bersama-sama dengan Penyelaras DUN Radzlan Jalaludin, beliau dijemput memberikan ucapan ringkas kepada kira-kira 70 wakil a surau dan masjid di kawasan itu yang akan menerima sumbangan Ramadan. Katanya, sebelum beliau berucap, Radzlan juga memberikan ucapan.

"Saya juga hadir sebagai Ahli Parlimen kawasan Subang yang dipilih oleh majoriti pengundi Islam dan bukan Islam.

"Saya tidak hadir sebagai wakil Menteri Besar seperti yang dikatakan oleh beberapa pihak yang salah faham fakta kerana saya tidak diminta untuk mewakili beliau. Itu sahaja yang berlaku.

"Saya yakin (perkara) ini sudah dijelaskan oleh semua pihak yang terbabit kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)," katanya.




Read More...

Tuesday 30 May 2017

Azeez Guna Duit Tabung Haji Untuk Program UMNO

Yayasan Tabung Haji, Umno peruntuk RM15 juta


Yayasan Tabung Haji (TH) dan UMNO memperuntukkan RM15 juta untuk melaksanakan program Ziarah Kasih Ramadan di 50 kawasan Parlimen terpilih bersempena bulan Ramadan tahun ini.

Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata program itu adalah bagi membantu golongan kurang berkemampuan seperti golongan asnaf, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal.

"Bermula 1 Ramadan, kita telah melaksanakan program ini di empat kawasan Parlimen iaitu Kuala Selangor, Kuala Langat, Gombak dan hari ini di Shah Alam.

"Sehingga hari ini, seramai 6,500 penerima telah menerima sumbangan berjumlah RM1.2 juta dan ini merupakan tanda keprihatinan TH dan UMNO dalam usaha meringankan beban hidup rakyat," katanya.

Abdul Azeez yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berjumlah RM300,000 kepada 1,500 penerima termasuk 750 golongan asnaf di Masjid Raja Tun Uda di Shah Alam, hari ini.

Menurutnya selepas Selangor, program Ziarah Kasih Ramadan akan diteruskan ke negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang, Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak.

"Sasaran kita bukan hanya untuk rakyat di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar. Kalau sebelum ini TH hanya bertumpu kepada satu-satu tempat tetapi kali ini kita nak ramaikan lagi penerima bantuan," katanya.

- Bernama








Read More...

Ketua Umno Bahagian Dedah Dalang Sindiket Pelacuran Remaja Di Melaka



Wanita berusia 40 tahun itu dikatakan mempunyai kaitan dengan aktiviti melacur remaja perempuan di sekitar Melaka dengan menyasarkan golongan VIP sebagai pelanggan. -Gambar hiasan


MELAKA: Seorang wanita didakwa menjadi dalang sindiket pelacuran kelas atasan di negeri Melaka.

Wanita berusia 40 tahun itu dikatakan mempunyai kaitan dengan aktiviti melacur remaja perempuan di sekitar Melaka dengan menyasarkan golongan VIP sebagai pelanggan.

Perkara itu didedahkan Naib Ketua UMNO Bahagian Bakri Muar, Datuk Mohamed Mustafa Abdul Kadir yang mendakwa sindiket itu turut didalangi seorang ahli politik berpangkat Datuk Seri.

Menurut Mohamed Mustafa, beliau pernah diberitahu wanita itu sendiri yang kegiatan ini membabitkan remaja perempuan seawal usia 14 tahun yang dilatih untuk dijadikan pelacur kelas atasan dengan bayaran RM2,000 ke RM5,000 untuk satu malam.

Lebih menyedihkan, katanya, sindiket itu dipercayai licik dalam memujuk remaja berbangsa Melayu untuk menyertai mereka dengan dijanjikan kemewahan.

Malah, menurutnya, ada antara remaja yang dilacurkan dipaksa merakamkan aksi seks mereka untuk dijual.

Mohamed Mustafa mendakwa mengikuti rapat sindiket berkenaan bagi mengetahui modus operandinya.

Beliau dalam pada itu meminta agar pendedahannya ini mendapat perhatian dan disiasat pihak berwajib.

Pada 28 Mac lalu, Mohamed Mustafa didakwa di Mahkamah Ayer Keroh kerana positif dadah jenis Methamphetamine.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah

-astroawani






Read More...

Monday 29 May 2017

Beza PAS Dahulu Dan Sekarang.. Amat Memalukan


Seorang pendakwah berkata, pendekatan PAS terhadap orang bukan Islam kini ternyata berbeza dan kadang-kadang membawa imej buruk kepada Islam.

Kata Wan Ji Wan Hussin, seseorang pemimpin parti politik tidak sepatutnya bertindak - sama ada melalui perkataan atau tulisan - yang mengundang fitnah.

"Dulu PAS amat terkedepan dalam dakwah. Atas alasan dakwah, PAS dahulu menggalakkan sangat orang bukan Islam mendekatkan diri dengan orang Islam, namun kini PAS berbeza.

"Dulu presiden PAS pernah kata, orang bukan Islam ada hak untuk tolak hudud atas alasan mereka tidak diwajibkan ikut ajaran Islam.

"Kini, ada pimpinan PAS tuduh orang Muslim sebagai anti-Islam sebab tidak bersetuju dengan pandangan PAS," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Wan Ji diminta mengulas tindakan sesetengah pemimpin PAS yang membuat kenyataan keras terhadap pihak yang tidak sependapat dengannya.

Hari ini Yang Dipertua PAS Gombak, Salehhuddin Nasir (gambar), yang mengemas kini Facebooknya menulis: Meluat menyampah aku tengok pemimpin DAP buka puasa sekali dengan orang Islam. Menyebok je. Masa lain buat pesta arak dan pesta onani. Haram jadah sungguh. (Kepada) orang Islam, Allah dah sebut lakum di nukum waliyadin. Sorisaya tak perlu pandangan sufi tasauf di sini. DAP musuh Islam. PAN (Parti Amanah Negara - AMANAH) PKR macai DAP!!"

Kenyataan itu dipercayai dibuat ekoran tindakan sesetengah pemimpin DAP menyertai orang Islam berbuka puasa sempena Ramadan ini.

Seorang daripada pemimpin DAP yang sering menyertai acara berbuka puasa pada setiap Ramadan ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dan pemimpin veteran parti itu, Lim Kit Siang.

Maafkan sempena Ramadan

Wan Ji berkata PAS cuma sebuah organisasi dan ia melibatkan perlakuan manusia yang sentiasa ada kelemahan.

"Justeru, tidak setuju dengan PAS tidak bermakna seseorang itu anti-Islam.

"Orang lain yang bawa Islam sebagai rahmat sekelian alam pun ada yang tak setuju dengan PAS. Contohnya, Dr Rozaimi Ramle (pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris) dalam isu RUU355," katanya.

Wan Ji yang juga ketua Biro Agama Pemuda PKR berkata, orang bukan Muslim perlu faham bahawa Islam tidak mengajar permusuhan.

"Orang bukan Islam tidak sepatutnya menganggap tindakan pengganas Daesh sebagai tindakan Islam," katanya.

Naib Ketua Pemuda AMANAH Shazni Munir Mohd Ithnin, berkata kadang-kadang seseorang boleh bertindak di luar kewarasan di media sosial.

"Saranan saya, kita sama-sama maafkan komen sebegitu terutama semasa Ramadan yang mulia ini," katanya.

Shazni bagaimanapun berkata, ada kemungkinan perlakuan itu berlaku akibat pengaruh pemimpin atasan PAS yang akhir-akhir ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa yang dianggap kasar.

"Malah tiadanya tindakan terhadap pemimpin peringkat pertengahan yang seolah-olah menghukum sesiapa yang tidak menyokong RUU355 untuk ditanam di jirat memburukkan lagi keadaan," katanya merujuk kepada suatu klip video yang tular baru-baru ini.

Video itu adalah rakaman kuliah seorang anggota PAS peringkat kawasan di Kedah.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi, yang dihubungiMalaysiakini berkata beliau akan berhubung secara langsung dengan Salehhuddin untuk mendapatkan gambaran sebenar.

"Saya tak boleh komen dulu sebab nanti boleh jadi konflik pulak.

"Biar saya tengok dan hubungi beliau," katanya.

Malaysiakini sudah menghubungi Salehhuddin dan sedang menunggu reaksi daripada beliau.





Read More...

PAS-UMNO Digesa Hentikan Sandiwara


Ahli Parlimen Kuala Terengganu dari Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Raja Bahrin Shah berkata, pada bulan Ramadan yang mulia ini, lebih baik kerajaan menghentikan sandiwara mengenai Akta 355 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu.

"Lebih baik kerajaan menghentikan sandiwara menuduh pihak lain yang menghalang (Rang undang-undang) RUU355 di Parlimen dan juga Enakmen Jenayah Syariah Terengganu.

"Pihak kerajaan Umno-BN dan PAS yang telah menangguhkan sebanyak tiga kali RUU355 di Parlimen. Mereka yang sama juga lah yang menghalang Enakmen Jenayah Syariah Terengganu dibahaskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada tahun lepas," kata beliau dalam kenyataan.

Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilaporkan sebagai berkata, negeri itu belum bersedia melaksanakan hukum hudud sebelum kajian mendalam terhadapnya dilaksanakan.

Jelas Ahmad Razif, keputusan untuk melaksanakan hukum hudud juga hanya ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri dan seterusnya perlu mendapat perkenan Sultan (Sultan Terengganu).

"Kita sekarang memberi tumpuan kepada Rang Undang-Undang 355... jika ia diluluskan baru kita boleh lihat apa yang boleh (hukum syariah) dilaksanakan di bawah RUU kerana tidak mahu terburu-buru dalam soal ini," kata beliau.

Negeri Terengganu akan menjadikan Aceh, Indonesia sebagai model dalam pelaksanaan hukum hudud jika ia dilaksanakan kelak.

Mengulas lanjut, Raja Bahrin berkata, jika di Parlimen RUU355 didakwa 'digagalkan' oleh Pakatan Harapan yang hanya menguasai 88 dari 222 kerusi Parlimen, pihak mana pula yang menggagalkan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu di DUN Terengganu.

"Siapa pula yang menggagalkan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu di DUN Terengganu kalau tidak Umno dan PAS yang menguasai 31 dari 32 kerusi DUN. Cadangan tersebut tidak dibenarkan dibahas pun oleh kedua-dua PAS dan Umno," katanya.

Tambah beliau, Enakmen Jenayah Syariah Terengganu yang telah diluluskan oleh DUN Terengganu dan diperkenankan oleh Sultan Terengganu pada tahun 2002 lagi.

"Setelah 15 tahun diluluskan masih tidak ada kemajuan dicapai dari aspek kajian mendalam atau pelaksanaannya. Cadangan usul Syed Azman untuk membahas usul tersebut anehnya telah ditolak oleh speaker dan tidak disokong oleh ahli-ahli DUN PAS dan juga Umno.

"Itulah anehnya situasi di Terengganu di mana 31 dari 32 ahli DUN Terengganu terdiri oleh ahli-ahli PAS dan Umno. Hanya seorang ahli DUN yang selama ini dituduh "penghalang pelaksanaan undang-undang Syariah" dari Pakatan Harapan (PKR).

"Apa dan siapakah sebenarnya "penghalang" pelaksanaan undang-undang syariah ini. Tidak mungkin seorang wakil tunggal Pakatan Harapan mampu menggagalkannya di DUN Terengganu," katanya lagi.




Read More...

Sunday 28 May 2017

Bekas Penasihat Undang-Undang Pas Umum Sertai Amanah


Hisham Fauzi...saya secara terbuka menyatakan saya juga masuk Amanah


Tampil berkongsikan rasa kecewanya terhadap Pas, peguam Hisham Fauzi memberitahu tiga daripada enam Ahli Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Syariah Persekutuan telah menyertai Amanah.

Bekas penasihat undang-undang Pas itu tidak dapat lagi menerima sikap Pas pada masa ini yang gagal bertindak menyuarakan kesempitan ekonomi rakyat.

"Saya salah seorang enam daripada Ahli Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Syariah Persekutuan. Kita dalam jawatankuasa membincangkan bagaimana untuk melaksanakan syariah di Malaysia.

"Tapi daripada enam itu, tiga sudah masuk Amanah. Dr Zulkarnain, peguam Tarmizi dan malam ini saya secara terbuka menyatakan saya juga masuk Amanah," ujarnya dalam Ceramah Pakatan Harapan di Pengkalan Chepa, 25 Mei lalu.

Beliau menyifatkan pemimpin Pas termasuk ahli parlimen parti itu hanya seperti "pasu bunga" kerana tidak menunjukkan pendirian jelas membela rakyat dan masa depan negara.

"Negara kita sedang bermasalah, sikap ulamak dan parti Islam macam mana? Apa yang menyebabkan saya sedih dengan Pas, bila Najib bentang belanjawan 2017.

"Bila pembangkang-pembangkang lain membantah, undi tolak bajet tetapi wakil-wakil Pas berkecuali sedangkan kita mahu tunjukkan pada Najib yang kita marah pada BN.

"Tiba-tiba kita pergi Parlimen jadi pasu bunga, pergi duduk saja. Kita dibayar gaji berbelas ribu sebulan, pergi ke parlimen sepatutnya bawa jerih perih, tangis rakyat cakap pada Najib, rakyat susah. Nak undi tolak bajet Najib pun tak berani," bidasnya.

Turut mengecewakan Timbalan Pengerusi Biro Undang-undang Amanah (Kanun) itu apabila Pas enggan turut serta dalam desakan pilihan raya bersih dan adil.

"Apabila dihimpun gerakan Selamatkan Malaysia, kutip sejuta tandatangan kepada Agong, nyatakan bantahan kepada Najib, Pas juga berkecuali.

"Kita bantah pilihan raya yang berat sebelah, Bersih 5 mengadakan bantahan sikap tegas kepada kemungkaran tetapi sekali lagi Pas berkecuali. Ini adalah sikap mengecewakan," jelas bekas timbalan pengerusi lajnah undang-undang Pas Pusat itu.

Mengulas isu pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), Hisham berkata, usul persendirian yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden Pas itu tidak menuruti pendekatan yang sewajarnya.

"Apa yang Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) buat pada sidang lepas, baca tajuk baru. Sebelum ini, tiga kali tangguh. Kalau Speaker kata boleh bahas, baru boleh bahas pada sidang akan datang.

"Kalau tak bahas, undi, bila lepas undi, pada masa itu, usul tersebut akan diberi kepada menteri yang berkenaan iaitu dalam kes ini Jamil Khir.

"Usul Marang akan diberi kepada menteri berkenaan sama ada undi untuk pinda, baiki, tambah atau potong. Serah pada menteri juga, peguam negara buat draf baru," jelasnya.

Beliau memberitahu terdapat 18 anggota jawatankuasa teknikal persekutuan yang dianggotainya termasuk wakil kerajaan pusat, penjara, polis, peguam negara, mahkamah dan Parlimen.

"Kita kena menghadap Raja-raja Melayu terlebih dahulu sebab bidang kuasa mahkamah syariah ini duduk bawah majlis raja-raja. Raja tandatangan, bentang di parlimen, tiada ahli parlimen Melayu bantah.

"Ini kaedah sebenar. Bila Pas bawa kucar-kacir habis. Himpunan (di Padang Merbok di ibu negara) bukan perkara yang dipersetujui (jawatankuasa)," ujarnya.

Sehubungan itu, Hisham mengajak rakyat terus menolak Umno-BN pada pilihan raya akan datang selain menggesa Pas berterus-terang menyatakan pendirian sebenar mereka.

"Kita mahu parti yang jelas sikapnya kepada Umno-BN. Kalau musuh, katakan musuh. Kalau duduk dalam, duduk dalam. Kalau duduk luar, duduk luar.

"Getah harga sekarang berapa? Kena fikir masalah rakyat. Masa depan negara nak letak di mana. Saya merayu kita istiqamah menentang Umno-BN," tambahnya lagi.





Read More...

PAS Bodoh Dan Malukan Islam Larang Bukan Muslim Berbuka Puasa


PETALING JAYA: Rakyat Malaysia sudah muak dengan tindakan mengarut pergerakan “melampau” yang bertentangan kepentingan negara, kata pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA.

Datuk Seri Ti Lian Ker mengulas bantahan Jaringan Muslimin Pulau Pinang terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, semalam.

“Negara berpecah belah dan rakyat muak dengan pergerakan melampau yang menyamar dengan tindakan mulia dan suci.

“Jika Guan Eng ada melakukan kesilapan, hanya bersuara dan laporkannya. Biar proses undang-undang berlaku, tetapi jangan jadikan kesilapan itu sebagai alasan untuk melakukan kesilapan lain,” kata ahli Jawatankuasa Pusat itu kepada FMT hari ini.

Beliau merujuk amaran Jaringan Muslimin Pulau Pinang kepada Lim tidak menghadiri majlis berbuka puasa, melainkan beliau memeluk Islam.

Semalam, Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang, Mohd Hafiz Noordin mengetuai kira-kira 50 penunjuk perasaan berkumpul di luar Masjid Simpang Enam, Jalan Macalister, Pulau Pinang selepas solat Jumaat sambil memegang sepanduk mengecam Lim dan Mohd Salleh Man, pengerusi Majlis Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Salleh merupakan satu-satunya adun PAS di negeri itu.

“Kita nak berpuasa daripada kekufuran. Kita nak baiki diri daripada berketuakan kafir macam DAP ini.

“Kita nak minta Guan Eng, berhenti buka puasa, kalau betul nak buka puasa, masuk Islam. Jangan main-main agama kita,” kata Hafiz.

Sementara itu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan tindakan pergerakan itu menggunakan agama untuk mengetengahkan motif politik mereka adalah salah.

“Saya rasa kumpulan orang ini sudah melampaui batas. Tidak ada perkara sedemikian,” katanya merujuk sekatan Lim menghadiri majlis berbuka puasa.

“Saya rasa ia adalah salah, mereka membuatkan umat Islam seolah-olah jahat. Ia adalah cara mereka, tetapi bukannya cara umat Islam.”

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, tidak salah untuk orang bukan Islam turut serta berbuka puasa bersama rakan mereka yang beragama Islam.

Dalam pada itu, Naib Ketua Pemuda Gerakan Selangor, Ivanpal Grewal Singh berkata, walaupun tidak bersetuju dengan Lim dalam kebanyakan isu, beliau bagaimanapun tidak bersetuju dengan tindakan menyekat pemimpin DAP itu menghadiri majlis “berbuka puasa”.

“Ada cara lebih membina untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap keputusannya.

“Majlis sedemikian memupuk persefahaman lebih baik dan mereka sepatutnya mengambil peluang itu untuk berkongsi pandangan dengan beliau,” katanya merujuk cara kumpulan Islam boleh menyuarakan masalah mereka kepada ketua menteri Pulau Pinang itu.







Read More...

Saturday 27 May 2017

Pelik: Polis Baru Nak Siasat Kes Nyala Lilin 2 Tahun Yang Lalu

Polis siasat Nurul Ilham Anwar


Polis sedang menyiasat penglibatan Nurul Ilham Anwar dalam acara nyalaan lilin bagi menyatakan sokongan terhadap bapa beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dipenjarakan.

Siasatan itu dikatakan dibuat susulan laporan polis oleh timbalan ketua balai Klang Selatan pada malam perhimpunan itu pada 15 Februari 2015.

Nurul Ilham disiasat bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman kerana gagal memberi notis 10 hari kepada polis sebelum acara itu.

Pertemuan dengan pegawai penyiasat dibuat di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Bagaimanapun, Nurul Ilham, 33, memilih berdiam diri dalam sesi yang hanya berlangsung 10 minit itu.

“Saya amat terkejut kerana perhimpunan aman yang dilakukan oleh kami sejurus selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan disoal siasat walaupun sudah hampir dua setengah tahun.

“Saya beranggapan ini satu tekanan yang dikenakan kepada kami, anggota keluarga DSAI (Anwar) yang terus komited dalam agenda membebaskan beliau,” katanya dalam sidang media kemudiannya.

Nurul Ilham mengambil bahagian dalam acara di Padang Chetty Klang itu lima hari selepas Anwar disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun.

- mkini




Read More...

Friday 26 May 2017

Penyokong PAS Tampar Mejer Zaini


Seorang bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditampar peserta himpunan membantah campur tangan kerajaan Pulau Pinang di George Town hari ini.

Zaidi Ahmad yang kini menjadi pegawai penerangan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dilaporkan cuba membuat provokasi ketika bekas ketua pemuda PAS negeri itu, Mohamed Hafiz Nordin, menyampaikan ucapan.

Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di Masjid Simpang Enam kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Portal itu melaporkan Mohamed Hafiz kini mengetuai Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP).

Tindakan Zaidi itu didakwa dihalang beberapa peserta sebelum seorang daripada mereka menjadi berang dan menampar mukanya.

Bagaimanapun, kekecohan itu dikawal dengan bantuan anggota polis yang berada di tempat kejadian.

Sementara itu Zaidi berkata, dia tidak terjejas dengan insiden berkenaan malah menganggapnya sebagai perkara biasa yang perlu dilaluinya.

Bagaimanapun dia yang berpangkat major semasa menganggotai TUDM di Butterworth itu menafikan membuat provokasi semasa Mohamed Hafiz berucap.

"Saya berada di masjid itu ketika Hafiz berucap menuduh kerajaan Pulau Pinang campur tangan dalam fatwa negeri. Jadi saya bertanya kepada dia," katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Zaidi, dia cuma ingin tahu fatwa mana yang ada campur tangan kerajaan negeri, tapi tiba-tiba dia diserang.

Tidak terganggu dengan insiden itu Zaidi cuba bertanya kepada Mohamed Hafiz itu lagi namun perhimpunan berkenaan tamat kira-kira 10 minit kemudian.

Bangkit isu dakwat SPR

Ditanya sama ada akan mengambil tindakan ke atas penyerangnya, Zaidi berkata, tiada cadangan untuk berbuat demikian.

"Dia pun orang dah tua," katanya.


Mohamed Hafiz (gambar) adalah seorang daripada pemimpin pemuda PAS Pulau Pinang yang tidak senang dengan kerjasama parti itu dengan PKR sejak sebelum pilihan raya umum ke-13 lagi.

Tempatnya digantikan oleh Mohd Yusni Mat Piah yang terlibat menjadi calon ketiga di kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh pada 2013.

Kemunculan calon PAS itu disebut-sebut menyumbang kepada kemenangan BN - yang diwakili Datuk Mahmud Zakaria.

Calon kedua di kerusi itu ialah Badrul Hisham Shaharin yang dari PKR.

Mohamed Hafiz pula terlibat dalam beberapa pertubuhan bukan kerajaan selain menjadi pendakwah di masjid dan surau.

Zaidi pula dibesarkan di Kepala Batas dan menjadi perhatian ramai apabila membangkitkan isukesahihan dakwat digunakanSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada PRU ke-13 lalu.

Khidmatnya bersama TUDM ditamatkan oleh mahkamah tentera pada 2014. Zaidi sempat menyertai PAS seketika sebelum berpindah menjadi anggota Parti Amanah Negara (AMANAH).

Zaidi kemudian mengumumkan penyertaannya ke dalam DAP.






Read More...

Tuesday 23 May 2017

VIDEO - Nazri Mengaku Terima Dana 2.6Billion



Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mendakwa dua pemimpin, antara penerima terbesar dana kontroversi RM2.6 bilion daripada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, adalah bekas ahli parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Berucap semasa majlis makan malam Alumni Kelab Umno Luar Negara di Kuala Lumpur malam tadi, Nazri mengkritik bekas rakan sepejuangan Umno itu yang kemudiannya menikam Najib dari belakang.

Nazri juga menegaskan Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan undang-undang memiliki dana tersebut di dalam akaun peribadinya.

Jelas Nazri, Najib telah membelanjakan sebanyak RM600 juta, manakala baki RM2 bilion telah dipulangkan semula kepada penderma Arab Saudi.






Read More...

Monday 22 May 2017

PAS SUDAH GILA...

KENAPA PAS SEMAKIN PELIK? ADAKAH INI BAHANA KERANA BERKAWAN DENGAN UMNO?



Pecat dulu baru Pas Selangor nyatakan pendirian - tidakkah ini benar-benar pelik?

Pas Selangor dilaporkan akan menyatakan pendirian berhubung kedudukan 13 Adun mereka hanya jika tiga Exconya dipecat oleh Menteri Besar, Azmin Ali.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Salehan Mukhyi berkata, dakwaan kononnya semua Adun Pas di negeri ini bersedia keluar daripada pentadbiran negeri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah satu dakwaan tidak berasas.

"Itu tak benar. Nak tahu apa benar, tunggu selepas dipecat, barulah kita akan beritahu sesuatu yang benar," kata beliau.

Nak nyatakan pendirian apa lagi?

Kenapa Pas Selangor seolah-olah masih nak mengugut Azmin Ali?

Tidakkah pendirian Pas Selangor sudah diketahui umum iaitu parti itu tiada lagi apa-apa hubungan dengan PKR?

Bukankah Pas sendiri yang memutuskan hubungan dengan PKR yang bermakna 13 Adun berkenaan juga secara automatik tiada hubungan lagi dengan kerajaan Pakatan Harapan di Selangor?

Kenapa Pas tak habis-habis bermain sandiwara tentang kedudukan 13 Adun mereka di Selangor sedangkan ia sebenarnya tidak perlu dibahaskan apa-apa lagi?

Bila parti sudah tiada hubungan, bermakna 13 Adun Pas juga tiada hubungan lagi dengan PKR dan Pakatan Harapan.

Walaupun masih duduk sebagai Exco, tidak ada sesiapa yang mengiktiraf tindakan Pas masih bergayut pada jawatan tersebut dari segi moral. Semua orang yang waras akan mengatakan Pas perlu berundur secara terhormat tanpa perlu berlengah-lengah lagi.

Di mata umum, Pas dilihat hanya bertahan semata-mata kerana jawatan, gaji dan ganjaran yang dirasa begitu sukar untuk dilepaskan, bukan kerana perjuangan atau prinsip moral yang mahu dipertahankan.

Kenapa Pas semakin pelik kebelakangan ini?

Adakah ini bahana kerana berkawan baik dengan UMNO?

Atau Pas bersikap pelik sekarang kerana itulah skrip yang disediakan UMNO bagi tujuan mengkucar-kafirkan Pakatan Harapan?

- ShahbudinHusin




Read More...

Sunday 21 May 2017

VIDEO: Anwar PM ke-7- Mahathir, Muhyiddin Tidak 'Sekepala'?



Jelas kepada pemimpin Pakatan Harapan bahawa apabila ia datang kepada calon pilihan Perdana Menteri di negara ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pilihan nombor satu.

Pada Kongres Nasional PKR yang diadakan di Shah Alam hari ini, kira-kira 1,000 perwakilan PKR dan pemimpin PKR bahagian mengangkat 'placard' yang tertulis perkataan "Anwar sebagai PM ke-7".

Berdiri di barisan hadapan pentas, kedua-dua presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Datuk Seri Azmin Ali dan juga naib presiden parti itu bersama barisan pemimpin parti komponen lain turut serta menyokong.

Walau bagaimanapun, ia jelas dua pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengangkat 'plakard' itu.

Tun Mahathir kelihatan merakam sesuatu menggunakan telefon bimbit manakala Muhyiddin berdiri senyum sambil menepuk tangan.

Adakah Tun M dan Muhyiddin tidak bersetuju dalam mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri?

KiniTV dalam proses mendapatkan komen Tun M dan Muhyiddin mengenai perkara itu.





Read More...

PAS Jadi Parti Lebai Lawak Di Selangor


SABAK BERNAM - Pas hanya akan menyatakan pendirian berhubung kedudukan 13 Adun Pas di negeri ini sekiranya tiga exco dari parti itu dipecat dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, dakwaan sebuah laporan akhbar berbahasa Inggeris kononnya semua Adun Pas di negeri ini bersedia keluar daripada pentadbiran negeri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah satu dakwaan tidak berasas.

"Itu tak benar. Nak tahu benar, selepas dipecat, barulah kita akan beritahu sesuatu yang benar," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Selangor Agrofest 2017 di Stadium Sungai Besar, di sini, petang tadi.

Sallehen yang juga Adun Sabak berkata, setakat ini, Pas tidak pernah berbincang berhubung tindakan yang akan diambil parti itu sekiranya tiga exco parti itu dipecat dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

"Kita tak bincang sampai ke peringkat exco dipecat. Kalau exco Pas dipecat, saya tidak dapat jawab apa-apa setakat ini," katanya.

Beliau menegaskan, Pas tidak akan bekerjasama dengan PKR seperti mana yang diputuskan Majlis Syura Ulama parti itu yang membuat keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

"Untuk setakat ini, Pas tak akan bincang dengan PKR soal calon bagi hadapi PRU-14.

"Kalau dulu, orang Pas boleh panjat pokok kelapa pasang bendera PKR, sekarang PKR dan Pas kena panjat sendiri," katanya.

Ditanya, adakah Pas akan berubah fikiran dengan menjalin semula kerjasama dengan PKR di saat-saat akhir bagi menghadapi PRU-14, Sallehen berkata, beliau tidak mahu menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa depan.

"Mungkin ada perubahan-perubahan baru dan ada keadaan jauh lebih baik.

"Saya pun tak nak menjangkakan apa yang ada ini kekal. Buat setakat ini, begitulah keputusan yang kita buat," katanya.

Sementara itu, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, beliau akur apa jua keputusan pimpinan Pas.

"Saya tak nak berbincang soal kemungkinan. Selagi masih berada dalam exco, saya akan tetap berkhidmat untuk rakyat," katanya.

Ditanya tentang hubungannya dengan pentadbiran kerajaan negeri, Zaidy menjelaskan, hubungan itu berjalan baik dan tiada masalah.

"Kita kena bezakan antara parti dan kerajaan. Kalau tengok program hari ini pun, ramai pemimpin PKR yang hadir termasuk DAP yang diwakili Adun Sekinchan, Ng Suee Lim," katanya.







Read More...

Friday 19 May 2017

PAS Akan Hilang 5000 Jawatan Di Selangor


PAS dijangka kehilangan 5,000 pelbagai jawatan dalam Kerajaan Selangor sekiranya meninggalkan pentadbiran kerajaan negeri itu.

Sebagai perbandingan, bagi PKR, parti itu hanya kehilangan 45 jawatan dalam Kerajaan Kelantan setelah Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengarahkan semua ahlinya yang menerima lantikan jawatan dalam pentadbiran Kerajaan Kelantan meletak jawatan.

Sumber PKR memberitahu Oriental Daily, di Kelantan, PKR ada 39 ahli majlis daerah, tiga penyelaras Dun dan tiga jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Jumlah keseluruhannya adalah 45.

"Sebaliknya, Pas Selangor akan berada di pihak paling merugikan sekiranya parti itu berhasrat meninggalkan Kerajaan Selangor.

"Setakat hari ini, hampir 5,000 ahli Pas memegang pelbagai jawatan yang dilantik oleh Kerajaan Selangor, termasuklah ketua kampung, ahli jawatan kuasa masjid, ahli majlis perbandaran dan ahli majlis daerah," kata sumber kepada akhbar ini.

Menurut sumber itu, terdapat sekurang-kurangnya 500 ketua kampung di seluruh Kelantan, namun tidak ada seorang pun ahli PKR dilantik memegang jawatan berkenaan.

"Tiada seorang pun ahli PKR dilantik sebagai ketua kampung di Kelantan. Sebenarnya selepas PRU13, PKR tak dapat sebarang faedah hasil kerjasama antara PKR dengan Pas," jelas sumber itu lagi.

Kata sumber itu, PKR menganggap arahan Wan Azizah yang meminta semua ahlinya meletakkan jawatan dalam pentadbiran Kerajaan Kelantan adalah tepat kerana akar umbi tidak lagi rasa keliru dengan pendirian parti.

"Dengan keputusan yang dibuat ini, sudah tentu semua ahli PKR faham dan jelas mengenai hala tuju yang ingin dibawa oleh parti mereka di Kelantan," katanya.







Read More...

Tun Mahathir: Insiden Tampar Depan Najib Memalukan


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata insiden tampar 2 hari lalu ketika program dialog Transformasi Nasional (TM50) yang dihadiri Datuk Seri Najib Razak adalah sesuatu yang memalukan kerana tidak berlaku sebelum ini.

“Tak pernah berlaku kpeada saya atau perdana menteri lain sebelum saya. Ini berlaku hanya di zaman Najib kerana semua orang benci pemerintahannya,” kata bekas perdana menteri itu ketika menjawab pelbagai soalan secara langsung daripada pengguna Facebook.

Dalam insiden di Seri Perdana, Putrajaya itu, sesi dialog TN50 dihadiri penggiat seni terganggu seketika apabila pengarah filem Datuk David Teo tampil mempersoalkan moderator Datuk Rosyam Nor kerana tidak memberi peluang kepada mereka yang berada di barisan belakang.

Keadaan menjadi kecoh apabila pelakon Sulaiman Yassin, atau Mat Over, tiba-tiba meluru ke pentas dan menampar Teo, sambil disaksikan Najib.

Dr Mahathir turut kesal kerana sebaik sahaja insiden itu berlaku, tidak ada usaha serta merta meleraikan mereka.

“”Saya tak tau siapa Mat Over ini. Sepatutnya selepas dia lempang sekali, dipisahkan mereka.

“Ini memalukan di seluruh dunia. Perkara ini berlaku di depan perdana menteri,” katanya dalam sesi bertajuk “Hangpa tanya, #ChedetJawab”, yang menyaksikan pengerusi PPBM itu menjawab lebih daripada 5 soalan pilihan oleh pengguna Facebook.

Sebelum ini, peguam PKR N Surendran mempersoalkan Najib kerana tidak menegur secara terbuka Mat Over yang melakukan jenayah yang boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan.

“Amat mengejutkan dan tidak boleh diterima yang perdana menteri Malaysia, selepas menjadi saksi dari jarak dekat jenayah berbentuk kekerasan ini, langsung tidak mengutuk atau menegur,” kata Surendran.

Walaupun kedua-dua mereka kembali ke pentas di akhir sesi TN50 dan bermaafan, Mat Over berkata beliau tidak menyesali perbuatannya, malah berkata ia perlu supaya mengajar Teo yang menurutnya biadap terhadap Najib.

Semalam, beberapa kumpulan pro-Umno menuntut Teo memohon maaf kerana berlaku biadap terhadap Najib.

Dalam respon kepada FMT, Teo melahirkan rasa terkilan.

“Dunia yang pelik. Seseorang tampar saya, tetapi saya perlu minta maaf kepada dia dan orang ramai?” soalnya.

Semalam, Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) memohon maaf bagi pihak ahlinya kepada Teo.

Presiden PTVM, Datuk Jurey Latiff Rosli berkata kejadian itu amat memalukan dan mencalar imej penggiat seni apabila ia berlaku di depan pemimpin sehingga tular dan ditafsirkan dengan pelbagai komen.




Read More...

Jenazah Masih Elok Seperti Baharu Dikebumi Semalam


SHAH ALAM - Jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 10, yang meninggal dunia 26 April lalu masih elok dan tidak berbau ketika digali semula pagi ini.

Kisah itu dikongsikan bapa saudara Allahyarham, Mas Arip kepada majalah Mingguan Wanita, hari ini.

Menurut perkongsian itu, jenazah Mohamad Thaqif perlu digali semula oleh pihak hospital dengan kebenaran dari mahkamah serta bersaksikan polis bagi mencari punca kematiannya.

"Sampel yang diambil selepas kematiannya sebelum ini tidak menemui apa-apa yang menjadi punca kepada kematiannya.

"Ternyata, sekali lagi ALLAH SWT menunjukan kebesaranNya apabila kaki yang dipotong dan tubuh pelajar tahfiz berkenaan yang bercita-cita menjadi huffaz ketika memasuki Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, Johor ini tidak mereput atau berbau busuk biarpun sudah hampir sebulan jenazahnya dikebumikan saat kuburnya digali semula itu.

"Keadaannya, seolah-olah masih baru ditanam semalam!" katanya.

Menurut Mas Arip lagi, dia bersama bapa mertuanya, Ahmad Motai menjadi saksi bagi pihak keluarga menyaksikan kubur anak saudaranya itu digali semula.

“Alhamdulillah keadaan jenazah sempurna dan masih utuh, sama seperti baru ditanam. Pihak forensik yang mengambil sampel dari kaki yang dipotong itu turut mengagumi keadaan jenazah yang tidak mereput bahkan cukup istimewa kerana ALLAH menunjukkan kebesaranNya di hadapan mereka yang masih hidup. Kejadian ini turut disaksikan oleh pihak berkuasa.

“Allahuakabar!! Kakinya yang ditanam tempoh hari tidak hancur. Bahkan badannya juga tidak hancur, sama seperti baru dikebumikan. Betul-betul menginsafkan saya. MasyaALLAH. ALLAH maha berkuasa,” Katanya.

Kisah adik Thaqif menjadi tular selepas dia didakwa menjadi mangsa pukulan warden yang bertugas di pusat tahfiz di Johor.

Sehingga kini kes tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa bahkan pembantu warden berkenaan juga telah dibebaskan tanpa dilepaskan kerana kekurangan bukti.








Read More...

Thursday 18 May 2017

'Pada saya yang paling bersalah adalah Moderator' - Afdlin Shauki


PUTRAJAYA - Masih ramai yang tidak berpuas hati dengan insiden yang berlaku di antara David Teo dengan Mat Over semalam. Ada yang menyokong, ada yang membantah dan masing-masing memberikan pandangan dan pendapat di media sosial. Namun, ada juga beberapa pihak yang mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan walaupun kedua-dua pihak sudah berdamai pada malam kejadian.

Bagi pelakon, pelawak dan juga penerbit, Afdlin Shauki, secara peribadinya berpendapat yang patut dipersalahkan adalah moderator program berkenaan yang dikatakan tidak mampu mengawal keadaan itu dengan baik.

"Pada saya, yang paling bersalah adalah Moderator yang tak mengawal keadaan dengan baik. Selepas itu, satu Malaysia dengar audio dia berkata pada Perdana Menteri,

Dia ni memang kurang ajar Datuk Seri

"Apa tujuan memburuk-burukan keadaan? Bukankah lebih baik sekadar meminta maaf atas kelakuan anak-anak seni yang terlalu nak menonjolkan diri?

"YAB Perdana Menteri kita relaks saja, under control. Berapa banyak bodyguard dan SB yang ada untuk mengawal keadaan. Sudahlah memang orang kurang hormat pada orang dalam industri ini, kelakuan yang memalukan ini lebih mengaibkan kita. Zed Zaidi kena ambil tindakan," tulis Afdlin di Facebooknya tiga jam yang lalu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) Zed Zaidi meminta semua pihak tidak perlu memperbesarkan lagi isu itu kerana perkara itu telah diselesaikan pada malam kejadian.

Dalam kenyataannya kepada Free Malaysia Today, Zed Zaidi juga menafikan Mat Over dan David Teo dipaksa 'berdamai', sebaliknya mereka berdua melakukannya berdasarkan hati terbuka dan berlapang dada. - The Reporter






Read More...

NGO Melayu Tuntut Teo Minta Maaf, Puji Mat Over



Sekumpulan NGO Melayu menuntut pengarah filem David Teo meminta maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia atas dakwaan bersikap kurang ajar pada majlis yang dihadiri oleh perdana menteri, semalam.

Jika Teo gagal berbuat demikian dalam masa tiga hari, Presiden Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria berkata, kumpulan itu akan menggerakkan protes terhadapnya.

"Saya mahu dia memohon maaf secara rasmi kepada semua rakyat Malaysia dan buat secara langsung," Razali kepada media di luar pejabat Teo dalam PJS5, Petaling Jaya, sebentar tadi.

Tuntutan itu dibuat walaupun Teo telah memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, malam tadi.

"Jika dia enggan berbuat demikian, maka permohonan maaf beliau (malam tadi) tidak ikhlas, sekadar di bibir," kata Razali yang diiringi oleh lima wakil daripada lima NGO gabungan GMPN.

Beliau seterusnya mengucapkan tahniah kepada pelawak Sulaiman Yassin yang juga dikenali sebagai Mat Over kerana menghentikan ucapan Teo dengan mengambil tindakan segera.








Read More...

Wednesday 17 May 2017

PKR Tarik Diri Di Kelantan, Nik Amar Mula Gelabah

‘PAS tak halang, tapi lebih baik kekal’


PAS tidak menjangkakan Biro Politik PKR membuat keputusan drastik dengan mengarahkan semua lantikan politik dari parti itu dalam kerajaan negeri Kelantan melepaskan jawatan mereka serta-merta.

Walau bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata keputusan untuk kekal adalah lebih baik, meskipun parti itu tidak menghalang jika mereka mahu melepaskan jawatan masing-masing.

"Kami mengalukan mana-mana ahli PKR yang mahu kekal dengan lantikan itu supaya dapat bersama-sama memberi khidmat kepada rakyat... itu lagi penting.

"Bagaimanapun, kita tidak menghalang jika mereka mahu meletak jawatan, namun keputusan kekal (jawatan dalam kerajaan negeri) adalah lebih baik.

"Apa pun, ia terserah kepada mereka dan kita mengalu-alukan apa saja keputusan yang dibuat," katanya yang dipetik portal Berita Harian Online selepas mesyuarat exco negeri, di Kota Bharu, hari ini.

Menurut Mohd Amar, keputusan itu adalah tindakan drastik pucuk kepemimpinan PKR, memandangkan pihaknya menjangkakan ketika ini adalah tempoh bertenang susulan isu hubungan kedua-dua parti terbabit.

Beliau yang juga timbalan menteri besar, turut dipetik berkata setakat ini, pihaknya masih belum menerima sebarang surat daripada ahli PKR di negeri ini berhubung keputusan berkenaan.

"Bagi kerajaan, apa saja keputusan tidak menjejaskan pentadbiran negeri, cuma mereka akan rugi kerana tidak boleh berkhidmat kepada rakyat.

"Kami harap supaya mereka kekal sekurang-kurangnya hingga hujung tahun atau sehingga pilihan raya umum nanti," katanya.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan bekas senator PKR, Saiful Izham Ramli, berkata parti itu perlu mengarahkan semua anggotanya yang mendapat lantikan politik daripada Kota Darulnaim meletakkan jawatan.

Dengan itu, katanya, barulah rakyat melihat bahawa PKR meletakkan kepentingan rakyat dan prinsip lebih utama berbanding keperluan peribadi.

Pada mesyuarat malam semalam, Wan Azizah berkata, PKR menerima keputusan PAS untuk membatalkan kerjasama politik dengan parti itu.

Bagaimanapun, katanya, PKR menolak alasan yang telah diberikan PAS kerana memutuskan tahaluf siyasi.

Majlis Syura Ulama PAS pada awal Mei lalu membuat keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR selepas mendakwa begitu banyak pelanggaran syarat tahaluf siyasi yang dilakukan PKR.










Read More...

PKR Ucap Selamat Tinggal Kepada PAS Kelantan

PKR arah semua lantikan politik di Kelantan letak jawatan


Biro Politik PKR malam ini memutuskan supaya semua lantikan politik PKR dalam kerajaan negeri Kelantan dilepaskan berkuatkuasa serta merta.

Dalam kenyataan yang dibaca Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, perkara itu juga telah disampaikan kepada pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.

"PKR juga telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik PKR di dalam kerajaan negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta.

"Perkara ini telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya malam ini.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Biro Politik PKR berakhir pada kira-kira jam 11.30 malam.

Selain itu, menurut Wan Azizah, kedudukan PAS dalam kerajaan negeri Selangor pula akan diputuskan pimpinan PKR selepas Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali pulang dari lawatan rasmi ke luar negara.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan bekas senator PKR, Saiful Izham Ramli, berkata parti itu perlumengarahkan semua anggotanya yang mendapat lantikan politik daripada Kota Darulnaim meletakkan jawatan.

Dengan itu, katanya, barulah rakyat melihat bahawa PKR meletakkan kepentingan rakyat dan prinsip lebih utama berbanding keperluan peribadi.

Tolak alasan PAS

Selain itu, Wan Azizah yang juga anggota parlimen Permatang Pauh menegaskan bahawa PKR menerima keputusan PAS untuk membatalkan kerjasama politik dengan parti itu.

Bagaimanapun, katanya, PKR menolak alasan yang telah diberikan PAS kerana memutuskan tahaluf siyasi.

"PKR menolak alasan-alasan yang telah mereka berikan. Walaupun PKR telah berusaha untuk menjaga dan melunakkan hubungan di antara kedua-dua parti.

"PKR akan segera mengatur langkah bersama Pakatan Harapan dan sekutu lainnya yang mendokong agenda reformasi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14," katanya lagi.

Majlis Syura Ulama PAS pada awal Mei lalu membuat keputusan memutuskantahaluf siyasi dengan PKR selepas mendakwa begitu banyak pelanggaran syarat tahaluf siyasi yang dilakukan PKR.








Read More...

Tuesday 16 May 2017

5 Pemimpin Pas Yang Gigih Jahanamkan Rundingan Dengan BERSATU


Selepas mesyuarat demi mesyuarat diadakan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS bagi membentuk kerjasama antara kedua-dua parti, rancangan itu akhirnya gagal menjadi kenyataan.

Ketua Biro Strategi dan Dasar BERSATU, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff, berkata ada sekumpulan lima individu PAS yang bertanggungjawab menggagalkan rancangan itu.

Menganggap mereka sebagai "bekerja keras untuk Umno" Rais berkata mereka ialah Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Ketua Penerangan, Nasrudin Hassan; Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Anggota Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dan Pengarah Penyelidikan PAS, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki.

"Setiap kali kami membincangkan sesuatu, lima orang ini akan tampil sedaya upaya mempertikaikan apa yang sudah ditandatangani antara Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (timbalan presiden PAS) dengan BERSATU.

"Sasaran mereka dihalakan kepada (Pengerusi BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini strategi mereka dan kita memang faham," katanya kepadaMalaysiakini.

Bagaimanapun, Rais mengingatkan, apa yang dilakukan kelima-lima pemimpin PAS itu adalah mengkhianati kepercayaan yang diberikan rakyat kepada mereka.

Katanya, beliau yakin "sebahagian besar" akar umbi PAS tidak akan merelakan kerjasama PAS dan Umno berlaku.

Rasa diri lebih baik

Ketika dihubungi Nik Abduh berkata, kenyataan dibuat Rais itu sekadar rungutan dan cuba menyalahkan PAS apabila rundingan dengan BERSATU tidak berhasil.

"Dia sepatutnya bersedia mendengar penjelasan PAS bukannya hanya menyalahkan PAS dan pemimpin parti.

"Jika nak menjadi perancang BERSATU, dia perlu buat kerja dan bukannya merengek macam anak manja," katanya.

Empat lagi nama yang disebut Rais belum memberi reaksi kepada Malaysiakini yang menghubungi mereka untuk mendapatkan komen.

Rais bagaimanapun mengakui dia tidak bertemu dengan semua lima orang pemimpin PAS berkenaan kecuali Nik Abduh dan Ahmad Samsuri.

Dalam pertemua itu, katanya, beliau membangkitkan soalan sama ditanya kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya tanya - bagaimana mereka boleh bekerjasama dengan parti seperti Umno apabila mereka tidak mewakili Islam?

"Tapi nampaknya mereka menampakkan diri mereka sebagai orang yang tahu politik lebih baik daripada kami. Mereka lupa parti kami diketuai seseorang yang mentadbir negara selama 22 tahun," katanya merujuk kepada Dr Mahathir.

Rais juga mendakwa lima nama yang disebutkannya itu memburuk-burukkan BERSATU namun pihaknya tetap meneruskan rundingan dengan PAS atas sikap memaafkan.

Katanya, ada harapan pada rundingan BERSATU - PAS dan ia disambut baik oleh beberapa pemimpin lain, termasuk Tuan Ibrahim dan Datuk Mustafa Ali yang menghadirinya.

Mustafa adalah bekas setiausaha agung PAS dan pengarah pilihan raya parti itu sebelum tempatnya digantikan oleh Ahmad Samsuri baru-baru ini.

- mkini








Read More...

Monday 15 May 2017

Pas Kini Sasar 100 Kerusi Parlimen


PAS hari ini membayangkan keyakinan mereka untuk bertanding di lebih 100 kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-14 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Ketua penerangannya, Nasrudin Hassan, berkata daripada jumlah itu PAS menjangkakan 40 kerusi adalah yang "mudah menang" manakala selebihnya perlu diusahakan dengan lebih gigih.

“Kita mungkin akan meletakkan lebih 100 kerusi (parlimen) yang akan dipertandingkan, cuma 40 itu kita sasarkan menang dan mudah menang.

“Di samping itu, kita perlu menang lebih lagi antara 60 hingga 80 kerusi ke atas berdasarkan kerja kuat jentera parti,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Dewan Komuniti Bukit Damansara di Kuala Lumpur hari ini.

Nasrudin sebelum itu menghadiri Konvesyen Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan.

Katanya PAS berpotensi untuk menang walaupun berlakunya pertandingan tiga penjuru.

Malah katanya pertandingan tiga penjuru itu tidak semestinya memberi kelebihan kepada BN.

Kenyataan itu senada dengan peringatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Sokongan PAS kian meningkat

“Tak semestinya apabila berlaku tiga penjuru, maka itu akan memberi kemenangan besar kepada Umno dan BN, dia berbeza dengan perkembangan politik pada PRU lepas,” katanya.

“PAS melihat peluang terhidang besar di hadapan untuk kita mencapai kemenangan banyak kerusi parlimen pada pilihanraya nanti,” katanya.

Sementara itu dalam sidang media yang sama, PAS Wilayah Persekutuan menyenaraikan kerusi parlimen yang akan ditandinginya.

Berjumlah sembilan, antara kerusi yang akan menyaksikan PAS meletakkan calon ialah kerusi bekas rakan mereka dalam Pakatan Rakyat dulu.

Kerusi itu ialah Titiwangsa, Putrajaya, Labuan, Bandar Tun Razak,Wangsa Maju, Setiawangsa, Lembah Pantai, Batu dan Segambut.

Dua daripada kerusi itu kini diwakili naib presiden PKR, iaitu Lembah Pantai (Nurul Izzah Anwar) dan Batu (Tian Chua). Bandar Tun Razak pula diwakili bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Segambut Lim Lip Eng (DAP).

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad berkata keputusan untuk bertanding di sembilan kerusi parlimen itu dibuat selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulama bahawa tahaluf siyasi dengan PKR sudah terbatal.

Pada masa sama, katanya, PAS berpendapat sokongan yang diterimnya semakin meningkat.

"Kita lihat sokongan terhadap PAS semakin meningkat terutamanya di kalangan orang Melayu Islam, di samping kita masih lagi mendapat sokongan pengundi bukan Islam," katanya.

Ditanya mengenai peluang PAS untuk menang di Segambut kerana ia bukan kawasan majoriti Melayu, Mohamad berata, beliau memang yakin kemenangan akan memihak kepada PAS.

"Sasaran pertama sudah tentulah daripada pengundi Islam untuk undi PAS di Segambut di samping undi orang Cina dan India, kerana tidak semua mengundi DAP," katanya.

Wilayah Persekutuan mempunyai 13 kerusi parlimen dan daripada jumlah itu PAS gagal memenangi sebarang kerusi pada PRU ke-13.








Read More...

Saturday 13 May 2017

Azmin Tak Suruh Letak Jawatan, Kata Exco Pas Selangor


Exco Selangor dari PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, beliau tidak menerima sebarang arahan daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali untuk meletakkan jawatan daripada kabinet negeri tersebut.

Ketika ditanya mengenai perkara tersebut hari ini, Iskandar berkata, beliau tidak akan mengulas mengenai laporan berita kononnya Azmin mengarahkan semua exco Selangor dari PAS meletak jawatan susulan terbatalnya kerjasama politik antara parti itu dengan PKR.

"Tidak, tidak ada arahan apa jua," kata Iskandar ketika ditemui di luar acara mesyuarat speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri 2017 di Shah Alam, hari ini.

Ditanya mengenai kesahihan laporan The Star hari ini yang memetik Azmin menyeru tiga exco dari PAS untuk meletakkan jawatan, Iskandar berulang kali berkata, "Saya tidak tahu."

Apabila diasak jika laporanThe Star betul, beliau berkata, "Saya tidak tahu. Tetapi saya tidak menerima apa-apa (berita),".

Tambahnya, pertemuan dengan Azmin semalam adalah 'sangat baik'.








Read More...

Tanpa Pas Islam Tidak Akan Hilang Di Malaysia

Akta 355 berbangkit dalam pertemuan Azmin-PAS


Banyak perkara dikaitkan sebagai punca keruhnya hubungan PKR-PAS, termasuklah gara-gara konsert penyanyi dance-pop Amerika Syarikat Selena Gomez di Shah Alam pada 25 Julai lalu.

Bagaimanapun, sebab nombor satu dalam tiga senarai PAS semalam, berkaitan usaha PAS meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Menteri Besar Datuk Azmin Ali pagi tadi enggan mendedahkan butiran berkaitan pertemuan 60 minit pagi tadi dengan tiga exco PAS dan pesuruhjaya negerinya di Shah Alam pagi tadi.

Bagaimanapun, menurut sumber yang mengetahui pertemuan itu, isu berkaitan usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berbangkit semula dalam pertemuan itu.

Setelah dituduh “menentang agenda Islam”, seperti usul Hadi, Azmin dikatakan turut meluahkan rasa kecewanyadi hadapan empat pemimpin kanan PAS negeri itu.

Sumber juga berkata Azmin membangkitkan kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 April lalu, yang melihat pelbagai aspek Mahkamah Syariah dan bukan hanya aspek hukuman seperti dicadangkan Hadi.

Ia termasuk isu keutuhan, kebebasan dan kecekapan kehakiman Mahkamah Syariah, sistem penjara, program latihan, infrastruktur lebih baik dan belanjawan yang bersesuaian.

“Dengan kenyataan 8 April itu, tuduhan Majlis Syura PAS bahawa PKR khianatitahalus siyasi tak boleh diterima oleh PKR,” kata sumber kepadaMalaysiakini.

Azmin pagi tadi memanggil tiga exco PAS dalam kerajaan negeri – Datuk Iskandar Samad, Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi – dan pesuruhjaya baru parti itu Sallehen Mukhyi.

Penjelasan daripada pemimpin-pemimpin kanan PAS Selangor itu akan dibawa ke perhatian Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail untuk tindakan lanjut.

Majlis Syura Ulama semalam mengumumkan kerjasama politik bersama PKR terbatal atas alasan parti itu banyak melanggar syarat-syaratnya.

Selain Akta 355, PAS juga menuduh PKR khiatat dengan bekerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan dan menentang PAS dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, iaitu serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH).

PAS meletakkan tindakan politik dan urusan pentadbiran negeri Selangor kepada jawatankuasa kerja pusatnya dengan membangkitkan isumaslahah dan kepentingan Islam serta rakyat.


**Tak payah layanlah PAS ni, tanpa PAS, kedudukan Islam terus dimertabat kerana umat islam tidak bergantung pada PAS untuk menjadi jurucakap mereka.. PAS sibuk dgn imej Islam tapi gagal menjaga kebajikan rakyat dinegeri yang ditadbir sendiri.. Islam apakah itu..?? - Mohd Shah Rim






Read More...

Friday 12 May 2017

Umno Anggap Pas Dayus


PAS Selangor dilabel sebagai parti 'tidak bermaruah' dan oportunis kerana masih mahu berada dalam pentadbiran kerajaan Selangor walaupun hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR ditamatkan semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar berkata alasan parti Islam itu untuk tetap kekal dalam pentadbiran Selangor kerana mahu menunaikan mandat diberi rakyat pada pilihan raya umum lalu adalah tidak munasabah.

Ini kerana katanya mandat rakyat adalah berdasarkan manifesto DAP-PKR-PAS yang diterajui bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah dipecat.

"Kalau PAS kata PKR khianat syarat tahaluf siyasi, kenapa masih mahu berada dalam kerajaan Selangor? PAS dan PKR ibarat 'suami isteri' yang sudah bercerai tapi masih mahu tinggal bersama...

"PAS sanggup jadi 'suami' dayus?

"Saya yakin ketiga-tiga anggota exco PAS ini tidak akan letak jawatan. Mereka mahu kekal menunjukkan mereka sanggup ketepikan perjuangan parti demi kuasa," kata Noh yang dipetik Bernama ketika bercakap kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Lompat parti

Noh juga tidak menolak kemungkinan tindakan PAS Selangor itu akan menyebabkan berlaku tindakan lompat parti dalam kalangan anggota PAS, ADUN atau anggota exco kerajaan negeri daripada parti Islam itu.

"Jika PAS keluar daripada kerajaan Selangor, Pakatan Harapan (DAP-PKR-Parti Amanah Negara) masih cukup untuk wujudkan komposisi pemerintahan baharu...

“PAS kini pembangkang di Selangor," katanya.

Disebabkan itu katanya, rakyat Selangor harus membuka mata dan bijak membuat perbandingan sama ada mahu memilih pakatan parti politik dengan krisis dan perpecahan tidak berkesudahan atau solidariti dan kebersatuan yang ditunjukkan BN.

Dalam perkembangan yang sama, wartawanMalaysiakini, Zulaikha Zulkifli melaporkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini melahirkan rasa bersyukur berhubung tindakan PAS yang memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

Katanya, setelah sekian lama PAS akhirnya sedar bahawa gabungan yang disertainya dulu tidak membawa kebaikan kepada rakyat.

"Saya bersyukur kerana PAS akhirnya sedar bahawa gabungan yang dia telah campur dulu tak bawa kebaikan untuk rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada surau-surau di Parlimen Putrajaya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita yang bertanya tentang perkembangan politik semasa antara PAS dan PKR.

Semalam, Majlis Syura Ulama PAS sebulat suara menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR serta merta susulan parti itu dikatakan melanggar beberapa syarat kerjasama politik yang terjalin sekian lama itu.

Keputusan itu memberi impak kepada kedudukan tiga exco PAS dalam kerajaan Selangor pimpinan Menteri Besar yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi dalam satu kenyataan semalam menyatakan tiga exco itu, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib kekal berkhidmat dalam kerajaan negeri sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan.







Read More...

Azmin: PKR Sedia Berhadapan Dengan PAS Pada PRU14


Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata parti itu sedia berdepan pertandingan tiga penjuru dengan PAS pada pilihan raya umum akan datang sekiranya situasi itu tidak dapat dielakkan.

"Kalau ini keputusan PAS, ini adalah pilihan mereka. Sebagai sebuah parti politik, kami bersedia dengan sebarang kemungkinan.

"Jika tak dapat dielakkan kami akan berdepan mereka," kata Menteri Besar Selangor itu kepada wartawan ketika menghadiri satu acara di sebuah masjid di Sungai Choh hari ini.

Beiau berkata, rundingan kerusi bersama PAS telah ditutup apabila parti Islam itu memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

"Pintu itu ditutup oleh PAS," katanya.

[Berita penuh menyusul]







Read More...

Azmin Kecewa Dengan PAS


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang membuat keputusan untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR itu berkata, tindakan PAS itu membelakangkan aspirasi rakyat yang mahukan perubahan terhadap negara.

"Saya kecewa kerana keputusan untuk membatalkan tahaluf siyasidengan PKR, (ia) adalah keputusan dan pilihan yang dibuat PAS sendiri.

"Dan ini sedikit sebanyak satu keputusan yang membelakangkan aspirasi rakyat yang mahukan perubahan demi negara dan rakyat keseluruhannya," katanya ketika ditemui pemberita di bangunan SUK Shah Alam.

Beliau sebelum itu bermesyuarat bersama tiga exco PAS dan pesuruhjaya baru parti itu.

Beliau sebelum itu bermesyuarat bersama tiga exco PAS – Datuk Iskandar Samad, Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi – dan pesuruhjaya baru parti itu Sallehen Mukhyi.

Pertemuan tersebut diadakan kira-kira sejam dan berakhir pada jam 10 pagi itu.

Ditanya mengenai pertemuan itu, Azmin berkata ia bertujuan bagi mendengar penjelasan daripada pihak PAS Selangor berhubung keputusan Majlis Syura semalam.

Bagaimanapun, Azmin enggan mendedahkan secara lanjut mengenai pertemuan tersebut.

"Saya memanggil ketiga-tiga exco dan pesuruhjaya PAS yang baru. Saya menuntut penjelasan daripada mereka terhadap situasi berhubung keputusan yang dibuat Majlis Syura semalam.

"Penjelasan telah pun diberikan kepada saya dan saya akan teliti penjelasan ini," kata Azmin.
Penjelasan dibawa pada presiden

Sehubungan itu, Azmin berkata lagi, penjelasan ketiga-tiga exco dan pesuruhjaya PAS itu akan dibawa kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail untuk diteliti sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Itu pilihan dibuat PAS dan bukan PKR. Saya secara peribadi dan mewakili parti telah berusaha sekian lama untuk memastikan muafakat politik terus dipertahankan demi rakyat dan negara.

"Saya dah dengar penjelasan dari ketiga-tiga exco dan pesuruhjaya PAS, saya telah memberi pandangan saya dan kita akan teliti perkara ini.

"Saya akan membawa penjelasan mereka kepada presiden PKR yang kini dalam perjalanan pulang dari Amerika Syarikat untuk lihat apakah tindakan seterusnya," ujarnya lagi.

Ketika ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan penjelasan diberikan, anggota parlimen Gombak itu berkata ia bukan soal kepuasan hati.

Katanya, penjelasan perlu didengar sebelum tindakan diambil.

"Saya kira perlu dengar penjelasan dari mereka sebelum sebarang tindakan diambil.

"Saya akan bincang dengan presiden (berhubung sama ada mereka akan digugurkan).

"Kita akan meneliti penjelasan ini sebelum mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya.

Majlis Syura Ulama semalam mengumumkan kerjasama politik bersama PKR  terbatalatas alasan parti itu banyak melanggar syarat-syaratnya.






Read More...

Ulang Tahun UMNO: Seronok Dapat Roti, Air Kotak Dan Wang RM30


Pengunjung yang hadir ke majlis sambutan ulang tahun Umno yang ke-71 di Bukit Jalil berasa seronok apabila diberikan pelbagai sumbangan seperti roti, air kotak, pakaian dan beg malam tadi.

Mereka kelihatan tidak pulang dengan tangan kosong apabila dilihat setiap seorang membawa pulang sekotak roti dengan isian 40 paket serta air kotak yang diberikan secara percuma.

Rohana Abdul Razak yang datang dari Bandar Hilir Melaka dengan menaiki bas, melahirkan rasa gembiranya dengan sumbangan yang diberikan itu.

“Umno memang selalu bagi sumbangan macam ni, tapi yang ni paling best lah sebab dapat banyak-banyak. Ni anak-anak kena tolong lah angkat naik bas.

“Saya dah siapkan ambil untuk jiran, semua saya dah tulis nama ni” katanya kepada Malaysiakini.

Rohana yang menghadiri bersama tiga anaknya turut berkata beliau mendapat wang saku RM30 serta baju-T tulisan Ulang tahun Umno yang ke-71.

Manakala Rohani Yakob yang hadir bersama keluarganya turut melahirkan kesyukuran apabila mendapat pelbagai sumbangan malam tadi.

“Semua dapat roti, air kotak, baju, beg dan ni semua nanti akan bawa naik bas ke Melaka,” katanya sambil memegang kotak roti.

Mengikut tinjauanMalaysiakini, pengunjung ke program itu beratur di bahagian sumbangan untuk mengambil roti dan air kotak.

Turut diadakan ialah cabutan bertuah yang menawarkan hadiah termasuk kereta yang semuanya berjumlah hampir RM1 juta.


- mkini





Read More...

Khianati PAS: Majlis Syura Ulama Buat Keputusan Putus Hubungan Dengan PKR


ALOR SETAR - Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang dalam satu mesyuarat hari ini memutuskan untuk membatalkan hubungan politik atau dikenali sebagai tahaluf siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Dato' Dr Nik Mohammad Zawawi Salleh mengesahkan keputusan terkini parti berkenaan melalui satu kenyataan kepada media sebentar tadi.

Kenyataan tersebut turut menjelaskan keputusan untuk "menceraikan" PKR itu adalah berlandaskan kepada tindakan parti tersebut yang sering melanggar syarat-syarat tahaluf siyasi, termasuk menentang RUU 355.

"Tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa oleh PAS seperti RUU 355.

"Melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS," jelas kenyataan itu mengenai tingkah laku PKR yang menjejaskan perjuangan PAS sebelum ini.


Muktamar PAS yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut baru-baru ini sebulat suara menyokong padu usul memutuskan hubungan politik dengan PKR yang dianggap bertentangan dengan prinsip PAS dan hukum-hakam Islam.

Berikut dibawah adalah kenyataan penuh Majlis Syura Ulama PAS; - Kedahnews.com

KENYATAAN MEDIA MAJLIS SYURA ULAMAK PAS

“TAHAALUF SIYAASI PAS - PKR TERBATAL”

Majlis Syura Ulamak yang bersidang pada hari ini, 14 Sya’ban 1438 Hijrah bersamaan 11 Mei 2017 memutuskan bahawa:

1. Dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat Tahaluf Siyaasi menurut pertimbangan hukum Syarak dan Akhlak Islam, maka hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal.

Antara perlanggaran tersebut ialah;

a. Tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa oleh PAS seperti RUU 355.

b. Melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS.

c. Khianat dalam hubungan politik dengan PAS antaranya dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Negeri Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

2. Sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran Negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat.

‘SEJAHTERA BERSAMA ISLAM’
DATO DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH.
SETIAUSAHA,
MAJLIS SYURA ULAMAK PAS
14 Sya’ban 1438 / 11 Mei 2017









Read More...

Thursday 11 May 2017

Adik Najib Tanya Nurul Izzah Pasal Mahathir



Ketika Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar selesai membentangkan sejarah penglibatannya dalam politik Malaysia, kelihatan Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak menjadi orang pertama bertanyakan soalan mengenai bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Nazir, yang juga adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menyoal Nurul Izzah supaya berkongsi cerita berhubung pertemuan pertamanya dengan Mahathir, setelah sukar memohon maaf kerana memenjarakan ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim satu ketika dulu.

Bagaimanapun, Nurul Izzah berkata kali pertama berjumpa dengan Mahathir merupakan saat yang sukar baginya setelah sekian lama memerintah Malaysia selama 22 tahun.

Kata Nurul Izzah, sungguhpun membenci tindakan 'diktator' itu pada ketika itu namun beliau tidak mengambil hati secara peribadi mengenai diri Mahathir.

Nurul Izzah juga berkata beliau mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu melakukan reformasi dalam politik di Malaysia.

Nurul Izzah, antara panelis yang hadir dalam Persidangan WEF Asean di Kemboja.










Read More...

Pelajar UiTM Dikerah Hadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO Di Bukit Jalil

Umno tipu pelajar hadiri sambutan ulang tahun?


Pemuda PKR menuduh Umno menggerakkan mahasiswa dari sebuah universiti awam untuk turun ke Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur malam ini, sempena ulang tahun ke-71 parti itu.

Naib Ketua Pemuda PKR Afif Bahardin berkata, beliau menerima mesej WhatsApp daripada pelajar universiti, yang terletak di Shah Alam itu.

"Terdapat usaha bersepadu untuk memanipulasi dan menggerakkan pelajar untuk menghadiri acara di Bukit Jalil itu.

"Kami mengesyaki bahawa program itu membabitkan sambutan ulang tahun ke-71 Umno," kata exco Pulau Pinang itu pada sidang media di Seberang Jaya.

Afif juga mengemukakan salinan mesej WhatsApp semasa sidang akhbar itu.

Bagaimanapun Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa menafikan dakwaan tersebut, dengan berkata sambutan malam ini adalah "terbuka" kepada sesiapa yang berminat untuk hadir.

"Acara malam ini adalah terbuka. Sesiapa sahaja boleh datang. Ia adalah satu karnival terbuka. Tiada arahan [daripada UiTM] dan tidak ada masalah.

"Jika UiTM mahu sertai, tidak ada masalah," katanya yang dipetik oleh sebuah portal.

Malaysiakini tidak mendedahkan nama universiti itu sementara menunggu maklum balas daripada pihak pentadbirannya .

Afif juga menuduh Umno "menipu" pelajar-pelajar bagi menghadiri majlis berkenaan, yang menurut mesej Whatsapp, digambarkan sebagai "Program Sukarelawan Patriotisme".

"Para pelajar sebenarnya digunakan untuk memenuhkan stadium," katanya.

Ketua Pemuda PKR itu juga mahu pihak pengurusan universiti untuk menjelaskan mengapa pelajar didakwa diberikan kelulusan untuk menghadiri program berkenaan dan bukannya menghadiri kuliah.

"Menghadiri kuliah adalah tugas utama seorang pelajar universiti," katanya, sambil menuntut untuk tahu jumlah peruntukan yang diperuntukan untuk "mengerakkan" pelajar tersebut.

Afif juga ingin tahu sama ada belanja membekalkan pelajar dengan pengangkutan, makanan, t-shirt dan sijil, seperti yang dijanjikan dalam mesej WhatsApp itu, adalah dibayar oleh Umno atau universiti yang terlibat.

Langgar intergriti

Turut menyatakan kekecewaan dengan universiti awam itu adalah Pengarah Hal Ehwal Varsiti DAPSY Leong Yu Sheng.

Sambil menyatakan kekecewaan terhadap naib canselor universiti kerana melanggar integriti dan etika akademik, katanya, institusi pengajian tinggi adalah tempat yang memberi kebebasan kepada mahasiswa untuk menuntut ilmu dan kebenaran.

“Tindakan ini yang mengadaikan masa pembelajaran mahasiswa dan menjadikan mahasiswa sebagai alat mainan di sambutan Umno amat memalukan.

“Demi menyembunyikan fakta bahawa Umno kehilangan sokongan anak muda, pihak universiti terdesak untuk melibatkan mahasiswanya sebagai peserta,” katanya dalam satu kenyataan.

Yu berkata, memaksa mahasiswa terbabit dalam aktiviti politik oleh pihak universiti harus dipandang serius oleh masyarakat dan ahli akademik.

Pengunjung ke acara hari ini berpeluang membawa pulang hadiah cabutan bertuah termasuk kereta yang semuanya berjumlah hampir RM1 juta, khas untuk mereka yang bertuah dan sudah pun mendaftarkan diri melalui aplikasi Malaysia 4 All.

Acara kemuncak bagi sambutan itu adalah amanat daripada presiden Umno, yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang hala tuju parti, terutamanya dalam menghadapi cabaran pilihan raya umum akan datang.

Sumber - malaysiakini






Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP