Tuesday, 9 May 2017

AMANAH Atau PAS Yang Tak Tahu Malu?


Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Parti Amanah Negara (AMANAH) sebagai parti politik yang dianggotai oleh wakil rakyat yang tidak sedar diri tentang kedudukan mereka.

Wakil-wakil rakyat dalam AMANAH dipilih rakyat atas tiket parti Islam itu pada pilihan raya umum yang lalu, menurutnya.

Kata Tuan Ibrahim, keadaan di Selangor ketika ini masih baik kerana barisan pentadbiran sedia ada masih diterima oleh rakyat negeri itu, memetik laporan Utusan Malaysia.

“Kalau saya, rasa malu hendak minta jawatan, sebab kita (AMANAH) bertanding atas tiket parti lain kemudian minta hendak jadi Exco, payah nak sedar diri,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Kerajaan negeri Selangor kini berhadapan dengan pergeseran sehingga ada di antara parti yang mencadangkan supaya Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk merombak pentadbiran negeri.

AMANAH turut memberi bayangan bahawa mereka sudah bersedia untuk mengambil alih jawatan dalam negeri Selangor yang ketika ini disandang oleh PAS.

Tuan Ibrahim turut berkata, exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PAS telah menunjukkan prestasi yang baik sepanjang tempoh perkhidmatan.

“Saya melihat tidak ada isu dari segi pentadbiran, rakyat menerima dengan baik, pentadbiran berjalan dengan baik dan pencapaian oleh semua exco PAS juga sangat cemerlang.

“Bagaimanapun, apabila melibatkan soal parti khususnya hubungan antara PAS dan PKR, kita serah pada Majlis Syura untuk membuat keputusan apabila mengadakan perbincangan nanti. Pada masa ini, pentadbiran berjalan seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, akhbar yang sama turut melaporkan, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang baru, Nik Mohamad Abduh Nik Abduh Aziz berkata, rakyat di Selangor pasti akan merasa terhina sekiranya pemimpin AMANAH terlibat dalam pentadbiran negeri itu.

Katanya, rakyat pastinya inginkan sebuah barisan kepimpinan yang setia pada perjuangan bukannya mereka yang ‘lompat’.

“Kerusi AMANAH di Selangor pun kerusi lompat, kalau mereka bersama dalam exco, kerajaan Selangor juga akan menjadi sebuah kerajaan lompat. Ia satu penghinaan kepada rakyat Selangor,” jelas beliau.






PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

6 comments:

tok janggut 9 May 2017 at 15:09  

Allahu Akbar...Allah tunjukkn walaupun nama parti Islam tapi Allah dah tarik sifat malu dek kerana dunia dan sering mmperalatkn agama.Mengaibkn diri sendiri ..Dah tak dpt mmberi pertimbangan yg betul yg mana mana salah n mana yg betul..Masyaallah..Apa yg Allah akan tunjukkn lagi kita tunggu..

Politik Matang 9 May 2017 at 16:12  

en.tuan, nak hapaq kat kat en kerusi yg pas menang tu pun banyak juga yg subahah, jadi payah lah dok ungkit ungkit pasai kerusi orang lain..

sabina 9 May 2017 at 18:39  

Pemimpin yang tidak ada harga diri masih mengaku mejoriti rakyat selangor menyokong PAS kita kena sedar setiap hari dan setiap sudut dalam media cetak atai media letronik menyuarakan yang pemimpin PAS masih bertahan kedudukan jawatan dalam pentadbiran selangor satu soalan yang PAS perlu jawab adakah PAS menang dalam PRU13 dulu seratus peratus mendapat sokongan dari pengundi yang sekarang ini tidak lagi mahu PAS berada atau memegang jawatan setelah pemimpin PAS sendiri membuat keputusan tidak lagi mahu bersama parti yang memerentah apakah PAS hanya berfikir yang PAS mahukan duit semata-mata dan tidak lagi mahu berfikir tentang maruah parti dan harga diri individu yang menjawat jawatan yang dilantik oleh parti memerentah atau individu sendiri tadak ada muka malu terhegeh-hegeh mempertahankan jawatan demi kuasa dan nama islam itu tinggi martabatnya bukan menjualkan maruah demi hendak menjaga image parti yang telah dicemuh oleh netizen yang mahukan maruah seorang islam terjaga. fikirlah sebelum menjual agama kerana kuasa jika kafir mereja tidak tahu dosa pahala tapi kita yang mengaku ulama apakah kita yang menganti tempat mereka jika kafir boleh meletak jawatan kerana diri tidak lagi disukai ramai rakyat bolehkah kita yang mengaku islamik berlaku sebaliknya,insaflah usahlah mengeluarkan kenyataan yang membuatkan lebih ramai rakyat akan membenci para ulamak.

Racun Bisa 9 May 2017 at 22:32  

Tok, ketua pas yg bodoh..dh tentu ada jwtn exco...pulak tu mau undur diri. Kan sengal....

anuariun zaidin 10 May 2017 at 09:08  

Tiket pas ka.dap ka pkr ka...rakyat yg beri undi atas krn pakatan rakyat.dah kalau tak nak bersama pakatan rakyat/harapan elok le berundur kalu ada maruah

pok amid littor 11 May 2017 at 00:31  

Ostad Dato Tuan,
Ostad pi la masuk TV balik utk sambung khidmat ostad sebagai pendakwah. Pandangan dato ni tak sesuai utk dijadikan hujjah politik, bunyi dangkal dan kurang cerdik.
Kepakaran dato ialah dakwah, bukan dlm politik! Jadi, cukup-cukup lah dato berpolitik

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP